Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, October 31, 2014

Dahsyat! Video & Gambar Kes Tembak Menembak Di Penampang Sabah

Berita terkini kes tembak menembak di Penampang Sabah pada 30 Oktober 2014. Menerusi laman sosial, kini tersebar video dan foto insiden tembak menembak antara suspek bersenjata dengan pasukan polis di Jalan Penampang Baru pada pukul 4.15 petang khamis. Menurut laporan rasmi, dua penjenayah bersentaja maut ditembak pihak polis dalam operasi khas di Kompleks Beli Belah Servay Penampang Baru.

tembak 3

Video Kes Tembak Menembak Di Penampang 30 Oktober 2014


Komen Saksi Insiden Tembak Menembak Di Penampang 30 Oktober 2014

servay


mayat

Gambar Kes Tembak Menembak Di Penampang Sabah 30 Oktober 2014

tembaj

kes tembak 2

kes tembak 3 
kes tembak 4 kes tembak 5
penampang 2 penampang

tembak 4
tembak 2 
tembak

Cara Semakan Keputusan KKTM Dan IKM Sesi Januari 2015

Semakan keputusan kolej MARA KKTM dan IKM sesi Januari 2015. Menerusi makluman rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA), keputusan permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA KKTM dan Institut Kemahiran MARA IKM Sesi Januari 2015 boleh disemak di www.ekemahiran.edu.my bermula pada 27 Oktober-16 November 2014.

mara

Semakan Keputusan KKTM Dan IKM Sesi Januari 2015

Tempoh Semakan
27 Oktober-16 November 2014

Awas! Pos Malaysia : Larangan Penghantaran Powerbank Ke Sabah Sarawak

Pos Malaysia (Pos Laju) keluar notis larangan penghantaran atau pengeposan Powerbank ke Sabah, Sarawak dan Luar Negara mulai 1 November 2014. Menerusi pekeliling yang diedarkan oleh pihak Pos Malaysia Berhad, penghantaran barangan seperti Lithium Ion atau Powerbank dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak mahupun luar negara adalah dilarang kerana barangan tersebut dikategorikan sebagai barangan berbahaya kerana ianya mudah terbakar. 

Ianya juga selaras dengan Peraturan Barangan Berbahaya (Dangerous Goods Regulations), terbitan International Air Transport Association (IATA) dimana Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya di dalam mel udara, bungkusan udara dan EMS. Seperti sedia maklum, segala proses penghantaran powerbank ke Sabah dan Sarawak terutamanya dari Semenanjung Malaysia adalah melalui mel udara (pesawat kargo).

pos

Pekeliling Pos Malaysia Larangan Penghantaran Powerbank Ke Sabah dan Sarawak
Larangan ini berkuatkuasa pada 1 November 2014 dan sebarang pegeposan item yang mengandungi bateri litium atau power bank akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH). Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut kembali tanpa pemulangan caj pengeposan.

pekeliling

Thursday, October 30, 2014

Alasan Wak Doyok Buat Gimik AF 2014 Tidak Diterima Peminat

Alasan Wak Doyok buat gimik ketika konsert AF 2014 minggu ke 8 tidak diterima peminat. Menerusi instagram Wak Doyok, dia menjelaskan bahawa dia hanya melakukan gimik pada konsert AF 2014 minggu ke 8 untuk tidak memberikan hadiah kepada Firman AF 2014. 

Tambahnya lagi, gimik itu dakwanya telah dirancang oleh pihak Astro dan dia hanyalah menurut perintah. Namun, peminat Firman AF 2014 sehingga kini masih mengecam tindakan Wak Doyok berhubung isu tersebut. Rata-rata peminat mendakwa ianya hanyalah alasan Wak Doyok untuk melepaskan diri daripada isu tersebut. Tambah dakwaan peminat lagi, perkara seperti itu tidak patut dilakukan sebagai gimik kerana ianya sangat sensitif.

wak-doyok-1

AWAS! Ada Babi Dalam Mee Segera PAMA adalah Berita Palsu

Berita palsu Mee Segera jenama PAMA tidak halal ada mengandungi babi. Menerusi kenyataan rasmi JAKIM, isu Mee Segera PAMA tak halal adalah tidak benar sama sekali. Tambah JAKIM lagi, produk jenama PAMA adalah pemegang sijil halal JAKIM yang sah. Manakala, satu lagi jenama mee segera iaitu jenama MAMA pula tidak memiliki sijil halal JAKIM. Oleh itu, pengguna tidak harus meragui untuk menggunakan produk jenama PAMA manakala pengguna islam sebolehnya mengelakkan menggunakan produk Mee Segera jenama MAMA kerana ianya tidak memiliki sijil halal JAKIM yang sah.


