Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 5, 2014

Ultras Malaya Boh Layan FAM

PEMINAT bola sepak yang menggelar diri mereka Ultras Malaya menyalakan suar dan membakar mercun ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Kumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka Ultras Malaya enggan mengadakan sebarang perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kekacauan yang ditimbulkan mereka semasa perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Filipina di Stadium Selayang pada Sabtu lalu.

Jurucakapnya yang enggan dikenali berkata, ia sudah terlambat untuk membincangkan sebarang perkara antara kedua-dua pihak.

"Dulu kami pernah guna saluran yang betul untuk menyampaikan ketidakpuasan hati kami terhadap FAM, tetapi ia tidak diendahkan. Jadi sekarang kita tunggu dan lihat sahaja," katanya kepada Bernama.
Beliau diminta mengulas mengenai hasrat FAM untuk mencari penyelesaian terbaik bagi meredakan ketegangan membabitkan kumpulan itu yang bertindak membakar suar dan mercun ketika perlawanan persahabatn tersebut sehingga menyebabkan permainan terpaksa dihentikan lapan minit.

Jurucakap itu berkata, pihaknya mahu menyampaikan mesej kepada FAM dan berharap ia berubah demi masa depan bola sepak tanah air. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More