Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, June 27, 2014

Menerokai Pemikiran Wahdatul Wujud

Pemikiran Wahdat AL-Wujud

Wahdat al-wujud adalah sebuah doktrin tasawwuf yang menjadi polemik yang hebat diperdebatkan di kalangan ulama dan sarjana Islam. Wahdat al-wujud mempunyal pengertian yang berbeza-beza antara seseorang ulama atau sarjana. Kepelbagalan tanggapan untuk memahami konsep wahdat al-wujud ini telah menyebabkan lahirnya pelbagal hukum terhadap konsep itu sendiri, sarna ada hukum yang mengharamkannya dan menganggap penganutnya sebagal sesat, atau hukum yang mengharuskannya dan menganggapnya sebagal konsep yang tidak bercanggah dengan Islam. Tidak kurang pula ada ulama yang bersikap berkecuali dalam memberikan hukum terhadap konsep kontroversial ini.


Dalam masa yang sarna, istilah wahdat al-wujud ini digunakan oleh ulama daripada mazhab ahl al-sunnah dan juga mazhab Syiah. Justeru, memberikan hanya satu bentuk pendapat atau hukum terhadap konsep ini berasaskan kepada salah satu pengertian atau kefahaman akan menimbulkan keresahan di kalangan sesetengah pihak yang laln. Tulisan ini akan cuba meninjau pengertian wahdat al-wujud yang dianuti oleh para sufi secara umumnya sebelum meninjau pendapat golongan pengkritik tasawwuf atau pengecam konsep wahdat al-wujud ini.

Doktrin wahdat al-wujud biasanya dihubungkan dengan Ibn Arabiy kerana tokoh ini dianggap sebagal pengasasnya.
 Oleh itu adalah tidak menghalrankan jika selama ini istilah wahdat al-wujud dikatakan berasal daripada Ibn ‘ Arabiy. Kajian ilmiah tentang sufisme, baik yang dilakukan oleh para orientalis mahupun yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Muslim, selama beberapa dekad tidak mempersoalkan anggapan yang telah lama berlaku ini.26 dan namun, tanggapan ini telah cuba diubah oleh beberapa sarjana yang gigih mengkaji pemikiran al-Syeikh Ibn ‘Arabiy dan teori wahdat al-wujud.Antara sarjana yang berpendapat bahawa teori wahdat al-wujud ini bukan berasal daripada al-Syeikh Ibn ‘ Arabiy ialah Prof. Ibrahim Bayyumi Madkur,27Hermann Landolt28 dan Prof. Dr. Su’ad al-Hakim. 29

Ibrahim Bayyumi Madkur 3O dan Su’ad al-Hakim 31 menganggap bahawa kemungkinan al-Syeikh al-Imam Ibn Taymiyyah adalah antara orang yang pertama yang mempopularkan istilah ini dalam risalah-risalahnya untuk menghentam golongan tasawwuf yang menganut faham tersebut.32 Sementara kajian Dr. Kautsar Azhari Noer memutuskan bahawa orang yang pertama menggunakan istilah wahdat al-wujud ialah al-Syeikh al-Sadrudin al-Qunawiy (w.673H/1274M), murid al-Syeikh Ibn ‘Arabiy sendiri. Ia kemudian dipopularkan pula oleh murid al-Quna’viy, ialtu al- Syeikh Sa’id al-Din Farghaniy (w.700H/1301M).33

Menurut Prof. Dr. Su’ad al-Hakim teori wahdat al-wujud yang disandarkan kepada al-Syeikh Ibn ‘Arabiy sebenarnya bukanlah berasal daripada beliau, kerana tidak ada apa-apa nas yang sabit daripada Ibn ‘ Arabiy berhubung teori ini yang boleh membuktikan bahawa beliau adalah pengasas teori ini
. Yang menggembar gemburkan teori ini ialah para pengkaji pemikiran beliau atau secara lebih tepat, para pengkaji-pengkaji tersebut telah menyenaralkan Ibn ‘Arabiy sebagal salah seorang dari kalangan yang menganut faham tersebut.34

Prof. Dr. Su’ad al-Hakim menegaskan bahawa seseorang sarjana tidak akan menemui sebarang petanda idea (yang menggambarkan wujudnya pemikiran wahdat al-wujud dalam pemikiran Ibn ‘Arabiy) kecuali dengan mengutip beberapa petikan tulisan beliau yang kemudiannya dipadankan dengan huralan yang bersesualan dengan semangat aliran pemikiran wahdat al-wujud. 

