Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, July 29, 2014

Terkini Gaza : 29 Julai 2014 Israel Kini Tertekan Dan Ketakutan

gambar serangan israel terkini di gaza 2014

Tentera Israel kini mula tertekan dan ketakutan apabila mereka meminta untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata di Gaza sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini. Bagaimanapun ramai pihak beranggapan itu adalah tipu helah Israel dan ia akan memberi peluang untuk mereka mengatur strategi serangan lain ke atas Gaza berikutan tentangan sengit daripada pejuang Hamas.

Sementara itu, pejuang Hamas meneruskan serangan roket dan memberi amaran sebarang gencatan senjata adalah tidak sah selagi kereta kebal tentera Yahudi itu tidak berundur dari wilayah berkenaan. Sebelum ini, Kabinet Israel meluluskan permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu tempoh gencatan senjata kemanusiaan dilanjutkan

Namun begitu, Hamas dalam satu kenyataan menegaskan tiada sebarang gencatan senjata dapat dijalankan selagi kereta-kereta kebal Israel tidak berundur dari Gaza

gambar tentera israel mati

Berita Gaza 29 Julai 2014 Israel Kini Tertekan Dan Ketakutan Dengan Serangan Balas Hamas

Media Israel melaporkan lebih 20 roket pejuang Hamas dilancarkan ke selatan Israel dalam serangan terbaharu. Menurut laporan itu  roket-roket tersebut berjaya dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome milik Israel Awal pagi Selasa waktu Malaysia, media Israel melaporkan pejuang Hamas telah menggunakan roket baru dalam serangan terbaharu di Tel Aviv dan pertempuran juga berlaku antara pejuang Palestin dengan tentera Israel di wilayah Jabaliya, bahagian utara Gaza

gambar serangan israel terkini di gaza 2014 1

Selain itu Pesawat perang israel telah meletupkan ibu pejabat Al-Aqsa Tv Channel di bahagian barat Gaza dan juga mensasarkan serangan udara menerusi pesawatnya ke atas rumah bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh yang juga merupakan Naib Pengerusi Biro Politik HAMAS. Dalam Serangan terbaharu itu,Israel membuat serangan udara dan memusnahkan bangunan Kementerian Kewangan Palestin di bahagian barat bandar Gaza

Sepanjang tempoh 22 hari serangan tentera Yahudi ke atas Gaza, Lebih 1,100 penduduk Palestin yang majoritinya orang awam maut selepas Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran di Gaza pada 8 Julai lalu dengan alasan mahu menghentikan serangan roket Hamas. Manakala lebih 50 tentera Israel dan tiga orang awam Israel telah terbunuh

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More