Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, August 29, 2014

Tujuan ALS Ice Bucket Challenge Trend Di Laman Sosial

Tujuan ALS Ice Bucket Challenge menjadi trending di laman sosial. ALS merujuk kepada penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis dimana individu yang menghidap penyakit berkenaan akan merasakan seolah sebaldi ais dicurah ke tubuh badan pengidap ALS. Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).

cabaran

Tujuan ALS Ice Bucket Challenge Trend Di Laman Sosial
Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan  tiga orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika mereka yang dicalonkan tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan USD100 ke Yayasan ALS. Ini bertujuan bagi mengutip derma untuk membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar untuk penyakit tersebut. Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang dirasai adalah sama dengan apa yang dirasai oleh penghidap penyakit ALS.

Definisi Penyakit ALS
ALS atau disebut juga sebagai Lou Gehrig, adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.

Sejarah Cabaran ALS Ice Bucket Challenge
  • Cabaran mandi ais ini menjadi viral di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas Kapten Besbol Boston College, Pete Frates telah disahkan mengidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tersebut.
  • Cabaran itu kemudiannya menjadi viral di media sosial dengan penyertaan ramai selebriti Hollywood seperti Justin Bieber, Lady Gaga, Dave Grohl dan ramai lagi.
  • Di Malaysia, bukan sahaja dari kalangan selebriti malah tokoh politik seperti Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan turut menyertai cabaran ini.

Rungkanlah Nasihat Ibnu Qayyum Ini!


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.


Wednesday, August 27, 2014

Satu Kedatangan -13 Video Dajjal "The Arrivals" kini dalam versi Bahasa Malaysia

Secara generalnya siri ini berkisar mengenai kedatangan Dajjal yang telah diceritakan oleh Nabi-Nabi sejak dari dahulu lagi. Dajjal merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat manusia di akhir zaman. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka tidak sedar betapa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang mafhumnya ,

“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim .

Bermakna ianya adalah suatu perkara terbesar yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikanoleh semua pihak kerana sedarkah anda bahawa kita lah golongan di akhir zaman. Dalam pada masa umat Islam berusaha menyedarkan diri mengenai bahaya Dajjal dan berlindung darinya, ada pula pihak yang menunggu-nunggu dan memuja kedatangan Dajjal ini. Pelbagai perancangan telah dilakukan selama berkurun tahun lamanya dalam menyambut ketibaan Dajjal ini. 

Mereka berusaha membuatkan umat Islam leka dengan keindahan duniawi yang menipu dan lupa akan bahaya fitnah Dajjal ini.Siapakah mereka ini? Apakah perancangan yang telah dilakukan mereka? Adakah kita telah termakan tipuan mereka selama ini?Jawapannya boleh anda temui dalam siri Satu Kedatangan (The Arrivals) ini. Dan siri yang saya tampilkan di posting kali ini adalah dalam versi Malaysia yang telah ditranslasikan dalam Bahasa Melayu. Tetapi baru ada sebanyak 13 siri saja. Nantikan lagi siri yang akan datang dan boleh ditonton di YouTube. Semoga usaha murni hamba ALLAH ini diredhoi-Nya dan diganjar pahala.

Kata Rasulullah Saw, "Dajjal tidak akan muncul sebelum ummat manusia lupa membicarakan Dajjal dan imam-imam di mimbar pun tidak menerangkan lagi tentang Dajjal."

Doa memohon perlindungan dari fitnah Dajjal yang diajarkan Rasulullah SAW. Dibaca semasa tahiyyat akhir sebelum memberi salam.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)




siri-siri yang ada:

Satu Kedatangan -Intro
Satu Kedatangan-01
Satu Kedatangan-02
Satu Kedatangan-03
Satu Kedatangan-04
Satu Kedatangan-05
Satu Kedatangan-06
Satu Kedatangan-07
Satu Kedatangan-08
Satu Kedatangan-09
Satu Kedatangan-10
Satu Kedatangan-11
Satu Kedatangan-12
Satu Kedatangan-13


Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini. Mudah-mudahan ALLAH Ta'ala memelihara diri kita. Sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini kita hamba-Nya yang hina dan lemah melainkan hanya dengan pertolongan ALLAH Ta'ala. Wallahua'lam bissawab. 

