Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, June 19, 2014

BlackBerry 10.3 Bakal Hadir Dengan Amazon AppStore


 BlackBerry 10.3 Bakal Hadir Dengan Amazon AppStore

BlackBerry 10 sedia hadir dengan sokongan menjalankan aplikasi Android, dan kini pihak BlackBerry mengumumkan kerjasama dengan pihak Amazon untuk menawarkan kemudahan kepada pengguna BlackBerry memasang aplikasi Android pada peranti mereka.

Apa pun, sokongan tersebut hanya akan hadir pada BlackBerry 10.3 yang dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.

Melalui kerjasama ini, pengguna BlackBerry akan mendapat akses kepada lebih 200,000 aplikasi yang terdapat pada Amazon AppStore, dan memasangnya serta menggunakannya pada peranti BlackBerry 10 mereka. Perkara ini sekaligus akan menyertakan pelbagai kandungan popular Android pada peranti BlackBerry – dan menyelesaikan kekurangan aplikasi yang dihadapi platform BlackBerry.

Selain Amazon AppStore, BlackBerry World turut akan ditawarkan yang mana membawakan aplikasi yang dioptimasikan sepenuhnya kepada platform BlackBerry.

Apa pun, ia tidak diketahui sepenuhnya berkenaan bagaimana implementasi menyeluruh untuk Amazon AppStore di BlackBerry 10.3 kelak, memandangkan terdapat beberapa kekangan untuk pengguna di luar Amerika Syarikat buat masa ini.

Pada masa yang sama, pihak BlackBerry turut mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan bahagian muzik dan video di BlackBerry World pada 21 Julai kelak.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More