Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, November 28, 2013

Borang Permohonan Program Rumah Idaman Rakyat SPNB Online

Borang permohonan program rumah idaman rakyat SPNB secara online. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mewujudkan sebuah program baru iaitu Rumah Idaman Rakyat yang memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM. Berikut adalah borang permohonan dan fakta penting mengenai Rumah Idaman Rakyat.

rumah-idaman-rakyat

Borang Permohonan Program Rumah Idaman Rakyat

Syarat Kelayakan Program Rumah Idaman Rakyat
  • Pembeli mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
  • Mempunyai pendapatan individu tidak melebihi RM7500
  • Atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  • Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan OKU dan ibu tunggal
Fakta Penting Program Rumah Idaman Rakyat
  1. Harga jualan rumah bermula dari RM70,000 RM250,000. Manakala unit kedai tidak melebihi RM 1,000 000
  2. Konsep pembangunan adalah bercampur
  3. Jenis Rumah:
  • Banglo
  • Teres
  • Rumah Berkembar
  • Apartment ( Minimum 5 Tingkat)
  • Unit Kedai

Siti Aishah Abdul Wahab Warga Malaysia Mangsa Hamba Di London

Siti Aishah Abdul Wahab warga Malaysia adalah mangsa hamba di London selama 30 tahun. Misteri kehilangannya disahkan oleh kakaknya Kamar Mautum, seorang pesara guru apabila media Malaysia menyiarkan berita mengenai seorang mangsa perhambaan di London sebagai seorang warganegara Malaysia, Siti Aisyah Abdul Wahab. Kakaknya mengenal pasti bahawa individu tersebut adalah adiknya Siti Aisyah yang hilang sejak 30 tahun lalu dan tidak pernah pulang ke Malaysia. 

Siti Aisyah didakwa merupakan pelajar cemerang dan mendapat biasiswa Komanwel di London sebelum terpengaruh dengan fahaman Komunis yang diketuai oleh Aravindan Balakrishnan dan Chanda. Siti Aisyah bersama 3 individu wanita yang lain telah dijadikan mangsa penghambaan oleh Aravindan Balakrishnan dan Chanda selama 3 dekad.

Kronologi Kisah Siti Aishah Abdul Wahab Mangsa Hamba 30 Tahun Di London

1968: Siti Aishah Abdul Wahab merupakan pelajar cemerlang dan mendapat biasiswa Komanwel dalam bidang juru ukur bahan di London selepas tamat pengajian di Kolej Tunku Kurshiah. Siti Aisyah berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik dan mengikuti ajaran Maoist. Aktif dalam kumpulan Mahasiswa Malaysia dikenali sebagai New Malayan Youth. Turut menyertai forum Mahasiswa Malaysia dan Singapura (MASS) pimpinan Komrad Bala.

1983: Memutuskan hubungan dengan dunia luar. Memencilkan diri bersama ahli kumpulan MASS

Oktober 2013: Polis Britain mendapat laporan mengenai 3 wanita dijadikan hamba selama 30 tahun di London. Siti Aishah adalah salah seorang daripada mangsa tersebut. Mereka dikatakan disekat kebebasan oleh dua orang ketua kumpulan Maoist, yang dikenali sebagai Aravindan Balakrishnan dan Chanda.

21 November 2013:  New Scotland Yard menyelamatkan tiga wanita di sebuah rumah di Lambeth, London.

23 November 2013: Polis Britain mengesahkan bahawa seorang wanita warga Malaysia adalah antara 3 wanita yang menjadi mangsa penghambaan.

26 November 2013: Berita mengenai Siti Aisyah disiarkan di media Malaysia.

27 November 2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti wanita yang ditahan sebagai hamba di London adalah seorang warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab. Wanita yang berusia 69 tahun itu juga dikehendaki oleh pihak polis kerana penglibatan dalam aktiviti komunis.



Tuesday, November 26, 2013

Merasa Diri Paling berdosa

Orang soleh itu merasa
dirinyalah yang paling berdosa,
sebab itulah tidak sempat
melihat dosa orang lain

Hati dengan Tuhan

Bawalah badan ke mana-mana,
tapi hati biarlah dengan Tuhan

Orang Yang Jiwanya Tidak Tenang

Orang yang selalu jiwanya tidak tenang ialah
orang pemarah, pendendam, rasa tidak cukup, hasad dengki,
memikirkan masa depan yang belum terjadi, tidak sabar,
lupa tentang qadha dan qadar dari Allah,
tidak percaya dengan orang.

