Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, June 30, 2014

Panduan Cara Bayar Zakat Fitrah 2014 Online

Panduan cara bayar Zakat Fitrah 2014 secara online. Pembayaran zakat pendapatan kini boleh dibuat menerusi talian online untuk memudahkan orang ramai menunaikan zakat. Turut tersedia adalah lafaz niat membayar zakat fitrah secara online. Sebagai makluman zakat fitrah adalah wajib dibayar oleh umat Islam yang berkemampuan bagi menunaikan rukan Islam ke empat.

zakat-fitrah-2014

Kadar Zakat Setiap Negeri 2014/ 1435h Malaysia
Untuk kadar zakat terkini bagi setiap negeri, sila klik Kadar Zakat Fitrah 2014 setiap negeri

Panduan Membayar Zakat Online

Lafaz Niat Membayar Zakat Secara Online
Lafaz niat membayar zakat: “Inilah wang sebagai menunaikan zakat pendapatan/harta yang wajib ke atas diri saya kerana Allah Ta’ala.

Senarai Rancangan Menarik Sempena Ramadhan 2014 TV3 TV9

Senarai jadual program rancangan menarik sempena Ramadhan 2014 di TV3 dan TV9. Disepanjang bulan puasa ini, pihak TV3 dan juga TV9 telah membuka slot Seindah Ramadhan. Rancangan di slot Seindah Ramadhan menyiarkan siaran menarik yang bersesuaian pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

ramadhan

Senarai Rancangan Menarik Sempena Ramadhan 2014 TV3 TV9
Selamat menonton dan selamat berpuasa kami ucapkan kepada seluruh umat islam di Malaysia.

Senarai Buffet Berbuka Puasa Ramadhan Di JB Johor Bahru 2014

Senarai lokasi Buffet Ramadhan di Johor Bahru 2014. Bagi anda yang inginkan kelainan dan sesuatu yang unik untuk berbuka puasa , buffet Ramadan adalah pilihan yang bijak dan tepat. Berikut adalah senarai Buffet Ramadan yang terletak di Johor Bahru. Selamat berbuka puasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Senarai Buffet Ramadhan Di JB Johor Bahru 2014

http://www.hotelsentraljb.com.my/content/promotions_1590_1.jpg

http://www.grandbluewavejb.com.my/content/promotions_49553_1.jpg

http://lh4.ggpht.com/-c9fDvt7My2g/U6qSNYK0ESI/AAAAAAAAL9g/TMwtZTD-8Q8/Buffet%252520Ramadhan%252520Villa%252520Warisan%252520AJ_thumb%25255B3%25255D.jpg?imgmax=800



http://www.goodhopehotel.com.my/skudai-johor_bahru/images/promo14-ramadan.jpg

Jom! Buka Puasa Buffet Dinner


Johor Bahru New York Hotel, New York Hotel  Johor Bahru

http://www.mutiarahotels.com/downloads/johor-bahru/promo/2014/Ramadhan-2014.jpg

Johor Bahru M Suites Hotel, M Suites Hotel  Johor Bahru

Ramadan Early Bird Promotion

http://4.bp.blogspot.com/-GPUMNJFPL98/U4G5HOGr-PI/AAAAAAAABVc/RQNUwcEQU0A/s1600/Banner+tepi+jalan1+copy.jpg

Buffet Ramadhan 2014 Johor Bahru

Berita Palsu Isu Penjualan Organ Di Laman Sosial Tersebar

Berita palsu isu penjualan organ di laman sosial tersebar. Sejak kebelakangan ini, berita mengenai jenayah jual organ kanak-kanak semakin giat disebarkan dilaman sosial. Motif si penyebar khabar angin cukup mudah iaitu menimbulkan huru hara selain mengejar populariti. Lebih menyedihkan, foto yang digunakan oleh suspek penyebar khabar angin adalah foto yang mudah didapati menerusi carian internet seperti gambar proses bedah siasat dan sebagainya.

Contoh Petikan Berita Palsu Isu Jual Organ Yang Tersebar

Tips Sahur Sihat Elak Lapar Di Bulan Puasa Ramadhan

Tips sahur sihat elak lapar, dahaga dan lemah di Bulan Puasa Ramadhan. Sahur adalah sangat penting bagi umat islam untuk meneruskan rutin harian dengan menahan lapar dan dahaga disepanjang bulan Ramadhan pada siang hari. Tanpa sahur yang betul, badan akan mudah lemah dan tidak bertenaga.

https://lh6.googleusercontent.com/-FFfO_KZ3AGw/U66rU-_4BTI/AAAAAAAAEAE/inie_ONet94/s640/tips%2520sahur.jpg

Tips Sahur Sihat Elak Lapar Di Bulan Puasa Ramadhan

1. Anda diwajibkan bersahur sebelum terbitnya Fajar. Elakkan tidur yang berlebihan sehingga anda terlepas waktu sahur.

2. Elakkan minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuatkan anda cepat dahaga kelak.

3. Banyakkan minum air kosong atau air suam.

4. Elakkan makanan ringan ketika sahur seperti mee segera (Maggi), snek ringan dan sebagainya kerana ianya mengandungi terlalu banyak garam. Garam yang berlebihan akan menyebabkan anda ternyah hidrat.

5. Wajib memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi/roti, protein seperti ikan/ daging dan sayur kerana ianya berkalori lebih tinggi.

6. Dinasihatkan memakan 2 atau 3 biji kurma kerana kurma lambat dicerna atau dihadam. Kajian juga membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar dibulan Puasa.

7. Elakkan terlalu banyak tidur pada bulan puasa kerana anda akan lebih cepat rasa lapar dan dahaga.

8. Elakkan minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana ianya akan menyebabkan lebih mudah ternyah hidrat.