Sumber:
http://sufiahsolehah.blogspot.com/2009/10/satu-kedatangan-siri-arrivals-kini.html

Tips Membeli Spare Part Kenderaan


Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.
1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1′ di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan ‘2′ di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan ‘1′. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Kami akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang ‘3′. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan ‘1′ atau ‘2′. Selepas menggunakan barangan ‘3′ selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah pihak kami jumpa barangan ‘4′.

Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.

Disini tidak dapat diterangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Akhirnya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan 1, 2, 3 atau 4. Dicadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang. 

Terbukti! Cara Menjimatkan Minyak Petrol

Cara Menjimatkan Minyak Petrol

  1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.
  2. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara. Cara ini amat sesuai pada waktu pagi dan malam
  3. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van dengan jarak yang selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat di kurangkan.
  4. Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan lebih ringan dan kurang memerlukan bahan api untuk bergerak
  5. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda.
  6. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik. Jalan yang sedikit jauh tetapi kurang trafik adalah lebih jimat daripada jalan yang penuh kesesakan trafik.
  7. Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan kerugian bahan api. Enjin kenderaan berfungsi dengan baik pada RPM 1500 ke 2500. Pandu kereta dengan kelajuan yang konsisten.
  8. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.
  9. Tutup tingkap kereta ketika memandu, ia akan menjimat minyak anda sehingga 10%.
  10. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
  11. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa. Enjin yang lama biasanya kurang efisien. Cuba lakukan pemeriksaan “Compression test” di bengkel yang mempunyai peralatan tersebut.
  12. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan.
  13. Periksa penapis udara (tukar 40 000 km sekali).
  14. Matikan enjin kereta ketika menunggu. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
  15. Gunakan tayar kereta yang mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
  16. Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
  17. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong kerana minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin.

Minyak Diesel Techron terbaik daripada Caltex


Chevron Malaysia Limited (Chevron) yang bertanggungjawab memasarkan bahan api jenama Caltex baru-baru ini memperkenalkan Caltex Diesel with Techron®D yang mengandungi unsur aditif Techron®D.

Caltex Diesel with Techron®D terbukti mengawal masalah deposit, membantu memastikan kebersihan penyuntik bahan api dan mengoptimumkan prestasi enjin. Pelancaran minyak Caltex Diesel with Techron®D itu merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran minyak Chevron dalam usaha menawarkan produk berkualiti kepada orang ramai.

Diesel yang menepati spesifikasi Euro 2 M itu boleh didapati di semua 420 buah stesen servis Caltex di seluruh negara mulai 1 September 2012 lalu. Ia sekali gus menggantikan minyak diesel yang tidak mengandungi unsur aditif sebelum ini.

Stesen-stesen servis Caltex akan menjual Caltex Diesel with Techron®D pada harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan, biarpun ia dilengkapi dengan pelbagai faedah tambahan.

"Kami percaya Caltex Diesel with Techron®D akan membuatkan enjin menjadi lebih bersih dan mampu memberi prestasi terbaik," jelas Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited, Jeremy Oh.

Dalam sesebuah enjin diesel, memastikan semua penyuntik bahan apinya dalam keadaan bersih amat kritikal. Ini berikutan penyuntik bahan api diesel sering terdedah kepada masalah tersumbat akibat deposit. Deposit itu akan mengubah corak semburan penyuntik dan melambatkan proses pencampuran bahan api-udara.

Keadaan itu akan mengurangkan tahap penjimatan bahan api, meningkatkan pengeluaran asap dan menjejaskan prestasi enjin. Dalam enjin-enjin diesel termaju, penyuntik bahan apinya mungkin sehalus dua helai rambut manusia.

Jadi, potensi untuk berlakunya impak negatif ke atas penyuntik bahan api tersebut menjadi lebih sofistikated.

