Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, November 25, 2014

Gempak! HTC Re Dan Desire EYE Dijangka Dilancarkan Di Malaysia Pada Awal Disember

Dengan penghujung tahun semakin hampir, pelbagai syarikat ingin menyelesaikan pengenalan peranti baru mereka untuk pasaran tempatan. Tidak ketinggalan adalah HTC yang turut ingin memperkenalkan dua peranti baru mereka yang telah dilancarkan baru-baru ini, iaitu HTC Desire EYE dan juga HTC Re.
HTC Desire Eye
HTC Desire EYE merupakan sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada kamera depan 13-megapixel, kamera belakang 13-megapixel, dan hadir dengan fokus terhadap bahagian kamera. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah termasuk skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD, cip Snapdragon 801 2.3Gh, dan memori 2GB RAM.
HTC Re
Sementara HTC Re pula merupakan sebuah kamera mudah-alih daripada HTC yang membolehkan pengguna merakamkan gambar aksi dan pergerakkan mereka dengan memasangnya pada badan, atau sebarang lokasi lain. Ia juga direkabentuk dengan rekaan yang selesa untuk digenggam pada tangan, dilengkapi sensor 16-megapixel, dan juga sokongan kalis air IP57.
Kedua-dua peranti ini dijangka akan diumumkan untuk pasaran Malaysia pada minggu pertama Disember ini. Harga jualannya juga dijangka akan diumumkan pada hari sama.

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Politeknik 2014

Semakan result exam peperiksaan akhir Semester Sesi Jun 2014 secara online. Menerusi kenyataan rasmi bahagian Politeknik, seluruh pelajar Politeknik Malaysia boleh membuat semakan keputusan exam bagi semester Jun 2014 bermula pada jam 12.00 tengahari Isnin 24 November 2014. Bagaimanapun, semakan result dan cetakan keputusan exam haruslah dibuat menerusi portal sesawang Politeknik masing-masing.

politeknik 2013

Semakan Result Exam Semester Politeknik 2014 Online
1. Pelajar boleh melayari laman web Politeknik Masing-Masing dengan memasukkan username : no kad pengenalan dan passwod : no pendaftaran / no kad matrik pelajar mulai 24 November 2014.

2. Slip Keputusan peperiksaan tidak akan dipos. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mencetak slip keputusan peperiksaan menerusi portal laman sesawang Politeknik masing-masing dan bawa bersama semasa Slip Pendaftaran Sesi Disember 2014.

Nota: Cetakan Slip Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Sesi Jun 2014 boleh dibuat bermula pada 24 November 2014 ( Isnin ) pada jam 12.00 tengahari .

Bonus! Berita Terkini Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus 18.12.2014

Berita terkini Penjawat atau Kakitangan Awam Selangor dapat bonus setengah bulan gaji pada 18 Disember 2014. Perkara itu telah diumumkan secara rasmi menerusi laman Twitter Menteri Besar Selangor iaitu Mohamed Azmin Ali pada 24 November 2014. Tujuan utama pemberian bonus setengah bulan gaji oleh kerajaan negeri Selangor pada 18.12.2014 adalah untuk membantu meringankan beban penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan  anak-anak.

bonus

Kenyataan Rasmi Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus 18.12.2014

bonus-2

Gambar & Video Berita Terkini Kebakaran Di Batu 2 Tawau 24 November 2014

Berita terkini kebakaran di rumah kampung kawasan Batu 2 Jalan Apas Lorong Haji Sundhu Tawau pada 24 November 2014. Menerusi laman sosial, kini tersebar beberapa keping foto rumah kayu di Batu 2 Tawau musnah akibat dijilat api dalam insiden kebakaran yang berlaku pada petang Isnin 24.11.2014.  Difahamkan, pihak bomba yang tiba ditempat kejadian telah mengawal api kebakaran sepenuhnya manakala tiada laporan kemalangan jiwa direkodkan melainkan kerosakan harta benda.


Rakaman Kebakaran Di Batu 2 Tawau 24 November 2014


Komen Saksi Kebakaran Di Batu 2 Tawau 24 November 2014

komen

Gambar Kebakaran Di Batu 2 Tawau 24 November 2014





Melampau! Restoran Ummi Aisah Kenakan Bayaran Bungkus Tapau RM1

Restoran Ummi Aisah di KK Sabah buat hal lagi kenakan bayaran atau caj bungkus tapau RM1. Masih mengulangi kesilapan yang sama, kini Resit Restoran Ummi Aisah viral sekali lagi dilaman sosial Facebook berikutan mengenakan bayaran sebanyak RM1 untuk tapau (Pembungkus Makanan Polisterin). Terdahulu, Restoran Ummi Aisah pernah mencetus kontroversi apabila mengenakan caj RM1 untuk mangkuk kosong. Sila baca Isu Restoran Ummi Aisah Caj RM1 Mangkuk Kosong. Namun pemilik Restoran berkenaan telah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. Namun untuk kes kedua, kejadian yang sama kini berulang lagi.

