Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, July 9, 2014

Gambar-Gambar Menarik Brazil Kalah 1-7 Dengan Jerman

Satu kejutan yang tidak disangka. Saya sendiri terkejut. Pasukan yang pernah menjuaraiPiala Dunia FIFA 2014, kalah dengan jumlah gol cukup besar dalam pusingan separuh akhir menentang German. Manakala German seolah menggila dengan jaringan demi jaringan membuatkan ramai penyokong dan peminat pasukan Brazil melopong tak percaya.

Hanya dalam separuh masa pertama, pasukan Brazil sudah hilang arah. Bagai segala tidak kena, gawang Brazil bolos sebanyak 5 kali. Tiada nampak tarian samba. Tiada nampak sorakan gembira, hanya kesedihan dan kehampaan. Gadis-gadis seksi penyokong Brazil muram durja, tak ada senyuman dan aksi gedik yang selalunya jadi perhatian kamera siaran langsung Piala Dunia 2014.

Brazil Kalah Jaringan Terbanyak FIFA 2014

Brazil kalah jaringan terbanyak FIFA 2014
Brazil kalah jaringan terbanyak FIFA 2014
Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014

Dalam masa separuh pertama gol-gol German telah diledakkan oleh Muller (11'),  Klose (23'), Kroos (24', 26') dan Khedira (29'). 

Nampak benar ketiadaan Neymar dalam pasukan Brazil melumpuhkan serangan.

Memang benar pentingnya kerja berpasukan dan bukan bergantung harap pada skill individu. Jika tidak, beginilah yang berlaku. Tentu kekecewaan tak dapat nak dibendung bagi Neymar yang selama ini telah membawa pasukan bolasepak Brazil FIFA 2014 sehingga ke saat ini.

Babak separuh masa kedua lebih memeritkan bagi pasukan Brazil. Gol-gol bagai meluru masuk ke gawang tanpa sekatan daripada pasukan bolasepak FIFA 2014 German.
Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014
Schurrel menambah jaringan ke enam pasukan German sebaik sahaja separuh masa kedua bermula di minit ke 69. Dan pada minit ke 79, satu lagi gol oleh Schurrel; membawa German mendahului 7 gol berbalas tiada.
Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014 Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014
Bagai diberikan simpati, akhirnya gol pertama pasukan Brazil dibenarkan pada minit akhir, iaitu minit ke 90. Ledakan gol tunggal dari pasukan Brazil dihasilkan oleh Oscar.

Akhirnya, selesai dan tamat perlawanan separuh akhir FIFA World Cup 2014 antara Brazil menentang German berakhir dengan jaringan terbanyak setakat ini iaitu 1 - 7.

Tahniah buat pasukan German.

Kemungkinan Anugerah Kasut Emas FIFA World Cup 2014 juga akan dimiliki oleh pemain German. Jika ya, Piala Dunia 2014 bakal menampakkan satu tahun penuh gemilang bagi pasukan German, lebih-lebih lagi seandainya menang perlawanan akhir samada menentang Belanda atau Argentina. 
Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014
Mungkinkah perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2014 akan menampakkan pasukan German menentang pasukan Belanda? Kita tunggu separuh akhir kedua antara pasukan favourite saya iaitu pasukan Netherlands menentang Argentina.

Sekali lagi, jangan bersedih ehh buat penyokong Brazil, meh pakat sokong pasukan Orangje pulak .. hoho ...

Brazil - 1 vs German - 7

Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014

Kredit Foto: Getty Images/FIFA 2014

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More