Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, January 23, 2014

Kes Nursyafiqah Abdullah Budak 2 Tahun Mati Dibunuh

Berita terkini kes Nursyafiqah Abdullah budak umur 2 tahun mati dibunuh. Negara digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 2 tahun dipercayai dirogol sebelum dibunuh di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari 2014. Mayat Nursyafiqah Abdullah ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan keadaan hampir reput, separuh bogel dan berlumuran darah.

kes bunuh

Kronologi Kes Bunuh Nursyafiqah Abdullah

17 Januari 2014: Nursyafiqah Abdullah kanak-kanak umur 2 tahun dilaporkan hilang oleh ibunya dan laporan polis telah dibuat. Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka. Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.

21 Januari 2014: Seorang pengawal keselamatan telah menemui mayat kanak-kanak 2 tahun dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang. Penemuan itu dibuat sejurus terhidu bau busuk yang datang dari sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu

22 Januari 2014: Polis sedang memburu orang pertama yang muat naik foto pembunuhan Nursyafiqah Abdullah dilaman sosial. 4 suspek termasuk ibu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh Nursyafiqah Abdullah. Si ibu sebelum ini dipercayai membuat laporan palsu mengenai kehilangan anaknya semata-mata mengaburi pihak polis. Kesemua suspek ditahan dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah.

23 Januari 2014: Siasatan terus dijalankan dan pihak polis yakin kes akan selesai dalam masa yang terdekat

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More