Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Sunday, September 29, 2013

Gambar Siling Masjid Bukit Tunggal Terengganu Runtuh

Gambar Siling Masjid Bukit Tunggal Terengganu Runtuh pada 29 September 2013. Kejadian itu disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk pada awal 4.00 pagi setelah terdengar bunyi yang kuat. Menurut sumber, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan akibat insiden tersebut. Untuk info, ini bukanlah kali pertama masjid runtuh di Terengganu. Sebelum ini, Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pernah mengalami nasib yang sama.

Gambar Siling Masjid Bukit Tunggal Terengganu Runtuh 29 September 2013
masjid trg runtuh masjid trg runtuh1 masjid trg runtuh3 masjid trg runtuh4 masjid trg runtuh5 masjid trg runtuh6

Senarai Jenama Rokok Naik Harga Lagi Mulai 30 September 2013

Senarai jenama rokok naik harga lagi mulai isnin 30 September 2013. Pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn Bhd dalam kenyataan akhbar telah mengumumkan beberapa jenama rokok yang akan naik harga sebanyak RM1.50 mulai tarikh tersebut. Melalui peningkatan yang diumumkan, harga baru untuk sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.

Punca Kenaikan Harga Rokok
Punca kenaikan harga rokok dikenal pasti kerana industri tembakau kini berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi. Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok secara haram.

Senarai Jenama Rokok Naik Harga Mulai 30 September 2013
HARGA-ROKOK-NAIK-LAGI

Biodata Azman Md Nayan Pak Guard Terminal Skypark (6 Gambar Peminat Dia)

Berikut adalah biodata Azman Md Nayan seorang Pak Guard atau pengawal keselamatan di Skypark Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. Nama Pak Man mula dikenali umum setelah video rakaman bergaduh dengan isteri Mat Yo tersebar dilaman sosial. 

Pada masa yang sama, seluruh warga Malaysia menyokong sepenuhnya Azman Md Nayan dan mengutuk tindakan Siti Aisya isteri Mat Yo yang biadap dan tidak menghormati orang tua. Susulan kes tersebut, Pak Man kini menjadi ikon dan sangat popular dikalangan peminat yang menemui beliau di Terminal Subang. Ada juga yang sempat mengambil foto bersama beliau untuk dijadikan kenangan.

Biodata Pak Guard Gaduh Dengan Isteri Mat Yo
Nama Penuh: Azman Bin Md Nayan
Umur: 49 Tahun
Pekerjaan: Pengawal keselamatan Skypark Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.

Gambar Azman Md Nayan
Azman Md Nayan
Azman Md Nayan3 gambar-pakcik-guard-azman-nayan-2 Pak Man Kini Semakin Terkenal-1 Pak Man Kini Semakin Terkenal-2 
Pak Man Kini Semakin Terkenal-3

Saturday, September 28, 2013

Tonton Drama Kampung Girl Episode 10 Online

Tonton Drama Kampung Girl Episode 10 Online. Drama bersiri Kampung Girl kini sudah berada pada episod yang ke sepuluh pada jumaat 27 September 2013. Jangan lupa untuk saksikan Kampung Girl yang seperti biasa bersiaran di slot Zehra TV3 setiap Jumaat 9.00 malam. Kepada yang terlepas menonton pada episode 10, anda boleh tonton dilaman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Tonton Drama Kampung Girl Episode 10 Online
Selamat menonton

Thursday, September 26, 2013

Gambar Rasmi Akad Kahwin Adam AF Dan Fiza Elite 26 September 2013

Gambar Rasmi Kahwin Adam AF Dan Fiza Elite 26 September 2013. Tahniah diucapkan kepada Adam bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim kedua yang telah selamat bergelar suami kepada Fiza di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Shah Alam. Fiza dari kumpulan Elite atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran. 

Majlis pernikahan yang berlangsung dalam serba sederhana itu dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media. Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah. Untuk pengetahuan, Fiza pernah berkahwin sebelum ini dan memiliki dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq.

Gambar Rasmi Kahwin Adam AF Dan Fiza Elite
Gambar Rasmi Kahwin Adam AF Dan Fiza Elite1
adamnikah5  Gambar Rasmi Kahwin Adam AF Dan Fiza Elite2
Gambar Rasmi Kahwin Adam AF Dan Fiza Elite3
Gambar Rasmi Kahwin Adam AF Dan Fiza Elite4
Gambar Rasmi Kahwin Adam AF Dan Fiza Elite6

Cara Permohonan Pelajar Malaysia Di Mesir Sambung Di IPTA/ IPTS

Permohonan pelajar Malaysia di Mesir sambung pelajaran di IPTA/ IPTS tempatan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka peluang kepada pelajar Malaysia yang telah terkandas ketika pembelajaran di Universiti Mesir untuk menyambung semula pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

kpm

Borang Permohonan Online
Untuk dapatkan borang permohonan atas talian, sila layari https://www.mohe.gov.my/j3p2m/ atauhttp://www.moe.gov.my/

Panduan Permohonan

1. Pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir dibenarkan memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti tahun klinikal (tahun akhir pengajian di universiti di Mesir) bagi bidang perubatan dan pergigian.

2. Pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah mengikut prinsip “parallel” (minus one rule) berdasarkan tahun pengajian. Sebagai contoh, pengajian perubatan di universiti di Mesir mengambil masa enam (6) tahun, manakala pengajian perubatan di Malaysia mengambil masa lima (5) tahun. Oleh yang demikian, dari segi pelaksanaan, pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir adalah setara dengan pelajar tahun tiga (3) IPT di Malaysia. Justeru, pemindahan kredit ini membolehkan pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir meneruskan pengajian pada tahun tiga (3) di IPT di Malaysia. Pelaksanaan ini dibuat secara “one-off” iaitu khas untuk kumpulan yang menghadapi krisis Mesir 2013 sahaja. Manakala pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar bidang pengajian Islam yang ingin mengikuti pengajian di IPT di Malaysia adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

3.     Anda dikehendaki berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir (JPPPMM) dengan mengisi borang permohonan atas talian pada pautan berikut www.mohe.gov.my/j3p2m mulai 24 September 2013 jam 5.00 petang. Anda boleh menyemak senarai IPT di Malaysia yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di pautan berikut senarai IPT di Malaysia. Permohonan atas talian ditutup pada 8 Oktober 2013 jam 12.00 tengah hari.

4.     Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak serta dikepilkan dengan dokumen sokongan (yang telah disahkan) seperti berikut:
a. Salinan Kad Pengenalan;
b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
c. Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Sijil Tinggi Agama 
Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia (sila rujuk pautan kelayakan MQA );
d. Salinan surat tawaran daripada universiti di Mesir (jika ada);
e. Keputusan peperiksaan bagi setiap semester di Universiti di Mesir (jika ada);
f. Salinan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) (jika ada);
g. Salinan surat tawaran penajaan / pinjaman (jika ada);dan
h. Salinan surat tawaran IPT di Malaysia (jika ada).

5.     Anda perlu mengemukakan borang permohonan atas talian yang telah dicetak berserta dengan dokumen-dokumen sokongan kepada JPPPMM selewat-lewatnya pada 09 Oktober 2013 sebelum pukul 12.00 tengah hari di alamat berikut.
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya

6.     Syarat minimum kelayakan akademik bagi penempatan pelajar di IPTA untuk kursus pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- atau A2 dalam sembilan (9) subjek di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Moden, Matematik Tambahan dan satu daripada mana-mana subjek dalam SPM SERTA mendapat sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan dalam keputusan semasa di universiti di Mesir.

7.     Bagi pelajar yang mengambil peperiksaan ulangan dan masih belum mendapat keputusan peperiksaan, penentuan tahun kemasukan ke IPT di Malaysia akan ditentukan oleh JPPPMM.

8.     Keputusan berjaya atau gagal bagi pemilihan pelajar untuk meneruskan pengajian di IPT di Malaysia adalah ditentukan oleh JPPPMM dan keputusan adalah muktamad.

Tuesday, September 24, 2013

Permohonan Kolej Komuniti Sesi November 2013 Online

Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti sesi november 2013 secara online. Menerusi portal rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk ke Kolej Komuniti kini sudah dibuka mulai 8 ogos 2013. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan online Kolej Komuniti bagi calon yang berminat.

kolej-komuniti

Senarai Program Ditawarkan
Kolej Komuniti menawarkan empat mod program pengajian iaitu ;
1- Sijil Kolej Komuniti Berterusan – SKK(T)
2- Sijil Kolej Komuniti Bermodular Dengan SPM – SKK (M)
3- Sijil Kolej Komuniti Bermodular Tanpa SPM – SKK (M)
4- Sijil Modular Kebangsaan – SMK

Borang Permohonan Online Kolej komuniti

Semakan Keputusan Permohonan
Semakan kemasukan ke Kolej komuniti boleh disemak mulai 27 september 2013 di laman http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/

Tarikh Tutup
27 September 2013

Gambar Kahwin Fouziah Gous Dan Md Zhafran 21 September 2013

Gambar Kahwin Fouziah Gous Dan Md Zhafran 21 September 2013. Tahniah kami ucapkan kepada Fouziah Gous yang telah sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Mohd Yusof dengan hanya sekali lafaz sekitar 9.43 malam tadi. Majlis pernikahan Fouziah Gous & Zhafran juga telah dilangsungkan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor. 

Pihak lekaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000. Persalinan pengantin direka oleh Ailina Aimi yang berkonsepkan Arab Pakistan.

