Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, January 25, 2014

Cara Semakan Keputusan STAM 2013 Pada 30 Januari 2014

Tarikh semakan keputusan STAM 2013 pada 30 Januari 2014. Menerusi kenyataan rasmi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2013 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 10 pagi. Berikut adalah cara semakan keputusan peperiksaan STAM 2013 bagi calon sekolah dan juga calon persendirian.

http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2013/01/STAM-Sijil-Tinggi-Agama-Malaysia.jpg

Cara Semakan Keputusan STAM 2013
  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mulai 30 Januari 2014 disekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi.
  • Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu dan pengumuman analisis keputusan STAM 2013 akan diadakan serentak pada hari yang sama pukul 9 pagi di Putrajaya.
Semakan STAM Guna SMS
Kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip:

Contoh: STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi, 30 Januari dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 5 Februari 2014.

Friday, January 24, 2014

Senarai Harga Barang Kawalan Sempena Tahun Baru Cina 2014

Berikut adalah senarai harga barang kawalan sempena Tahun Baru Cina 2014.  Skim kawalan harga sempena musim perayaan akan bermula pada 26 Januari hingga 9 Februari iaitu dalam tempoh berkuatkuasa selama 15 hari. Pelaksanaan skim ini dimulakan dengan lebih awal sebagai langkah tambahan oleh kerajaan untuk menyekat kenaikan harga barang keperluan sempena Tahun Baru Cina 2014 yang jatuh pada 31 Januari 2014. Peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim kawalan ini akan denda sehingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda sehingga RM500,000 bagi syarikat.

Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2014
harga barang kawalan

Berita Palsu Salji Turun Di Indonesia Januari 2014

Berita palsu salji turun di Indonesia pada bulan Januari 2014. Dilaman sosial kini kecoh dengan isu negara jiran Indonesia yang beriklim tropika dikhabarkan turun salji dan berita itu tersebar sejak beberapa hari yang lalu. Hasil siasatan pihak kami mendapati video laporan berita yang dikeluarkan oleh sebuah laman “Chelms Ford News”adalah palsu. Video yang mendakwa Indonesia dilanda musim salji sebenarnya dimuat naik pada 9 Ogos 2013 lalu. 

Dalam rakaman berdurasi 1 minit dan 48 saat, terdapat beberapa elemen yang meragukan seperti ketiadaan seorang saksi yang dapat ditemuramah untuk membuktikan dakwaan tersebut. Selain itu, tiada laporan rasmi oleh akhbar tempatan atau media antarabangsa mengenai fenomena salji di Indonesia. Terdahulu, akhbar Chelms Ford News juga pernah menyebarkan berita palsu mengenai negara Filipina turun salji pada 23 Julai 2013 lalu. Namun, ianya ternyata tidak benar setelah Jabatan Kaji Cuaca Filipina menafikan dakwaaan tersebut.

salji

Thursday, January 23, 2014

Senarai Terkini Harga Buat Passport Malaysia Ke Luar Negara

Senarai terkini harga buat Passport Malaysia untuk ke luar negara. Passport merupakan permit atau dokumen perjalanan yang sangat penting terutamanya bagi individu yang ingin melancong ke luar negara. Berikut adalah panduan mengenai harga passport terkini khusus kepada individu yang merancang untuk melancong ke luar negara.

passport

Lokasi Buat Passport
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Bahagian Jabatan Imegresen Malaysia
Harga Buat Passport Mengikut Tempoh Tahun

Passport Tempoh 2 Tahun
  • Dewasa: RM100
  • Kanak-kanak: RM80
  • Warga Emas: RM80

Passport Tempoh 5 Tahun
  • Dewasa: RM300
  • Kanak-kanak: RM150
  • Warga Emas: RM150

Gambar Maksud Logo Baru Jakim Jabatan Kemajuan Islam

Gambar dan maksud logo baru JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Seiringan dengan perkembangan dan pembangunan negara, pihak Jakim dengan rasminya telah melancarkan logo korporat rasmi pada 21 Januari 2013. Secara keseluruhannya logo Jakim ini dibentuk selaras dengan visi, misi, moto, objektif dan fungsi Jakim yang tentunya berdasarkan kepada teras-teras ajaran Islam itu sendiri.