lagi

Canggih! Robot Pembacuh Minuman Diatas Kapal Mewah

Penggunaan robot di dalam sektor industri bermula pada dekat 70an di dalam industri pembinaan kenderaan. Sejak dari hari itu penggunaan robot semakin meluas keran ianya lebih pantas dan bekerja dengan lebih tepat berbanding manusia. Jepun menjadi pelopor teknologi ini kerana masalah kekurangan buruh memaksa mereka menggunakan robot dengan lebih meluas. 
Kini penggunaan robot semakin meluas dan terkini wujud pula robot pembancuh minuman di atas kapal layar mewah Quantum of The Seas. Kapal ini adalah kapal layar paling mewah dan pintar di atas lautan sekarang. Jadi sesuai dengan imej pintarnya, robot pembancuh minuman digunakan di kelab malam kapal ini.
BIONIC
Dua buah robot yang diberi nama B1-0 dan N1-C akan membancuh minuman koktel yang dipesan oleh pelanggan bar secara automatik. Pesanan dilakukan dengan aplikasi yang diletakkan pada setiap meja. Pelanggan juga boleh memesan kombinasi minuman tersendiri mereka dan robot penjaga bar ini akan menghasilkannya dengan segera. Memang nampak seperti penggunaan teknologi yang tak berpadanan dengan fungsinya. Tetapi kalau ada robot sebegini di restoran Malaysia bagus juga. Kami kerap dilanda masalah memesan minuman di restoran mamak. 
Yang diminta teh o kurang manis dan yang diberikan ialah teh o diabetes. Penggunaan robot juga akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja yang diimport dari negara luar. Ini semua impian yang kami tahu tak akan menjadi kenyataan di Malaysia. Tetapi apa salahnya mengimpikan utopia semua pesanan anda di restoran Malaysia adalah tepat dan pantas.
sumber : link

Baru! Microsoft Bakal Hadir Ke MWC 2015 Dengan Penawaran Peranti Baru

Setiap tahun, Nokia sedia hadir ke Mobile World Congress yang mana menjadi salah satu medan utama untuk pengenalan peranti baru. Pada tahun ini, Nokia telah memperkenalkan Nokia X – telefon pintar berasaskan Android daripada mereka, dan kini Microsoft dilihat akan meneruskan tradisi Nokia pada acara berkenaan tahun hadapan.
Lumia 535
Sebuah halaman khas hadir ke arena internet baru-baru ini, memperlihatkan persiapan Microsoft untuk acara Mobile World Conress 2015.
Untuk makluman, acara tersebut bakal diadakan antara 2 Mac hingga 5 Mac 2015 kelak, dan akan menyaksikan pelbagai jenama besar hadir memperlihatkan produk mereka.
Microsoft turut dijangka akan memperlihatkan beberapa produk Lumia baru, dan mungkin sekiranya beruntung, kita akan dapat melihat Lumia menjalankan Windows 10 pada acara berkenaan.
Memandangkan ia masih terdapat beberapa bulan lagi, maka mungkin kita akan dapat mendengar lebih lanjut mengenai spekulasi peranti baru yang akan diumumkan dalam awal tahun kelak.

Canggih! Penggunaan Buku Teks Digital Interaktif Pintar Bermula 2016 Oleh KPM

Pada hari ini, sekolah sedia menggunakan beberapa platform digital untuk pembelajaran, termasuk penggunaan 1BestariNet dan juga komputer riba Chromebook. Selepas fasa pertama yang melibatkan transformasi 313 buku teks, fasa kedua dijangka akan hadir bermula 2016 ke 2025 memfokuskan kepada penggunaan buku teks digital interaktif pintar.

Menurut Menteri Pendidikan, melalui penggunaan Smart Interactive Digital Textbook (Buku Teks Digital Interaktif Pintar), pelbagai proses pembelajaran dan pengurusan akan dilakukan secara maya. Implementasinya dijangka tidak akan memberikan impak kos kepada ibu bapa, selain pada masa yang sama akan mengurangkan masalah beg berat yang sering dilaporkan oleh ibu bapa.
Pihak kerajaan juga dijangka akan meneruskan kajian berkaitan pembangunan infrastuktur dalam memastikan ia terus relevan, serta selari dengan perkembangan kurikulum, pedagogi dan pengurusan keseluruhan bilik darjah dan bilik kuliah pada masa hadapan.

Dahsyat Game Nih! Blood Sport – Derma Darah Setiap Kali Anda Tewas Dalam Permainan

Sering kali dalam permainan apabila kita kehabisan nyawa (darah), kita akan memulakan permainan semula tanpa berlengah. Tetapi bagaimana sekiranya anda turut kehilangan darah dalam dunia nyata setiap kali anda tewas atau kalah dalam sesuatu permainan?
BloodSport
Perkara tersebut ingin direalisasikan oleh sekumpulan pembangun melalui projek yang dinamakan sebagai Blood Sport. Melaluinya, pemain akan dihubungkan dengan jarum, dan darah akan ditarik daripada lengan setiap kali anda tewas. Idea ini mungkin agak ekstrim buat beberapa pihak, dan ia turut digantung sementara oleh pihak KickStarter buat masa ini.
Bagi pembangunnya, idea disebaliknya bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya mengimplementasikan ia untuk tujuan meramaikan lagi orang derma darah, sambil pada masa yang sama memainkan permainan kegemaran. Perkara ini juga sekaligus akan menarik lebih ramai anak muda menderma darah untuk pihak hospital.
Memandangkan idea Blood Sport ini digantung oleh KickStarter buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada akan direalisasikan sepenuhnya ataupun tidak selepas ini.

