Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 19, 2014

Rahsia Manhaj Tarikat Yang Sempurna

 
Manhaj tarikat yang sempurna mengandungi tiga ciri yang utama:
Pertama: Guru yang kamil dan pernah mengambil tarbiah dari seorang guru yang juga pernah mengambil tarbiah dari gurunya sebelum ini dan seterusnya sehingga bersambung silsilah tarbiah tersebut kepada Rasulullah s.a.w. melalui para sahabat, para tabi’in, tabi’tabi’en dan para ulama’ yang amilin yang seterusnya.

Kedua: Murid yang jujur untuk sampai kepada ALLAH s.w.t. dengan mengamalkan syariat Islam, dan mengabdi diri kepada ALLAH s.w.t. dengan hakikat pengabdian seorang hamba.

Ketiga: Manhaj tarbiah yang bersandarkan Al-Qur’an, As-Sunnah, Ijma’, Qiyas dan pelbagai lagi sumber hukum yang ada dalam Islam. Manhaj tersebut perlulah selari dengan roh ajaran Islam dan prinsip-prinsipnya.

Adapun sesiapa yang cenderung untuk menolak tasawuf dan tarikat kerana pernah menceburi tarikat yang menyeleweng, terlebih dahulu ucapan takziyah buat mereka. Seterusnya, nasihat penulis, jujurlah untuk kembali kepada ALLAH s.w.t., dan mintalah hidayah dari-Nya, di samping janganlah menyalahkan dan menuduh sesat ke atas seluruh golongan sufi dengan kesalahan sebahagian dari mereka.

Bagi mereka yang tidak mahu mengambil tarikat sufiyah kerana yakin boleh mengubati diri sendiri tanpa mursyid yang kamil lagi berpengalaman, kerana cukup baginya merujuk kepada dua kitab iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan kefahaman sendiri, doa kami semoga ALLAH s.w.t. membantu anda.

Nasihat penulis kepada mereka: Janganlah menyalahkan dan menuduh sesat ke atas seluruh golongan sufi dengan kesalahan sebahagian dari mereka, janganlah menyalahkan orang yang mengambil tarikat sufiyah kerana tidak mampu mengubati diri sendiri seperti anda dan ingatlah bahawa, tarikat sufiyah yang muktabar juga merupakan hasil kefahaman para ulama’ sufi dari Al-Qur’an dan As-Sunnah juga. Oleh itu, janganlah bersikap jumud dan sewenang-wenangnya menuduh mereka pelaku bid’ah dan sebagainya selagimana mereka mempunyai sandarannya dari nas-nas Islam.

Renungan buat mereka yang tidak mengambil tarikat dan mendakwa boleh memperbaiki diri sendiri dengan diri sendiri. Apa yang penting, renungilah diri sendiri. Jawablah secara jujur kepada diri sendiri. Adakah diri kita sudah bersih dari sifat-mazmumah? Dapatkah kita ikhlas dalam segenap ibadah kita dengan kaedah penyucian diri sendiri? Dengan tarbiah diri sendiri yang tiada pengalaman, dapatkah kita membuang sifat-sifat riya’, ujub dalam diri sendiri yang tersembunyi? Untuk ujian yang mudah, cuba nilai, kekhusuyukkan kita dalam solat.


Adakah bermula solat kita, sehingga selesai solat, 100% kita hudur (menghadirkan diri) dengan mengingati ALLAH s.w.t., atau dalam masa solat juga, kita teringat perkara-perkara lain selain dari ALLAH s.w.t.. Kalau kita mampu, teruskanlah usaha untuk mendidik diri sendiri dengan kefahaman diri sendiri terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah. Kalau tidak mampu, terpulanglah kepada anda untuk terus memperbaiki diri sendiri dengan diri sendiri tanpa bantuan mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut, atau memudahkan cara dengan mencari mereka yang pakar dalam masalah tersebut.

Ingatlah dua perkara. Pertama, sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “ulama’a pewaris para nabi”. Mereka bukan setakat mewarisi ilmu sahaja, bahkan mewarisi tarbiah Rasulullah s.a.w. dengan Al-Bashirah (pandangan mata hati) dan Al-Khibrah (pengalaman). Kedua, ingatlah bahawa, masih terdapat lagi mursyid-mursyid sunni yang berpegang dengan dustur Islam, cuma barangkali anda belum menemuinya.

Kita tidak mengkritik mereka yang ingin memperbaiki diri sendiri tanpa mursyid, dan hanya merujuk kepada kefahaman mereka terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah, bahkan kita turut mendoakan kejayaan mereka dan membantu mereka untuk tujuan kebaikan dan taqwa. Namun, kita cadangkan, jika mereka dapati, jalan memperbaiki diri sendiri adalah terlalu sukar, mengapa tidak mengikut contoh Imam Al-Ghazali r.a. dan sebagainya yang mencari mursyid yang berpengalaman dalam masalah tarbiah?

Percayalah bahawa, rahmat ALLAH s.w.t. itu luas. Maka, sepertimana di zaman Imam Al-Ghazali, ada mursyid yang muhaqqiq, seperti itu juga, di zaman ini dan seterusnya, ada dan akan terus ada mursyid yang muhaqqiq. Inilah rahmat ALLAH s.w.t. yang tiada bersempadan kepada umat Islam.

Sedangkan doktor pakar sakit jantung sendiri, bila sakit jantung, pergi berubat kepada doktor sakit jantung yang lain…maka fahamilah…

Semoga ALLAH s.w.t. membantu kita dalam menuju keredhaan-Nya…Amin…

Wallahu a’lam…

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More