Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, February 25, 2014

Borang Daftar RUMAWIP Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

Borang daftar permohonan RUMAWIP Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Permohonan ini terbuka kepada individu yang bekerja dan menetap di salah satu daripada ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah memiliki rumah pada kadar harga mampu milik.

rumawip

Syarat Kelayakan RUMAWIP
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas
  • Bekerja atau bermastautin di wilayah persekutuan tidak kurang dari 3 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM6,000
  • Tidak mempunyai sebarang kediaman atau rumah di Wilayah Persekutuan
Borang Permohonan RUMAWIP Rumah Mampu Milik Wilayah Perseketuan
1. Untuk borang RUMAWIP sila layari: https://rumawip.kwp.gov.my/permohonan-reg.php
2. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka.
3. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara online. Sila login sistem pendaftaran.
3. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut;
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan/Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Penyata Gaji Terbaru
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan
  • Salinan Bil Elektrik/Air
4. Sekiranya permohonan LAYAK DIUNDI, maka Surat Jemputan menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel. Sila semak e-mel atau Daftar Masuk sistem untuk melihat status permohonan.
5. Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan akan dihantar melalui e-mel kepada Pemohon.
6. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada PEMAJU yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak Pemohon akan berurusan dengan Pemaju sehingga Pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More