Nikmat Allah

Ingatkanlah lebih dahulu nikmat Allah sebelum makan dan
sebagainya agar kita terasa tidak punya apa-apa,
barulah kite sedar Allah itu Siapa.

Mengingati Dosa

Jika kita selalu mengingati DOSA kita, kita tidak nampak dosa orang lain,
apatah lagi hendak menceritakannya

Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam

Gambar kereta perodua Viva rempuh Maybank di Sabak Bernam. Insiden ini berlaku pada Isnin 25 November 2013 lebih kurang jam 12 tengah hari dimana sebuah kereta Viva telah merempuh masuk dan memecahkan sebuah cermin pintu masuk di sebuah Maybank cawangan Sabak Bernam. 

Sebelum kejadian, pemilik kenderaan jenis Viva dilaporkan parkir kereta di hadapan Maybank tersebut sebelum cuba mengundurkan keretanya. Namun, malang tidak berbau apabila kereta Viva tersebut memecut kehadapan dan merempuh pintu masuk Maybank berkenaan.

Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam
Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam

Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam

Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam


Sinopsis Dan Pelakon Drama Projek Memikat Suami Astro Ria

Sinopsis dan pelakon drama Projek Memikat Suami di Astro Ria. Drama terbaru yang diadaptasi dari novel berjudul Projek Memikat Suami oleh Hanina Abdullah akan menemui penonton di kaca televisyen mulai 16 Disember 2013. Drama ini turut dibintangi oleh pelakon utama yang berbakat seperti Aiman Hakim Redza (Zahrain) dan Emma Maembong (Nawwal Husna). Jangan lupa untuk saksikan drama Projek Memikat Suami mulai 16 Disember 2013 pada setiap hari isnin jam 9.00 malam hanya eksklusif di saluran Astro Ria (104).

projek memikat suami

Jadual Siaran Drama Projek Memikat Suami
Tarikh: Mulai 16 Disember 2013 ( Setiap Hari Isnin)
Masa: 9.00- 10.00 Malam
Saluran: Astro Ria (104)

Barisan Pelakon Drama Projek Memikat Suami
Dibintangi oleh pelakon utama iaitu Aiman Hakim Redza (Zahrain) dan Emma Maembong (Nawwal Husna). Turut dibantu oleh  Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai),Sherry Ibrahim.

Sinopsis Drama Projek Memikat Suami
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?”- Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang… Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia.

Monday, November 25, 2013

Punca Cukai Pintu Di KL Kuala Lumpur Naik Lagi Mulai 2014

Punca cukai pintu di KL Kuala Lumpur naik lagi mulai tahun 2014. Pihak DBKL telah pun mengeluarkan notis kepada warga kota mengenai kenaikan cukai pintu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kenaikan tersebut dijangka tidak naik terlalu mendadak sehingga membebankan rakyat. Pada masa yang sama, penduduk atau penghuni juga dibenarkan untuk menyuarakan bantahan bertulis kepada jabatan DBKL sebelum 17 Disember 2013. Menurutnya lagi, pihak DBKL akan membuat pertimbangan mengenai isu cukai taksiran tersebut berdasarkan surat bantahan yang diterima.

cukai-pintu

Punca Cukai Pintu Di KL Kuala Lumpur Naik Lagi Mulai 2014
Menurut DBKL, kenaikan cukai itu adalah perlu memandangkan cukai pintu sudah tidak dinaikkan selama 21 tahun manakala harga hartanah di bandar raya Kuala Lumpur telah melonjak tinggi dalam dua dekad ini. Keputusan berkenaan dengan kadar cukai pintu baharu itu belum muktamad dan notis penyelarasan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja.