Gambar Logo Baru Jakim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

jakim
Maksud Logo Baru Jakim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
http://4.bp.blogspot.com/-Hb5Ktq95uvE/Ut3gKFhB9GI/AAAAAAAAKME/3VDCg6R5rLU/s1600/LOGO+KOPRAT+BARU+JAKIM.jpg

Kes Nursyafiqah Abdullah Budak 2 Tahun Mati Dibunuh

Berita terkini kes Nursyafiqah Abdullah budak umur 2 tahun mati dibunuh. Negara digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 2 tahun dipercayai dirogol sebelum dibunuh di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari 2014. Mayat Nursyafiqah Abdullah ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan keadaan hampir reput, separuh bogel dan berlumuran darah.

kes bunuh

Kronologi Kes Bunuh Nursyafiqah Abdullah

17 Januari 2014: Nursyafiqah Abdullah kanak-kanak umur 2 tahun dilaporkan hilang oleh ibunya dan laporan polis telah dibuat. Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka. Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.

21 Januari 2014: Seorang pengawal keselamatan telah menemui mayat kanak-kanak 2 tahun dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang. Penemuan itu dibuat sejurus terhidu bau busuk yang datang dari sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu

22 Januari 2014: Polis sedang memburu orang pertama yang muat naik foto pembunuhan Nursyafiqah Abdullah dilaman sosial. 4 suspek termasuk ibu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh Nursyafiqah Abdullah. Si ibu sebelum ini dipercayai membuat laporan palsu mengenai kehilangan anaknya semata-mata mengaburi pihak polis. Kesemua suspek ditahan dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah.

23 Januari 2014: Siasatan terus dijalankan dan pihak polis yakin kes akan selesai dalam masa yang terdekat

Wednesday, January 22, 2014

Isu Produk Double Stemcell Disahkan Tidak Halal Oleh Jakim

Isu produk Double Stemcell disahkan tidak halal oleh JAKIM. Memetik dari petikan dari laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), pihaknya mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat PHYTOSCIENCE merupakan bukan pemegang sijil Halal Malaysia. Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama. Pihak Jakim turut memberi nasihat agar pengguna di luar khususnya berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.

DOUBLE STEMCELL 

double-stem-cell

Cara Semakan Keputusan BR1M 3.0 Online 2014 Status Permohonan

Semakan keputusan BR1M 3.0 secara online 2014 dan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Menerusi makluman rasmi Bahagian Bilik Operasi BRIM, semakan keputusan kelayakan BR1M 3.0 boleh diketahui mulai awal bulan Februari 2014. Pembayaran BR1M akan dibuat menerusi akaun bank pemohon. Berikut adalah cara semak Keputusan BR1M 3.0 Online 2014.

Borang Permohonan BR1M 3.0
Semakan Keputusan BR1M 3.0 Online 2014

Talian Hotline BR1M 3.0
Status kelayakan  BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN HINGGA JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014.

Emel BR1M 3.0
Status kelayakan BR1M 3.0 juga boleh disemak menerusi emel ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014.

Sila nyatakan Nama penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda dalam pertanyaan ke alamat emel tersebut.

Nota: Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja.

Cara Pembayaran BR1M 3.0 Online 2014
Maklumat akaun bank diperlukan dalam permohonan BR1M 2014 kerana pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun. Pemohon dinasihatkan supaya membuka akaun simpanan atas nama pemohon (jika belum mempunyai akaun simpanan) di mana-mana cawangan bank tempatan (BSN/Maybank/CIMB/PBB dan sebagainya). Akaun Tabung Haji dan ASB tidak dibenarkan.

Pekeliling Cuti Sekolah Sempena Tahun Baru Cina 2014

Pekeliling cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina 2014. Untuk info, tarikh tahun baru cina 2014 di Malaysia jatuh pada 31 Januari dan 1 Februari 2014. Sehubungan itu, sesi persekolahan diseluruh negara akan mengambil cuti selama enam hari bagi memudahkan guru dan pelajar berbangsa cina menyambut perayaan tersebut. 0leh itu, semua sekolah akan bercuti mulai hari Khamis 30 Januari 2013 sehingga selasa 4 Februari 2014 selama enam hari. Namun, cuti tambahan tersebut perlu diganti berdasarkan tarikh yang tertera dibawah.

cuti sekolah 2014

Monday, January 20, 2014

Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015 Online

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan ILKA Sesi 2014/ 2015 secara online. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan online ke Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/METrO dan ILKA akan dibuka mulai 20 Januari 2014. Calon lepasan SPM dan setaraf yang layak boleh mengemukakan permohonan untuk mengikuti Program Diploma Politeknik/ ILKA sesi Jun 2014.