Dengan demikian, seseorang yang mengaltkan Ibn ‘ Arabiy dengan doktrin ini akan memetik kata-kata beliau seperti:
Quote
“al-wujud itu semuanya satu”, “tidak ada di sana selaln Allah”, “tidak ada dalam al-wujud melalnkan Allah”
,35 sehingga membuka ruang untuk digelar sebagal pendokong wahdat al-wujud.36 

Namun Dr. Kautsar Azhari Noer, walaupun bersetuju dengan pendapat bahawa al-Syeikh Ibn , Arabiy tidak pernah menggunakan istilah wahdat al-wujud, namun beliau menegaskan bahawa ajaran-ajarannya memang mengandungi idea-idea wahdat al-wujud. Petikan-petikan yang hampir sama seperti yang digunakan oleh Su’ad al-Hakim digunakan oleh Kautsar Azhari Noer untuk menunjukkan hal tersebut.37

Adalah sukar untuk membincangkan doktrin wahdat al-wujud menurut versi para pengkaji konsep ini yang menyandarkannya secara langsung dengan pemikiran Ibn ‘Arabiy berdasarkan pandangan mereka semata-mata. Segala huralan terhadap doktrin wahdat al-wujud yang disandarkan kepada Ibn ‘Arabiy adalah suatu penafsiran dari kalangan yang menghuralkannya semata- mata terhadap fahaman yang dianuti oleh Ibn ‘Arabiy dan bukannya bersifat yakin bahawa demikian itulah kefahaman beliau terhadap konsep berkenaan. 

Seandalnya kefahaman Ibn ‘Arabiy berhubung hal ini hendak diperbetulkan, maka satu- satunya jalan ke arab itu ialah memahami apakah kefahaman beliau berhubung dengan al-wujud? Yang sangat menonjol dalam pemikiran Ibn ‘Arabiy ialah penekanan kepada al-Wujud al-Haqq ialtu hanya Allah sahaja wujud yang hakiki. Yang laln hanyalah wujud khayaliy,38 atau dalam perkataan laln, beliau menggambarkan bahawa Allah adalah zat al-Wujud al-Haqq dan wujud makhluk hanyalah bayangan kepada al-Wujud al-Haqq.39 Di tempat yang laln, beliau menyifatkan bahawa al-wujud semuanya hanya wujud Yang E3a secara hakiki di mana tiada wujud sesuatu bersama wujud- Nya. Tidak ada apa-apa pun yang wujud menempel kecuali makhluk yang wujud, kemudian ghalb, ialtu zahir kemudian lenyap.40 Dalam perkataan laln, Ibn ‘ Arabiy cuba menggambarkan bahawa al-Wujud al-Haqq hanyalah Allah kerana Dialah Tuhan yang kekal abadi, sementara wujud makhluk bersifat sementara, tidak kekal dan fana.41

Ramal sarjana yang kebingungan berdepan dengan basil-basil pemikiran Ibn ‘Arabiy, adakah beliau mempunyal idea wahdat al- wujud atau wahdat al-syuhud. Malangnya, secara tergesa-gesa mereka menyimpulkannya sebagal wahdat al-wujud.42 Seperkara lagi yang menjadi hujah kepada penolakan wujudnya pemikiran wahdat al-wujud di sisi Ibn ‘ Arabiy ialah kerana konsistennya beliau dalam penggunaan istilah al-mumkin (al-mumkinat ialtu makhluk) yang merujuk kepada makna makhluk di mana beliau kadang- kadang menamakannya sebagal al-mawjud, tetapi beliau tidak pernah menamakannya sebagal al-wujud. Dengan ini, jelaslah bahawa wahdat al-wujud yang menjadi pegangan Ibn I Arabiy tidaklah tertegak di atas penelitian terhadap kesatuan dalam kathrah al-mazahir (kepelbagalan fenomena makhluk), malah ia tertegak atas dasar menafikan wujudnya al-kathrah.43 Sebagal contoh, Ibn I Arabiy mengungkapkan bahawa di sana tidak ada sesuatu melalnkan Allah dan al-mumkinat. Maka Allah itu Wujud sedangkan al-mumkinat itu thabitah {sabit).44

