Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 18, 2014

Awas! Gajet Pintar Punca Gemuk

PAPARAN cahaya biru daripada gajet pintar boleh meningkatkan rasa lapar.


SELAMA ini, masalah yang berkaitan dengan penggunaan telefon pintar atau tablet dikaitkan dengan kesihatan mata atau saraf.
Kajian terbaharu pula mendapati, kerap menggunakan gajet pintar pada waktu malam boleh meningkatkan berat badan.
Berdasarkan penyelidikan di Amerika Syarikat, gajet pintar selalunya mengeluarkan cahaya biru yang menyebabkan rasa lapar.
Paparan cahaya biru daripada telefon pintar selama beberapa jam akan meningkatkan rasa lapar walaupun seseorang itu sudah makan.
Paparan sinar ini memberi kesan selepas 15 minit menggunakan gajet pintar tersebut. Kajian terdahulu pula membuktikan paparan cahaya biru daripada telefon pintar boleh mengurangkan waktu tidur seseorang dan meningkatkan risiko insomnia.
Kajian terbaharu yang dilakukan oleh penyelidik daripada Universiti Northwestern di Chicago, Amerika Syarikat pula mendapati, paparan sinar biru daripada telefon pintar selama tiga jam boleh meningkatkan rasa lapar dan mengganggu metabolisme seseorang.
Menurut ketua penyelidik, Ivy Cheung, hasil kajian itu diperoleh selepas melakukan kajian terhadap 10 orang dewasa dengan pola tidur normal dan pola makan yang sama.
"Responden diminta melakukan percubaan selama empat hari dengan paparan sinar biru daripada telefon pintar.
"Kajian selanjutnya perlu dilakukan bagi mengenal pasti mekanisme yang jelas antara paparan cahaya, rasa lapar, dan metabolisme tubuh," jelasnya.


sumber : kosmo

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More