Monday, November 24, 2014

Gambar Cop Khatamun Nabuwwah Tanda Penutup Kenabian

Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. dikemukakan:
“saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi s.a.w., lantas ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.: ,’ anak saudaraku ini sakit.’

Ketika itu, Rasulullah s.a.w. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keberkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu kuminum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.”
(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)
dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut:
“Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara.”
(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)
Seorang wanita bernama Rumaitsah bercerita kepada cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut:
“Waktu aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau s.a.w., begitu dekatnya, seandainya aku mahu mengucup tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat kulakukan.
Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bin Mu’adz di kala meninggal dunia ialah: ‘bergoncang Arasy Allah yang Maha Rahman kerananya (kerana kematian Sa’ad).’”
(Riwayat Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yang bersumber dari neneknya, iaitu Rumaitsah)
Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:
“Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’”
(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)
Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari r.a. sebagai berikut:
“Abu Zaid berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: ‘Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang tubuhku.’
Maka belakang tubuhnya kuusap, dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri) bertanya kepada Abu Zaid: ‘Apakah khatam itu?’
Abu Zaid menjawab: ‘Kumpulan bulu-bulu.’”
(Riwayat Muhammad bin Basyar, dari Abu ‘Ashim dari ‘Uzrah bin Tsabit, yang bersumber dari Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri)
Abu Buraidah r.a. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut:
“Salman al-farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah s.a.w. (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Wahai Salman! Apa ini?’
Salman menjawab: ‘Ini sedekah buat anda dan sahabat anda.’
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah.’
Baki itu pun diangkat oleh Salman. Keesokan harinya, ia datang lagi dengan membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘ Apakah ini wahai Salman?’
Salman menjawab: ‘ Ini adalah hadiah buat tuan.’
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: ‘HIdangkanlah!’
Kemudian Salman memperhatikan Khatam yang terletak di belakang Rasulullah s.a.w. (bahagian belakang badannya sebelah atas) maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman r.a. adalah budak seorang Yahudi, maka oleh rasulullah s.a.w. ia dibeli dengan beberapa dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja di kebun itu sampai pohon-pohon kurman itu berbuah. Rasulullah s.a.w. membantunya menanam pohon-pohon itu. Di antaranya ada sebatang pohon yang ditanam ‘Umar r.a.
Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali sebatang pohon yang mati.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Kenapa pohon yang satu ini?’
Umar r.a. menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya.’
Rasulullah s.a.w. pun mencabutnya, kemudian menanaminya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.”
(Riwayat Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Abu Buraidah r.a.)
Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.
Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)
‘Abdullah bin Sirjis menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah s.a.w.:
Aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. sewaktu beliau sedang berada di antara sahabat-sahabatnya. Aku berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yang kuinginkan, maka beliau melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian terlihatlah olehku tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, aku menghadap dulu kepada Rasulullah s.a.w., kemudian kukatakan:
‘Wahai Rasulullah, semoga Allah s.w.t. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan!’
Beliau pun menjawab:
‘Bagimu juga.’
Orang-orang (yang berada) ketika itu bertanya:
‘Apakah Rasulullah s.a.w. memohonkan ampunan untukmu?’
Ia menjawab:
‘Ya, dan juga untuk kalian!’
Kemudian, ia membaca ayat yang bermaksud:
“Dan mohonlah ampun kerana dosamu dan mohonlah ampun untuk orang-orang Mu’min, lelaki dan perempuan.” (Muhammad:19)
(riwayat Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis)
Abu Haidar

Kisah Isteri Nabi (Bonda Khadijah)

