Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 19, 2014

TERBARU MH370 : Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang 19 Mac 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada rabu 19 Mac 2014. Misi pencarian MH370 kini sudah memasuki hari ke-12. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih lagi difokuskan antara dua koridor iaitu utara dan selatan.
 
hari-12
 
Saksi Dakwa MH370 Terbang Rendah Di Maldives
Pihak berkuasa Maldives mula menyiasat dakwaan penduduk di sebuah pulau terpencil di republik itu yang dilaporkan melihat sebuah “pesawat terbang rendah” pada pagi hari yang sama pesawat milik Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang. saksi memberitahu mereka nampak sebuah pesawat berwarna putih dengan jalur merah, warna badan pesawat Malaysia Airlines terbang menuju ke arah selatan Maldives. Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 6.15 pagi pada 8 Mac lalu.
 
terbang-rendah
 
Radar Tentera Maldives Tidak Kesan Pesawat MH370
Angkatan Tentera Maldives (MNDF) memaklumkan radarnya tidak mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu yang didakwa dilihat oleh sebahagian penduduk di sebuah pulau terpencil di republik itu. Radar di lapangan terbang di Maldives juga tidak mendapati sebarang isyarat mengenai kapal terbang yang hilang, yang didakwa dilihat terbang rendah oleh penduduk Maldives di Kudahuvadhoo pada pukul 6.15 pagi, 8 Mac.
 
mal
 
Kawasan Carian Diperluas Di Dua Koridor
Operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 mencapai satu dimensi antarabangsa yang baru meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi yang dipanggil sebagai Koridor Selatan dan Utara. Operasi mencari pesawat itu yang disertai pelbagai negara setakat ini, masih belum berhasil. Di koridor Selatan, Australia dan Indonesia mengetuai pencarian di bahagian masing-masing manakala di Koridor Utara, China dan Kazakhstan bersetuju untuk mengetuai pencarian di kawasan paling hampir dengan negara mereka.
 
koridor
 
Tentera Thailand Dedah Kesan Pesawat MH370 Dalam Radar
Tentera Thailand memaklumkan radarnya mengesan sebuah pesawat yang dipercayai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang beberapa minit selepas komunikasi pesawat itu terputus sejak 8 Mac lalu. Namun memaklumkan maklumat itu tidak didedahkan sejak awal, kerana tiada permohonan rasmi dari Malaysia. Maklumat itu adalah sama dengan yang dikesan radar Malaysia. Data juga menunjukkan pesawat berpatah balik dan dikesan di utara Kuala Lumpur sebelum menuju ke Butterworth dan kemudian hilang.
 
http://2.bp.blogspot.com/-GM8DonF8j2o/UyjgLvzPR7I/AAAAAAAA7ZU/njV0eN8j46w/s1600/1521610_10202820350093547_492404907_n.jpg
 
Paparan Utama Dada Akhbar Tempatan 19 Mac 2014
persoalan kehilangan mh370
 
Hasil Siasatan Simulator Milik Kapten MH370 Akan Didedahkan
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan pendedahan hasil siasatan simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat. Hishammuddin berkata pendedahan mengenai hasil siasatan berhubung simulator yang diambil di rumah juruterbang pesawat MH370 itu akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri. Setakat ini, pihak berkuasa menemui landasan lapangan terbang Diego Garcia, landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter dalam simulator penerbangan Kapten Zaharie.
 
simulator
 
Keluarga Penumpang Warga China Mengamuk Di Bilik Sidang Media
Bilik sidang akhbar hari ini (5.30 petang) digemparkan dengan kehadiran keluarga penumpang dari China yang bertutur bahasa Cina dalam keadaan emosi di Hotel Sama-Sama. Mereka yang tiba kira-kira pada pukul 4.45 petang itu membuka sepanduk bertulisan bahasa Cina sambil menangis meraung-raung juga dalam bahasa Cina. Kehadiran mereka mencuri tumpuan media asing dan tempatan yang telah bersedia untuk menunggu sidang akhbar oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dijadual pada pukul 5.30 petang. Menurut wartawan dari China, kumpulan tersebut kesal dengan tindakan kerajaan Malaysia yang lambat mendedahkan maklumat berkaitan MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.
 
keluarga mengamuk
 
mengamuk
 
Sidang Media Rasmi Pesawat MH370 19 Mac 2014
Pada sidang media 5.30 petang 19 Mac 2014, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein menafikan dakwaan pesawat MH370 terbang rendah seperti yang didakwa penduduk di Maldives. Radar tentera Maldives turut tidak mengesan pesawat MH370. Mengenai siasatan terhadap simulator milik Kapten Zaharie, Kebanyakan maklumat di dalam simulator pesawat milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini dalam proses siasatan polis telah dipadamkan sebelum beliau menerbangkan pesawat MH370 ke Beijing 8 Mac lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walau bagaimanapun pihak polis menggunakan kaedah forensik untuk mendapatkan semula segala maklumat serta data yang telah dipadam itu. Apa yang dilakukan oleh pihak polis bukan untuk menuduh Kapten Zaharie atau memberi tekanan kepada keluarga pihaknya melakukan siasatan paling terperinci berdasarkan beberapa kemungkinan. Semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 masih disiasat tetapi mereka kekal sebagai tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
 
sidang
 
sama

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More