Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, April 4, 2014

Cara Dan Syarat Permohonan Universiti Mesir Jordan Maghribi Sesi 2014/ 2015

Permohonan Universiti Mesir, Jordan, Maghribi sesi 2014/ 2015 bagi lepasan SPM. Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, anda kini boleh mengemukakan permohonan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di negara timur tengah dibawah selia KPM. Bagaimanapun, kos pengajian dan sara hidup adalah ditanggung oleh pelajar sendiri.

mesir

Borang Permohonan Universiti Timur Tengah 2014/ 2015

Nota: Sebelum mengemukakan permohonan, sila layari Panduan Permohonan Universiti Timur Tengah

Senarai Program Universiti Timur Tengah
Syarat Kelayakan Mesir

Perubatan, Pergigian & Farmasi
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred B dalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Pengajian Islam
  • Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan DAN Lulus Imtihan Qabul
    (IQ).
Pengajian Qiraat
  • Mempunyai Diploma Qiraat daripada Darul Quran, JAKIM dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan.
Syarat Kelayakan Jordan

Perubatan & Pergigian
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM DAN Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi di peringkat SPM.
Pengajian Islam
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM DAN Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Bahasa Arab Tinggi dan subjek yang berkaitan Pengajian Islam di peringkat SPM.
Syarat Kelayakan Maghribi
Pengajian Islam
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (tahun semasa) dengan memperoleh gred B dalam subjek berkaitan Pengajian Islam. SPM bukan tahun semasa tidak akan diterima dan pemilihan adalah berdasarkan sistem meritokrasi.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More