Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 18, 2014

Ajaib! Remaja Buta Jadi Jurubahasa

KEFASIHAN Alexia bertutur dalam empat bahasa dunia melayakkan dia berkhidmat di Parlimen Eropah di Brussels, Kanada ketika usianya baru 10 tahun.


SUARA Alexia Sloane yang kedengaran menerusi corong fon telinga lancar menterjemahkan teks ucapan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Perancis.
Selain kedua-dua bahasa itu, remaja berumur 13 tahun tersebut turut fasih berbahasa Sepanyol dan Mandarin.
Kefasihan Alexia bertutur dalam empat bahasa utama dunia itu melayakkan dia berkhidmat di Parlimen Eropah di Brussels, Belgium sebagai penterjemah biarpun ketika itu dia hanya baru berumur 10 tahun.
Pekerjaan separuh masa itu ditawarkan oleh Ahli Parlimen Eropah untuk Timur England, Robert Sturdy.
Menariknya, kanak-kanak yang berasal dari Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat itu sebenarnya buta di kedua-dua belah matanya ekoran penyakit Neurofibromatosis Tahap 1 (NF1).
NF ialah sejenis gangguan genetik yang menyebabkan ketumbuhan pada bahagian saraf di samping mengganggu pertumbuhan tisu seperti tulang dan kulit.
Menurut ibu Alexia, Isabelle, 46, anaknya disahkan menghidap penyakit tersebut ketika usianya baru mencecah dua tahun.
Katanya, ketika ketumbuhan itu dikesan, ia berada betul-betul di antara saraf mata Alexia.
"Namun, belum sempat dibedah, ia sudah meragut deria penglihatan anak kami," ujarnya seperti dipetik portal Daily Mail.
Menangis
Menceritakan kembali bagaimana Alexia didiagnos menghidap NF, Isabelle memberitahu, anaknya itu tidak berhenti menangis dan berkelakuan aneh sepanjang percutian mereka di Perancis.
"Pada awalnya, dia ceria tetapi kelakuannya berubah menjadi pendiam secara tiba-tiba. Dia seolah-olah berada dalam ketakutan dan tidak henti-henti menangis," kata Isabelle.
Wanita yang bertugas sebagai guru di Cambridge itu bertambah runsing apabila anaknya kerap bertanyakan mengenai keadaan sekeliling kerana mendakwa tidak dapat melihat dengan jelas.

KECACATAN penglihatan tidak menghalang remaja ini daripada mempelajari alat muzik seperti piano, organ dan rekorder.


Sangsi dengan kelakuan anak perempuannya itu, dia dan suami, Robert, 64, membawa Alexia ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Menerusi imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), Alexia disahkan menghidap penyakit NF1.
Lanjutan daripada ujian itu, doktor merancang untuk menjalankan pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut.
Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa dibatalkan memandangkan doktor yang merawat Alexia menjangkakan akan ada komplikasi timbul memandangkan usianya yang masih muda.
"Justeru, doktor memilih untuk menjalankan rawatan kemoterapi selama 18 bulan. Namun, baru 10 minggu rawatan dijalankan, Alexia sudah menjadi buta sepenuhnya," jelasnya.
Belajar
Bercerita lanjut, Isabelle memberitahu, Alexia juga perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan scoliosis atau kelengkungan tulang belakang ketika dia berumur lapan tahun.
"Sejenis pendakap logam terpaksa diletakkan di tulang belakang bagi menyokong pergerakan dan struktur tubuhnya," ujarnya.
Pun begitu, kecacatan itu tidak menjadi penghalang buat Alexia untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Buktinya, dia sudah pandai menulis dan membaca tulisan Braille dengan lancar pada usia empat tahun.
Selain itu, anak sulung daripada dua adik-beradik itu turut mendapat gred A dalam subjek bahasa Perancis dan Sepanyol yang didudukinya ketika berumur sembilan tahun.
"Saya menggunakan pita rakaman dan berlatih bercakap dalam bahasa yang dipelajari menerusi perbualan harian," katanya yang turut mempelajari bahasa Arab, Jerman, Itali dan Rusia.
"Saya ingin menjadi pakar bahasa dan bercita-cita menyambung pelajaran dalam bidang linguistik di Universiti Cambridge apabila dewasa nanti," katanya.


sumber : kosmo

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More