Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, July 21, 2014

Doa-Doa Untuk Memelihara Kesihatan Mulut

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

mulut berbau
Nabi Muhammad ﷺ memandang serius jagaan kebersihan dan memelihara kesihatan mulut, sehingga Baginda ﷺ sentiasa meminta isterinya menyediakan siwak untuknya hingga ke akhir hayat Baginda.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ telah bersabda :
لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلىَ أُمَّتِي َلأَمَرْتُهُمْ باِلسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوْءٍ
Andaikata tidak menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersiwak pada setiapwaktu ketika berwuduk.” (Hadis Riwayat Ahmad)
.
Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi. Dari Syaidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah  telah bersabda :
السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
 Siwak boleh membersihkan mulut dan menjadikan diredhai Tuhannya (Allah).” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)
.
.
Doa-Doa Menjaga Kesihatan Mulut
Bacalah doa-doa di bawah ini bagi memelihara kesihatan mulut terutama semasa antum menghadapi masalah mulut atau nafas berbau, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan keimanan antum.
.
1.      Masalah Mulut
Sekiranya antum mengalami sakit gigi, gusi dan mulut, maka bacalah ayat berikut sebelum memulakan bersugi/bersiwak (memberus gigi):
لِّكُلِّ نَبَإٍ مُّسْتَقَرٌّ‌ ۚ وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٦٧﴾
“Setiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya; dan kamu akan mengetahuinya.”
(Ayat al-an’am, ayat 67)
.
.
2.      Doa Ketika Bersiwak
Menurut Imam ar-Ruyani, sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie menggalakkan membaca doa ketika mula bersiwak dengan doa berikut;
Doa Ketika Bersiwak 2
“Wahai Tuhanku! Putihkanlah dengannya gigi-gigiku. Kukuhkanlah dengannya gusi-gusiku, tetapkanlah dengannya anak lidah/anak tekakku. Dan berkatilah untukku padanya. Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
.
Menurut Imam Nawawi, doa ini sekali pun tidak datang dari Nabi s.a.w. tetapi harus diamalkan kerana ia adalah doa yang baik. (Al-Majmu’)
.
.
3.  Doa Mengubati Kesakitan
Sakit gigi dan lain-lain kesakitan boleh diubati dengan meletakkan jari pada tempat yang sakit lalu dibaca Al-Fatihah 7 kali dan diakhiri doa berikut;
Doa Mengubati Kesakitan 3a
“Ya Allah! Hilangkanlah daripadaku segala keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang Al-Amin (jujur) dan tetap dari sisi-Mu.”
.
.
4.  Doa Mengubati Kesakitan
Baca ‘Basmallah’ diikuti dengan doa di bawah kemudian ditiup pada kedua tapak tangan dan terus disapu pada seluruh muka yang berakhir di mulut.
Doa Mengubati Kesakitan 4
“Daku berlindung dengan kuasa Allah dari segala keburukan  yang telah menimpaku dan yang daku ingin hindari.”
.
.
5.      Doa Minum Air / Ubat
Bagi mengatasi masalah sakit gigi, gusi dan mulut berbau adalah disarankan supaya antum dapat membaca doa berikut setiap kali meminum air atau ubat.
Doa Minum Air n Ubat  5
“Ya Allah! Sesungguhnya daku minum air ini dengan harapan dapat menyembuhkan segala penyakit, maka sembuhkanlah daku!”
.
.
6.      Doa Mengalami Sesuatu Masalah
Rasulullah ﷺ telah bersabda : “Sesiapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah hendaklah mengucapkan :
 Doa Mengalami Sesuatu Masalah 6
“Laa haula walaa quwwata illaa illaahil’aliyyil’adzhim.”
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung).”
(HR. Al-Baihaqi dan Ar-Rabii’)
.
.
Yakinilah kepada kuasa Allah SWT yang mengawal seluruh alam dan makhluk. Segala sesuatu dalam dunia ini tak akan memberi manfaat atau mudharat, hanya melainkan dengan izin Allah SWT. Kita mesti yakin bahawa menyembuhkan kita daripada sesuatu penyakit bukan sesuatu yang lain, melainkan Allah. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Pengasih lagi Maha Penyembuh.
.
.
Artikel Berkaitan:
Punca Masalah Mulut Atau Nafas Berbau  (Klik Di Sini) 
Cara Menghilangkan Nafas Dan Mulut Berbau  (Klik Di Sini) 
9 Petua Tradisional Hilangkan Bau Nafas Dan Mulut  (Klik Di Sini)
 .
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
 .
.

وَالسَّلاَمْ

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More