Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, August 6, 2014

Cara Mohon & Borang Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz 2014/ 2015 JAKIM Online

Borang permohonan skim pembiayaan Hafiz 2014/ 2015 secara online. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa warga negara Malaysia yang telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi mengikuti pengajian sepenuh masa sesi pengajian 2014/2015. Permohonan dibuka mulai 3 Ogos 2014 sehingga 17 Ogos 2014.
JAKIM-1

Cara memohon SPH/ Borang Permohonan SPH Online
Permohonan hanya boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian secara percuma dengan melayari portal Jakim di http://sph.islam.gov.my

Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan Hafiz
i.Warganegara Malaysia;
ii.Memiliki Sijil Tahfiz al-Quran Jakim, Diploma Tahfiz al-Quran Jakim, Sijil Tahfiz Malaysia atau sijil tahfiz yang diiktiraf oleh Jakim;
iii. Berumur tidak kurang dari 15 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 45 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan;
iv.Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas; dan mempunyai kelayakan akademik seperti di Jadual 1:

JAKIM

Pelajar yang tidak layak memohon adalah seperti yang berikut:
(a)calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja;
(b)pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa;
(c)penjawat awam; dan
(d)pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.

Bidang Pengajian
Terbuka kepada semua bidang pengajian.

Kadar SPH
Kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan pada 17 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More