Review & Sinopsis Filem Highland Tower

HIGHLAND TOWER
PELAKON: Shima Anuar
PENGARAH: Pierre Andre
TAYANGAN: October 2013 

TONTON FULL ONLINE HIGHLAND TOWER
YOUTUBE = TONTON

SINOPSIS HIGHLAND TOWER
Filem Highland Towers arahan Pierre Andre berkisar di lokasi kejadian tragedi Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang, Selangor yang berlaku pada 11 Disember 1993


Ia merupakan tragedi runtuhan satu daripada tiga blok kondominium 12 tingkat yang juga pertama dan terburuk negara apabila mengorbankan 48 nyawa. Walaupun dua blok lain tidak terjejas, pihak berkuasa mengatakan ia tidak selamat diduduki menyebabkan semua penduduk berpindah dan kawasan itu terbiar dengan semak-samun.

Dalam filem ini, Shima merupakan pengacara untuk satu program televisyen.


Shima mahu buat satu dokumentari mengenai para normal dan memilih lokasi popular tragedi Highland Towers.


Penggambaran dilakukan pada waktu malam. Shima pula asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya.


Pelbagai kejadian misteri berlaku dan berjaya dirakam dalam lensa kamera .



Keputusan Rasmi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Keputusan rasmi pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013. Majlis kemuncak Anugerah Bolasepak bagi edisi ke enam akan berlangsung pada sabtu 23 November 2013 bertempat Di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Sebanyak 13 kategori akan dipertandingkan pada majlis penyampai Anugerah tersebut yang menyaksikan pengumuman beberapa kategori baru. Anugerah ini juga turut diadakan bagi memberi penghormatan kepada pemain, jurulatih, pasukan, pegawai dan kelab penyokong terbaik sepanjang tahun. Untuk info, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 dianjurkan oleh Astro Arena dengan kerjasama syarikat 100 Plus.

Keputusan Rasmi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Keputusan Rasmi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

 1) Penjaga gol terbaik
  • Izwan Mahbub (Lions XII FC)
  • Norazlan Ismail (Selangor)
  • Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  • Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
  • Mohd Faizal Harun – (ATM)
  • Mohd Farizal Marlias – (Perak)
2) Pertahanan terbaik
  • Baihakki Khaizan (Lions XII FC)
  • Mahalli Jasuli (Selangor)
  • Azizi Mat Rose (Kelantan)
  • Razman Roslan (Pahang)
  • Jalaluddin Jaafar (Pahang)
  • Amiridzwan Taj Tajudin (ATM)
3) Pemain tengah terbaik
  • Nurul Azwan Roya (JDT FC)
  • Mohd Badhri Radzi (Kelantan)
  • R.Gopinathan (Pahang)
  • Amirul Hadi Zainal (Pahang)
  • Christie Jayaseelan (ATM)
  • Joseph Kallang Tie (Sarawak)
4) Penyerang terbaik
  • Shahril Ishak (Lions XII FC)
  • Mohd Amri Yahyah (Selangor)
  • Norshahrul Idlan Talaha (JDT FC)
  • Mohd Norfarhan Mohd (Kelantan)
  • Mohd Azamuddin Akil (Pahang)
  • Hairuddin Omar (ATM)
5) Pemain harapan terbaik
  • Nik Shahrul Abdul Halim (Kelantan)
  • S.Sivanesan (Negeri Sembilan)
  • Junior Edstal (Sarawak)
  • Mohd Nasir Basharudin (Perak)
  • Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC)
  • K.Reuben (ATM)
6) Ketua jurulatih terbaik
  • V.Sundramoorthy (Lions XII FC)
  • Bojan Hodak (Kelantan)
  • Dollah Salleh (Pahang)
  • B.Sathianathan (ATM)
  • Robert Alberts (Sarawak)
  • Ismail Zakaria (KL Sime Darby FC)
7) Pemain import terbaik
  • Obinna Nwaneri (Kelantan)
  • Dickson Nwakaene (Kelantan)
  • Mathia Ruben Conti (Pahang)
  • Marlon Alex James (ATM)
  • Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS FC)
  • Karlo Primorac (KL Sime Darby FC)
8. Anugerah pemain paling bernilai
  • akan diumumkan
9. Persatuan bolasepak terbaik
  • akan diumumkan
10. Kelab terbaik
  • akan diumumkan
11. Kelab peminat terbaik
  • akan diumumkan
12. Pengadil terbaik
  • akan diumumkan
13. Penolong pengadil terbaik
  • akan diumumkan
Nota Penting: Keputusan akan dikemaskini setelah keputusan rasmi diumumkan pada 23 November 2013.

