Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 19, 2014

Identiti Nama Pelajar Hilang Ditemui Mati Di Gunung Bubu

Identiti nama kes dua pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar hilang ditemui mati di Gunung Bubu, Perak. Dua daripada empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang sejak 16 Mac 2014 ketika mendaki Gunung Bubu di Ulu Kenas ditemui mati pada 18 Mac 2014. Manakala selebihnya ditemui dalam keadaan selamat. Mayat Adam Asyraf Azuaan dan Mohd. Amir Asyraf ditemui di dalam sebatang sungai di gunung berkenaan pada pukul 3.20 petang. Manakala Muhammad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fitri dijumpai dalam keadaan selamat pada pukul 9 pagi di persisiran Sungai Gading.
 
pelajar
 
Identiti Pelajar Hilang Ditemui Mati Di Gunung Bubu
1. Adam Asyraf Azuaan, 17 Tahun: Meninggal Dunia
2. Mohd. Amir Asyraf, 17 Tahun: Meninggal Dunia
3. Muhammad Putera Rafi ,17 Tahun: Dijumpai Selamat
4. Siti Azimah Mohd Fitri, 17 Tahun: Dijumpai Selamat
 
Kronologi Kehilangan 4 Pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar Di Gunung Bubu
  • 16 Mac 2014: 4 Pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Kuala Kangsar dilaporkan hilang pada Ahad ketika mendaki gunung Bubu. Mereka merupakan sebahagian daripada 25 pelajar tingkatan lima kolej itu yang mengikuti program perkhemahan tiga hari dua malam di gunung berkenaan, diiringi enam guru. Guru pengiring membuat laporan mengenai kehilangan tersebut setelah menyedari mangsa tidak dapat dikesan sejak pukul 2.30 petang.
  • 17 Mac 2014: Gerakan operasi mencari dan menyelamat 4 pelajar yang hilang dilakukan pada Isnin 17 Mac 2014.
  • 18 Mac 2014: Dua pelajar ditemui dalam keadaan selamat manakala dua lagi ditemui mati pada selasa 18 Mac 2014.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More