Selain itu, faedah yang didapati daripada penggunaan Caltex Diesel with Techron®D disokong oleh ujian dan penyelidikan ekstensif.

Pada sebuah enjin standard yang menjalani prosedur ujian dalam makmal, diesel yang dilengkapi dengan Techron®D terbukti memastikan penyuntik bahan api 47 peratus lebih lancar.

Ia juga mengekalkan kebersihan penyuntik dan memberikan enam peratus lebih kuasa. Diesel itu melindungi permukaan besi daripada hakisan, selain 83 peratus kurang buih yang membolehkan minyak diisi ke dalam tangki dengan lebih pantas.

Dalam tempoh pembangunannya, pihak Chevron telah menguji prestasi aditif Techron®D pada enjin diesel yang baru dan lama. Ia turut meliputi rangkaian spesifikasi diesel termasuk biodiesel dan ternyata sesuai untuk kegunaan semua.

Cuti Umum Ganti Hari Merdeka Malaysia 1 September 2014

Cuti umum ganti Hari Merdeka Malaysia pada isnin 1 September 2014. Seperti sedia maklum, tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57 jatuh pada ahad 31 Ogos 2014. Oleh kerana Ahad adalah cuti am, maka Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan diganti pada isnin bersamaan 1 September 2014. Oleh itu, seluruh negari di Malaysia akan mengambil cuti umum pada hari isnin sebagai hari cuti berganti Hari Kemerdekaan negara.

tema kemerdekaan 2014

Tarikh Hari Merdeka 2014: 31 Ogos 2014 (Ahad)
Cuti Ganti Hari Merdeka Malaysia 2014:  1 September 2014 (Isnin)

Awas! Astro Beri Siaran Percuma 3 Hari Mulai 29 Ogos 2014

Astro beri siaran percuma selama 3 Hari bermula pada 29 Ogos 2014 sehingga 1 September 2014. Pihak Astro berbuat demikian berikutan 78 siaran tergendala pada 24 Ogos 2014 akibat insiden kebakaran di Bilik UPS Astro bertempat di Bukit Jalil. Pada insiden tersebut, servis Astro tergendala diseluruh negara bermula pada pukul 6.00 petang sehingga 11.00 malam. Pihak Astro pada 26 Ogos 2014 telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.

Astro Beri Siaran Percuma 3 Hari Mulai 29 Ogos 2014
astro-umum

Monday, August 25, 2014

Tips Panduan Memandu Ketika Kecemasan



A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya:

- Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.

- Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.

- Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

- Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan
penumpang jauh dari aliran lalu lintas.

- Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.

- Angkat bonet dan dapatkan bantuan.


B. Cermin Hadapan Pecah:

- Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.

- Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain
berkenaan.

- Lindungi mata dengan memakai kaca mata.

- Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

C. Menghadapi Kemalangan:

- Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri
dan pandu keluar dari jalan raya.

- Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana
pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.

Tips Jaga Kereta Baru Lama


Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta.

Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Pernah terjadi kepada seorang kawan, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu.

Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu.

 Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai
(rujuk kepada tip saya mengenai tayar).

Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama
(kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.

Dan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta kita, terutama kusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen).

Gambar Banjir Kilat Di Cheras Leisure Mall KL 24 Ogos 2014

Gambar banjir kilat di Cheras Leisure Mall, KL pada petang ahad 24 Ogos 2014. Hujan lebat yang berterusan dari petang tadi telah menyebabkan banjir terutamanya di kawasan berhampiran bulatan Cheras Leisure Mall. Paras air juga meningkat naik pada paras pinggang sehingga menenggelamkan beberapa kenderaan dan motor dilaluan berkenaan.