Gambar Kahwin Fouziah Gous Dan Md Zhafran
fouziah-kahwin4
fouziah-kahwin2
kahwin-fouziah
fouziah1 fouziah-gous-kahwin4 fouziah-kahwin2  fouziah-kahwin5
Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof 11
Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof 1
fouziah-kahwin-3
fouziah-kahwin3
Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof 2 Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof 3 Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof 5 Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof 7 Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof 8 Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof 9 Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof 10

Senarai Nama Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Mekah 2013

Senarai terkini nama jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Mekah pada tahun 2013. Berikut adalah nama jemaah yang meninggal ketika menunaikan haji di tanah suci dan akan dikemaskini dari masa  kesemasa.  Untuk info, penerbangan jemaah haji ke tanah suci pada musim ini telah pun bermula pada awal bulan september secara berperingkat.

mekah

Senarai Terkini Nama Jemaah Haji Meninggal Di Mekah 2013

Update 22 September 2013: Setakat ini hanya dua jemaah haji disahkan meninggal dunia.
1. Daud Kassim – Sakit Jantung
2. Hashim Abdul Latif (Umur 60) – Sakit Jantung

Permohonan Kolej MARA KKTM Dan IKM Sesi Januari 2014

Permohonan Kolej MARA KKTM dan IKM Sesi Januari 2014. Pihak MARA mempelawa calon yang berminat untuk menyertai dan mengemukakan permohonan ke Kolej Kemahiran Teknologi MARA (KKTM) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) bagi pengambilan bulan Januari 2014 mulai 4 September hingga 4 Oktober 2013.

MARA

Borang Permohonan KKTM dan IKM Sesi Januari 2014 Online
Calon boleh membuat permohonan di laman http://apponline.mara.gov.my/spupim/

Syarat Kelayakan
  • Warganegara/ Bumiputera
  • Lulus SPM
  • Sihat tubuh bandan
  • Uur 18 hingga 40 tahun
Program Ditawarkan
IKM- Program Sijil
KKTM- Program Diploma

Kemudahan Disediakan
  • Yuran Pengajian percuma dan dibiayai oleh MARA
  • Asrama
  • Fasiliti yang lengkap
  • Elaun sara hidup bulanan

Video Isteri Mat Yo Kurang Ajar Dengan Pak Guard Tersebar

Video isteri Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha kurang ajar dengan pak guard tersebar. Memang sangat kecoh apabila isteri kepada Mat Yo pemain bola sepak tanah air yang dikenali sebagai Shahrul Aisya telah melemparkan kata kesat terhadap seorang pak guard gara-gara isu parkir kereta. Pada mulanya, video itu dirakam dan dimuat naik dilaman sosial oleh isteri Mat Yo untuk mempamerkan sikap layanan buruk pak guard yang memarahinya. 

Tanpa disedari, perbuatan isteri Mat Yo itu adalah lebih teruk dan sangat kurang beretika terhadap seorang yang lebih berumur atau berusia darinya. Selain itu, dia turut mengatakan pak cik atau pak guard itu adalah seorang yang bodoh. Jelas perbuatan itu sangat tidak menghormati orang lebih tua. Ikuti rakaman video tersebut yang telah mendapat pelbagai komen negatif terhadap sikap wanita tersebut.

isteri-mat-yo

Video Isteri Mat Yo Kurang Ajar Dengan Pak Guard Tersebar

Saturday, September 21, 2013

Tarikh Hari Raya Haji Aidiladha 2013 Di Malaysia

Tarikh hari raya haji Aidiladha 2013 di Malaysia. Menerusi kalender islam tahun 2013, tarikh rasmi hari raya korban dinegara ini adalah jatuh pada 10 Zulhijjah 1434 bersamaan dengan selasa 15 Oktober 2013. Seluruh umat islam di Malaysia akan meraikan hari kebesaran dan menjadikan hari tersebut sebagai cuti umum di seluruh negeri.

Tarikh Hari Raya Haji Aidiladha 2013 Di Malaysia

15 Oktober 2013: Selasa : Semua Negeri Cuti Umum

16 Oktober 2013: Cuti umum Hari Raja Haji Hari Kedua: Hanya untuk negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu Sahaja

hari-raya-haji 2013

10 Keping Gambar Honeymoon Ashraf Muslim Dan Dayana Isteri Pertama

Gambar honeymoon Ashraf Muslim dan Noor Dayana isteri pertama di Genting Highlands dan juga Pulau Pom Pom di Sabah. Baru-baru ini pelakon Ashraf Muslim telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan berbulan madu bersama isteri pertama di Pulau Pom Pom yang terletak di Sabah dan juga taman hiburan Genting Highlands. 

Tahniah kepada Ashraf, walaupun telah menerima berita gembira bahawa Sakinah isteri kedua sudah hamil, namun masih tidak lupa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap isteri pertamanya.

Gambar Honeymoon Ashraf Muslim Dan Noor Dayana Di Genting Highlands
ashraf dan dayana

ashraf dan dayana

ashraf dan dayana

ashraf dan dayana

ashraf dan dayana

ashraf dan dayana

Gambar Honeymoon Ashraf Muslim Dan Noor Dayana Di Sabah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More