Tulisan Bold Biru: Pemenang

Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 2 Kedua Full Online

Video Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 2 atau kedua secara full online. MLM 2013 akan bersiaran langsung pada Jumaat 22 November 2013 bertempat di dewan MBSA Shah Alam Selangor. Seramai 15 peserta akan berentap pada gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 minggu kedua. Siaran langsung turut disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula pada jam 10.00 Malam. Terdahulu, kumpulan Gerak adalah peserta pertama tersingkir pada MLM 2013 Minggu pertama.

Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 2 Kedua Full Online
Selamat menonton

Isu HotFm Dituduh Penipu Anjur Pertandingan Kuiz Iphone 5S

Isu HotFM dituduh penipu anjur pertandingan kuiz Iphone 5S menerusi program Hot FM Sejuta. Pada 22 November 2013 yang lalu, pihak Hot FM telah menganjurkan sebuah kuiz bersempena dengan jumlah follower di Twitternya yang kini sudah mencecah sejuta peminat. Antara soalan yang diajukan adalah mengenai tarikh lahir Hot FM di Kelantan dan Terengganu. Hot Fm telah mencetuskan kontroversi apabila memilih pemenang yang paling pantas menjawab soalan tersebut dikenali sebagai “Haziq @haziqopus” yang turut didakwa adalah krew Hot FM sendiri. Berikut adalah contoh soalan kuiz tersebut dan faktor keputusan pemenang dipertikaikan.

hotfm-1


Faktor Pertikaian Dilaman Sosial Isu Pemenang Kuiz HotFM Sejuta
1. Pemenang diumumkan adalah Haziq. Akaun twitter Haziq dikatakan baru sahaja dibuat pada 3 hari yang lalu.
2. Mohd Haziq menjawab soalan yang susah tersebut hanya dalam masa kurang dari 30 saat (Berdasarkan Time Stamp di Twitter)
3. Wujud pertikaian bahawa Haziq adalah salah seorang dari krew HotFM.
4. Jawapan Haziq turut diragui berdasarkan perbezaan antara tarikh HotFM ditubuhkan dilaman Wikipedia.

hotfm-2

Penjelasan Hot FM Isu Pemenag Kuiz Iphone 5S
Terlebih dahulu, Hot FM ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf ke atas segala kekeliruan yang berlaku susulan daripada kuiz HotFMSejuta. Hot FM sentiasa menghargai dan mengambil kira maklumbalas para pendengar kami. Kami sedia menerima segala komen, kritikan serta cadangan demi penambahbaikan Hot FM.

Hot FM ingin menjelaskan bahawa jawapan yang diberikan oleh pemenang kuiz HotFMSejuta adalah jawapan yang tepat. Untuk rekod, Hot FM telah menjalani ujian transmisi bermula 15 Januari  hingga 5 Februari 2006 dan tarikh ke udara secara langsung secara rasminya adalah pada 6 Februari 2006 bersama Fara Fauzana dan Faizal Ismail melalui segmen Hot FM AM Krew. Manakala Hot FM di pantai timur pula telah mula ke udara pada 2 Januari 2012. Maklumat ini boleh dirujuk melalui laman web rasmi Media Prima Berhad (http://www.mediaprima.com.my).

Pihak pengurusan Hot FM ingin menjelaskan bahawa segala kuiz yang dijalankan melalui stesen radio kami dijalankan secara telus dan jelas. Kakitangan Rangkaian Radio Media Prima tidak dibenarkan dalam apa cara sekalipun untuk menyertai sebarang kuiz di mana tindakan keras akan diambil sekiranya terdapat mana-mana kes berlaku.