Menziarahi Khadijah ra membangkitkan perasaan dan semangat perjuangan yang luar biasa. Dia lambang kasih isteri yang sejati terhadap suami. Dia lambang tekun ibu dalam mendidik anak-anak mewarisi ibu bapa dalam perjuangan silih berganti generasi. Dia lambang pengorbanan unik ketika bersendirian mendokong suaminya menghadapi ramai golongan berkuasa di Mekah serta kejahilan dan ketakutan orang ramai di Semenanjung Arab. Beruntung Khadijah ra berjaya menjual dunianya untuk membeli Akhirat yang lebih kekal dan abadi apabila Jibril datang memaklumkan kepada Nabi saw, “Berilah khabar gembira kepada Khadijah bahawa sebuah rumah telah dibina untuknya di Syurga ..”.
Khadijah ra seorang koporat perniagaan antarabangsa. Barang dagangannya sampai hingga ke Syam, ketika itu dibawah Kerajaan Eropah (Rom). Seorang yang punya harga diri, digelar “At-Tahirah” (wanita suci) yang pernah menolak pinangan orang bangsawan tetapi melamar Muhammad yang dulu kerjanya menggembala kambing sesiapa yang boleh memberinya upah. Tidak lain setelah mendengar lapuran Maisarah tentang akhlak Baginda saw disepanjang perjalanan perniagaan barangan Khadijah di Syam. Dia memilih ciri akhlak dikala manusia lain di Mekah ketika itu memilih ciri harta, pangkat dan pengaruh, seperti gaya ramai orang Malaysia Boleh hari ini. Bukan Nabi saw sahaja tak berharta, tetapi saudara mara yang pernah menjaga Baginda saw juga tidak berharta seperti Aminah, Abdul Muttalib dan Abu Talib.
“Aku takut terhadap apa akan terjadi terhadap diriku”, kata Nabi saw kepada Khadijah ra dalam keadaan gementar sebaik tiba di rumah dari Gua Hirak. Jawab Khadijah ra spontan dengan penuh yakin, seyakin dihari dia memilih dengan tepat bakal yang akan menjadi suaminya, “Kalla, ma yukh zikallahu abadan. Innaka la tasillu rahm, wa taksibul makdum …”. (Sekali-kali tidak. Allah sekali-kali tidak akan mengsengsarakan kau. Engkau menghubungkan silaturrahim. Engkau memberi makan orang yang kelaparan …”. Subhanallah!!. Saya melihat Khadijah ra seorang yang bulat keyakinan dan kasih terhadap suaminya, sebulat keyakinan dan kasih suaminya terhadap Tuhannya. Hasilnya, anak-anak mereka bulat terhadap Risalah ayah dan ibunya. Zainab binti Muhammad memilih meninggalkan suaminya Al-Ass di Mekah, menunggang unta menuju kepada ayahnya saw yang telah berhijrah bersama kaum Muslimin di Madinah. 
Ruqayyah dan Ummu Kalthum tabah disingkirkan hanya kerana Aqidah yang diperjuangkan oleh ayahnya. Fatimah ra menangis tetapi tabah sambil membersihkan rambut ayahnya yang ditabur kotoran oleh Quraisy. “Jangan menangis wahai anakku. Sesungguhnya Allah melindungi ayahmu”, kata Nabi saw kepada Fatimah. Mereka Akhawat Mukminat setabah ibu yang mendidik dan membesarkan. Kemelut rumahtangga orang ramai hari ini ialah tidak bulatnya keyakinan si isteri terhadap suami, lantaran tidak bulatnya si suami terhadap Tuhan dan DakwahNya. Ramai suami yang tidak punya risalah dan ideologi apa-apa dalam hidup untuk dicapai. 
Perjuangan paling popular dewasa ini hanya sekadar mencapai rumah dan kereta mewah serta anak-anak yang bergaji besar yang semuanya nanti boleh dibangga-banggakan di depan sahabat handai dan taulan. Kesannya, keyakinan tidak bulat, kesangsian dan curiga dalam rumah tangga sering mewarnai kehidupan, banyak perkara berkira, perselisihan kerap berlaku, perjuangan, minat dan halatuju berbeza jauh walau hidup sebumbung dan dilimpahi kemewahan. Jika ada yang minat dan terlibat dalam Dakwah semasa menuntut, ia hanya hobi sementara menunggu tamat, mendapat ijazah dan berkarier.
Siddiq (membenarkan) lebih tinggi dari Iman. Syurga Firdaus dihuni oleh para Nabiyiin (Nabi-nabi), Siddiqiin (orang-orang yang membenarkan), Syuhadak (orang-orang yang mati syahid) dan Salihin (orang-orang saleh), mereka adalah sebik-baik teman di Akhirat. Khadijah ra bukan sahaja telah beriman dengan Risalah yang suaminya baru terima dari Gua Hirak, tetapi juga telah membenarkan Risalah tersebut dengan mengorbankan segala perasaan, masa, harta dan apa sahaja yang dia miliki demi memenangkan Agama ini mengatasi Quraisy di Mekah dan Rom Parsi di muka bumi. 
Boikot ekonomi Quraisy dan kabilah-kabilah Mekah walaupun menyebabkan kesengsaraan terhadap Nabi saw dan para Sahabar ra tetapi ia tidak berjaya antara lain kerana pengorbanan harta yang dihulurkan Khadijah ra ketika itu. Sindiran, fitnah, tohmahan dan perang saikologi yang dilancarkan Quraisy, walau memberi impak teruk kepada Dakwah Islam tetapi tidak mempu membunuh semangat Nabi saw lantaran dokongan moral, kasih dan keyakinan yang ditunjukkan oleh Khadijah ketika itu.
Dalam perjuangan, peristiwa sedih sering berlaku kepada mana-mana pejuang. Kepada Nabi saw, diantaranya kesedihan Baginda saw ialah kematian Khadijah ra, kematian Abu Talib, dibaling batu di Taif, Hamzah ra di bunuh dan dimamah jantungnya, pembunuhan Rombongan Rajik 60 para hafiz dll. tetapi hanya tahun kematian Khadijah ra digelar Nabi saw sebagai Tahun Sedih. Wafak (setia) Nabi saw kepada Khadijah ra ialah Nabi saw sering memuliakan kawan-kawan lama Khadijah ra yang masih hidup dengan bertanya khabar dan menyampaikan hadiah dan kiriman. Nabi saw juga sering menyebut tentangnya sehingga apabila Aisyah ra berkata, “Bukankah Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik?”, jawab Nabi saw,”Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan untuk aku isteri yang lebih baik dari Khadijah. Dia beriman kepadaku apabila manusia lain kufur kepada aku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain membohongi aku. 
Dia memberi aku harta ketika manusia lain memboikot dan mencegah harta dari sampai kepada (perjuangan) aku. Darinya aku dikurniakan anak-anak (yang mengikut perjuanganku)”. Dari hadis ini dapat kita fahami apakah faktor dan kualiti seorang isteri yang sebenar yang menjadi pilihan seorang Nabi yang paling dikasihi Allah swt. Tidak lain dan tidak bukan ialah faktor meyakini penuh perjuangan ideologi, berkorban harta dan jiwa untuk memenangkannya serta menyedia dengan mendidik anak-anak untuk menyambung perjuangan yang panjang dan jauh hari kemenangan.
Kemelut para Duat hari ini diantaranya ialah dari sedikit mereka yang meyakini i Perjuangan untuk memenangkan Islam ini, lebih sedikit lagi mereka yang mentasdiq (membenarkan) perjuangan tersebut dengan bukti amal dan pengorbanan. Ramai yang mengatur usrah dan tamrin untuk belia dan dewasa sedang isterinya sendiri tidak berusrah dan anak-anaknya tidak tahu dimana. Ramai yang menggalakkan umat ke masjid dan majis-majlis ilmu sedang anaknya digalakkan ke luar negara yang terlalu ceruk tanpa masjid apatah lagi menghadiri majlis-majlis ilmu di sana. Ramai yang bercakap tentang pengorbanan harta tetapi pertubuhannya miskin tidak mampu memberi kebajikan ahli sedang ramai yang berkereta dan hidup mewah dibanglo yang tersergam. 
Ramai yang menyeru berkorban jiwa dan masa sedang masa kerier tambahan seperti locum, consultancy, direct-selling, tuition dan lain-lain lebih mendapat tempat dari Dakwah Fardiyah sedang masa dan tenaga yang diperlukan, teknik dan strategi adalah hampir sama. Apabila kita tidak bulat, maka anak-anak sendiri atau anak didik kita juga tidak bulat. Hasilnya, dari aduan kepada saya ramai anak-anak Duat yang merokok, bergirl atau berboyfriend, chit chat, skin-head, metal dan ada yang tidak diakui anak oleh Duat. Bagi anak yang Duat cuba juga dekatkan mereka kepada Dakwah, mereka tidak mantap, tiada keyakinan diri, menurut sahaja, berpura-pura sementara menunggu dewasa, berkarier dan merdeka. Alangkah Dakwah ini memerlukan pengurus rumahtangga seperti Khadijah ra. Dia berjaya membuktikan pengurusan suami, anak-anak dan harta dengan jaya, bukan sekadar kata-kata dan tazkirah. Semua kualiti ini yang sering disebut-sebut oleh Rasulullah saw. Kepada memiliki dan membuktikan kualiti ini juga kita mendorong para penuntut dan wanita Islam hari ini.