politeknik

Borang Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015 Online
Borang permohonan boleh dilayari menerusi http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Syarat Am Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Tarikh Tutup Permohonan
7 April 2014

Tarikh Keputusan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015
Bulan May 2014 (akan dikemaskini)

Pendaftaran Pelajar Baru
2 Jun 2014

Gambar Perhimpunan Isu Kangkung Di Bandar Sunway 18 Januari 2014

Gambar perhimpunan isu kangkung di Bandar Sunway pada 18 Januari 2014. Antara matlamat utama himpunan ini adalah mengecam tindakan pembangkang yang menghina Perdana Menteri Najib Razak berkaitan isu kangkung baru-baru ini. Antaranya adalah tindakan biadab Anggota Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk, Pulau Pinang pada Rabu 15 Januari 2014.


Perhimpunan anjuran Umno Bahagian Permatang Pauh yang dihadiri seramai 3,000 peserta itu juga merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam. Selain melaung slogan ‘Hidup Melayu’ dan berselawat peserta perarakan itu juga membawa kain rentang yang mengecam perbuatan biadab tersebut.

Gambar Perhimpunan Isu Kangkung Di Bandar Sunway 18 Januari 2014



Gambar Pengumuman Anak Ustaz Don Daniyal Baru Lahir

Gambar pengumuman anak Ustaz Don Daniyal baru lahir. Berita gembira ini turut dikongsikan menerusi akaun facebook rasmi Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Menerusi kenyataannya dilaman facebook, Ustaz Don Daniyal penceramah agama terkenal telah selamat melahirkan seorang bayi pada jam 4.25 PM (waktu mesir) bersamaan dengan 10.25 PM waktu Malaysia pada 18 Januari 2014. Bayi sulung seberat 3.5KG itu dilahirkan dalam keadaan normal dan sihat. Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal yang telah menimang cahaya mata sekaligus bergelar seorang bapa. Terdahulu, Ustaz Don Daniyal dan pasangannya Husna telah selamat nikah pada 23 Ogos 2013 yang lalu.

ustaz-don

Petikan Pengumuman Anak Ustaz Don Daniyal Baru Lahir
ustaz-don ustaz-don-2 ustaz-don-3

Ngeri! Gambar Kemalangan Bas Ekspres Di PLUS 19 Januari 2014

Gambar kemalangan maut bas ekspres di lebuhraya PLUS pada 19 Januari 2014. Kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas ekspres persiaran milik syarikat Meridian Holidays telah berlaku di KM 107 lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran Plaza Tol Yong Peng Utara pada jam 1.50 petang. Menerusi laporan jumlah kematian, 3 orang kini disahkan maut manakala 15 lagi cedera parah. Punca kemalangan dipercayai akibat bas dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan. Bas persiaran tersebut turut dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

kemalangan-maut

Senarai Nama Mangsa Meninggal Dunia
  1. Mohd Sofuan Nurhakim Mohd Zaidi, 21
  2. Mohd Amirul Asyraff Yaakub
  3. Mohammad Zikri Othman, 10
Gambar Kemalangan Bas Ekspress Di Plus 19 Januari 2014
kemalangan 3kemalangan
kemalangan-2
kemalangan-4 kemalangan-5 kemalangan-6 kemalangan-7 
kemalangan-9

Wednesday, January 15, 2014

Punca Isu Harga Kangkung Turun Jadi Trending Dilaman Sosial

Punca isu harga kangkung turun jadi trending dilaman sosial. Semua ini bermula apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ucapan pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman Terengganu pada 12 Januari 2014. Dalam teks ucapannya, Najib turut menyebut mengenai harga sayur kangkung yang sudah turun. Memetik dari petikan ucapan Najib yang berkata “kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. 

