Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, March 31, 2014

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABIUL AKHIR

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABI'UL AKHIR.
Rabiul Akhir (ربيع الآخر) atau adalah merupakan bulan Islam yang ke-4. Rabiul Akhir dikenali juga dengan nama ‘Rabiul Thani’ (ربيع الثاني) yang membawa musim bunga yang kedua iaitu waktu ini tumbuhan dan tanaman telah sampai ke penghujung dan kemuncak mengeluarkan bunga. Namun ianya hanyalah sekadar nama dan tidak lagi dikaitkan dengan keadaan dan musim bunga yang sebenar.

Dalam catatan sejarah banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rabiul Akhir,  di antaranya adalah:-
 .
1. Pada bulan ini, Allah سبحانه وتعالى telah menurunkan kepada Nabi Muhammad  surah Al-Hasyar yang bermaksud pengusiran.

2. Berlakunya cubaan membunuh Nabi Muhammad  oleh kaum Yahudi Bani An Nadhir menggunakan seketul batu besar.

3.  Rasulullah  menghantar perutusan kepada kaum Yahudi Bani An Nadhir supaya keluar dari Madinah kerana mengingkari perjanjian damai bersama baginda.

3. Pengusiran ke atas kaum Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah kerana kezaliman yang dilakukan mereka pada tahun 3 Hijrah, sehingga terjadinya Peperangan Najran.

4.  Terdapat beberapa peperangan lain yang dicatat berlaku di bulan Rabiul Akhir di antaranya adalah Peperangan Al-Ghabah atau Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.

5. Peperangan Al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan Nabi 
 bagi memburu ‘Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madianah. Tentera Islam dapat mengejar mereka dan membunuh 4 orang daripada mereka manakala yang lain dapat melarikan diri dan meninggalkan binatang ternakan yang telah dirampas tadi.

6. Perutusan ‘Ukkashah bin Mihsan ke Al Ghamar disertai oleh 40 orang tentera Islam. Tujuannya bagi menyerang kabilah Bani Asad tetapi apabila tentera Islam sampai ke perkampongan mereka di sebuah oaisis, mereka dapati tiada berpenghuni, cuma ada beberapa binatang ternakan dan 200 ekor unta lalu ‘Ukkasyah dan tentera Islam membawanya pulang ke Madinah. 

7. Pengepungan Kota Damsyik  (Syam) selama 70 malam diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a pada tahun 14 Hijrah (635 Masihi) di zaman Pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang akhirnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

8. Saidina Abu Bakar As-Siddiq wafat pada pada tahun 634 Masihi selepas 2 tahun menjadi khalifah. Berikutan itu Sayidina Umar Al-Khattab r.a telah di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

9. Tahun fitnah di mana Sayidina Aisyah r.a telah terheret dalam kancah peperangan di antara pasukan Khalifah Ali ibn Abi Talib (sepupu dan menantu dari Nabi Muhammad ) menentang Bani Umaiyyah. Peperangan Jamal atau perang unta adalah perang yang terjadi di Basra, Iraq pada tahun 656 masehi.

10. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid di antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

11. Imam Ghazali atau Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad  Ahmad, seorang ulamak terkemuka telah meninggal dunia pada bulan Rabiul Akhir tahun 505 H (1111M). Karya – karya tulis Imam Al-Ghazali meliputi berbagai bidang keislaman, Kalam, Fiqh, Filsafat, Tasawuf dan lain lainnya yang berbentuk buku maupun risalah.

12. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiul Akhir adalah tarikh Israk dan Mikraj Rasulullah (tarikh difardukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diwartakan di Malaysia ialah pada 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah .
.
Allahسبحانه وتعالى  berfirman :
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّـهَ شَيْئًاۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٤﴾

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir murtad)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).” (Surah Ali ‘Imran, Ayat 144)

.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
  1. Keistimewaan Dan Amalan Bulan Rabiul Akhir  (Klik Di Sini)
  2. Peristiwa Penting Di Bulan Rabiul Awal  (Klik Di Sini)
.
.

Surah Al-Hasyr: Kisah Pengusiran Kaum Yahudi Bani Nadhir

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IMG_2330.
Allah سبحانه وتعالى telah menurunkan Surah Al-Hasyr yang bermaksud pengusiran. Pengusiran ke atas kaum Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah pada ke tahun 4 Hijrah, selepas cubaan mereka membunuh Nabi Muhammad  menggunakan seketul batu besar. Rasulullah  menghantar perutusan kepada mereka supaya keluar dari Madinah kerana mengingkari perjanjian damai bersama Baginda .