“Salam sejahtera wahai Khadijah Al-Khuwailid. Salam sejahtera wahai isteri Rasulullah saw. Salam sejahtera wahai Ummi Mukminin (ibu kaum mukminin). Salam sejahtera wahai sekelian penduduk Tanah Perkuburan Al-Makla. Sesungguhnya kami, insyaAllah, akan bersama kamu. Kamu mendahului kami dan kami akan mengikut kemudian. Moga Allah mengampunkan kami dan kamu, mengampunkan orang yang terdahulu dari kalangan kamu dan yang terkemudian. Ya Allah, berilah pahala dan ganjaran kepada mereka atas sumbangan mereka kepada Islam. Ya Allah, jangan Engkau sekat kepada kami untuk beroleh pahala mereka. Jangan Engkau duga kami sesudah mereka. Ampunilah kami dan mereka. Amin” (Doa ziarah Khadijah ra dan Perkuburan Al-Makla, Mekah).

Baca Punca Animasi Puteri TV3 Ditayang 5 Minit Sahaja

Punca sebenar animasi Puteri TV3 ditayang hanya 5 minit sahaja pada setiap episode. Seperti sedia maklum Animasi terbaru Les Copaque berjudul Puteri kini sudah ditayangkan pada setiap khamis mulai 20 November 2014 pukul 9.00 malam hanya di saluran TV3. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa siri Animasi Puteri dinantikan oleh ribuan penonton tanpa mengira peringkat usia. Namun, siaran animasi Puteri selama 5 minit sahaja amatlah mendukacikan peminat fanatik siri animasi tersebut kerana tidak puas menonton animasi baharu tersebut. 

Apapun, punca utama kepada faktor siri animasi Puteri ditayangkan selama 5 minit adalah untuk memberi ruang kepada Drama Baby Ana Milik Siapa (BAMS) yang turut disiarkan pada waktu yang sama. Disamping itu, karya animasi Puteri kini sedang berada dalam tempoh percubaan pihak Les Copaque untuk mempromosikan siri animasi tersebut kepada penonton.