Dengan demikian, penafsiran seperti yang dijelaskan di atas dikira tepat untuk memahami konsep wahdat al-wujud yang menjadi anutan Ibn I Arabiy dan perkara ini adalah selari dengan pandangan beberapa ulama laln yang melihat konsep ini secara positif dan harmoni. Sebagal contoh, al-Imam al-Nabulsiy menyimpulkan kunci kefahaman teori wahdat al-wujud Itersembunyi dalam pengertian al-wujud al-haqiqiy. Maka, seluruh wujud secara mumkinat sebenarnya tidak memiliki wujud mustaqill atau wujud secara bersendirian atau secara istiqlal daripada Allah (s.w.t.). Secara jelas, al-Imam al-Nabulsiy cuba untuk menghuralkan kekusutan konsep wahdat al-wujud dengan menetapkan tahap mafhum al-wujud sebagal Allah, bukannya makhluk.45

Dengan ini, tidak timbul soal penyatuan atau kesatuan Tuhan dengan makhluk sebagalmana yang difahami oleh sesetengah pihak. Malah al-Nabulsiy telah pergi lebih jauh dengan menggunakan banyak ayat-ayat al-Quran yang dikatakannya sebagal punca konsep wahdat al-wujud. Sebagal contoh, firman Allah (s.w.t.) yang berbunyi:

Maksud: .. .

Quote
Di mana-mana sahaja kamu menghalakan (wajah kamu) maka di situ ada wajah Allah…
(Surah al-Baqarah : 115)

Ungkapan (aynama tuwallu) adalah umum merangkumi pelbagal tempat dan manusia. Ungkapan (nothing thamma wajh Allah) pula ditujukan kepada wajah yang zahir dalam mazahir tersebut (fenomena-fenomena makhluk yang terdiri daripada pelbagal tempat dan manusia). Ayat ini membayangkan bahawa segala apa yang dicapal oleh akal atau pancalndera (berdasarkan kepelbagalan hamba-hamba-Nya) adalah sebagal tempat penzahiran Wajh Allah yang tunggal itu. Dengan itu, mazahir (fenomena) itu banyak, tetapi wajah hanyalah sarno Oleh itul banyaknya mazahir tidak pula menafikan keesaan wajah, sebagalmana keesaan wajah tidak menghalang berbilang-bilangnya mazahir.46

Al-Nabulsiy juga mengaltkan konsep wahdat al-wujud ini dengarl ayat-ayat al-Quran yang laln, seba-galmana firman Allah yang berbunyi:

Maksudnya: “Setiap orang yang ada di atas permukaan bumi adalah musnah dan yang kekal hanyalah wajah Tuhanmu.”
(Surah al-Rahman: 27) Dan firman Allah yang berbunyi:

Maksudnya: “Dan telah datanglah al-haqq dan hancurlah kebatilan, sesungguhnya kebatilan itu pasti akan hancur…”
(Surah al-Isra : 81)

Dalam memperkukuhkan penafsiran beliau terhadap maksud ayat-ayat al-Quran di atas, al-Nabulsiy juga mengaltkan sebuah syalr Arab klasik yang diakui oleh Rasulullah (s.a. w.) sebagal kalimah yang paling benar yang pernah diungkapkan oleh penyalr, ialtu ungkapan yang diilhamkan oleh Labid yang bermaksud: Ketahuilah, bahawa segala sesuatu selaln daripada Allah adalah batil.47

Maka, pada hemah penulis, dalam konteks perbincangan konsep wahdat al-wujud ini, kita dapati kekusutan sebenar datangnya daripada kepelbagalan pandangan ulama sufi dan pengkritik tasawwuf dalam menghuralkan konsep al-wujud. Maka, ada ulama yang menghuralkannya seperti huralan al-Imam al-Nabulsiy di atas, ialtu melihat al-wujud al-haqiqiy dan al-wujud al-wahmiy (wujud yang tidak sebenar). Ada juga yang menghuralkannya dari perspektif al-wujud al-haqiqiy yang bersifat wajib al-wujud dan wujud makhluk yang bersifat sebagal wujud al-mumkinat. Ada juga yang mengistilahkan sebagal al-wujud al-haqqiy dan al-wujud al- khalqiy.48 AL-Imam al-Akbar Shaykh al-Azhar Prof. Dr. ‘Abd al- Halim Mahmud berpendapat kekusutan ini berikutan kesalahan sesetengah pihak dalam menafsirkan maksud al-wujud al-wahid yang sering digunakan oleh golongan sufi.49

