Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 4, 2014

Terbongkar! Rahsia Pak Cik Ya’acob Deris Panjang Usia

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.
Nama: Ya’acob Dris
Umur: 128 tahun
Alamat: Kampung Bendang Ikan, Baroh Pial, Rantau Panjang, Kelantan.
Tempat Asal:  Kampung Siram, Jeram Perdah, Kelantan.
.
Biarpun usia lelaki ini sudah lanjut, namun Pak Cik Ya’acob masih mampu berjalan tanpa sebarang bantuan, selain melakukan rutin harian seperti membersihkan kawasan rumah dan bercucuk tanam pelbagai jenis herba.
Selain daripada itu, beliau mahir dalam perubatan tradisional dan juga seorang guru al-Quran kepada kanak-kanak di sekitar kampung..
Pengalaman Hidup
Diusia muda Pak Cik Ya’acob terdapat beberapa peristiwa menarik, antaranya:
  1. Pak Cik Ya’acob dilahirkan pada zaman pemerintahan Long Senik Mulut Merahyang memakai gelaran Sultan Muhammad II ketika memerintah Kelantan dari 1845 hingga 1886.
  2. Ketika zaman tersebut penduduk di kampungnya hanya menggunakan periuk danbelanga yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan harian.
  3. Zaman itu juga belum ada kain kapan. Jadi, penduduk ketika itu hanya menggunakandaun pisang dan guni untuk membalut jenazah sebelum dikebumikan.
  4. Mancis belum ada masa itu, beliau dan masyarakat hanya menggunakan minyak dan garam untuk nyalakan api.
  5. Mata wang yang digunakan ketika itu adalah wang syiling yang berlubang di tengahnya dikenali sebagai wang ‘kenering’.
  6. Perkahwinan pertama beliau, mas kahwinnya hanya 20 keping wang ‘kenering’. .
Pengalaman Perang
Pak Cik Ya’acob juga terlibat dalam peperangan menentang tentera Siam yang menyerang Kelantan, iaitu sebelum termeterai Perjanjian Bangkok pada 1909. Ketika ituPattani masih di bawah kerajaan Kelantan dan peperangan berlaku ketika Kerajaan Siamcuba menakluk negeri Kelantan dan semua rakyat terpaksa berperang untuk mempertahankan kampung dan negeri.
Pak Cik Ya’acob dan penduduk kampung asalnya di Kampung Siram, hanya menggunakansenjata panah tetapi dapat membunuh ramai tentera Siam yang menggunakan gajahsebagai kenderaan ketika peperangan itu ..
 Perkahwinan
Walaupun tarikh lahir pada kad pengenalannya menunjukkan dilahirkan pada 2 September 1914, iaitu beliau hanya berusia 97 tahun, tetapi usia sebenarnya kini sudah mencecah 128 tahun.
Ini tidak menghairankan kerana ketika proses pendaftaran besar2an penduduk di tahun 50-an yang perlu diselesaikan segera, ia dilakukan dengan tidak sistematik dan main agak2saja.
.
Beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan isteri ketiganya, Che Gayah Omar, 59,menyatakan, dia berkahwin semasa berusia 17 tahun dengan Pak Cik Ya’acob yang ketika itu berusia 80-an dan mereka dikurniakan sembilan orang anak, lapan cucu dan seorangcicit, bagaimanapun tidak mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.
Kata isteri ketiganya, “Kalau ikutkan nombor pada kad pengenalan, usianya hanya 55 tahun ketika berkahwin tetapi saya yakin ketika itu usianya lebih tua berdasarkan raut wajah serta susuk tubuh.”
“Ketika itu suami saya memiliki selaras senapang, tetapi selepas beberapa bulan berkahwin, anggota polis datang untuk mengambil senjata tersebut kerana mereka menganggap suami saya sudah tidak sesuai untuk menggunakan senapang keranafaktor usia,” dakwanya lagi..
.
Petua-petua yang diamalkan sejak berusia muda:
1.  Membaca Surah al-Fatihah sebanyak 313 kali setiap hari Selasa.
2.   Berselawat sebanyak 770 kali pada setiap hari ke-14 bulan Hijrah.
3.  Sentiasa membaca al Quran pada waktu malam dan selepas Solat Subuh.
4.  Memperbanyakkan makan ulam-ulaman serta sayur-sayuran tanaman sendiri.
5.  Mengamalkan tidak minum air semasa dan sejurus selepas makan.
6.  Hanya minum kira-kira sejam selepas makan.
7.  Melakukan rutin harian dengan bercucuk tanam pelbagai jenis herba. .
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More