Sekian sahaja tips sahur dari kami. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat islam di Malaysia.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Sabah Dan Sarawak 2014

Kadar bayaran zakat fitrah bagi Sabah dan Sarawak 2014. Majlis agama islam di Sarawak dan Sabah telah menetapkan kadar zakat bagi kedua-kedua negeri tersebut adalah RM7.00 pada tahun 2014 bersamaan 1435H. Terdahulu kadar Zakat di Sabah pada tahun 2013 tetap kekal iaitu RM7.00 manakala Sarawak RM6.50. Orang ramai boleh membayar zakat fitrah menerusi kaunter yang dilantik oleh Lembaga Zakat negeri masing-masing.

zakat

Berita Terkini Isu Budak Promoter Unifi Meninggal Tanpa Waris

Berita terkini isu budak remaja lelaki Rudy Salam Bin Arman Daris meninggal dunia tanpa waris. Pada 28 Jun 2014, satu insiden tersebar secara meluas dilaman sosial apabila seorang remaja telah meninggal dunia tanpa dapat menghubungi waris atau kenalan rapat arwah.

Menurut rakan serumah yang dikenali sebagai Hafiz menerusi akaun Facebook “Aku Pelik”, dia kini mengalami kesulitan untuk menguruskan jenazah kerana arwah sudah lama kehilangan kad pengenalan disamping tiada butiran kenalan atau keluarga terdekat. Tambahnya lagi, dia juga telah menggeledah bilik arwah untuk mencari barang peribadi namun tidak menemui sebarang nombor keluarga atau waris yang boleh menuntut jenazah. Kes kini sedang disiasat oleh pihak polis untuk menjejaki keluarga arwah.

mangsa-1

Gambar Rudy Salam Bin Arman Daris Meninggal Dunia

mangsa-2

Kronologi Kes Remaja Meninggal Dunia Tanpa Waris

28 Jun 2014: Rudy Salam Bin Arman Daris meninggal dunia pada 6.00 pm akibat sakit tenat pada sabtu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang HTAR. Keluarga arwah tidak dapat dihubungi atau dijejaki. Lebih menyulitkan keadaan apabila arwah sudah lama kehilangan Kad Pengenalan dan tidak menemui sebarang dokumen penting milik mangsa. Kes kini disiasat oleh pihak polis untuk menjejaki nombor kad pengenalan dan keluarga mangsa.

29 Jun 2014: Pihak polis telah mengjejaki identiti kad pengenalan mangsa dan usaha menjejaki keluarga arwah giat dijalankan di Johor Bahru.

Gambar Kes Remaja Meninggal Dunia Tanpa Waris
Berikut adalah foto operasi pihak polis menggeledah barang mangsa bertujuan untuk menjejaki nombor waris atau keluarga.


Tips Panduan Berbuka Puasa Yang Betul Dari JAKIM

Panduan berbuka puasa yang betul dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Berikut adalah perkongsian mengenai adab berbuka puasa yang betul sebagai panduan umat Islam. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat berbuka puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Gempar! Gambar Kes Bunuh Diri Di Wisma Persekutuan KB Kelantan

Gambar kes bunuh diri di Wisma Persekutuan Kota Bharu KB Kelantan. Menerusi laman sosial, kini tersebar insiden seorang lelaki yang dikatakan terjun bunuh diri dari bangunan Wisma Persekutuan KB berhadapan dengan Sutera Inn. Berita mengenai insiden itu turut dikongsikan menerusi laman Facebook Daily Traffic Report. Untuk info, mangsa adalah seorang lelaki berbangsa Melayu.

berita

Gambar Kes Bunuh Diri Di Wisma Persekutuan KB Kelantan


Saturday, June 28, 2014

Kadar Rasmi Bayaran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri

Kadar rasmi bayaran Zakat Fitrah bagi setiap negeri di Malaysia. Seperti yang termaktub dalam Rukun Islam, umat islam adalah diwajibkan untuk menunaikan Zakat bagi yang berkemampuan. Bayaran zakat juga dihendaklah dibuat bermula pada awal bulan Ramadhan dan selewatnya sebelum bulan Syawal. Zakat yang terkumpul akan diagihkan kepada golongan atau keluarga miskin yang layak sahaja.

zakat

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri Di Malaysia
Zakat Fitrah 2014 bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu.

NegeriTahun 2013 (RM)Tahun 2014(TERKINI) (RM)
Perlis6.006.50
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.506.70
Johor5.00/8.00*belum diumumkan
Pahang7.007.00
Terengganu4.50/7.00/7.60*7.00
Kelantan7.00 7.00
Sarawak6.506.50
Sabah7.00 7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.00 7.00

Nota: Kadar Bayaran Zakat bagi setiap negeri akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah
  • Orang Islam- Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.
  • Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta tersebut telah cukup Nisab- Maksud Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)
  • Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi
Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah
  1. Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  2. Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.
Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah
  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Kisah Sebenar Orang Bunian Solat Di Gunung Jerai Kedah

Berita palsu orang bunian atau jin solat di Gunung Jerai Kedah tersebar. Laman sosial sejak kebelakangan ini telah digemparkan dengan penemuan foto 3 orang tahfiz berbaju putih sedang solat. Menurut pemilik gambar yang merupakan kakitangan TM, mereka yakin ketika ditempat kejadian kawasan itu sunyi dan tiada orang lain selain mereka. Namun, sebaik sahaja pulang ke rumah, pemilik foto tersebut terkejut dengan kelibat tiga orang tahfiz sedang solat. Menerusi Facebook Paranormal Team, laman itu pula telah berkongsikan bahawa budak tahfiz tersebut adalah penduduk disitu.