Dalam konteks masyarakat Islam di Nusantara, kekusutan juga timbul akibat penggunaan istilah wujudiyyah sebagal mengaggambarkan kefahaman wahdat al-wujud. Ramal pengkaji dan penulis yang menggunakan istilah wujudiyyah ini untuk dikaltkan dengan mazhab atau pemikiran al-Syeikh Hamzah Fansuri dan al-Syeikh Syams al-Din al-Sumatraniy. Ini adalah suatu perkara yang amat mendukacitakan kerana wujudiyyah mempunyal kefahaman yang negatif. Wujudiyyah adalah satu mazhab falsafah kesusasteraan yang bersifat atheis. lah adalah suatu mazhab yang paling berpengaruh di Barat pada kurun ke-20. lah adalah falsafah yang memusatkan tumpuannya kepada wujud manusia yang dianggapnya sebagal satu-satunya wujud secara yakin. Tidak ada sesuatu yang wujud sebelumnya atau selepasnya. 

Falsafah ini menganggap bahawa manusia mempunyal zatnya sendiri dan hakikatnya sendiri dengan iradatnya, mencipta perbuatannya dan menentukan sifat-sifatnya dengan kehendaknya secara bebas tanpa ada kaltan dengan Tuhan atau nilal-nilal di luar daripada kehendaknya.50 Pengarang besar Melayu seperti Shaykh Dawud al- Fataniy sendiri menyenaralkan puak Wujudiyyah sebagal puak yang sesat. Ternyata fahaman Wujudiyyah yang dianggap oleh beliau sebagal sesat itu ialah golongan yang menganggap “tiada wujudku, hanya wujud Allah”, yakni bahawa aku wujud Allah. Mereka juga berkata “Bahawasanya Allah (s. w. t.) tiada mawjud melalnkan di dalam kandungan wujud segala makhluk.51 Dengan ini istilah Wujudiyyah tidak wajar digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berpegang dengan konsep wahdat al- wujud.52

Dalam tulisan ini, penulis hanya akan memberikan beberapa contoh tokoh ulama terkemuka yang menghuralkan kefahaman berhubung dengan istilah al-wujud yang dikaltkan atau disifatkan dengan perlbagal tambahan tadi; al-wujud al-haqiqiy dan al-wujud al-wahmiy, al-wujud al-haqqiy dan al-wujud al-khalqiy atau wajib al- wujud dan wujud al-mumkinat. Ia adalah sebagal pengukuhan terhadap apa yang sara nyatakan berkaltan simpang siur kcfahaman al-wujud di kalangan ulama sufi yang akhirnya mencetuskan polemik wahdat al-wujud.

Perbicaraan tentang konsep seumpama ini telah diajarkan beberapa sufi sebelum Ibn ‘ Arabiy. 

AL-Syeikh Ma’ruf al-Karkhiy (w.200/815M), seorang sufi terkenal di Baghdad yang hidup empat abad sebelum Ibn ‘Arabiy, dianggap orang yang pertama sekali mengungkapkan syahadat dengan kata-kata: “Tiada sesuatu pun dalam wujud kecuali Allah.” AL-Syeikh Abu al-’ Abbas Qassab (hidup pada abad ke-4/ke-10) mengungkapkan kata-kata yang hampir sarna: “Tiada sesuatu pun dalam dua dunia kecuali Tuhanku. Segala sesuatu yang ada (mawjudat), segala sesuatu .: selaln wujud-Nya, adalah tiada {ma’dum).” Khwaja ‘Abd Allah Ansariy (w. 481/1089) menyatakan bahwa “tauhid orang-orang terpilih” adalah doktrin “tiada sesuatupun selaln-Nya.” (Laysa ” ghayrahu ahad). Jika ia diajukan pertanyaan: “Apa tauhid itu?” beliau menjawab: “Tuhan, dan tidak ada yang laln. Yang laln
adalah kebodohan {hawas).” Sufi laln sebelum al-Syeikh Ibn ‘Arabi .; yang lebih kurang mengemukakan pernyataan-pernyataan yang ~ dianggap mengandung doktrin seumpama ini ialah al-Imam Abu Hamid al-Ghazzaliy (w.505/1111), saudaranya al-Syeikh Ahmad al-Ghazzaliy (w.520/1126), dan’ Ayn al-Qudat Hamadaniy (w. 526/1132).53