Dalam surah Al-Hasyr tersebut, Allah سبحانه وتعالى telah berfirman:

هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِن دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِۚ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُواۖ وَظَنُّوا أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّـهِ فَأَتَاهُمُ اللَّـهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُواۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ ﴿٢﴾ وَلَوْلَا أَن كَتَبَ اللَّـهُ عَلَيْهِمُ الْجَلَاءَ لَعَذَّبَهُمْ فِي الدُّنْيَاۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابُ النَّارِ ﴿٣﴾
“Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Ia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka juga akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.” (Surah Al-Hasyr, Ayat 2-3)
.
Peristiwa pengusiran Yahudi Bani Nadhir dari kota Madinah berlaku selepas mereka cuba membunuh Rasulullah . Yahudi yang terkenal dengan sikap penakut telah mengadakan hubungan sulit dengan orang munafiq dan musyrikin dalam merancang pakatan jahat untuk berhadapan dengan umat Islam. Mereka sebenarnya tidak berani berperang secara berdepan terutamanya selepas tindakan yang dikenakan oleh Rasulullah  ke atas Yahudi Bani Qainuqa’ dan Ka’ab bin Asyraf.
.
.

Rancangan Keji Bani Nadhir Terhadap Rasulullah


Kisahnya yang penuh pengajaran sehingga kehari ini, bermula apabila Rasulullah  pergi ke perkampungan kaum Yahudi Bani An Nadhir untuk meminta supaya membayar diat berhubung dengan ‘Ammar bin Umaiyah ad-Dhamri yang telah membunuh 2 orang dari kabilah Bani Kilab di mana mereka sebagai rakyat dalam negara Islam yang telah berjanji untuk memberi sumbangan sekiranya berlaku perkara seperti itu.

Nabi Muhammd  pergi ke kampung tersebut bersama dengan beberapa orang sahabat. Setelah diberitahu tujuan kedatangannya maka Bani Nadhir menyatakan kesanggupan mereka untuk menunaikan janji dalam penebusan bayaran itu dan meminta Baginda  supaya duduk menunggu di tepi sebuah rumah dalam kampung itu bersama-sama dengan Sayyidina Abu Bakar dan para sahabat yang lain.

Tiba-tiba orang yahudi itu telah membuat pakatan jahat untuk melakukan pembunuhan ke atas Nabi Muhammd . Huyai bin Akhtab seorang pembesar mereka telah mengarahkan supaya dicampakkan seketul batu besar ke atas Muhammd  dari bahagian atas rumah yang ketika itu Baginda  sedang berehat di bawahnya.

Seorang yang bernama ‘Amru bin Jahsy sanggup melakukan kerja itu walaupun salah seorang daripada kalangan mereka telah menegahnya iaitu Salam bin Misykam di mana dia telah memberi amaran dengan katanya : “Jangan lakukan perkara ini, dia (Rasulullah ) akan diberitahu dan kerja ini adalah melanggar perjanjian di antara kita dan dia.” Tetapi nasihat itu tidak diendahkan oleh mereka.

Malaikat Jibril telah diperintahkan oleh Allah سبحانه وتعالى supaya memberitahu kepada nabiNya tentang perancangan jahat itu. Setelah mendapat berita tersebut lalu Rasulullah terus bangun lalu terus keluar dari tempat tersebut dan pulang dengan segera ke Kota Madinah. Para sahabat yang masih tidak tahu perkara sebenarnya turut mengikuti Baginda   pulang ke Madinah di mana setelah tiba di sana lalu mereka bertanya perkara yang sebenarnya yang menyebabkan Baginda  pulang secara tergesa-gesa ke Kota Madinah sedangkan urusan mereka belum selesai. Rasulullah  terus menjelaskan kepada para sahabat tentang perancangan jahat Yahudi Bani Nadhir yang ingin membunuhnya dengan menggugurkan  batu dari atas rumah ke atasnya.

Baginda  kemudian menghantar Muhammad bin Maslamah sebagai utusan untuk memberitahu Bani Nadhir bahawa mereka tidak dibenarkan lagi tinggal di Madinah kerana mereka telah melanggari perjanjian damai bersama Nabi Muhammd .

“Keluarlah dari negara kami. Jangan kamu tinggal di sini selama kamu membelot kami.”


Melalui perutusan Muhammad bin Maslamah, mereka diberi tempoh selama 10 hari untuk meninggalkan Madinah di mana jika mereka gagal berbuat demikian maka hukumannya ialah pancung kepala. Tiada lagi jalan lain untuk mereka berdalih dan melepaskan diri lalu mereka pun membuat persediaan untuk meninggalkan Madinah. Tiba-tiba pemimpjn munafiq Abdullah bin Ubai menasihatkan mereka supaya jangan keluar dari Madinah dan mereka hendaklah bertahan dan menentang habis-habisan di mana kaum munafiq mempunyai 2 ribu orang yang akan bersama Yahudi Bani Nadhir dalam kota bagi menentang Rasulullah . Abdullah bin Ubai memberi jaminan bahawa kaum munafiq bersedia untuk mati bersama-sama Yahudi Bani Nadhir.