palsu palsu-2

Koleksi Ucapan SMS Puasa Bulan Ramadhan 2014 Menarik

Koleksi ucapan sms selamat berpuasa di bulan Ramadhan 2014 menarik. Seperti sedia maklum, umat islam akan mula berpuasa pada ahad 29 Jun 2014. Dikesempatan ini, marilah kita mengirim ucapan SMS selamat berpuasa kepada sahabat handai mahupun keluarga terdekat.

ramadhan-2014-menarik

Koleksi Ucapan Selamat Puasa Bulan Ramadhan 2014 Menarik

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh mulia
Semoga ramadhan tahun ini adalah lebih bermakna dari tahun sebelumnya
Salam Ramadhan Al Mubarak 2014/ 1435H

Tarikh mula puasa Ahad 29 Jun 2014
Demikianlah kata Penyimpan mohor besar diraja
Marilah kita mengamalkan ibadah puasa
Semoga dapat lebih banyak pahala

Tiada hari seindah Jumaat,
Tiada kata seindah zikir,
Tiada ibadah seindah solat
dan tiada bulan seindah Ramadhan
Salam Ramadhan Al Mubarak

Aku yang dulu bukannya sekarang
Aku yang kini sudah berubah
Mari kita mula puasa dari sekarang
Semoga hidup kita lebih cerah

Dulu aku tidak pernah berpuasa
Apakah aku orang yang tidak berguna
Menyesal sesekali tidak bermakna
Ingat tuhan, wajib berpuasa

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia lagi suci
Semoga amalan kita pada bulan ini diterima Allah SWT
Insha Allah

Marhaban ya Marhaban
Bulan suci kini tiba lagi
hapuskan segala dosa
selamat menunaikan ibadah puasa


Sumber: Koleksi Ucapan SMS Puasa Bulan Ramadhan 2014 Menarik | melvister.com 

Alhamdulillah...Bukti Felixia Yeap Masuk Peluk Islam 3 Julai 2014 Ramadhan

Bukti Felixia Yeap masuk peluk islam pada 3 Julai 2014 bersamaan 5 Ramadhan 1435H. Pengumuman itu dibuat secara rasmi menerusi akaun Facebook Felixia Yeah pada 27 Jun 2014. Punca Felixia Yeah memilih hari tersebut kerana tarikh itu merupakan hari ulang tahun kelahirannya. Berita gembira itu juga disambut baik oleh ribuan umat islam di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Felixia Yeah kerana telah menerima Hidayah pada usia umur genap 28 Tahun.

felixia-peluk-islam

Friday, June 27, 2014

Tariqat : Rahsia Memelihara Hikmah Kebatinan

Setiap orang mesti rajin berusaha untuk memperkukuh, memelihara dan menurut ajakan dorongan kebatinan. Cara memperkukuhkannya ialah dengan banyak mengingati Allah swt dengan zikir, merenung dan meneliti segala kekuasaan Allah swt serta sentiasa berdampingan dengan para wali Allah

Cara untuk memeliharanya pula ialah dengan menjauhkan diri  daripada bercampur-gaul dengan orang-orang yang terlindung dari pandangan Allah swt. Orang-orang yang zalim hendaklah dihindari dan meletakkan jauh di belakang segala rasa was-was serta tipu-daya syaitan. Akhir sekali, cara menurutkan ajakannya ialah dengan berlumba-lumba kembali ke jalan Allah, berlaku benar dalam menghadapi segala perintah-Nya, tidak bermalas-malas, tidak menangguh-nangguhkan dan tidak melambat-lambatkannya.

Bersegera....

Bahkan apabila tiba masanya hendaklah ditunaikan segera, dan apabila terbuka pintu untuk kebajikan, hendaklah dia memasukinya tanpa berlengah. Apabila tiba seruan bakti hendaklah dia tidak menangguh-nangguhkan lagi. Hendaklah dia berhati-hati dengan ucapan tangguh esok atau lusa sebab ia adalah daripada  hasutan syaitan. Malah hendaklah disegerakan segala kerja dan amalan baik, dengan tidak bertangguh-tangguh atau mencari helah keuzuran kerana tidak ada masa lapang; atau pun kerana belum sampai masa untuk beramal dan sebagainya.

Berkata Abur-Rabi' rahimahullah: Tujukanlah dirimu ke jalan Allah dalam keadaan tempang dan cacat anggota, dan jangan sekali-kali menunggu waktu sihat saja, kerana menunggu waktu sihat itu adalah merugikan.

Berkata pula Ibnu Atha' dalam kitabnya 'al-Hikam': Menangguhkan sesuatu pekerjaan sehingga ada peluang adalah menandakan kebodohan jiwa!

Antara Mati Dan Mimpi

Nabi saw telah memberikan misal manusia itu akan mati seperti tidur. Jadi tidur itu mati kecil. Maka ahli-ahli agama lalu mengambil perbandingan tidur dengan keadaan mati. Sifat-sifat dan perasaan ruhaniat kita waktu tidur banyak berbeza dari satu saat ke lain saat; menurut situasi ketenangan dan kesucian jasmani dan ruhani pada setiap masa. Pada siang hari kita tenang, banyak beribadat dan tidak terjadi hal-hal yang merugikan manusia lain, terutama diri sendiri. Maka pada waktu tidur kita akan aman dan tenteram saja.

Kemudian sebelum tidur itu kita terlebih dahulu solat sunat atau membaca ayat-ayat suci atau memuji Allah swt dengan cara yang pantas serta tidur dalam keadaan berwudhu', maka suasana selama kita tidur itu akan beroleh ketenangan yang baik sekali. Kita pun dapat melihat mimpi-mimpi yang bagus.