Gambar Banjir Kilat Di Cheras Leisure Mall KL 24 Ogos 2014
banjir 2 banjir 3 
banjir

Sebab Punca Siaran Astro Tergendala Blackout 24 Ogos 2014

Punca siaran Astro tergendala atau blackout pada 24 Ogos 2014. Pelanggan Astro diseluruh negara pada ahad mengalami gangguan siaran Astro tergendala selama beberapa jam bermula dari pukul 8.00 malam sehingga 11.30 malam. Hasil siasatan mendapati bilik Sistem Bekalan Kuasa Tunggusedia (UPS) milik Astro di Bukit Jalil telah terbakar. Apapun, pihak Astro telah berjaya mengatasi masalah tersebut dan kembali bersiaran pada pukul 11.30 malam.

punca

Gambar Punca Siaran Astro Tergendala Blackout 24 Ogos 2014

punca 2

Kenyataan Rasmi Astro Isu Siaran Tergendala

astro

Gambar Rasmi Hari Berkabung MH17 Malaysia 22 Ogos 2014

Gambar rasmi sekitar hari berkabung Malaysia bagi menghormati tragedi MH17 pada 22 Ogos 2014. Pada Jumaat, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa telah bersatu hati menyertai istiadat penghormatan terakhir 20 jenazah kumpulan pertama warga Malaysia yang selamat tiba di KLIA dari Amsterdam pada pukul 10.15 pagi. 

Suasana hari berkabung negara begitu pilu dengan kehadiran waris mangsa serta orang awam yang turut serta memberi perhormatan terakhir jenazah nahas MH17.Pada masa yang sama, seluruh rakyat juga telah bertafakur selama 1 minit yang diumumkan menerusi saluran radio dan televisyen. Terdahulu, pesawat MH17 bersama 298 penumpang maut akibat ditembak jatuh di Sempadan Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lalu. Untuk info, jenazah kumpulan kedua nahas MH17 akan tiba di KLIA pada ahad 24 Ogos 2014.

Gambar Wajah 20 Jenazah Kumpulan Pertama Tiba Di KLIA 22 Ogos 2014

Gambar Rasmi Hari Berkabung MH17 Malaysia 22 Ogos 2014
20 jenazah warga Malaysia yang selamat tiba di tanah air akan diberi penghormatan terakhir di Kompleks Bunga Raya KLIA sebelum dikebumikan ke kampung halaman masing-masing.

















Sunday, August 24, 2014

Senarai Nama Jenazah MH17 Kumpulan Kedua 24 Ogos 2014

Senarai nama Jenazah MH17 kumpulan kedua tiba di KLIA Malaysia pada Ahad 24 Ogos 2014. Dua lagi jenazah mangsa tragedi MH17 iaitu Ketua Pramugara, Allahyarham Mohd. Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, mendiang Ng Shi Ing akan tiba di Malaysia pada pukul 8.30 pagi Ahad di Kompleks Bunga Raya KLIA. Dua jenazah berkenaan akan turut diberikan penghormatan seperti yang diterima oleh 20 korban nahas MH17 pada 22 Ogos 2014. Pada masa sama, sesi bertafakur akan diadakan antara pukul 8.30 hingga 9 pagi bersamaan dengan waktu istiadat penghormatan dilakukan ke atas kedua-dua mangsa.

Senarai Nama Jenazah MH17 Kumpulan Kedua 24 Ogos 2014

1. Ng Shi Ing- Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS)

2. Mohd. Ghafar Abu Bakar- Ketua Pramugara M17

ketua

Friday, August 22, 2014

Senarai Nama 20 Jenazah MH17 Tiba Di KLIA 22 Ogos 2014

Senarai nama 20 jenazah MH17 tiba di KLIA pada jumaat 22 Ogos 2014. Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, untuk istiadat penghormatan. 20 jenazah kumpulan pertama warga Malaysia dijangka tiba di KLIA pada pukul 10.00 pagi jumaat menggunakan pesawat khas yang diterbangkan dari Amsterdam ke KLIA.

nama

Senarai Nama 20 Jenazah MH17 Tiba Di KLIA 22 Ogos 2014

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

Apa Hukum Isu Tafakur Dan Hari Berkabung MH17 Dalam Islam

Hukum isu tafakur dan hari berkabung tragedi MH17 dalam Islam. Seperti sedia maklum, tarikh 22 Ogos 2014 merupakan Hari Berkabung bagi seluruh rakyat Malaysia bagi menghormati ketibaan jenazah MH17 ke tanah air. Pada hari tersebut, rakyat Malaysia diarahkan supaya bertafakur selama 1 minit dan mematuhi peratuan Hari Berkabung iaitu memakai baju gelap atau suram serta menangguhkan segala program hiburan. Bagi umat Islam khususnya yang keliru dengan amalan tafakur dan hari berkabung, berikut adalah penjelasan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai adat tersebut.

