Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 18, 2014

Awas! Tekanan Bawa Maut

TEKANAN menghadapi peperiksaan menyebabkan Lloyd dimasukkan ke hospital.


SEORANG pelajar yang bercita-cita memasuki Kolej Oxbridge di England mengalami keadaan yang jarang berlaku iaitu dia boleh meninggal dunia akibat tekanan menghadapi peperiksaan.
Pada musim panas lalu, Lloyd dikejarkan ke hospital semasa dia sedang bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Penyakit Jennifer Lloyd bukan sahaja membuatkan badannya secara tiba-tiba mengeluarkan adrenalin iaitu hormon yang membantu badan menyesuaikan diri dengan tekanan tetapi juga bertindak balas dengan menutup organ-organ penting.
Dia terpaksa mengulang kaji pelajaran sebulan sebelum menghadapi peperiksaan dengan harapan dia dapat mengatasi penyakit itu.
Pelajar dari Prestwich, Manchester itu juga terpaksa menolak temu duga bagi mengikuti program Oxbridge kerana dia takut tekanan belajar di institusi terkenal di dunia itu bakal menjadi punca kematiannya.
"Keadaan amat sukar apabila tiba musim peperiksaan. Saya perlu mengimbangi masa dengan sempurna.
"Penyakit ini membuatkan saya sangat letih. Saya sering tertidur semasa belajar kerana saya perlu membuat persiapan menghadapi peperiksaan lebih awal," ujarnya.
Jadual ketat
Penyakit Addison itu juga menyebabkan Lloyd terpaksa belajar di hospital bagi peperiksaan akan datang sebagai langkah menghadapi sebarang kemungkinan.
"Akibatnya, jadual saya menjadi sangat padat. Jika saya mengulang kaji selama sejam, saya perlu berehat dua jam sebelum melakukan aktiviti lain.
"Saya telah ditawarkan peluang untuk pergi dan melihat Univerisiti Oxford dan Cambridge sebagai sebahagian daripada program pelajar berbakat di kolej saya, tetapi saya tidak bersedia memandangkan penyakit yang dialami ini.

LLOYD terpaksa menolak temu duga bagi mengikuti program Oxbridge di England.


"Pengurusan kolej dan guru saya juga sudah mengetahui masalah ini. Mereka akan terus menghubungi ibu saya jika mereka mendapati saya jatuh sakit dengan melihat tanda-tandanya.
"Selepas melalui minggu pertama di kolej, saya rasa mahu berhenti belajar kerana tekanan bertemu dengan ramai rakan baru membuatkan saya sakit, tetapi mentor saya, Beverley Jones, meyakinkan saya supaya meneruskan pengajian," jelasnya yang sedang bersiap sedia menghadapi peperiksaan untuk subjek psikologi, geografi, perniagaan dan fotografi.
Kini, Lloyd untuk menangani penyakitnya itu sentiasa membawa suntikan kortison hidro untuk menangani penyakitnya itu. Dia akan menggandakan dos suntikan apabila menghadapi peperiksaan penting.
"Cita-cita saya mahu menjadi ahli psikologi kanak-kanak, tetapi saya sukar belajar jika tertekan.
"Saya terpaksa mengulang kaji di hospital tahun lalu malah berat badan juga menurun.
"Tetapi saya sangat teruja apabila berjaya memperoleh 10A dalam peperiksaan. Ketika itu, saya merasakan semua tekanan itu berbaloi," katanya.
Lloyd didiagnosis menghidap Addison kira-kira 10 tahun lalu apabila ibunya, Amanda, 51, menyedari keinginan Llyod terhadap garam.
Amanda memberitahu, pertama kali dia menyedari gejala pada anaknya itu ketika mereka sekeluarga bercuti ke Malta apabila Lloyd bertindak memakan garam daripada bekas yang diletakkan di atas meja restoran.
"Gejala penyakit itu juga ditunjukkan melalui perubahan warna kulitnya yang menjadi gelap ketika berjemur di bawah cahaya matahari.
"Setibanya kami di rumah, saya terus membawanya bertemu doktor dan dia disahkan menghidap Addison beberapa minggu kemudian," jelasnya. - Agensi
sumber : kosmo

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More