Kisah Hero Kucing Derita Kena Potong Kaki Meninggal Dunia

Kisah Hero atau Iyo kucing derita akibat kena potong kedua belah kaki sudah mati meninggal dunia. Ini merupakan berita yang menyayat hati buat penggemar kucing khususnya di Malaysia. Berita kematian Hero turut disebarkan oleh pemiliknya iaitu Mohd Hairey Yahya atau lebih dikenali sebagai Papa Hero pada ahad 24 November 2013. Hero adalah kucing yang pernah mencetus ikon kepada pencinta haiwan apabila Hero ditemui masih bernyawa dengan kedua belah kakinya dipotong pada mei 2005 hanya disebabkan mencuri seekor ikan di sebuah Restoran.

hero

Kisah Hero Kucing Kena Potong Kaki
Hero adalah nama yang diberikan oleh seorang insan bernama Mohd Hairey Yahya atau digelar sebagai Papa Hero yang telah menjaga kucing malang itu. Pada awal bulan mei tahun 2005, Hero telah mengalami kecacatan kekal apabila kedua belah kakinya dipotong hanya setelah mencuri ikan disebuah restoran oleh seorang individi yang tidak berhati perut. Mujurlah Mohd Hairey Yahya yang juga merupakan insan yang gemar akan kucing menemui Hero dan telah memelihara kucing tersebut. 

Pada waktu itu, Hero ditemui dalam keadaan yang terseksa dengan berlumuran darah pada bahagian kedua belah kakinya. Setiap hari Hero menderita kesakitan akibat insiden kejam tersebut. Hanya berbekalkan ubat gamat, Hero yang dibawah penjagaan Mohd Hairey disembuhkan dalam masa lebih kurang sebulan. Kisah Hero yang menderita akibat kakinya kudung turut mendapat liputan media secara meluas selepas insiden itu tersebar dilaman sosial.

Punca Kematian Hero
Hero disahkan menghidap penyakit Leukemia dan disahkan mati pada 24 November 2013. Kematian tersebut turut disahkan oleh pemilik kucing tersebut menerusi laman rasmi ” KakiMotong FanClub”.

hero-4

Gambar Terakhir Hero Setelah Disahkan Positif Leukemia
hero

Biodata Papa Hero Pemilik Hero
 hero-2

Nama Penuh: Mohd Hairey Yahya
Nama Samaran: Papa Hero
Umur: 34 Tahun
Hobi: Pengumpul kucing terbiar

Laman Rasmi:

Gambar Hero Dalam Kenangan

hero-5

Gambar Anak Tan Sri Bunuh Bakar Diri Di TTDI Tersebar

Gambar anak Tan Sri bunuh bakar diri di TTDI, Kuala Lumpur tersebar. Negara kita digemparkan dengan kematian seorang anak kepada Tokoh Korporat yang terkenal pada 24 November 2013. Insiden itu berlaku pada awal jam 4.00 pagi selepas mayat mangsa ditemui dalam keadaan rentung oleh ibunya di ruang balkoni kediaman mereka di Taman Tun Dr Ismail. Mangsa dipercayai telah menuangkan petrol ke atas dirinya sebelum membakar diri. Ini berdasarkan bukti penemuan dua tin yang berisi minyak petrol di sisi mangsa. 

Mangsa yang berusia 20 tahun itu sedang menuntut di sebuah universiti di New Zealand dan pulang ke Malaysia untuk bercuti sejak 19 November 2013. Punca kematian tersebut dipercayai masalah tertekan dengan hubungan antara teman wanitanya. Penemuan petikan SMS di telefon mangsa ada menyatakan pesanan ringkas “(jumpa anda di dunia lain)” yang dipercayai dihantar kepada kekasihnya. Apapun, salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Gambar Anak Tan Sri Bunuh Bakar Diri Di TTDI
anak-tan-sri-bakar-diri-ren

Nota: Identiti Mangsa dan Imej Terpaksa Dikaburkan Untuk Menghormati Keluarga Mangsa.

Thursday, November 21, 2013

Senarai Tiga Subjek Baru Murid Darjah 4 Tahun 2014

Senarai tiga subjek baru untuk murid darjah 4 tahun 2014. Mulai awal 2014 murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Berikut adalah pengenalan mengenai tiga subjek berkenaan.

subjek-baru

1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

2.  Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.

3. Subjek Sejarah
Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.

Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.

Aznil Dan Nabil Pengacara AIM 2013 Anugerah Industri Muzik 20

Aznil Haji Nawawi dan Nabil Ahmad dipilih sebagai pengacara AIM 2013 Anugerah Industri Muzik 20. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak AIM 2013 adalah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris dan Aizat. 