Antara Berita Yang Tersebar Menerusi Laman Sosial
Berita yang tersebar mendakwa kedua-dua produk Mee Segera jenama PAMA dan MAMA mengandungi khinzir. Namun, pihak JAKIM menerusi kenyataan rasmi pada 28 Oktober 2014 mendakwa hanya produk mee segera jenama PAMA sahaja disahkan halal manakala jenama MAMA adalah bukan pemegang sijil halal JAKIM yang sah.

http://3.bp.blogspot.com/-5h8IzASmDPs/UefA8E04bZI/AAAAAAAABrU/lQPU8NLX3TI/s1600/1017334_332736760191374_2033042067_n.png

Video Dan Lirik Lagu Johor JDT Final Piala Malaysia 2014

Video dan lirik lagu Johor JDT yang akan dibawa ke Final Piala Malaysia 2014. Seperti sedia maklum, Pahang akan bertemu dengan JDT pada perlawanan akhir Oppo Piala Malaysia 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Sabtu 1 November 2014. Seperti biasa mengikut tradisi atau adat, pasukan JDT akan menyanyikan sebuah lagu tema kebangsaan pasukan bola sepak JDT jika berjaya masuk ke peringkat akhir perlawanan bola sepak. Sebagai penyokong JDT yang akan bertandang ke Stadium Bukit Jalil, adalah diwajibkan untuk anda menghafal lirik dan lagu tema pasukan JDT berjudul “Luaskan Kuasamu Johor”.

jdt

Video Lagu Johor JDT Final Piala Malaysia 2014 (Luaskan Kuasamu! Ale-Ale)


Lirik Lagu Johor JDT Final Piala Malaysia 2014 (Luaskan Kuasamu)

Ale…Ale…Ale….Ale…Ale…Ale…x2
Ayuh Johor, Ayuh Johor
Luaskanlah kuasamu Johor
Kami ada, kami ada sentiasa bersamamu Johor
Ale…Ale…Ale….Ale…Ale…Ale…x2
Ayuh Johor, Ayuh Johor
Luaskanlah kuasamu Johor
Kami ada, kami ada sentiasa bersamamu Johor

Pemilik Blog Atau Forum Turut Kena GST Mulai 1 April 2015

Pemilik laman blog (web) atau forum turut kena GST mulai 1 April 2015. Setelah pelaksanaan GST dijangka akan dilaksanakan mulai awal bulan April 2015, kesemua pemilik blog (website) atau forum yang menjana pendapatan menerusi platform tersebut tidak akan terkecuali untuk membayar cukai GST. 

Manakala, platform online yang tidak menjana menjana pendapatan atau dibina sebagai untuk tujuan peribadi tidak akan dikenakan GST. Seperti sedia maklum, pelaksanaan GST yang menggantikan sistem cukai sedia ada iaitu SST adalah berkonsepkan menyeluruh dan adil dimana semua perkhidmatan/ perniagaan secara online mahupun offline wajib membayar cukai tersebut.

gst

Jangan Ingkar! Peraturan Baru SSM Peniaga Online Facebook Dan Instagram

Peraturan baru SSM kepada peniaga online Facebook dan Instagram. Menerusi peraturan baharu yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkuatkuasa mulai 9 Oktober 2014, semua pemilik Facebook Fanpage dan akaun instagram yang menjalankan perniagaan secara online wajib berdaftar dengan SSM disamping memaparkan nama syarikat serta nombor pendaftaran syarikat dilaman sosial tersebut. Tambah kenyataan rasmi SSM, peniaga online yang ingkar dan gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan kompaun saman atau penalti tidak melebihi RM5000.

ssm

Pekeliling Peraturan Baru SSM Peniaga Online Facebook Dan Instagram

notis

Contoh Peniaga Online Wajib Papar Nama Syarikat dan Nombor Pendaftaran SSM

peraturan-baru

Tuesday, October 28, 2014

Video & Gambar Banjir Di Padang Jawa Shah Alam 27 Oktober 2014

Gambar banjir kilat di sekitar Padang Jawa pada 27 Oktober 2014. Hujan lebat serta angin kencang yang berterusan bermula pada pukul 3.30 petang tadi telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan terutamanya di Padang Jawa dan UITM Shah Alam serta beberapa lagi lokasi lain. Untuk maklumat terkini pada pukul 6.30 petang, paras air dilaporkan telah surut sepenuhnya.