Haiwan memang tidak ada perhitungan...

Sebaliknya, dengan tidur tanpa beribadat terlebih dahulu, apatah lagi dengan tidak memuji Allah swt dan tidak pula berwudhu' - akan menyebabkan kita bermimpi dengan mimpi-mimpi yang mengerikan serta melihat hal-hal yang tidak suci dan cukup tidak menyenangkan.

Hayat dunia ini selama beberapa puluh tahun itu cuba kita kumpulkan jadi satu hari. Maut yang datang kepada kita, kita misalkan dengan tidur yang menanti hari berbangkit. Maka pada umumnya, semua amal kita selama hidup bakal menentukan situasi kita dalam tidur yang terakhir itu. Jika jumlah amal baik kita lebih besar daripada jumlah kejahatan, maka senanglah orang itu di dalam kuburnya. 

Nilai senang dan susahnya di dalam kubur, iaitu ibarat orang yang tidur - amat bergantung kepada tinggi tidaknya peratus amal kebaikannya. Demikian pula tinggi atau tidak akan terletak pada tinggi atau rendah nilai kejahatan seseorang manusia itu sewaktu dia hidup di atas dunia. Ini telah pun disepakati oleh alim-ulama.


oleh : Elias Hj Idris

Untung atau Celaka Selepas Mati!

Kita perlu ingat, memilih agama dan menganuti kepercayaan bukan sama seperti memilih pakaian di pasar raya. Baju yang tidak selesa dipakai atau yang sudah buruk dapat dibuang lalu digantikan dengan yang baru. Kepercayaan beragama membabitkan soal untung nasib - di antara hidup dan mati; antara bernasib baik ataupun celaka selepas mati.

Kita juga perlu ingat bagaimana Allah s.w.t. mengizinkan manusia menganuti apa sahaja kepercayaan. Itulah sifat kemurahan Allah s.w.t. Namun terdapat catatan dalam al-Quran yang dengan tegas menyebutkan bahawa; Agama yang diredai Allah s.w.t. hanyalah Islam!

Gejala murtad begitu menjadi-jadi di kalangan teman-teman kita dan bangsa sendiri. Ia berpunca daripada susur-galur kefahaman agama suci ini yang tidak ada dalam diri; kesan daripada kejayaan dogma sekularisme Turki yang dibawa ke mari oleh Onn Jaafar. Kehidupan mereka yang rutin dan biasa; makan, tidur, berusaha untuk jaya, berkeluarga dan sekadar menunggu masa untuk mati, kemudiannya. Akhirnya, bangsa kita jadi begitu mudah menyanggah Allah s.w.t. ketika berada dalam kejahilan. Mereka menolak Tuhan yang hakiki lalu menerima konsep tuhan yang berbilang-bilang. Nauzubillah.



Persoalan ini pernah ditimbulkan oleh seorang doktor falsafah dalam bidang Sains Bioteknologi dari Amerika, Fidelma O’Leary dalam program 'Inside Mecca' terbitan National Geographic. Beliau bertanya, “Kalau benar Jesus itu tuhan kenapa dia mesti menyembah tuhan pula?” Akhirnya beliau memeluk Islam dan pergi menunaikan fardu haji di Mekah bersama-sama dengan dua juta umat yang lain. Di sana dia melihat sendiri keajaiban satu-satunya tempat ibadat di dunia yang tidak pernah pun ditutup kepada orang ramai.

Gejala murtad semakin menjalar dalam masyarakat Melayu sekarang. Asalnya mereka itu menjadi pelarian... pelarian jati diri dengan melupakan asal-usul. Mereka ingin jadi Melayu Baru. Jadi mereka berusaha agar segala-galanya mesti berbentuk baru, termasuk kepercayaan juga. Sedangkan pada hakikatnya bukan zat Allah s.w.t. itu yang tidak betul... tetapi diri mereka yang serba kekurangan! Kejahilan telah menjerumuskan mereka ke jurang tipu-daya syaitan dan pengaruh kebendaan. Mereka sendiri yang tidak faham akan hakikat kehidupan sebenar lalu mencipta kepalsuan.


Ia tidak ubah dengan perbuatan mereka yang membentuk batu dan tanah menjadi patung atau mengukirnya daripada kayu dengan tangan mereka. Apabila siap kemudian ditanam pula rasa takut dalam diri sendiri lalu menyembah patung itu semula. Dan paling parah mengikut kajian terbaru, cuma kira-kira 10% saja daripada orang Melayu Malaysia yang masih bersolat. Ini jelas menunjukkan 90% bakinya itu sekadar manusia yang menyerupai haiwan; haiwan berakal dengan kebiasaan rutin di atas tadi; makan, tidur, berusaha untuk jaya, berkeluarga (dan seks juga!) dan sekadar menunggu masa untuk mati - dan masuk neraka!

Jadi, dengan sebab itu saya suka mengajak kita semua agar menelusuri jalan tarikat dan tasauf. Pembinaan jiwa insan mesti dimulakan dari dalam. Di mana ruh iman di dalam itu mahu atau tidak kemudiannya akan memancar keluar lalu menjiwai seluruh tindakan dan perlakuan. Jadi, iman bukan sekadar ditepek-tepek macam kita menempek gambar di blog ini. Bukan.


oleh : Elias Hj Idris

Masalah Tariqat : Jalan Menjadi Wali?

Belum pun sempat manusia terkukur bercerita banyak, dia menerima panggilan telefon. Ada lori yang nak datang menghantar beras dari Kedah. Ia sudah pun sampai ke tol USJ5, tetapi tidak tahu nak menghala ke mana untuk pergi ke gudang Encik Aley? Lori yang datang dari jauh selalunya begitu. Tak tau jalan...

