Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, May 15, 2014

Xperia Z2 Terbaru– Telefon Kalis Air Dengan Sokongan Rakaman 4K Di Malaysia

Sony Mobile hari ini secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar mereka yang baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Xperia Z2. Seperti dikatakan sebelum ini, Xperia Z2 akan dijual pada harga RM2399 untuk pasaran Malaysia, yang mana turut hadir dengan sokongan LTE.
Sony Xperia Z2
Xperia Z2 telah diperkenalkan pada penghujung Februari yang lepas, dimana ia membawakan rekaan kalis air dan debu seperti beberapa peranti mereka sebelum ini, selain mana turut hadir dengan kamera 20.7-megapixel yang turut menyokong rakaman dalam bentuk 4K.
Xperia Z2 ini menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci, dilengkapi cip pemprosesan 2.3GHz empat-teras Snapdragon 801, memori sebanyak 3GB RAM dan bateri berkapasiti 3200mAh.
Pihak Sony melengkapkan ia dengan pelbagai fungsi tambahan, termasuk Battery Stamina Mode, sokongan rakaman interaktif, kebolehan dwi-tap untuk mengaktifkan skrin, serta pelbagai kandungan tambahan khusus untuk pengguna Xperia Z2.
Untuk pengguna tempatan, pihak Sony menawarkan promosi khas untuk waktu yang terhad, dimana pengguna yang membeli Xperia Z2 turut akan menerima Magnetic Charging Dock DK36 dan juga Xperia Transfer Cable. Disamping itu, pelbagai kandugan menarik juga turut akan ditawarkan kepada pengguna tempatan, termasuk beberapa lagu eksklusif melaluinya.
Di Malaysia, Xperia Z2 akan ditawarkan pada harga RM2399, dan hadir dalam pilihan warna hitam, putih dan juga ungu.


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More