Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 18, 2014

CEGAH RINTANG - Taktik Pertahanan Malaysia

Makluman : Artikel ini di salin terus daripada blogmalaysiamilitarypower tanpa ada apa-apa tambahan dari pihak admin bagi mengekalkan keaslian artikel.


CEGAH RINTANG - LOGIKA PERTAHANAN DAN KEAMANAN

oleh ikansadinmknorang


ini adalah soalan lazim dari kalangan orang biasa, terutama yg tidak angkat tahu sangat pasal keselamatan negara dan lebih tertumpu pada isu politik populis partai2 yg bertelagah....

ramai dari kalangan kita ingat Malaysia adalah negara yg tidak bermusuhan, maka kita tidak perlu risau akan ancaman perang dan sekaligus tidak memerlukan negara kita untuk mempunyai sejumlah standing army dan persenjataan untuk mempertahankan diri...

malah adalah lebih baik perbelanjaan untuk pertahanan di salurkan untuk naiktaraf infrastruktur, menambah jumlah perumahan dan sekolah dan lain2 yg lebih menguntungkan rakyat....

ini adalah anggapan umum yg sangat salah......sangat salah....

generasi X DAN Y yang tidak kenal ancaman insurgensi sekitar era pasca kemerdekaan hingga penghujung 80an kebanyakannya merasakan defence spending adalah sesuatu yg tidak perlu....kerana berdasarkan logik...dengan siapa kita hendak berperang....

secara relatifnya memang negara kita dalam keadaan aman.....tetapi tahukah anda yg setiap hari, pasukan keselamatan kita bermain permainan cat and mouse dengan hampir semua tetangga kita di rantau ini....dari dua kuasa besar yg merebut hegemoni dan pengaruh dari kalangan negara2 ASEAN hinggalah ancaman insurgensi dari negara jiran di utara tanah air...dan di utara Sabah.....itu tidak termasuk prasangka antara negara selatan tambak dan negara serumpun yg pernah berkonfrontasi dengan kita.....

ya memang kita aman secara relatif nya....tiada ancaman open war antara negara2 serantau...apa lagi dari kuasa besar tetapi keselamatan negara kita setiap hari di uji cuba keberkesanannya.....

anda pernah dengar cegah rintang...?



cegah rintang atau deterrence ini adalah aspek dimana kita mencegah hasrat musuh untuk membuat angkara murka keatas negara kita.....dan salah satu aset strategik cegah rintang yg paling berkesan dalam angkatan bersenjata negara kita adalah 2 kapal selam diesel elektrik yg terus menerus membuat rondaan di wilayah laut negara kita....dimana ia memastikan sea lanes of communication negara terus terbuka, menjamin keberterusan pengeluaran hasil bumi minyak dan gas, dan menjamin keselamatan laluan perkapalan komersial yg menghubungkan Semenanjung dan Borneo, yg saling memerlukan antara satu sama lain......




yg terutama sekali....ia mencegah mana2 hasrat negara angkara murka untuk membuat pencerobohan keatas wilayah laut negara.....satu armada angkatan laut tidak akan berani berbuat demikian dengan kehadiran pemburu senyap kita.....

dari situ...ekonomi negara terus mapan, bila ekonomi negara maju dan mapan, infrastruktur boleh ditambah, sekolah boleh bertambah, sumber ekonomi negara dapat memberikan lebih banyak kemudahan kepada orang2 seperti saya dan anda.....apa yang kita miliki sekarang adalah hasil dari semua anggota pasukan keselamatan yg siang malam berjaga sejak dari zaman insurgensi hingga hari ini......ya memang ada loophole....memang ada musuh yg tembus masuk.....tetapi itu bukan salah pasukan keselamatan.....



Adakah situasi Ukraine sekarang disebabkan oleh kegagalan menyediakan Aset2 cegah rintang yang ampuh?