Mustafa mencapai telefon lalu menerangkan yang Encik Aley dan dia akan tunggu di tol Puchong. Mereka terus bangun sambil Mustafa meminta diri, sementara Kamal sejak tadi sudah berpindah meja - mendapatkan seorang bakal pelanggan. Dia sibuk menjual 'suppliment' untuk elakkan penyakit zaman sekarang.

Teman bawakan kisah seperti semalam kerana nak menunjukkan arah haluan yang dipilih oleh manusia seperti Encik Aley - yang gemar menceritakan kehebatan diri dalam merebut peluang niaga. Pokok penting baginya adalah wang, tanpa menitikberatkan soal cara; seperti kata Nabi bahawa manusia itu setelah mempunyai selembah emas, dia masih mahukan lembah emas yang ketiga. Dia tidakkan pernah cukup sehingga mulutnya dipenuhi dengan tanah. Para sahabat segera bertanya; "Apakah maksudnya itu, wahai Rasulullah?" Maka jawab baginda... 'mati!' Ini semua bertujuan untuk mengingatkan bahawa kita pun mungkin akan ikut tersasar jika tidak berhati-hati.


Setiap insan yang sedar diri akan sentiasa melihat dorongan-dorongan yang kuat dalam hatinya yang menggerak atau menarik minatnya menuju ke jalan Allah swt dan menuju ke jalan akhirat. Dia akan membelakangi dunia dan meninggalkan segala yang biasanya dikejar oleh manusia yang cenderung kepada hal kebendaan seperti Encik Aley tadi. Mereka hanya gemar mengumpul harta dan kekayaan, bersenang-senang menurut kehendak syahwat dan hawa nafsu, kemudian bermegah-megah dengan keindahan dan kemewahannya.

Dorongan tersebut merupakan rahsia ketuhanan yang dilimpahkan ke dalam batin seseorang hambaNya. Itulah yang dinamakan inayah Allah dan tanda-tanda petunjukNya. Biasanya, inayah serupa ini dilimpahkan ke dalam batin hambaNya ketika dalam keadaan menakutkan, atau menggembirakan, atau dengan mendatangkan perasaan rindu terhadap ZatNya, ataupun menerusi pertemuan dengan para wali Allah, atau ketika mendapat pandangan daripada mereka. Kadang-kadang dorongan itu datang tanpa ada sesuatu sebab yang pasti.

Namun bercita-cita untuk mendapatkan dorongan serupa itu memang dituntut dan digalakkan. Namun sekadar bercita-cita dan mengharap tanpa usaha tentu belum cukup; terkadang-kadang menampakkan kebodohan diri, sedangkan Nabi saw telah bersabda;

"Sesungguhnya Tuhan telah menyediakan berbagai-bagai kelimpahan pada setiap masa, maka hendaklah kamu menuntutnya."

Jadi sesiapa yang telah diberikan penghargaan oleh Allah swt dengan dorongan yang mulia itu, maka hendaklah dia meletakkan dirinya pada tempat yang sesuai. Dan hendaklah dia mengetahui bahawa kurniaan Allah swt itu adalah nikmat yang tertinggi di antara nikmat-nikmatNya yang lain; yang tidak dapat ditentukan darjat dan nilai kesyukuran atasnya.


Lantaran seseorang itu hendaklan memperlipatgandakan kesyukuran terhadap Allah swt atas nikmat besar yang dikurniakan itu. Dia saja yang dipilih dan diutamakan di antara sekian ramai orang lain yang setaraf, atau di kalangan rakan-rakan seperjuangan. Ia disebabkan, sudah berapa ramai insan yang sudah menjangkau usia 80an pun masih belum lagi dikurniakan dorongan serupa itu. Dan hatinya seakan-akan tidak pernah dipeluk oleh rahsia kebatinan ini.

oleh : Elias Hj Idris

Tanpa Ruh Jasad tidak Bermakna Apa-apa

Adalah jelas, tanpa masuknya ruh kepada jasmani bakal manusia (janin) dalam perut si ibu, maka ia tidak akan menjadi bayi yang bakal dapat lahir ke dunia pada saatnya. Ia akan mati di dalam perut itu. Kemudian apabila ia lahir saja ke dunia, apabila ruh itu keluar daripada sarangnya, maka manusia itu akan segera mati pada saat itu juga. Apabila ruh itu terpisah daripada jasadnya, maka manusia itu mati dan akan segera busuk dan hancur, kecuali orang yang dipelihara Allah (dari kalangan para syuhada).

Tanpa Ruh Jasad tidak Bermakna Apa-apa

Namun begitu, ruh tetap tidak akan rosak apa-apa. Ia tidak cedera malah ia semakin bertambah baik dan bercahaya-cahaya, sebab sudah tidak ada penghalang yang mengelilinginya. Bukankah sewaktu bermimpi, kita bergerak sebagai ruhani yang luar biasa jalannya - tersangat laju melebihi lajunya suara. Dari Kuala Lumpur ke Jeddah tak sampai sedetik lamanya.

Dan kita merasa ruh yang keluar berjalan-jalan itu seakan-akan ada bentuk dengan keadaan serta perasaan sewaktu hidup bersama dengan jasmani! Memang mimpi itu sebagai suatu penanda aras yang jika digunakan sebagai iktibar bakal membentuk iman yang paling baik buat diri kita.