Begitu pula dengan tokoh-tokoh selepas Ibn Arabiy, tidak terlepas daripada membicarakan perkara yang sarna. Sebagal contoh, al- Syeikh ‘ Abd al-Karim al-Jiliy (767-826H/1365-1423M) menganggap al-wujud (makhluk) tidak boleh dianggap wujud secara hakikat pada zatnya kecuali dengan kadar pancaran al-tajalli al-Ilahiy dan al-nur al-Ilahiy. Tidak ada di sana wujud dhatiy, malah yang ada hanya khayalan semata-mata yang meminjam sifat wujud daripada Allah. Beliau mengistilahkan wujud itu sebagal al-’ ariyyah al-wujudiyyah (kepinjaman wujud atau wujud yang bersifat pinjaman). Beliau menyatakan bahawa al-’ ariyyah al-wujudiyyah dalam segala sesuatu bererti memberikan nisbah kewujudan makhluk (al-wujud al-khalqiy) kepada makhluk sedangkan secara hakikatnya wujud yang haq (al-wujud al-haqqiy ialtu Allah) itu adalah asal usul (punca) bagi segala makhluk itu. Sesungguhnya Allah (s. w.t.) telah meminjamkan sifat al-wujud kepada makhluk- makhluk-Nya daripada Zat-Nya supaya rahsia ketuhanan dapat zahir di alam ini.54 AL-Syeikh I Abd al-Karim al-Jiliy menegaskan bahawa tidak boleh dianggap ada dua wujud; wujud makhluk dan wujud khaliq. Hanya yang wujud ialah al-Khaliq.55

AL-Syeikh Ibn ‘Ata’ Allah al-Sakandariy juga antara tokoh tasawwuf yang banyak membicarakan tentang konsep al-wujud tetapi bersih daripada tuduhan wahdah al-wujud.56 Sebagal contoh dibawakan huralan beliau tentang konsep al-wujud yang pernah diutarakan oleh gurunya al-Syeikh Ahmad ibn ‘Umar ibn Muhammad al-Andalusiy al-Mursiy (w686H). Kata-kata gurunya al-Mursiy itu pernah dianggap orang sebagal perbicaraan mengenal konsep wahdah al-wujud.57 Al-Syeikh al-Mursiy berkata: Telah adalah ins~dan itu (dicipta) sesudah dia belum pemah ada, dan dia akan fana (mati) selepas dia tercipta. Maka, barangsiapa yang kedua-dua tepinya tiada (’adam), maka dia adalah tiada (’adam). Al-Syeikh Ibn ‘Ata’ Allah al-Sakandariy menjelaskan: Maksud kata-kata al-Syeikh al-Mursiy itu ialah bahawa seluruh alam (al- ka’inat) tidak mempunyal status wujud yang mutlak kerana al- wujud al-mutlaq itu hanya Allah. 


Dia mempunyal keesaan dan ketunggalan. Sedangkan alam semesta hanya mempunyal status wujud sekadar apa yang Dia kurniakan kepadanya (alam semesta). Ketahuilah bahawa sesiapa yang mempunyal status wujud dengan ehsan pemberian daripada pihak laln (Allah), maka ia pada hakikatnya adalah tiada (’adam). Al-Syeikh Abu al-Hasan al- Syadhiliy pemah berkata: Ahli sufi ialah orang yang memandang makhluk dalam lipatan rahsianya seumpama debu dalam udara, kedua-duanya tidak acta (mawjudayn) tetapi tidak juga tiada (ma’ dumayn), sepertimana yang acta pada ilmu Allah. Beliau juga berkata: Sesungguhnya kami tidak nampak ada seorangpun dalam alam semesta (al-khalq). Adakah dalam alam semesta (al-wujud) ini seseorang selaln al-Malik al-Haqq (Allah)? Jika sekiranya mahu dianggap wujud juga (segala sesuatu selaln Allah), maka (wujud mereka itu) seumpama debu dalam udara, jika engkau memeriksanya, engkau tidak akan dapati apa-apa sedikitpun.58

Seterusnya Al-Syeikh Ibn ‘ Ata’ Allah al-Sakandariy menjelaskan: Perumpamaan yang paling hampir berhubung kewujudan alam semesta ini (wujud al-ka’inat) apabila engkau memandangnya dengan ‘ayn al-basirah ialah wujudnya bayang-bayang (al-zilal). Maka bayang itu tidak ada wujud dalam semua iktibar wujud dan tidak pula ma’dum dalam semua iktibar ‘adam. Jika engkau telah mensabitkan kewujudan bayangan sesuatu, maka mengapa engkau mahu menghapuskan keesaan Tuhan yang memberikan kesan itu? .59

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More