MENTERI DAN PEMBUAT DASAR PERLU DI LEMPANG




ya bukan salah pasukan keselamatan...tetapi ahli politik yg terlalu berkira bila menyentuk pertahanan dan keselamatan negara....terlalu kedekut untuk berbelanja besar untuk memberikan pasukan keselamatan kita peralatan yg lebih baik, yg membolehkan mereka menjalankan tugas dengan lebih efisien...


orang kita tidak mempunyai mentaliti siapkan payung sebelum hujan....semua nya bersifat terhantuk baru nak terngadah.....bila terjadi insiden Lahad Datu barulah diusulkan untuk tambah batalion tentera....baru lah diusulkan zon keselamatan....barulah nak beli itu beli ini.....dan hingga kini....dana untuk zon keselamatan ESCOMM masih lagi ciput.....bagaimana pak menteri nak harapkan anggota dan pegawai kita untuk berkawal kalau bot pun tiada.....apa lagi pos kawalan pun tunggu masa untuk roboh......lagi pula ditempatkan orang yg bukan ahlinya memimpin perkara berkenaan keselamatan.....kakitangan awam sebagai orang besar ESSCOMM....bukan tentera...? bukan polis....memang bahan gelak.....

bila diusul angkatan tentera perlu lebih banyak kapal perang....pak menteri kata...tak pa lah......pakai dulu mana ada....

ramai dari kita perasan....bila terjadi insiden...terutama diluar negara.....seluruh negara akan step up....perbelanjaan pertahanan ditambah...perolehan aset dibuat....tapi negara kita....???

MENTALITI PERLU DIUBAH




bukan menteri sahaja yg perlu ubah mentaliti.....orang awam macam kita juga perlu ubah mentaliti.....kena ubah mentaliti ah tak payah lah...dan mentaliti ini tak penting ni.....

mentaliti memberi banyak alasan ini lah yg membantutkan negara kita....membantutkan proses kemajuan....semuanya tidak boleh....hidup nak bersuap...jalan nak dipimpin...diketuk baru berbunyi seperti pahat dengan tukul....sampai bila..?

kita kena bangun dari lena.....MH370 dan Lahad Datu sepatutnya membuka mata dan minda semua orang yg apa sahaja boleh terjadi tanpa kita duga.....dan untuk menghadapi semua ini...kita perlu antisipasi...perlu bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan....bukan nak buang tahi baru nak cari cangkul.....

anda lihat Singapura....negaranya maju...dan pada masa sama aman...tetapi kenapa ditempatkan sejumlah besar alatan perang yg moden dan canggih.....lihat berapa banyak pesawat juang mereka...berapa banyak kereta kebal mereka....lihat sahaja industri militer mereka.....bagaimana...

itu negara yg aman...dengan kekuatan militer yg mampu membuat negara kuasa besar berfikir dua kali sebelum membuat onar......

logikanya kenapa negara kita.....tidak boleh ada seperti singapura....kenapa ada celaka yg bersuara kita tidak perlu alatan perang mahal sedangkan singapura perlu...??....apa logik disebalik nya.....kalau begitu kenapa Singapura tidak berhenti membuat perolehan militer..sedangkan negara mereka sudah maju dan aman.....?


MEMPERTAHANKAN KEMAJUAN YG DIKECAPI

ini yang Singapura lakukan....segala perbelanjaan pertahanan, perolehan aset, pembangunan industri militer yg mereka laksanakan adalah untuk mengekalkan kemajuan dan keamanan yg telah mereka kecapi.....ia adalah insurans untuk meneruskan kemakmuran ekonomi.....ia juga sebagai amaran....kepada mana2 angkara murka yg mereka mampu untuk tumbuk muka dengan tukul besi jika diganggu gugat......itu logikanya.....

kenapa logika ini tidak boleh diaplikasikan di Malaysia...?

anda fikir sendiri....bila ramai yg cakap TAK BOLEH....itu jadinya...


sumber : http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More