Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 5, 2014

Ramdan Misbun mara ke pusingan pertama All England

Pemain perseorangan lelaki negara, Misbun Ramdan Misbun mara ke pusingan pertama Kejohanan All England 2014 di National Indoor Arena, Birmingham, England.


Pada perlawanan penentuan pusingan kelayakan yang berlangsung awal pagi tadi waktu tempatan, Misbun Ramdan kalah pada set pertama 18-21 kepada Ville Lang dari Finland namun bangkit pada set kedua untuk menang 21-11.

Beliau seterusnya mendapat kemenangan mudah pada set ketiga apabila Ville menarik diri daripada perlawanan ketika kedudukan 16-3, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.
Terdahulu pemain berusia 23 ini cemerlang dengan melepasi pusingan pertama kelayakan untuk mengenepikan Dane Joachim Persson dari Denmark, 21-16, 18-21 dan 21-8.

Misbun Ramdan yang dilatih bapanya, Datuk Misbun Sidek akan bertemu Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan pertama hari ini.

Bagaimanapun dua lagi wakil negara, Liew Daren dan Zulfadli Zulkiffli masing-masing terkandas pada pusingan pertama kelayakan.

Daren mudah diketepikan Nan Wei dari Hong Kong dengan straight set 8-21 dan 21-23 manakala Zulfadli kalah kepada Lee Dong Keun dari Korea Selatan dengan 12-21 dan 19-21. - BERNAMA


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More