Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, July 21, 2014

Tahukah Anda Bersin Dari Sudut Kesihatan?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Bersin adalah proses untuk membersihkan rongga terutama saluran pernafasan. Ia dapat menghalang debu, habuk dan benda asing serta beberapa penyakit. Melalui bersin juga dapat menggambarkan seseorang itu sihat atau sebaliknya.

Sekiranya bersin berlaku secara kerap, akan turut disusuli dengan rasa mengantuk walaupun tidak mengambil ubat selsema. Ini adalah disebabkan kekurangan bekalan oksigen yang dapat disalurkan ke otak dan paru-paru.

Kelajuan Bersin

Tahukah anda kepantasan udara yang dilepaskan ketika manusia bersin boleh mencapai 161 km/jam. Jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.
.
.

Mata Terpejam Secara Automatik

Mengapa ketika bersin, mata mesti akan tertutup dengan sendirinya tanpa harus kita perintah sebelumnya?
Dari sudut anatomi saraf-saraf yang terdapat di hidung dan mata itu sebenarnya saling berkaitan sehingga ketika kita bersin maka secara automatik mata akan terpejam. Hal ini adalah respon tubuh yang dilakukan oleh membran hidung ketika mengesan adanya bakteria dan kelebihan cecair yang masuk ke dalam hidung, sehingga automatik tubuh akan menolak bakteria itu dan untuk melindungi saluran air mata dan kapilari darah agar tidak tercemar oleh bakteria yang keluar dari membran hidung tersebut.
Semasa bersin juga mata kita secara automatik akan tertutup bagi mengelakkan bola mata dari tersembul keluar dan dari sarang soketnya.
.
.

Risiko Menahan Bersin

Ada orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehingga keinginan untuk bersin menjadi hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri.
Menurut Ketua Wellness Officer Cleveland di Amerika Syarikat, Dr. Michael Roizen, perbuatan menahan bersin ini boleh menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberaparisiko, di antaranya :
  1. Keluar mata dari soketnya
  2. Pecah gegendang telinga,
  3. Gangguan atau hilang pendengaran,
  4. Menyebabkan keretakan tulang rawan hidung.
  5. Wajah membengkak sementara
  6. Veritgo.
Memandangkan betapa banyak dan besar risikonya, maka sesiapa yang hendak bersin, silakan bersin. Bersinlah dengan selesa dan rela hati, jangan ditahan-tahan.
.
Dr. Fatma El-Zahra menyatakan bahawa “Ketika kita bersin, umpama kita mati satu saat. Jantung dan nyawa semua berhenti, jadi bila semua sudah berhenti dan hidup semula, kita seharusnya bersyukur dan mengucapkan “Alhamdulillah”. Atas sebab itu apabila kita bersin, ucapkanlah “Alhamdulillah” kerana Allah masih sudi memimjamkan nyawa kepada kita.”
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More