Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, May 3, 2014

Tarikh 1 Rejab 2014 Di Malaysia Mengikut Kalendar Islam

Tarikh 1 Rejab 2014 di Malaysia mengikut kalendar Islam. Menerusi takwim hijriah islam, awal bulan rejab iaitu 1 Rejab 1435H adalah bersamaan dengan 1 Mei 2014. Bulan rejab akan menyusul selepas sahaja waktu magrib  pada 30 April 2014. Untuk info, rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Bulan Rejab antara bulan yang suci dan dijadikan bulan untuk umat islam membuat persiapan sebelum menjelangnya puasa di bulan Ramadhan.

Takwim Islam 2014 Bagi Malaysia
1 Rejab 1435H bersamaan dengan 1 Mei 2014

takwim

Doa Di Bulan Rejab
http://2.bp.blogspot.com/-aBKf5DADl3I/UY3KPkwm8qI/AAAAAAAAC9w/XB1kpv7DkxA/s1600/doa+rejab.jpg

Hadis Palsu Kelebihan Bulan Rejab
Berikut adalah beberapa hadis mengenai kelebihan bulan rejab yang disahkan palsu oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam JAKIM.

hadis-palsu-3
hadis palsu 2

Penjelasan Kelebihan Bulan Rejab
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan. Mana yang tilawah masih agak kurang lancar, perlu berlatih dari sekarang agar dapat khatam seberapa banyak yang boleh di bulan Ramadhan nanti. Bagi kaum wanita yang ingin menggantikan puasa yang terdahulu, boleh berpuasa di bulan rejab. Bagi yang jarang berpuasa, boleh mula berpuasa sunat untuk melatih diri sebelum tiba puasa penuh Ramadhan. Puasa sunat boleh dijadikan sebagai persediaan umat islam untuk menempuh bulan ramadhan yang akan datang.

Antara Amalan Di Sepanjang Bulan Rejab
  •     Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun,
  •     Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  •     Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  •     Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  •     Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  •     Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More