puteri

Punca Animasi Puteri TV3 Ditayang 5 Minit Sahaja

punca

Komen Penonton Isu Animasi Puteri Ditayang 5 Minit

kecewa

Ketahui Punca RON95 Dan Diesel Tiada Lagi Subsidi Mulai 1.12.2014

Punca sebenar Ron95 dan Diesel tiada lagi subsidi atau dihapuskan mulai 1.12.2014. Rakyat di negara ini tidak perlu berasa panik dengan pengumuman rasmi kerajaan yang mengumumkan Ron95 dan Diesel kini mengalami nasib yang sama seperti RON97 iaitu tiada subsidi bagi bagi ketiga-tiga bahan api tersebut. Punca sebenar kerajaan memansuhkan subsidi bagi RON95 dan Diesel berikutan penurunan harga minyak pasaran dunia dari masa ke semasa. Kerajaan turut yakin bahawa mulai 1 Disember 2014, harga pasaran RON95 dan Diesel adalah jauh lebih murah berbanding harga runcit yang telah disubsidikan iaitu harga terkini RM2.30 Seliter bagi RON95 manakala RM2.20 bagi Diesel.

ron95

Punca RON95 Dan Diesel Tiada Lagi Subsidi Mulai 1.12.2014
RON95 dan Diesel akan mengalami harga yang lebih jauh lebih murah jika subsidi dimansuhkan. Kerajaan Malaysia turut yakin mulai 1 Disember 2014 harga pasaran RON95 dan Diesel adalah jauh lebih rendah berbanding harga runcit di pam minyak yang telah disubsidi.  Dengan penguatkuasaan sistem tanpa Subsidi, Malaysia akan mengikut harga pasaran dunia yang sentiasa berubah dari masa kesemasa. Berbeza dengan sistem sebelum ini, walaupun harga pasaran dunia RON95 dan Diesel turun kerajaan Malaysia langsung tidak mengikut harga pasaran semasa sebaliknya lebih mahal berbanding harga pasaran semasa. Namun jika harga RON95 dan Diesel naik secara mendadak, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Rumusan: Harga Pasaran RON95 dan Diesel akan jauh lebih murah mulai 1 Disember 2014 berbanding harga runcit terkini.

Bukti Harga Pasaran Semasa RON95 dan Diesel Semakin Menurun
Bulan September 2014

sep

Bulan November 2014 (Terkini)

pasaran

Cantik! Gambar Kahwin Syarif Sleeq Dan Malaque Mahdaly 22.11.2014

Gambar kahwin nikah Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly pada 22 November 2014. Tahniah diucapkan kepada penyanyi Kumpulan Sleeq iaitu Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah, 25, kerana telah sah menjadi suami kepada pasangannya Malaque Mahdaly, 25, pada pukul 10.30 pagi Sabtu di Singapura. Pasangan pengantin itu turut secocok dengan busana pengantin bertemakan Arab yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal singapura iaitu Lulu Alhadad.


Gambar Kahwin Syariff Sleeq Dan Malaque Mahdaly 22.11.2014







Friday, November 21, 2014

Merokok, Gaya Hidup; Antara Punca Mati Muda

Penyakit yang 'menyerang' manusia ialah penyakit berjangkit atau wabak seperti tibi, malaria atau HIV manakala penyakit berpunca daripada manusia sendiri seperti diabetes, jantung, kanser dan strok.

Akan tetapi, daripada semua jenis penyakit yang berpunca atau dihasilkan manusia, ada beberapa penyakit serius yang diklasifikasikan sebagai 'kronik' kerana ia mencetuskan hampir dua kali ganda jumlah kematian di seluruh dunia berbanding punca kematian lain. Kumpulan penyakit yang dikenali sebagai 'penyakit kronik tidak berjangkit' (CNCD) itu seterusnya mencetuskan kebimbangan di kalangan saintis serta pakar perubatan sehingga menyebabkan pelbagai usaha dan penyelidikan dilakukan bagi mengatasi penularannya.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara penyakit yang termasuk dalam kategori CNCD adalah penyakit berkaitan kardio vaskular, diabetes jenis kedua, penyakit kronik berkaitan respiratori selain beberapa jenis kanser. Pengarah Institut Antarabangsa Berkaitan Kesihatan Global, Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNU-IIGH), Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata CNCD amat dibimbangi kerana menjadi punca kira-kira 60 peratus kematian di seluruh dunia.

"Lebih membimbangkan adalah penyakit kronik CNCD turut mencatatkan 44 peratus kematian terhadap pesakit yang masih muda, jumlah kematian secara keseluruhan pula dua kali ganda membabitkan penyakit berjangkit termasuk HIV/AIDS, tibi dan malaria," katanya.

Beliau berkata, dari sudut ekonomi pula, CNCD turut memberi impak negatif yang dahsyat terhadap produktiviti sesebuah negara. Dianggarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, China, India dan United Kingdom, masing-masing akan kerugian AS$558 bilion, AS$237 bilion dan AS$33 bilion akibat kematian rakyatnya yang disebabkan penyakit knonik berkenaan.

"Tanpa ada usaha untuk menghentikan penularan CNCD, dianggarkan 388 bilion penduduk seturuh dunia akan mati akibat penyakit ini dalam tempoh 10 tahun, malah sejumlah 36 bilion penduduk mati pada usia muda menjelang 2015," katanya yang dilantik menjadi pengarah pertama bagi UNU-IIGH sejak institut itu ditubuhkan pada 1 Mac 2007 lalu.

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes CNCD adalah purata jangka hayat penduduk yang lebih panjang, penggunaan tembakau atau merokok, kurangnya aktiviti jasmani dan pemilihan makanan tidak sihat.

