Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, October 1, 2014

Hazzirah Izzati Mat Hassim Pelajar UTM Dapat PHD Usia Muda

Biodata Hazzirah Izzati Mat Hassim pelajar UTM dapat PHD (Doktor Falsafah) pada usia muda. Nama Hazzirah Izzati kini trending dilaman sosial apabila telah dapat gelaran PHD atau Doktor Falsafah pada usia paling muda iaitu seawal 24 Tahun. Untuk pengetahuan, bukanlah mudah untuk seseorang dapat gelaran anugerah PHD pada masa yang singkat kerana individu secara normalnya perlu lalui beberapa tahap seperti SPM, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan seterusnya PHD. Untuk info, punca utama Hazzirah Izzati mendapat PHD pada masa yang singkat adalah kerana mengikuti program PTS (Kelas Lompat), kemasukan program Pra Ijazah selama 6 bulan tanpa perlu mengambil Diploma disamping berjaya melangkau dari Ijazah Sarjana Muda terus kepada PHD tanpa perlu mengambil Master.

Hazzirah-Izzati-Mat-Hassim

Biodata Hazzirah Izzati Mat Hassim Pelajar UTM Dapat PHD
Nama Penuh: Hazzirah Izzati Binti Mat Hassim
Tarikh Lahir: 18 Mei 1990
Umur: 24 Tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Pendidikan Terkini: UTM (Phd)
Bidang: Matematik Tulen
Tajuk Tesis Phd: “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five”

Faktor Utama Hazzirah Izzati Dapat PHD Pada Usia Muda
  • Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun.
  • Setelah mendapat keputusan SPM cemerlang, terus mengikuti program pra ijazah selama 6 bulan tanpa perlu memasuki Diploma
  • Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda, terus melangkau ke Phd tanpa perlu melalui atau mengambil Master.
Kronologi Sejarah Pendidikan Hazzirah Izzati Mat Hassim
  • Hazzirah memulakan pengajian  di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun.
  • Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun.
  • Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Tamat SPM pada usia 16 tahun dengan cemerlang (7A1, 3A2) dan ditawarkan Pra-Ijazah selama 6 bulan dibawah Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru pada tahun 2007.
  • Keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA melayakkan beliau untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
  • Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Oleh itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh.
  • Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM.

  • Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More