Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 13, 2014

Terbaru MH370 : Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang 13 Mac 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada khamis 13 Mac 2014. Misi pencarian MH370 sudah pun memasuki hari ke enam manakala operasi cari dan menyelamat pesawat tersebut masih lagi diteruskan. Setakat ini, sebarang petanda mengenai kedudukan terkini pesawat MH370 yang hilang masih lagi gagal dikesan.

hari-6

Mayat Ditemui Di Selat Melaka Bukan Penumpang MH370
Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu. Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara. Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.

Misi Pencarian Hari Ke 6 Masih Lagi Diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan pada hari ke enam (13 Mac 2014). Operasi pencarian kini diperluaskan sehingga 27,000 batu nautika melibatkan perairan Laut China Selatan (14,440 batu nautika) dan Selat Melaka (12,425 batu nautika).  Sebanyak 12 negara turut terbabit dalam operasi tersebut dan yang terbaharu melibatkan penyertaan India, Jepun dan Brunei.

Tiada Sebarang Petunjuk MH370
MAS

Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370. sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS. Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.

Objek Rakit Bukan Milik Pesawat MH370
mh370

MAS Fokus Jaga Kebajikan Keluarga Penumpang
Fokus utama Malaysia Airlines (MAS) kini ialah menjaga kebajikan keluarga penumpang dan kru penerbangan MH370 dengan menyediakan maklumat terkini, kemudahan pengangkutan, tempat penginapan, makanan, perubatan dan sokongan moral kepada mereka. MAS dalam kenyataan hari ini, berkata  sebanyak 115 keluarga berada di ibu negara dan keperluan mereka dijaga oleh 72 pembantu selain penterjemah bagi keluarga dari China.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More