Video Rakaman Banjir Di Padang Jawa Shah Alam 27 Oktober 2014


Gambar Banjir di UITM Shah Alam 27 Oktober 2014

Cara Kiraan Syarat Kelayakan Skim Subsidi Petrol Mulai Jun 2015

Syarat kelayakan Skim Rasionalisasi Subsidi Petrol mulai Jun 2015. Seperti yang diumumkan oleh kerajaan, skim Subsidi Petrol bakal dilaksanakan mengikut tiga peringkat berdasarkan pendapatan rakyat. Individu yang berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan tidak layak untuk menikmati subsidi petrol kerajaan manakala mereka yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan layak menerima subsidi penuh. Disamping itu, individu yang berpendapatan melebihi RM5,000 hingga RM10,000 pula hanya akan menikmati sebahagian daripada subsidi kerajaan. Skim Subsidi Petrol hanya akan dikenakan kepada bahan api yang bersubsidi iaitu RON95 sahaja.

petrol

Syarat Kelayakan Skim Subsidi Petrol Mulai Jun 2015
  • Individu Berpendapatan RM10,000 dan keatas: Tidak layak menerima Subsidi Petrol Kerajaan. Individu tersebut wajib membeli petrol RON95 mengikut harga pasaran.
  • Individu Berpendapatan RM 5,000- RM10,000: Hanya layak menerima sebahagian daripada subsidi Petrol RON95
  • Individu Berpendapatan RM5,000 kebawah: Layak menerima subsidi penuh Petro RON95
Nota Penting: Hanya RON97 dan Diesel sahaja tertakluk kepada Subsidi Kerajaan. Manakala RON97 adalah bergantung kepada harga pasaran semasa.

Hangat : Biodata Siapakah Wak Doyok - Isu Pelajar Firman AF 2014

Biodata siapakah Wak Doyok isu berlaku ketidak adilan terhadap pelajar Firman AF 2014. Menerusi laman sosial, warga Sabahan terutamanya mengecam dan mengutuk tindakan Wak Doyok yang meminggirkan Firman peserta AF 2014 yang berasal dari Tawau Sabah. 

Semuanya berpunca apabila Wak Doyok memberikan cenderamata berbentuk baju dan kasut jenama The Garment kepada semua peserta lelaki kecuali Firman AF 2014 pada malam Konsert AF 2014 minggu ke 8. Apapun, nama Wak Doyok kini trending dilaman sosial berikutan sikapnya yang tidak adil terhadap Firman. Bagi yang tidak mengenali siapa Wak Doyok, berikut adalah butiran maklumat peribadi mengenai Wak Doyok.


Nama Penuh: Tengku Muhammad Azwan Shah
Nama Samaran: Wak Doyok
Asal: Klang Selangor
Umur: 34 Tahun (2014)
Bangsa: Melayu dan berketurunan Jawa
Pekerjaan: Pereka dan Perunding Fesyen Artis
Syarikat: Pengusaha Syarikat Fesyen The Garment
Punca Populariti: Misai yang tebal dan stailo
Pendidikan: Bidang Kejuteraan di Universiti Jerman

Kontroversi Isu Wak Doyok Tidak Adil Terhadap Firman AF 2014
wak-doyok-1

Komen Peminat Dilaman Sosial Twitter

wak-doyok-2

Panas! Video Berita Terkini Pidato Anwar Ibrahim Di UM 27 Oktober 2014

Berita terkini isu Pidato Anwar Ibrahim di Universiti Malaya UM pada 27 Oktober 2014. Seperti sedia maklum, bermula pada pukul 9.00 malam Isnin akan bermulanya pidato Anwar Ibrahim yang diadakan di Dataran Dewan Tunku Cancelor Universiti Malaya. Difahamkan, kesemua pelajar yang akan menyertai ceramah tersebut sudah mula berkumpul di pintu gerbang utama (KL Gate) Universiti Malaya sejak pukul 8.30 malam. 

