Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 4, 2014

Pengeluar Mengaku Produk Pure Creamery Butter – Golden Churn Butter Ada Unsur Babi.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),  secara rasminya mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di seluruh Malaysia adalah Tidak Halal.
JAKIM, melalui Ketua Pengarahnya, Haji Othman Mustapha,memaklumkan hasil perbincangan dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (BKKM, KKM), Jabatan Agama Islam Sarawak dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos 2011 telah memutuskan bahawa Produk Pure Creamery Butter – Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY (NZ) beralamat Allen Street Morrinsville 3340 New Zealand yang dipasarkan di Malaysia, adalah TIDAK HALAL.
.
Ini berikutan laporan analisis menunjukkan bahawa asid deoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid- DNA) babi telah disahkan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dikesan dalam produk berkenaan. Perkara ini turut diakui sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
.
Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu. Mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Pihak Jakim yang mendakwa sentiasa prihatin akan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini.
Diharapkan juga pihak Jakim dapat mengesahkan produk2 lain bebas DNA babi, terutama jenama produk sama yang dikeluarkan oleh negara2 lain seperti Australia, demi memelihara jasad dan roh mukmin agar tidak diperkotak-katikkan oleh musuh2 Islam.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More