Dua orang artis popular Indonesia iaitu Rossa & Afgan juga bakal muncul membuat persembahan istimewa pada malam AIM 20 yang mempertaruhkan 17 kategori untuk menghargai penggiat muzik tanah air. Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 2013) akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu, 14 Disember 2013 pada pukul 9.00 malam dan akan disiarkan menerusi Astro RIA (saluran 104) dan di Maya HD (saluran 135).

pengacara-aim-2013

Pengacara Rasmi AIM 2013 Anugerah Industri Muzik 20
  • Aznil Haji Nawawi
  • Nabil Ahmad
Senarai Barisan Artis Buat Persembahan AIM 2013
Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris, Aizat dan dua orang artis popular Indonesia iaitu Rossa & Afgan.

Senarai Rasmi Calon AIM 2013

Siaran Langung AIM 2013 Anugerah Industri Muzik 20
  • Tarikh: 14 Disember 2013
  • Masa: 9.00 malam
  • Lokasi: Stadium Putra Bukit Jalil
  • Media Rasmi: Astro Ria (104) Dan Astro Mustika HD

Kematian Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki (Gambar & Video)

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. 

Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. 

Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam

Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-3

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-2

  Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-6


Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-4

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-5

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7

Borang Pendaftaran Pemilih Parlimen Belia Malaysia Online

Borang pendaftaran pemilih Parlimen Belia Malaysia secara online. Pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia PBM adalah bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.

parlimen belia Malaysia

Objektif Parlimen Belia Malaysia
Parlimen Belia Malaysia ini adalah bagi memberi peluang kepada 80 peratus belia yang bukan ahli persatuan belia bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara. 

Peranan dan fungsi Parlimen Belia Malaysia sebagai platform kepada belia menyuarakan idea dan pandangan hampir menyamai Parlimen Belia di kebanyakan negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom, New Zealand dan Negara-negara Eropah.

Syarat Kelayakan Parlimen Belia Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 15 Hingga 50 Tahun
Borang Pendaftaran Parlimen Belia Malaysia Online

Kaedah Pemilihan Parlimen Belia Malaysia
Kaedah Pemilihan Parlimen Belia Malaysia adalah seperti berikut:-
    1. Struktur pemilihan APBM yang baru adalah mengikut negeri yang pada asalnya dipilih mengikut kawasan Parlimen.
    2. Keahlian PBM adalah seramai  119 orang iaitu mengikut taburan kepadatan populasi belia di setiap negeri. Rasional bilangan Ahli Parlimen Belia Malaysia adalah seorang APBM bagi setiap 100,000 belia (1:100,000). Pecahan APBM mengikut negeri adalah seperti:
belia

3. Kaedah pemilihan 119 Ahli PBM dilaksanakan secara online melalui Sistem Pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia (e-PBM) di www.parlimenbelia.gov.my.

4. Bagi memastikan kredibiliti dan kebolehupayaannya memproses pemilihan APBM, pihak ketiga akan dilantik untuk mengaudit sistem E-PBM.

5. Pemilihan Ahli PBM :
a) Seorang pengundi hanya boleh mengundi calon mengikut bilangan kuota.
b) Pengundi dan calon mestilah berdaftar dari negeri yang sama.

6. Pelantikan Ahli PBM :
a) Ahli PBM yang telah dipilih akan diperakukan pelantikannya oleh YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
b) Tempoh pelantiikan APBM adalah 1 penggal (2 tahun).

Punca Cukai Pintu Di KL Kuala Lumpur Naik Lagi Mulai 2014

Punca cukai pintu di KL Kuala Lumpur naik lagi mulai tahun 2014. Pihak DBKL telah pun mengeluarkan notis kepada warga kota mengenai kenaikan cukai pintu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014. 