Allah telah merakamkan pakatan ini dalam ayat 11 surah al-Hasyr :
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِن قُوتِلْتُمْ لَنَنصُرَنَّكُمْ وَاللَّـهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ﴿١١﴾  .
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang munafiq yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli kitab : “Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama-sama kamu dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada sesiapa pun untuk menyusahkan kamu dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantu kamu. Sesungguhnya Allah menyaksikan bahawa mereka merupakan kaum yang berdusta.”

Perangsang dan jaminan yang diberi oleh Abdullah bin Ubai menyebabkan orang-orang Yahudi itu naik semangat terutamanya pemimpin mereka Huyai bin Akhtab. Mereka mengambil keputusan menghantar utusan kepada Rasulullah  dengan katanya : “Kami tidak akan keluar dari rumah-rumah kami, lakukanlah apa yang kamu mahu.”

Keadaan semakin tegang, Rasulullah  bertakbir diikuti oleh para sahabat yang lain. Semangat untuk berperang sedang marak membara terutamanya mereka mengetahui tentang perancangan jahat Yahudi yang ingin membunuh nabi yang disayangi dan dikasihi.

Bala  tentera Islam dikerah untuk bertindak ke atas Bani Nadhir di mana kampung mereka mesti diserang. Rasulullah  menugaskan Ibn Maktum untuk menjadi imam di masjid Madinah. Sayyidina Ali pula ditugaskan sebagai pembawa bendera dalam bala tentera Islam. Memang menjadi kebiasaan yahudi yang pengecut dan tidak berani bertempur secara berdepan di medan di mana mereka berkubu dalam kota dengan melontar batu dan panah serta berlindung di sebalik pokok-pokok tamar dan kebun-kebun mereka. Mereka telah memusnahkan kesemua rumah mereka semasa kepungan itu.  Rasulullah  telah memerintah tentera Islam supaya kebun dan pokok tamar yang menjadi penghalang serangan agar ditebang dan dibakar sebagai tekanan atas kedegilan kaum Yahudi tersebut.

Bersempena dengan arahan ini Allah berfirman dalam ayat 5 surah al-Hasyr :
مَا قَطَعْتُم مِّن لِّينَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَىٰ أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّـهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِينَ ﴿٥﴾ “Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon-pohon kurma milik orang-orang kafir itu atau yang kamu biarkan berdiri di atas pokoknya maka semuanya itu adalah dengan izin Allah dan kerana dia hendak membiarkan kehinaan kepada orang-orang yang fasiq.”
           
Ketika mereka diserang dan dikepung oleh tentera Islam, rakan-rakan mereka dari kalangan Yahudi yang lain mengambil sikap tidak peduli begitu juga dengan Abdullah bin Ubai serta pengikutnya yang didakwa berjumlah 2 ribu orang di samping qabilah bani Ghatfan yang menjadi sekutu mereka tidak memberi apa-apa bentuk bantuan. Nabi Muhammd  beserta para sahabat telah mengepung perkampungan mereka selama 15 hari. Sehinggalah Allah mencampakkan ke dalam hati kaum Yahudi dan sekutu mereka perasaan takut dan gentar, lalu mereka menyerah diri dan meletakkan senjata. Kemudian mereka menghantar utusan untuk menemui Rasulullah  bagi menyatakan bahawa mereka bersedia keluar dari Madinah.

Firman Allah سبحانه وتعالى:
هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِن دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِۚ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُواۖ وَظَنُّوا أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّـهِ فَأَتَاهُمُ اللَّـهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُواۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ ﴿٢﴾
Dialah (Allah) yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pengajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.(Surah Al-Hasyar, Ayat 2)

Akhirnya kaum Yahudi Bani Nadhir bersetuju untuk keluar dari Madinah dengan dijamin keselamatan jiwa mereka. Rasulullah membenarkan mereka keluar dari Madinah bersama-sama hamba abdi mereka dengan membawa makanan dan barangan sekadar muat di atas unta kecuali senjata mereka mesti ditinggalkan.

Mereka pun keluar dari Madinah sebagaimana yang diarahkan di mana didapati mereka telah merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan membawa pintu-pintu, tingkap-tingkap serta barangan rumah yang mampu dibawa bersama. Kebanyakan mereka keluar menunggang 600 ekor unta menuju ke perkampungan Khaibar manakala sebahagian lagi menuju ke negeri Syam.

