Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, July 21, 2014

Video Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Khusuf

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada 10 Disember 2011 ini, InsyaAllah kita akan dapat menyaksikan sekali lagi fenomena Gerhana Bulan Penuh di angkasaraya Malaysia. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara melihat fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Kejadian Gerhana bulan Penuh seperti ini telah juga berlaku di negara kita 57 tahun yang lalu dan InsyaAllah kita akan dapat menyaksikannya lagi berkemungkinan pada tahun 2068.
.
Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai kerana ia berlaku pada waktu malam.
.
.

Jadual Dan Kawasan Gerhana Bulan Pada 10 Disember 2011

.
.

Fasa Gerhana Penuh

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang dan berakhir pada 1.31 pagi.Sekitar pukul 8.30 malam, bulan akan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap yang dikenali sebagai ‘umbra‘. Ketika ini barulah kesan gelapnya kelihatan dan bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam, seterusnya gerhana akan berakhir pada jam 1.31 pagi. Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
.
.
.

Simulasi Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

 .
.

Bencana Alam

Walaupun begitu fenomena gerhana bulan mempunyai kaitan rapat dengan gempa bumi.Syukur Alhamdulillah ketika negara-negara sekitar dalam beberapa hari ini bergelut dengan malapetaka tersebut, kita yang berada di bumi bertuah ini (Malaysia) tidak terjejas. Cuma penduduk di kawasan pantai dan tanah rendah perlulah berhati-hati dan berwaspadadengan ‘Fenomena Supermoon’ yang akan menyebabkan kejadian banjir kerana kenaikan luar biasa paras air laut.
.
Semua kejadian itu adalah untuk difikirkan dan diambil ikhtibar oleh hamba-Nya.
.

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ وَإِنَّهُمَا لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ

Dari Abu Mas’oud (Uqbah B. ‘Amir) al-Anshary radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kekuasaan dari tanda-tanda kekuasaan Allah, yang dengan keduanya Allah hendak menjadikan hamba-hamba-Nya berperasaan takut. Keduanya (matahari dan bulan) tidak mengalami gerhana dengan sebab matinya seseorang manusia dan tidak pula kerana hidupnya seseorang manusia. Sekiranya kamu melihat salah satu dari dua gerhana tersebut, maka mohonlah pertolongan dengan berzikir (mengingati Allah), berdoa, dan memohon keampunan kepada-Nya, selagi mana ia dapat kamu lihat.”(Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/463, no. 1516)
.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda: “Wahai umatku, demi Allah, tiada seseorang pun yang lebih cemburu daripada Allah sekiranya hambanya yang lelaki berzina atau hambanya yang wanita berzina. Wahai umatku, demi Allah, sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, tentu kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.”(Hadis Riwayat al-Bukhari ra.)
.
.

Amalan Sunat Ketika Gerhana

Perkara-perkara sunnah (yang dianjurkan) ketika berlaku gerhana:
1 – Melihat gerhana dengan perasaan takut kerana Allah.
2 – Melaksanakan Solat jika berjaya melihatnya di tempat di mana berada.
3 – Berdoa dan berzikir.
4 – Mengeluarkan sedekah.
5 – Membantu orang yang mengalami masalah dan kesukaran.
6 – Melakukan amalan-amalan yang membawa keredhaan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.
.
.

Solat Sunat Khusuf

Sempena Fenomena Gerhana Bulan Penuh tersebut, Masjid Negara akan mengadakanSolat Sunat Gerhana dan Khutbah Khas di Dewan Solat Utama Masjid pada 10 Disember 2011 (Sabtu) bersamaan 15 Muharram 1433H, bermula pukul 7 malam hingga 10 malam.
.
Sungguh pun begitu, kita boleh juga mendirikan ‘Solat Sunat Khusuf’ secara bersendirian. Kali ini tempoh waktu solat gerhana adalah di antara pukul 7.31 malam  10 Disember 2011 (Sabtu) sehingga 1.31 pagi, 11 Disember 2011 (Ahad)..
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW, maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Apabila sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (HR. Bukhari dan Muslim).
.
Muslimin dan muslimat bolehlah hadir ke program di Masjid Negara tersebut ataupun melakukan sendiri ‘Solat Sunat Khusuf’ sebagai tanda kesyukuran dan menginsafi kejadian alam kurniaan Allah SWT. Bersama-samalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
.
Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More