Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, July 21, 2014

Rahsia Tempe Kandungi Kalsium Setanding Susu

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Tempe Mengandungi Kalsium Setanding Susu
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya membuktikan bahawa tempe mengandungi khasiat kalsium setanding susu. Dalam makanan penduduk Malaysia, tempe dikategorikan sebagai satu daripada sumber makanan kaya-kalsium di samping susu dan produk tenusu. Sudah diperakui bahawa susu dan produk tenusu adalah sumber terbaik kalsium dan ia amat penting untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang.
Tempe adalah produk kacang soya yang ditapai mudah diperolehi dan amat digemari oleh penduduk di pantai barat dan selatan semenanjung terutama masyarakat Jawa.
Ia menjalani perubahan nutrisi sedang kacang soya itu melalui proses penapaian menjadi tempe. Perubahan-perubahan ini mengubah kandungan pito kimia dan anti oksidan.
Timbalan Dekan dan Profesor Pemakanan Dietetik UKM, yang juga ketua pasukan penyelidikan itu, Profesor Dr. Suzana Shahar berkata, penemuan tersebut diperolehi hasil daripada kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti mengapa jangka hayat golongan wanita melebihi lelaki.
Walaupun umur lebih panjang katanya, majoriti wanita berusia 50 tahun ke atas yang sudah menopaus di negara ini sering menghadapi masalah kelampungan tulang atau tulang reput (osteoporosis) kerana kekurangan pengambilan kalsium yang di perolehi dari susu.
Untuk mencegah lebih ramai golongan wanita menghadapi masalah ini, pihak kami telah membuat satu kajian terhadap tempe.
Hasil kajian mendapati tempe jika diambil pada kadar 130 miligram (empat keping) memberi khasiat setanding susu segelas, katanya.
Penyerapan kalsium daripada susu biasa digunakan sebagai standard utama untuk membandingkan keboleh-dapatan sumber lain kalsium. Di banyak tempat di dunia pengambilan tenusu dan tumbuhan menyumbang kepada penyerapan kalsium seharian, kata Prof Suzana.
Ketika ini, tidak terdapat banyak data mengenai penyerapan kalsium daripada produk kacang soya tempatan. Di kalangan wanita Melayu dalam golongan terlibat, penyerapan kalsium daripada tempe tidak banyak bezanya daripada yang diukur daripada susu.
Tempe mempunyai lebih kalsium berbanding susu. namun pengambilan tempe perlu lebih banyak berbanding hanya segelas susu. Kita tahu susu sumber kalsium. Tapi tempe juga ada. Empat hidangan tempe mampu memberi kalsium sama dengan susu. Ini bermakna peratus penyerapan daripada tempe lebih baik berbanding susu dengan kadar yang sama. Ia amat bermanfaat untuk wanita yang sudah lanjut usia.
Di Jepun telah membuktikan hot flushes dapat dikurangkan ke atas wanita yang sudah menopaus. Tempe mempunyai kandungai isoflavone yang mampu menambah endorgen pada wanita yang sudah menopaus. Kami akan cuba melakukan kolaborasi dengan rakan strategik di Indonesia ekoran mereka adalah pemakan tempe terbesar. Namun perlu diingat penyediaan tempe juga perlu dititik beratkan. Tempe yang digoreng akan meningkatkan kalori. Bagi mencapai saranan pengambilan kalsium, susu masih merupakan sumber terbaik namun tempe boleh diambil bagi menampung penyerapan kalsium.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمْ

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More