Hari ini dalam surat khabar saya baca, ada yang dah turun. Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apasal tak puji kerajaan?” Justeru itu, ucapan Najib yang cuba mempertahankan kenaikan harga barangan terutamanya sayur kangkung telah menjadi bahan lawak dilaman sosial.

kangkung

Comelnye! Biodata Puteri Sarah Liyana Bakal Isteri Syamsul Yusof

Biodata Puteri Sarah Liyana bakal isteri Syamsul Yusof. Seperti yang sudah sedia maklum, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akan menamatkan zaman bujang pada bulan Februari 2014. Perkara itu disahkan oleh ibu Syamsul sendiri iaitu Datin Patimah Ismail dimana majlis merisik telah berlangsung baru-baru ini.Menurutnya, tiada pertunangan diadakan namun pasangan ini akan terus nikah pada Februari 2014.

puteri sarah

Biodata Puteri Sarah Liyana Bakal Isteri Syamsul Yusof

Nama Penuh: Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin
Nama Popular: Puteri Sarah Liyana
Umur: 29 tahun
Tarikh Lahir: 1 Disember 1985
Tempat Lahir: England
Asal:Kuala Lumpur dan Johor Bahru
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan: Model dan Pelakon
Pendidikan: Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam

Lagi Gambar Puteri Sarah Liyana
puteri-sarah-bertudung-penuh-2

Puteri-Sarah-Bertudung-4

puteri sarah 1

Hangat! Gambar Pelancaran Jersi Baru Kelantan The Red Warrior 2014

Gambar majlis pelancaran jersi baru Kelantan The Red Warrior 2014. Majlis pelancaran jersi baru bagi pemain Kelantan musim 2014 telah pun berlangsung di Perdana Resort, Kota Bharu pada 14 Januari 2014 dan dirasmikan oleh bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa. Jersi terbaru ini juga akan diguna pakai oleh pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia 2014.

Terdahulu, rekaan jersi The Red Warrior untuk musim 2014 pernah cetus kontroversi apabila bocor dan tersebar lebih awal di internet. Namun, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjanjikan bahawa kualiti jersi asli yang dihasilkan adalah lebih berkualiti daripada jersi tiruan.

jersi baru 2014

Gambar Jersi Baru Kelantan The Red Warrior 2014
jersi kelantan 7 jersi kelantan 8
jersi away kelantan jersi kelantan 2 jersi kelantan 3 jersi kelantan 4 jersi kelantan 5 jersi kelantan 6

Gempar! Siti Najwa Atikah Pelajar UNIMAS Hilang Ditemui Mati

Siti Najwa Atikah Binti Azhar pelajar UNIMAS hilang ditemui mati. Siti Najwa dilaporkan hilang sejak 4 hari lalu bermula pada 11 Januari 2014. Berita mengenai kehilangan Siti Najwa mula disebarkan dilaman sosial pada ahad 12 Januari 2014. Namun pada 14 Januari 2014, mayat mangsa yang juga pelajar tahun pertama Universiti malaysia Sarawak (UNIMAS) ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang. Mayat mangsa dipercayai ditemui oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas berita kehilangannya dihebahkan.

siti najwa atikah

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu. Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Biodata Pelajar UNIMAS Hilang Ditemui Mati
  • Nama Penuh: Siti Najwa Atikah Binti Azhar
  • Kad Pengenalan: 940102075514
  • Umur: 19 Tahun
  • Asal: Pulau Pinang
  • Bidang Pengajian: Fakulti Sains Sosial, UNIMAS Sarawak ( Tahun Pertama)

Ucapan Takziah Menerusi Laman Sosial
mati

Gambar Lokasi Penemuan Mayat Siti Najwa Atikah
mayat

mayat ditemui


Cara Semakan Keputusan SBP 2014 Tingkatan 4 Online

Semakan keputusan kemasukan SBP 2014 Tingkatan 4 secara online. Sukacita dimaklumkan bahawa semakan ke sekolah Berasrama Penuh bagi kemasukan ke Tingkatan Empat (4) boleh disemak mulai 15 Januari 2014. Berikut adalah cara semakan SBP 2014 bagi Tingkatan 4 menerusi atas talian (Online)

SBP-TINGKATAN-4

Semakan Keputusan SBP 2014 Tingkatan 4 Online
keputusan-sbp-2014

e-Rayuan SBP 2014 Tingkatan 4 Online
Bagi yang gagal untuk mendapat tempat di  SBP 2014 Tingkatan 4, calon boleh membuat permohonan rayuan secara online. Apapun, keputusan rayuan SBP 2014 bagi Tingkatan 4 bergantung kepada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran kelak.

Keputusan Rayuan SBP 2014 Tingkatan 4 (Ambilan Kedua)
Keputusan rayuan SBP 2014 Tingkatan 4 (Ambilan Kedua) dijangka akan diumumkan pada minggu keempat bulan Februari 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More