Firman Allah سبحانه وتعالى:
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُۖ وَمَن يُشَاقِّ اللَّـهَ فَإِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٤﴾

“(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya.” (Surah Al-Hasyr: Ayat 4)


Hanya 2 orang sahaja yang menerima Islam iaitu Yamin bin ‘Amru dan Abu Sa’ad bin Wahab. Harta tinggalan kaum Yahudi yang lain telah dibahagikan oleh Rasulullah  kepada kaum Muhajirin Makkah sahaja tanpa kaum Ansar dengan persetujuan mereka. Nabi  berdoa pada hari itu untuk kaum Ansar dengan sabda Baginda “Ya Allah! Rahmatilah Al Ansar dan anak-anak mereka.”

Di situ juga Nabi  memberi 2 orang dari kaum Ansar kerana mereka amat miskin. Berikutan peristiwa inilah Allah سبحانه وتعالى telah menurunkan surah Al Hasyr.

Inilah kekuatan dan kehebatan Islam yang tidak mampu dicabar oleh pengkhianat dan musuh pada zaman kegemilangannya. Pada hari ini jika renung kepada nasib umat Islam maka kita dapati ianya masih belum menemui sinar dan kebahagian yang hakiki setelah begitu lama dijajah dan terjajah oleh kesesatan ideologi ciptaan manusia. Betapa ramai umat Islam menjadi pelarian dan juga menjadi orang yang terjajah di negara sendiri malah ada juga yang sanggup menjadi musuh dalam menghuru-hara dan menghancurkan tanah air sendiri.

Banyak negara umat Islam sedang menghadapi serangan luaran dan dalaman yang telah mengorbankan banyak nyawa. Musuh Islam kuffar dan anak didikan kuncu mereka menyerang umat Islam dari pelbagai sudut dengan menanam perasaan penuh kebencian sesama Muslim dan  tidak memberi langsung ruang untuk umat Islam bangkit. Suasana ini berlainan dengan zaman kehebatan dan keagungan Islam ketika ia berada ditampuk pemerintahan sebagaimana yang pernah kita saksikan pada zaman Rasulullah .
.
والله أعلم بالصواب

Koleksi Mimpi Ustaz Darul Manzil Mengenai Pesawat MH370

Koleksi mimpi Ustaz Darul Manzil mengenai kehilangan pesawat MAS MH370. Ustaz Darul Manzil atau nama sebenar Khairul Syakirin Bin Abdul Wahab yang merupakan seorang pengamal rawatan tradisional islam kini telah menjadi popular menerusi perkongsian mimpinya mengenai misteri kehilangan MH370 dilaman sosial. Menerusi status di Facebooknya, beliau bermimpi dua kali mengenai MH370. Mimpi pertama adalah mengenai pesawat MH370 dirampas dan menjunam kedalam lautan yang dipercayai Lautan Hindi. Manakala mimpi kedua adalah mengenai petunjuk MH370 mendarat di sebuah pulau yang dipercayai sebagai Diego Garcia.

Malaysia_Airlines-pesawat-MH370

Mimpi Pertama: Pesawat MH370 Menjunam Di Lautan
http://2.bp.blogspot.com/-MkZK699qwmo/UzEt8MTqjgI/AAAAAAAA3U0/DxyHmXgBNvI/s1600/MH370-terhempas.jpg

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin

Mimpi Kedua: Pesawat MH370 Mendarat Di Sebuah Pulau
http://4.bp.blogspot.com/-_hHzz_Xpj0I/UyXc_BSIkVI/AAAAAAAAhhs/FQoR5EDV0rg/s1600/Teori+MH370+Mendarat+di+Diego+Garcia.jpg

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

Sunday, March 30, 2014

Jadual Karnival Jom Masuk U Pengajian Tinggi Negara 2014

Jadual tarikh dan lokasi karnival Jom Masuk U Pengajian Tinggi Negara 2014. Karnival Pengajian Tinggi Negara kali ke-10 kini sudah bermula di beberapa lokasi yang terpilih di Malaysia. Tujuan utama Karnival Jom Masuk U adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat terperinci dan terkini dari universiti-universiti dan kolej-kolej yang menyertai pameran pendidikan tersebut.

Jom Masuk U

Jadual Karnival Jom Masuk U Pengajian Tinggi Negara 2014

1) Terengganu
  • Lokasi: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Tarikh: 28-29 Mac 2014
2) Perlis
  • Lokasi: Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  • Taikh: 12-13 April 2014
3) Sabah
  • Lokasi: Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Tarikh: 12-13 April 2014
4) Sarawak
  • Lokasi: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Tarikh: 5-6 April 2014
5) Selangor
  • Lokasi: Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Tarikh: 5-6 April 2014
6) Johor
  • Lokasi: Persada, Johor
  • Tarikh: 16-17 Ogos 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More