Pada peringkat awal Rasulullah saw ditetapkan menjadi utusanNya, baginda diperintah menyampaikan kepada kerabat-kerabat yang paling hampir sekali. Baginda mengadakan kenduri tiga kali dan setiap kali selesai sahaja makan, baginda memperkenalkan diri dan memberitahu tugasnya kepada mereka - selangkah demi langkah. Semua hadirin mendengarkan dan tidak menolak, kecuali Abu Lahab yang membangkang dan terus membangkang.

Kemudian setelah kenduri tiga kali itu, Alah swt menurunkan surah al-Hijri: 94 yang memerintahkan baginda menyampaikan tugas dengan secara terbuka tanpa mempedulikan sekelian kaum musyrikin. Jadi, baginda naik ke bukit Safa lalu berseru pada suatu pagi, memanggil sekelian suku yang ada orang-orangnya di Mekah. Lama juga baginda berseru, dan setiap suku itu mengirimkan wakilnya ke sana.

"Muhammad orang kepercayaan, kalau tidak ada hal yang sangat penting dia tidak akan berseru sedemikian rupa," kata mereka. "Pergilah tengok apa yang terjadi?"

Demikian besarnya pengaruh Nabi Muhammad saw di kalangan orang-orang di Mekah. Cuma sejarah tidak menceritakan berapa lamakah baginda menunggu di situ sementara sekelian orang hadir. Sudah tentu ia memakan masa yang agak lama.

Kemudian setelah sekeliannya hadir, baginda lalu memberitahu tugasnya dengan kata baginda, "Seorang mata-mata tidak akan mengkhianati kaumnya sendiri. Apatah lagi saya. Ketahuilah bahawa saya adalah utusan Allah kepada tuan-tuan... bahawa tuan-tuan akan mati sebagaimana tuan-tuan tidur. Kemudian tuan-tuan akan dihidupkan sekali lagi seperti tuan-tuan bangun daripada tidur. Kemudian tuan-tuan akan dibalasi amal yang baik dengan balasan yang baik. Dan amal yang jahat dengan balasan sedemikian juga."


Kesemua hadirin mengerti akan ucapan itu sambil memikirkan. Abu Lahab sahaja yag terus membangkang.

"Ya Muhammad, apakah untuk ini saja maka kami dikumpulkan? Tabban laka(celakalah engkau!)," sumpah seranahnya.

Maka turunlah ayat al-Quran surah 'Tabbat' yang mengatakan celaka bagi Abu Lahab dan isterinya, yang telah menyalakan fitnah terhadap Nabi saw dan tidak cukup setakat itu lalu bertindak memasang ranjau duri di merata-rata jalan yang biasa dilalui Nabi saw. Bahawa kesemua harta dan ahli keluarga Abu Lahab tidak akan bermunafaat apa-apa pun pada hari kemudian.


oleh : Elias Hj Idris

Pencerahan Tentang Wahdatul-wujud

Ramai orang yang menuduh sesat fahaman wahdatul-wujud ini kerana kejahilan mereka dalam menyatakan bahawa, wahdatul-wujud menafikan ithnaniyat al-wujud(dua jenis kewujudan, iaitu kewujudan Allah s.w.t. yang qadim dan kewujudan makhluk yang bersifat baharu). 

Sebenarnya, wahdatul-wujud menurut kaum sufi tidak pernah menafikan dua jenis kewujudan, iaitu: wujud qadim (kewujudan Allah s.w.t.) dan wujud baharu, iaitu kewujudan makhluk [al-mumkinat]. Namun, wahdatul-wujud menegaskan bahawa, kewujudan makhluk yang baharu itu merupakan kesan yang terzahir daripada kewujudan Allah s.w.t. kerana wujud makhluk bukanlah dengan diri mereka dan bukan juga dari diri mereka sendiri. Namun, wujud makhluk yang terbatas dan baharu bukanlah wujud Allah s.w.t. yang qadim, cuma kewujudan mereka daripada kewujudan dan penciptaanNya. Kewujudan makhluk tidak mutlak, tidak mustaqil(terasing) dan makhluk tidak berdiri dengan diri mereka sendiri, sebaliknya bersandar kepada kekuasaan Allah s.w.t.. 

Hal ini samalah seperti kekuasaan makhluk, di mana kekuasaan makhluk yang terbatas daripada kekuasaan Allah s.w.t. juga, tetapi kekuasaan makhluk bukanlah seperti kekuasaan Allah s.w.t.. Begitulah sifat-sifat yang lain. 

Dua jenis kewujudan tidak pernah menafikan bahawa, wujud yang baharu itu pada hakikatnya daripada wujud Allah s.w.t. yang qadim, tetapi bukanlah wujud yang baharu itu, adalah wujud yang qadim secara zatnya. Kalau bukan daripada Allah s.w.t., maka daripada siapa pula wujud yang baharu itu? Mustahil daripada zat-zat makhluk itu sendiri kerana makhluk-makhluk tidak berdiri dengan diri mereka sendiri. 

Sesiapa yang tidak memahami perincian dalam masalah ini, pasti tidak dapat membezakan secara jelas, antara wahdatul-wujud yang batil, dengan kefahaman para sufi yang menafikan wujud hakiki terhadap selain Allah s.w.t. yang turut diberi nama sebagai wahdatul-wujud. 

Para ulama' Al-Asya'irah yang menyerang para sufi yang dikatakan sebagai pembawa wahdatul-wujud seperti Ibn Arabi dan sebagainya, menyamakan wahdatul-wujud golongan sufi yang sebenarnya suatu ungkapan terhadapwahdatus-syuhud semata-mata, dengan wahdatul-wujud falsafiyah yang dipelopori oleh ahli falsafah Yunani, padahal jika sesiapa yang mengambil mafhum sebenar tentang ungkapan-ungkapan para sufi berkenaan wahdatul-wujud daripada perkataan para sufi tersebut daripada para sufi juga, pasti memahami perbezaannya. 