"Sebenarnya kebanyakan punca penularan penyakit CNCD ini boleh dicegah kerana ia membabitkan gaya hidup seseorang. Sebanyak 80 peratus kematian pada usia muda akibat penyakit jantung, strok atau diabetes boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat selain pengetahuan mengenai aspek farmaseutikal," katanya.

Beliau berkata, ada penyakit kronik CNCD yang berpunca daripada merokok, justeru dengan menghentikan tabiat merokok, ia secara tidak langsung mampu mengatasi penularan penyakit berkenaan.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Kesihatan yang diketuai Profesor Dr Syed Mohamed Aljunid mendapati seramai 93,306 penduduk di negara ini meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca daripada merokok dari 2004 hingga 2007. "Malah setiap tahun, lebih 33,000 kes baru dicatatkan bagi penyakit jantung, kanser paru-paru (hampir 3,000) dan penyakit semput kronik (kira-kira 12,800) yang berpunca daripada merokok," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga membelanjakan sekitar RM3.4 bilion setahun bagi merawat ketiga-tiga penyakit terbabit dan jumlah sebanyak itu pasti dapat disalurkan untuk manfaat lain yang lebih baik jika tabiat merokok dapat dihenti atau dikurangkan.

"Akan tetapi untuk menghentikan tabiat merokok adalah satu cabaran besar di negara kita. Kajian mendapati 49 peratus daripada lelaki dewasa (berusia 18 tahun ke atas) merokok malah wanita pula sebanyak lima peratus. Kajian mendapati jumlah perokok wanita meningkat berbanding 20 tahun lalu. Dulu hanya 0.5 peratus tetapi kini sudah lima peratus. Puncanya mungkin disebabkan lebih ramai wanita muda sekarang yang berkerjaya, profesional dan pengaruh iklan syarikat rokok," katanya.

Kesan buruk rokok sebagai satu daripada pencetus CNCD menyebabkan ada beberapa negara yang mengambil langkah ketat terhadap barang berkenaan bagi mengurangkan jumlah perokok di negara mereka.

"Kanada misalnya cuba mengurangkan jumlah perokok di negara mereka dengan menaikkan harga rokok dengan kadar yang tinggi, melarang menjual rokok secara batang selain memperbanyakkan kawasan larangan merokok," katanya.

Beliau berkata, aspek pencegahan penyakit CNCD dapat dijayakan menerusi integrasi pelbagai pihak membabitkan bidang sains, teknologi, polisi dan sosial; daripada pemerintah sehingga ke rakyat bawahan.

Sehubungan itu, Mohamed Salleh berkata, pihaknya di UNU-IIGH akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang kesihatan global, antaranya kualiti dalam sistem penjagaan kesihatan, kajian penyakit dan kaedah kawatan, pembangunan teknologi maklumat dalam kesihatan seterusnya kesan perubahan iklim dan impak globalisasi terhadap kesihatan.

Teruk! Gambar Banjir Di UMT Dan UNISZA Terengganu 20.11.2014

Gambar banjir kilat di UMT dan UNISZA Terengganu pada 20 November 2014. Banjir yang melanda di Universiti Malaysia Terenganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) pada khamis 20.11.2014 telah menyebabkan kedua-dua IPTA berkenaan diishtiharkan darurat dan akan bercuti selama dua hari mulai 20 November 2014 atau seawalnya sehingga banjir kembali surut. Terdahulu, banjir kilat di UMT dan Unisza berlaku sejak isnin 17 November 2014.

umt

Gambar Banjir Di UMT Terengganu 20.11.2014

umt 2 umt 3 umt 4 umt 5 umt 6

Gambar Banjir Di Unisza Terengganu 20.11.2014

unisza 1 unisza 2 unisza 3

Hangat! Facebook FB Baru Amran Fans Kali Ketiga Kini Dibuka

Facebook FB baru Amran Fans kali ketika kini dibuka semula. Meskipun Fanpage Amran Fans telah ditutup buat dua kali berturut-turut, namun langsung tidak mematahkan semangat untuk Amran Fans kembali membina empayar dilaman sosial Facebook. Menerusi tinjauan pihak kami di FB Amrans Fans, jumlah peminat tegar semakin bertambah dari masa ke semasa sebagai tanda sokongan terhadap akaun FB tersebut. Terdahulu, FB Amran Fans telah ditutup buat dua kali berturut susulan menerima aduan negatif orang ramai serta melanggar terma dan syarat Facebook.

amran

Amat Mengecewakan! Kartun Puteri Les’ Copaque Tayang 5 Minit Je!!!

Kartun animasi Puteri terbaru dari Les’ Copaque Production mengecewakan kerana tayang 5 Minit pada episod 1. Rata-rata penonton TV3 terutamanya ibu bapa menzahirkan rasa kecewa apabila Animasi Puteri yang telah ditunggu sejak awal November 2014 berakhir dengan tempoh masa yang singkat iaitu selama 5 minit pada episode 1 yang bersiaran setiap khamis mulai 20 November 2014 pukul 9.00 malam. Tambah aduan ibu bapa, mereka berasa kasihan dengan anak-anak kerana tidak puas menikmati animasi popular itu. Tambah aduan itu lagi, jika pada minggu hadapan episod 2 bersiaran hanya 5 minit sahaja adalah lebih baik jika tidak ditayangkan terus kepada penonton.

puteri

Aduan Pengguna Kecewa Animasi Puteri Tayang 5 Minit
kecewa

p/s : anak saya tunggu bagai nak rak berminggu2..kesian betol...huhu

anak : "ayah..cite td tu da abes ke?"
saya: " yela kot...(eh! xkan 5minit jer??????)"