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kenaikan tersebut dijangka tidak naik terlalu mendadak sehingga membebankan rakyat. Pada masa yang sama, penduduk atau penghuni juga dibenarkan untuk menyuarakan bantahan bertulis kepada jabatan DBKL sebelum 17 Disember 2013. Menurutnya lagi, pihak DBKL akan membuat pertimbangan mengenai isu cukai taksiran tersebut berdasarkan surat bantahan yang diterima.

cukai-pintu

Punca Cukai Pintu Di KL Kuala Lumpur Naik Lagi Mulai 2014
Menurut DBKL, kenaikan cukai itu adalah perlu memandangkan cukai pintu sudah tidak dinaikkan selama 21 tahun manakala harga hartanah di bandar raya Kuala Lumpur telah melonjak tinggi dalam dua dekad ini. Keputusan berkenaan dengan kadar cukai pintu baharu itu belum muktamad dan notis penyelarasan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja.

Tuesday, November 19, 2013

Borang Pendaftaran Dan Kalendar Jadual MUET 2014 Online

Borang pendaftaran dan kalendar aktiviti jadual MUET 2014 secara online. Kepada calon yang akan mendaftar peperiksaan Malaysian English University Test (MUET), berikut adalah maklumat penting sebagai panduan anda. Peperiksaan MUET diadakan tiga kali setahun iaitu pada sesi Mac, Julai dan November 2014. 

MUET adalah wajib diambil bagi semua calon yang akan mengambil program Ijazah di IPTA atau IPTS. Peperiksaan MUET juga akan diadakan di Sekolah Kerajaan dan juga di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih.

semakan muet

Borang Pendaftaran MUET  2014 Online
Nota: Calon dinasihatkan membeli nombor pin MUET di cawangan Bank BSN yang berdekatan sebelum membuat permohonan secara online.

Kalendar Aktiviti MUET 2014
muet 2014

Live Streaming Malaysia Vs Qatar 19 November 2013 Online

Live streaming Malaysia Vs Qatar pada 19 November 2013 secara online. Siaran langsung turut disiarkan menerusi saluran Astro Arena (801) pada awal jam 8.00 malam waktu tempatan. Perlawanan kelayakan AFC Piala Asia 2013 antara Malaysia menentang Qatar bagi kumpulan D akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor.

malaysia-vs-qatar

Live Streaming Malaysia Vs Qatar 19 November 2013 Online
Untuk menonton secara online, sila layari pautan berikut:
Jadual Perlawanan Malaysia Vs Qatar 19 November 2013
  • Tarikh: 19 November 2013 ( Selasa)
  • Masa: 8.00 Malam
  • Lokasi: Stadium Shah Alam, Selangor
  • Media Rasmi: Astro Arena
Pengumuman Astro Arena

astro-arena

Video Dan Gambar Berita Palsu 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila 18 November 2013

Berita palsu 23 remaja hilang di Villa Nabila pada 18 November 2013. Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut. 

Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang dan gagal pulang ke rumah sejak sabtu lalu.

villa nabila

Berita Palsu 23 Hilang 7 Orang Terselamat
Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat. Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai remaja hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun.

Laporan Sebenar Insiden Remaja Hilang Di Villa Nabila
Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun

remaja-hilang

Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya sejak Sabtu lalu. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.

Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu remaja terbabit telah membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.

Video Laporan Astro Awani- Hanya Seorang Remaja Sah Hilang

Update Terkini 19 November 2013: Mohd Izzat Izzudin Hussin Remaja Hilang Kini Ditemui
BudakJumpa
Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru selepas tengah malam tadi.

remaja-hilang

Gambar Punca Kereta 12 Tahun Keatas Bakal Diharamkan JPJ

Gambar punca kereta 12 tahun dan keatas bakal diharamkan oleh JPJ. Menerusi ujian perlanggaran yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), kereta berusia melebihi 12 tahun boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu. Kenderaan melebihi usia tersebut terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan. Ini sekaligus boleh meningkatkan risiko kematian akibat impak pelanggaran. 

Pihak JPJ dalam satu kenyataan masih membuat penelitian sebelum menguatkuasakan jangka hayat sesebuah kereta. Perkara tersebut masih dalam proses perbincangan dan banyak faktor perlu diambil kira sebelum undang-undang jangka hayat kereta dilaksanakan.

Gambar Ujian Pelanggaran Punca Kereta 12 Tahun Dan Keatas Tidak Selamat
Kereta Proton Saga Keluaran tahun 1990 diuji pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.

jangka hayat kereta 12 tahun

ujian

ujian 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More