Asas pada penyaksian kepada wahidiyatul-wujud bermula setelah seseorang itu menghayati tauhidul af'aal (iaitu semua perbuatan daripada perbuatan Allah s.w.t.) yang mana, hanya Allah s.w.t. yang Maha Esa dalam perbuatan-perbuatanNya, dan dalam memberi pengaruh kepada sekalian makhluk. (Inilah lingkungan ilmu tasauf yang saling melengkapi ilmu fiqh dan tauhid) 


  
Persoalan

Ada yang kata wahdatul-wujud ini sesat; ada yang kata tidak. Kalau benar ulama tersohor Al-Fansuri dan Ar-Raniri mengamal fahaman wahdatul-wujud, siapalah kita untuk mengatakan wahdatul-wujud sesat? 

Jawapan;

Kefahaman yang sebenar tentang wahdatul-wujud menurut kaum sufi yang benar adalah suatu kefahaman yang murni dan bertepatan dengan aqidah Islam iaitu, melihat seluruh wujud makhluk tidak wujud dengan diri mereka sendiri, tetapi wujud dengan Allah s.w.t. (dengan bantuan dan kekuasaanNya). 

Adapun orang-orang yang jahil yang cuba menyesatkan kaum sufi dalam masalah ini, sebenarnya tidak memahami wahdatul-wujud dengan maknanya yang sebenar menurut fahaman kaum sufi berkenaan. 

Begitu juga, golongan orang yang sesat dalam fahaman wahdatul-wujud denganmendakwa ketuhanan diri, mendakwa hulul dan ittihad, merupakan golongan yang tertolak di sisi kaum sufi itu. Kefahaman mereka bukanlah kefahaman kaum sufi terhadap wahdatul-wujud kerana kaum sufi memahami wahdatul-wujud dengan maksud wahdatus-syuhud, bukan dengan maksud hulul (Tuhan menempati makhluk) dan ittihad (Tuhan bergabung dengan makhluk). 

Golongan yang sesat ini juga akhirnya mendakwa sudah sampai kepada Allah s.w.t. dan mencapai darjat makrifat, lalu mendakwa bahawa dirinya sebagai tuhan, kerana tuhan wujud dalam setiap makhluk. Hasil daripada dakwaan itu, mereka mendakwa diri mereka tidak perlu melakukan syariat dan ketaatan kerana mereka adalah tuhan, atau tuhan sudah wujud dalam diri mereka. Ini suatu kesesatan yang nyata, yang diengkari sendiri oleh para sufi yang benar. 

Para ulama' sufi seperti Imam Ibn 'Arabi r.a., Imam Abdul Karim Al-Jili r.a., Sheikh Ibn Al-Faridhi r.a., Sheikh Ali ibn Wafa dan sebagainya, berlepas tangan daripada fahaman sesat ini, bahkan turut membantah kesesatan ini secara keras. 

Imam Ibn 'Arabi berkata dalam Al-Futuhat pada bab Al-Isra': 

"Sesiapa yang mendakwa akan hulul, bererti dia telah sesat. Ini kerana, orang yang berkata tentang hulul itu berpenyakit yang tidak dapat diubati. Sesiapa yang membezakan antara di antara diri kamu dengan diriNya, maka kamu telah menetapkan dirimu dan diriNya. Tidakkah kamu mendengar sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi: "Maka Aku jadi pendengarannya yang Dia mendengar dengannya". Dia menetapkan dirimu dengan menunjukkan dirimu dalam hadith tersebut. Sesiapa yang mendakwa ittihad merupakan orang yang athies, seperti yang mendakwa hulul juga, merupakan orang yang jahil dan melampau. Ini kerana dia menisbahkan hal yang mustahil. Sesiapa yang membezakan dirinya dengan Allah s.w.t., maka dialah yang benar." 

Malangnya ada pihak yang menuduh Imam Ibn A`rabi ini sesat dan kafir kerana tidak meletakkan makna wahdatul wujud itu kena pada juzuknya mengikut pandangan Ibn Arabi itu sendiri dan ahli sufi yang benar. Semua pendapat itu adalah rekaan, pengeliruan yang sesat dan tidak benar dari segi maknanya, rendah dari segi nilai falsafahnya, dan begitu asing dari suasana keIslaman, yang menggambarkan dari segi makna dan bentuknya hanya sengaja direka-reka.. 

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali r.a. sendiri berbicara tentang maksud wahdatul-wujud ini menjelaskan; 

"Setiap makhluk tiada berdiri dengan dirinya sendiri. Ia berdiri dengan selainnya (iaitu berdiri dengan kekuasaan Allah s.w.t.). Ia (makhluk) tersebut dari sudut dirinya sendiri adalah batil. Ini kerana, hakikatnya (hakikat makhluk) itu, dengan selainnya(iaitu dengan hakikat Allah s.w.t.), bukan dengan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, tiada yang hak (benar) pada hakikatnya melainkan Allah s.w.t. yang Maha Hidup lagi Maha Mentadbir, yang tiada menyerupai sesuatu. Dialah yang berdiri dengan diriNya sendiri, sedangkan selain daripadaNya, berdiri dengan kekuasaanNya. Maka, Dialah Al-Haq dan selain daripadaNya adalah batil (pada hakikatnya)." 
Imam Al-Ghazali r.a. berkata lagi tentang penyaksian wahdatul-wujud dalam pandangan para sufi (Al-Ihya' tajuk As-Syauq): 

"Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya, maka keadaannya akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah s.w.t.. Dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah s.w.t. (tidak fokus kepada yang lain-ini hal fana').Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata, tapi dengan penghayatan) bahawa tiada yang wujud kecuali Allah s.w.t.. (Dia mengetahui) perbuatan dirinya merupakan kesan daripada kekuasanNya, yang mana ianya wujud daripadaNya. Maka, tiada wujud bagi perbuatan-perbuatannya kalau tanpaNya. Sesungguhnya wujud itu milik Allah s.w.t. semata-mata, yang mana denganNyalah, sekalian makhluk itu wujud. Sesiapa yang dalam keadaan ini, tidak akan melihat satupun perbuatan, melainkan dia melihat Pembuatnya yang hakiki (iaitu Allah s.w.t.)…" 

Inilah kefahaman para penghulu sufi dan ahli tasawwuf yang benar, berkenaan dengan wahdatul-wujud. Siapakah yang berasakan dirinya lebih berilmu daripada Hujjatul-Islam Imam Al-Ghazali r.a. takkala berani menyesatkan kaum sufi hanya kerana tidak memahami maknanya dengan makna yang benar? 


Maksud dari kata "Aku adalah Allah" 

"Aku adalah Allah" jelas bagi sesiapa yang telah mengenali Allah dengan sebenar-benarnya, meyakini ketuhanan Allah, menyedari sebenar-benarnya maksud penghambaan terhadap Allah dan merasai ketuhanan Allah dalam diri dan kehidupan dirinya berada dalam tadbir dan takdir Allah. 

Bersih di dalam dirinya daripada  segala fitnah dunia, jelas pada akalnya kejadian alam dan kewujudan dirinya dan berusaha mencari Allah. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu menyampaikan kepada manusia sesuai dengan kadar kefahamannya". 

Daripada hadith ini kita dapati, di mana antara manhaj dakwah Rasulullah s.a.w. adalah dengan memerhatikan kepada siapakah Baginda s.a.w. ingin berinteraksi dan Baginda s.a.w. akan berinteraksi kepadanya sesuai dengan kadar akal dan kefahamannya. Jadi, kepada Rasulullah s.a.w. kita jadikan contoh dalam menyampaikan dakwah. 

Dalam ilmu tasawwuf ini, ada tiga jenis perbahasan; 

i) Asas-asas mengenal ilmu tasawwuf. 

Ia berkaitan dengan asas-asas pengenalan terhadap ilmu tasawwuf, maka ia merupakan suatu perbahasan dalam rangka memperkenalkan kepada orang tentang apa itu tasawwuf, kedudukan tasawwuf dalam Islam, sejarah perkembangan tasawwuf dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai Pengantar ilmu Tasawwuf. Ia perlu disebarkan secara umum kerana masyarakat Islam seluruhnya perlu mengetahui hakikat sebenar ilmu Tasawwuf Islami agar mereka tidak terkeliru dengan dakyah musuh-musuh Islam yang cuba menjatuhkan ilmu Tasawwuf Islami.

ii) Tasawwuf praktikal, atau amali.

Perbahasan kedua pula adalah ilmu berkaitan dengan ilmu-ilmu praktikal dalam tasawwuf seperti perbahasan tentang taubat, zuhud, ahwal, maqam dan sebagainya. Ia juga perlu diajarkan kepada umum sesuai dengan kefahaman orang yang sedang kita berbicara dengannya. Ia perlu disampaikan kepada umum kerana ia perlu diamalkan oleh seluruh umat Islam, terutama bagi mereka yang sudah mempunyai mursyid yang membimbing dalam perjalanan menuju Allah s.w.t..

iii) Ilmu-ilmu zauqi (yang dirasai oleh hati yang sudah mencapai muamalah dengan Allah s.w.t.) 

 Perbahasan ini ialah tentang zauq (perasaan-perasaan hati) yang merupakan natijah daripada seseorang yang sedang berjalan menuju Allah s.w.t. mahupun seseorang yang sudah sampai kepada perjalanan pada kebersamaan Allah s.w.t.. Maka, ia kalaupun dibincangkan kepada orang yang tidak sampai tahapnya, tanpa sebarang tujuan ilmiah atau tanpa sebarang kemaslahatan, maka ia boleh menyebabkan orang tersebut terfitnah samada kerana salah faham terhadap apa yang cuba disampaikan lalu sesat ataupun dia terus mendustainya sama sekali. 

Adapun masalah wahdatul-wujud, istilahnya sendiri bukanlah daripada kaum sufi, tetapi daripada kaum pengkritik golongan sufi yang tidak faham ungkapan-ungkapan zauqi Sheikhul Akbar Ibn Arabi dan sebagainya. Namun, penghayatan daripada ungkapan zauqi Sheikhul Akbar Ibn Arabi dan para wali Allah yang lain, maka itu juga termasuk dalam perbahasan jenis ketiga itu, yang mana sangat sedikit manfaatnya untuk dibincangkan kepada mereka yang bukan ahlinya. Keadaan ini sama sepertimana seorang guru matematik yang mengajar kanak-kanak di tadika tentang ilmu algebra. Memang benar, algebra adalah sebahagian daripada ilmu matematik, tetapi ia satu cabang ilmu yang tinggi jika dibandingkan dengan tahap kanak-kanak tadika tersebut. 

Apa yang paling penting, zauq (rasa) tersebut sebenarnya asasnya pada ilmu sifat 20. Ia merupakan terjemahan sifat 20 ke dalam kehidupan melalui proses zikir dan mujahadah. Apa yang penting adalah seseorang mendalami ilmu aqidah Islam, lalu mengambil mursyid yang kamil untuk membimbingnya menuju Allah dan insya Allah, Allah s.w.t akan membantunya untuk sampai kepadaNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More