Untuk makluman terkini, Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah sudah tiba di pintu gerbang utama UM pada pukul 9.35 malam dan menerima sambutan meriah oleh kira-kira 1,000 pelajar UM. Peserta juga telah bertindak lebih agresif dengan merempuh masuk pintu gerbang utama Universiti Malaya yang dikunci sejak pukul 4.00 petang dan menuju ke destinasi utama. Untuk info, program ini dianjurkan sepenuhnya oleh Fahmi Zainol Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t1.0-9/16120_971025766258006_5326319065276357881_n.jpg?oh=21ed127ef149a2c7d018225ad1e756de&oe=54E78EEB&__gda__=1420871168_042105c0b8025fe87b8dd13b0df8029a

Gambar Sekitar Di Pintu Gate Utama UM 27 Oktober 2014
Difahamkan pintu gate utama UM telah ditutup sejak pukul 4.00 petang untuk menyekat kemasukan pelajar dan Anwar Ibrahim melangsungkan Pidato di dalam Universiti berkenaan.

http://4.bp.blogspot.com/-qVoVIra_3J4/VE5Cff5WBHI/AAAAAAAAEzk/seCIj1ihwA4/s1600/IMG-20141027-WA0071.jpg


http://2.bp.blogspot.com/-VvoLvgQJT1s/VE5ELHNP1wI/AAAAAAAAEzw/UJnWyup-J0E/s1600/B09KOgGCQAAG1iw.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-lLKlBfInWOY/VE5BvYBfwvI/AAAAAAAAEzc/NRzAjlBINFY/s1600/B09ImxaCAAAXnJz.jpg


Gambar Anwar Ibrahim Selamat Tiba Di UM
Anwar Ibrahim dan Wan Azizah selamat tiba di pintu masuk Universiti Malaya pada pukul 9.35 malam.


Gambar Pelajar UM Rempuh Pintu Masuk Utama Universiti Malaya
Peserta nekad untuk merempuh masuk pintu gate utama UM bagi memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah menuju ke Dataran Dewan Tunku Cancelor Universiti Malaya.

Rakaman Video Peserta Rempuh Pintu Pagar Universiti Malaya

Anwar Ibrahim Kini Menyampaikan Ucapan Kepada Peserta
Anwar Ibrahim kini sedang memberikan ucapan kepada peserta.


Ribuan Peserta UM Setia Mendengar Pidato Anwar Ibrahim
Dewan Tengku Cancelor UM gelap dan pintu dikunci. Ribuan tidak berganjak dengar pidato Anwar Ibrahim


Ceramah Pidato Anwar Ibrahim Selesai
Mahasiswa beredar dan bersurai dari UM dengan aman selepas mendengar pidato umum DS Anwar Ibrahim.

Monday, October 27, 2014

AWAS! 5 Faktor Perosak 'Hati'



Assalamualaikum..

Setiap detik
dan
saat yang kita lalui,
banyak yang kita lakukan.
Terkadang tanpa kita sedari..
ada perkara-perkara yang kita lakukan itu
akan memberi kesan
kepada hati kita
sama ada kita sedari
ataupun
tidak.

Jadi di ruangan ni ana akan bicarakan tentang 5 perosak hati... 

Hati adalah pengendali.
Jika ia baik, baik pula perbuatannya.
Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya.
Maka
menjaga hati dari kerosakan adalah wajib.

Tentang perosak hati, 
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah

menyebutkan ada lima perkara..

1) bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk)
2) angan-angan kosong
3) bergantung kepada selain Allah
4) kekenyangan
5) banyak tidur


Bergaul dengan banyak kalangan??
Pergaulan adalah perlu,
tapi tidak asal bergaul
dan banyak teman.
Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah.
Teman-teman yang buruk
lambat laun akan
menghitamkan hati,
melemahkan
dan
menghilangkan rasa nurani,
akan membuat
yang bersangkutan larut
dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif.

