Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, October 28, 2014

Panas! Video Berita Terkini Pidato Anwar Ibrahim Di UM 27 Oktober 2014

Berita terkini isu Pidato Anwar Ibrahim di Universiti Malaya UM pada 27 Oktober 2014. Seperti sedia maklum, bermula pada pukul 9.00 malam Isnin akan bermulanya pidato Anwar Ibrahim yang diadakan di Dataran Dewan Tunku Cancelor Universiti Malaya. Difahamkan, kesemua pelajar yang akan menyertai ceramah tersebut sudah mula berkumpul di pintu gerbang utama (KL Gate) Universiti Malaya sejak pukul 8.30 malam. 

Untuk makluman terkini, Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah sudah tiba di pintu gerbang utama UM pada pukul 9.35 malam dan menerima sambutan meriah oleh kira-kira 1,000 pelajar UM. Peserta juga telah bertindak lebih agresif dengan merempuh masuk pintu gerbang utama Universiti Malaya yang dikunci sejak pukul 4.00 petang dan menuju ke destinasi utama. Untuk info, program ini dianjurkan sepenuhnya oleh Fahmi Zainol Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t1.0-9/16120_971025766258006_5326319065276357881_n.jpg?oh=21ed127ef149a2c7d018225ad1e756de&oe=54E78EEB&__gda__=1420871168_042105c0b8025fe87b8dd13b0df8029a

Gambar Sekitar Di Pintu Gate Utama UM 27 Oktober 2014
Difahamkan pintu gate utama UM telah ditutup sejak pukul 4.00 petang untuk menyekat kemasukan pelajar dan Anwar Ibrahim melangsungkan Pidato di dalam Universiti berkenaan.

http://4.bp.blogspot.com/-qVoVIra_3J4/VE5Cff5WBHI/AAAAAAAAEzk/seCIj1ihwA4/s1600/IMG-20141027-WA0071.jpg


http://2.bp.blogspot.com/-VvoLvgQJT1s/VE5ELHNP1wI/AAAAAAAAEzw/UJnWyup-J0E/s1600/B09KOgGCQAAG1iw.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-lLKlBfInWOY/VE5BvYBfwvI/AAAAAAAAEzc/NRzAjlBINFY/s1600/B09ImxaCAAAXnJz.jpg


Gambar Anwar Ibrahim Selamat Tiba Di UM
Anwar Ibrahim dan Wan Azizah selamat tiba di pintu masuk Universiti Malaya pada pukul 9.35 malam.


Gambar Pelajar UM Rempuh Pintu Masuk Utama Universiti Malaya
Peserta nekad untuk merempuh masuk pintu gate utama UM bagi memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah menuju ke Dataran Dewan Tunku Cancelor Universiti Malaya.

Rakaman Video Peserta Rempuh Pintu Pagar Universiti Malaya

Anwar Ibrahim Kini Menyampaikan Ucapan Kepada Peserta
Anwar Ibrahim kini sedang memberikan ucapan kepada peserta.


Ribuan Peserta UM Setia Mendengar Pidato Anwar Ibrahim
Dewan Tengku Cancelor UM gelap dan pintu dikunci. Ribuan tidak berganjak dengar pidato Anwar Ibrahim


Ceramah Pidato Anwar Ibrahim Selesai
Mahasiswa beredar dan bersurai dari UM dengan aman selepas mendengar pidato umum DS Anwar Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More