Video Promo Puteri Mulai 20 November 2014

Thursday, November 20, 2014

Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy Note 4

 Samsung Galaxy Note 4 merupakan produk terbaru yang sudah diperkenalkan di Malaysia, sekarang produk Samsung yang memberikan kelebihan dan kekurangan Samsung Galaxy Note 4. Banyak kelebihannya dibanding kekurangannya, Samsung Galaxy Note 4 memang memberikan kelebihan disetiap spesifikasi dan fitur yang mendukung dalam Samsung Galaxy Note 4.
Spesifikasi Samsung Galaxy Note 4 terdapat dalam smartphone ini diantaranya yaitu ukuran layar 1440 x 2560 pixels, 5.7 inches dengan kepadatan yang berkapasitas tinggi ~515 ppi pixel. Kepadatan layar ini memberikan sebuah ketajaman dalam tampilan layar tersebut, apalagi juga pengaruh terhadap hasil foto lebih padat. Disamping itu smartphone Samsung Galaxy Note 4 didukung dengan type layar Super AMOLED dengan 16 juta warna, kelebihan dari type layar AMOLED, bila digunakan diluar ruangan memberikan kejernihan yang sangat luar biasa, tampilan yang tidak sedikitpun redup bila mendukung type layar ini. Samsung Galaxy Note 4 terdapat S Pen stylus untuk bantuan penulisan bila ingin menggunakannya, tapi smartphone ini sudah mendukung sensor jari untuk keamanan maupun sentuhan yang bisa menggunakan jari.
Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy Note 4
Memori adalah salah satu penyimpanan yang di perlukan smartphon Samsung Galaxy Note 4, memori internal Samsung Galaxy Note 4 memiliki kapasitas 32GB serta 3GB RAM, apalagi Samsung Galaxy Note 4 juga didukung dengan memori eksternal dengan batasan kapasitas 128GB serta type MicroSD yang sering digunakan dalam mendukung smartphone. Memori internal di kususkan untuk aplikasi yang sudah terinstal maupun yang belum terinstal, dan untuk memori eksternal hanya bisa membantu penyimpanan aplikasi maupun data yang ingin di letakkan dalam memori eksternal ini.
Samsung Galaxy Note 4 memiliki banyak komponen yang terdapat dalam spesifikasi, kamera utama yang sudah mendukung Samsung Galaxy Note 4 dengan resolusi 16MP, serta ukuran 3456 x 4608 pixels, dan fitur optical image stabilization, autofocus, LED flash, Dual Shot, Simultaneous HD video and image recording, geo-tagging, touch focus, face/smile detection, panorama, HDR, dari fitur ini maka kamera utama bisa menghasilkan lebih maksimal dalam hasil pemotretan. Video juga bisa dilakukan untuk kamera utama samsung, dengan ukuran 2160p@30fps, 1080p@60fps, optical stabilization, dual-video rec. Kelemahan dari Samsung Galaxy Note 4 yang memiliki kamera depan dengan kapasitas 3.7 MP, dibangding dengan kamera utama yang tidak memiliki setengah dari resolusinya.
Sistem operasi yang sudah mendukung versi 4.4.4 terbaru dari Android KitKat, dengan dukungan sistem operasi dalam Samsung Galaxy Note 4 maka phablet sudah mendukung banyak aplikasi dan juga aplikasi BBM sudah tersedia dalam phablet. Prosesor yang menunjukkan kecepatan dalam berbagai macam proses pada phablet menunjukkan type Quad-core kecepatan 2.7 GHz Krait 450 (SM-N910S). Pada kali ini battery Samsung Galaxy Note 4 mendukung kapasitas 3,220 mAh, dari kapasitas ini memberika ketahanan dana penampungan daya lebih banyak dan lebih awet dalam kegunaannya. Anda sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan Samsung Galaxy Note 4, semua ini bisa anda buat perbandingan dengan vendor lain yang ingin anda beli.

Kelebihan Samsung Galaxy Note 4

  • Ukuran layar 1440 x 2560 pixels, 5.7 inches
  • Kepadatan layar ~515 ppi pixel density
  • Type layar Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
  • Tampilan yang disertakan S Pen stylus, Fingerprint sensor
  • Jaringan 2G, 3G, dan 4G
  • Memori internal 32 GB, 3 GB RAM
  • Memori eksternal maksimal kapasitas 128GB
  • Kamera utama beresolusi 16MP
  • Sistem operasi mendukung versi baru Android v4.4.4 KitKat
  • Prosesor Quad-core 2.7 GHz Krait 450 (SM-N910S)
  • Battery 3,220 mAh 

Kekurangan Samsung Galaxy Note 4

  • Kamera depan hanya mendukung resolusi 3.7 MP
  • Harga cukup mahal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More