Dalam kehidupan,
kita sering menyaksikan
orang yang hancur hidup
dan
kehidupannya
gara-gara pergaulan.
Biasanya out put semacam ini,
kerana motivasi bergaulnya untuk dunia.
Dan memang,
kehancuran manusia
lebih banyak disebabkan
oleh sesama manusia.

Sebab itu,
kelak di akhirat,
banyak yang menyesal
kerana salah pergaulan.

Allah berfirman:

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zhalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29)

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67)

"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25)

Inilah pergaulan yang didasari
oleh kesamaan tujuan duniawi.
Mereka saling mencintai
dan
saling membantu
jika ada hasil duniawi yang diingini.

Jika telah lenyap kepentingan tersebut,
maka pertemanan itu
akan melahirkan duka
dan
penyesalan,
cinta berubah
menjadi saling membenci
dan
melaknat.

Sebab itu,
dalam bergaul,
berteman
dan
berkumpul
hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan.

Lebih tinggi lagi tingkatannya jika
motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan
kecintaan dan redha Allah.


Larut dalam angan-angan kosong??
Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi.
Ia adalah lautan tempat berlayarnya orang-orang bangkrut.
Bahkan dikatakan,
angan-angan
adalah modal orang-orang bangkrut.
Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya,
khayalan-khayalan dusta
senantiasa mempermainkannya.

Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai.

Angan-angan kosong
adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah.
Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya.
Ada yang mengangan-kan menjadi raja atau ratu,
ada yang ingin keliling dunia,
ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah,
atau isteri yang cantik jelita.

Tapi itu hanya angan-angan belaka.
Adapun
orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia,
maka cita-citanya adalah seputar ilmu,
iman
dan
amal shalih
yang mendekatkan dirinya kepada Allah.
Dan ini adalah cita-cita terpuji.
Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka.
Nabi memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.


Bergantung kepada selain Allah??
Ini adalah faktor terbesar perusak hati.
Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya
dari bertawakkal
dan
bergantung kepada selain Allah.
Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah
dan
menjadikan perbuatannya sia-sia.
Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah,
juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya.

Allah berfirman, ertinya:
"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82)

"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)

Maka orang yang paling hina
adalah yang bergantung kepada selain Allah.

Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan
di bawah rumah laba-laba.
Dan rumah laba-laba
adalah rumah yang paling lemah dan rapuh.

Lebih dari itu,
secara umum,
asal dan pangkal syirik
adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah.
Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista.

Allah berfirman, ertinya:

"Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)


Terkadang keadaan sebagian manusia tertindas tapi terpuji,
seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan.

Sebagian lagi terkadang tercela tapi menang,
seperti mereka yang berkuasa secara batil.

Sebagian lagi terpuji dan menang,
seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran.

Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik)
maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk
dari empat keadaan manusia,
yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.


Makanan??
Makanan perusak ada dua macam.

Pertama , merusak karena dzat/materinya, dan ia terbagi menjadi dua macam.

Yang diharamkan karena hak Allah,
seperti
bangkai,
darah,
anjing,
binatang buas yang bertaring
dan
burung yang berkuku tajam.

Kedua,
yang diharamkan karena hak hamba,
seperti
barang curian,
rampasan
dan
sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya,
baik karena paksaan,
malu
atau
takut terhina.

Kedua, merosak kerana melampaui ukuran dan takarannya.
Seperti berlebihan dalam hal yang halal,
kekenyangan kelewat batas.
Sebab yang demikian itu
membuatnya malas mengerjakan ketaatan,
sibuk terus-menerus
dengan urusan perut
untuk memenuhi hawa nafsunya.
Jika telah kekenyangan,
maka ia merasa berat
dan
kerananya ia mudah
mengikuti komando setan.

Setan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah.
Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalannya setan.
Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah
dan
membuat setan betah tinggal berlama-lama.
Barangsiapa banyak makan dan minum,
niscaya
akan
banyak tidur
dan
banyak merugi.

Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:

"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).



Banyak tidur!??
Banyak tidur mematikan hati,
memenatkan badan,
menghabiskan waktu
dan
membuat lupa
serta
malas.

Di antara tidur itu
ada yang sangat dibenci,
ada yang berbahaya
dan sama sekali tidak bermanfaat.

Sedangkan tidur yang paling bermanfaat
adalah tidur saat sangat dibutuhkan.

Segera tidur pada malam hari lebih baik
dari tidur ketika sudah larut malam.

Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik
daripada tidur di pagi atau sore hari.

Bahkan tidur pada petang dan pagi hari
lebih banyak madharatnya
daripada manfaatnya.

Di antara tidur yang dibenci
adalah tidur antara shalat Shubuh dengan terbitnya matahari.

Sebab ia adalah waktu yang sangat strategis.
Sebab itu,
meskipun para ahli ibadah
telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah,
mereka tidak mau tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit.

Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang,
saat diturunkan
dan
dibagi-bagikannya rezeki,
saat diberikannya barakah.


Secara umum,
saat tidur yang paling tepat
dan
bermanfaat
adalah pada pertengahan pertama dari malam,
serta
pada seperenam bagian akhir malam,
atau sekitar lapan jam.

Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor.
Jika lebih
atau
kurang daripadanya
maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya.

Termasuk tidur yang tidak bermanfaat
adalah
tidur pada awal malam hari,
setelah tenggelamnya matahari.

Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam .

Wallualam.

sumber : faralinaziz.blogspot.com

Tasauf: Pandangan dengan 'Ainul Yaqiin

Apabila pandangan telah tembus dengan dapat melihat segala cahaya kesucian Allah swt di mana-mana sahaja maka pada setiap waktu dia akan berhubung dengan kebesaran dan kemuliaan Allah swt. Ia menginsafkan dan dia akan dapat melihat hari-harinya di dalam kubur itu nanti, di atas padang mahsyar dan kejadian-kejadian di dalam neraka dan syurga.

Dia akan tenggelam dalam mempelajari kebesaran Allah dan terharu melihat kemuliaan dan cahaya Allah yang meliputi langit, bumi dan lelainnya. Pun begitu dia akan masih punya satu tangga lagi, iaitu kemuncak daripada segala pandangan batin itu. Pandangannaya hendaklah ditingkatkan dan dipanjat ke tingkat yang lebih tinggi - itupun setelah tenggelam dengan musyahadah hati akan Allah, sifat-sifat-Nya dan sekelian kebesaran dan kemuliaannya, harus tumbuh nilai yang sama tingginya akan cinta-cinta yang suci kepada Allah swt.

Cinta ini adalah cinta mutlak.

Cinta dengan mata lahir, cinta dengan mata hati, cinta dengan ingatan, cinta dengan lisan sambil menyebut-nyebut dan memuji Allah swt dengan tasbih, tahmid, takbir, tahlil dsb. Cinta kerana takut semata-mata harus dijauhkan, sudah tidak bermakna tetapi ia cinta kerana jinak dengan kemuliaan dan kebesaran Allah swt; cinta kerana ingin mendapat bahagia apabila dekat dengan Allah swt. Ia cinta kepada Allah swt sebagai pelimpah segala rahmat dan kurnia; cinta yang memupuk iman kepada Allah swt dengan menambah-tebalkan iman melalui pengetahuan yang dapat menyuburkan iman tersebut.

Hasilnya, timbul keinginan menyelidik lebih jauh akan Allah dan kekuasaan-Nya supaya iman yang telah sedia tulen itu naik dari iman tingkat mustaqiim menjadi iman 'ainul-yaqiin dan di akhirnya mencapai ke tahap iman yang haqqul-yaqiin.

Menyintai Allah dan Menyintai Sekelian Makhluk

Iman akan Allah dengan segala sifat Kebesaran dan Kemegahan-Nya, di akhir akan membawa seseorang mukmin itu mencintai akan sekelian yang maujud ini. Dia akan memandang sekelian alam ini sama seperti Allah yang memandangnya. Dia akan berlepas diri daripada setiap kejahatan sementara sang makhluk. Namun segala kejadian dan peristiwa itu akan ada munafaatnya demi untuk kepentingan agama dan iman.

Jika sekelian kejadian pahit itu tidak memberi menafaat kepada si pelakunya yang berdosa, namun kesannya bakal menginsafkan banyak orang lain. Dan di antara orang-orang yang diinsafkan itu bukan sedikit yang bakal menambah tingkat taqwa mereka; menjadi orang yang terlebih baik di antara yang baik-baik. Dan di situ letak hikmahnya.

Raudhah: Di antara Taman-taman Syurga

sumber : ikanlepu.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More