HariBerkabung_2

Soalan Lazim
Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Penjelasan JAKIM
Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan ‘moment of silence’ lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan ‘moment of silence’, namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662

Wallahu a’lam.

Thursday, August 21, 2014

Tahukah Anda Makna Nombor Pada Tayar Kenderaan?


Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikiu berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j


Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan. 

Berita Palsu Cuti Umum Hari Berkabung 22 Ogos 2014 MH17

Berita palsu cuti umum sempena Hari Berkabung 22 Ogos 2014 bagi menghormati peristiwa MH17. Menerusi laman sosial, ramai yang terkeliru bahawa hari berkabung yang telah ditetapkan pada Jumaat 22 Ogos 2014 sebagai tarikh cuti peristiwa atau cuti umum. Menurut kenyataan rasmi Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak, tiada cuti umum sempena dengan hari berkabung sebaliknya semua program atau siaran berunsur hiburan akan ditangguhkan pada hari berkenaan. Tujuan utama hari berkabung adalah untuk memberi penghormataan terakhir buat jenazah rakyat Malaysia yang tiba di KLIA dari Amsterdam.

hari-berkabung

Kenyataan Dilaman Sosial Isu Cuti Umum Sempena Hari Berkabung

 cuti-hari-berkabung

Cara Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2014 Online

Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2014 secara Online. Calon-calon lepasan SPM yang layak dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2014. Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara. Nombor UNIK ID yang telah digunakan bagi permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA sesi akademik 2014/2015 masih boleh di guna pakai untuk permohonan ini.

politeknik

Borang Permohonan Politeknik Sesi Disember 2014 Online

Permohonan boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) yang akan dibuka pada 16 Ogos 2014 sehingga 29 September 2014.

Senarai Program Dan Syarat Kelayakan
Maklumat program yang ditawarkan dan syarat kemasukan :
Politeknik Premier :Klik disini
Politeknik Konvensional/METrO: Klik disini

Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan politeknik bagi lepasan SPM pada 29 September 2014

Tarikh Permohonan Selain Lepasan SPM
Borang permohonan calon selain SPM akan dibuka pada 08 September 2014.

Tuesday, August 19, 2014

Panas : Gambar Berita Palsu Pekerja MCD Dipukul Di Kuala Kangsar Perak

Berita palsu dua pekerja MCD dipukul di Kuala Kangsar Perak. Menerusi laman sosial, satu berita fitnah yang tersebar adalah penyebaran foto yang kononnya dua pekerja MCD dibelasah dengan teruk oleh orang awam gara-gara bekerja di Restoran MCD. Pihak Polis Perak dalam satu kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan tiada kejadian sebegini berlaku di Kuala Kangsar mahupun di daerah lain di dalam negeri Perak. Orang ramai diminta untuk tidak terus menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

palsu

Template Saya Sayang Malaysia Sempena Merdeka Ke 57 2014

Koleksi template Saya Sayang Malaysia sempena Hari Merdeka ke 57 tahun 2014. Marilah semarakkan lagi semangat nasionalisme dengan menghujani laman sosial dengan foto template “Saya Sayang Malaysia” yang sudah tersedia dibawah. Caranya cukup mudah dimana anda hanya perlu memilih template mengikut negeri kelahiran anda dan tulis nama menggunakan perisian seperti Adobe Phostoshop atau sewaktu dengannya.

Template Saya Sayang Malaysia Sempena Merdeka Ke 57 Seluruh Negeri

Sabah

Sarawak

Perlis

Melaka

Kuala Lumpur

Kedah

Perak

Pulau Pinang

Pahang

Wilayah Persekutuan

Terengganu

Negeri Sembilan

Johor Bahru

Selangor

Kelantan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More