Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, July 3, 2013

Peraturan Baru Perniagaan Online Mulai 1 Julai 2013 Malaysia


Peraturan baru perniagaan jual beli secara online mulai 1 Julai 2013 di Malaysia. Tujuan sebenar undang-undang ini dilaksanakan adalah untuk mengelakkan penipuan ketika membuat transaksi secara online. Peraturan ini diguna pakai kepada semua peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian seperti laman sosial ataupun laman web. Peraturan ini akan dilaksanakan dibawah  Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2012.

Kpdnkk

Tujuan atau Objektif Peratuan Baru Perniagaan Online
  • Untuk mengelakkan sebarang penipuan ketika membuat transaksi secara online.
  • Meningkatkan tahap keselamatan berniaga secara online.
  • Mengelakkan barangan palsu.
  • Memastikan perniagaan secara online di Malaysia lebih diyakini.
Peraturan Wajib Yang Perlu Dipatuhi Perniaga Online
Antara perkara yang perlu dipatuhi web perniagaan di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2012 ialah:
  • Nama perniagaan
  • Nama syarikat dan nama orang yang menjalankan perniagaan;
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat;
  • Alamat e-mail dan premis dan nombor telefon;
  • Butiran mengenai ciri utama barang atau perkhidmatan.
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos pengangkutan, cukai dan kos-kos lain
  • Kaedah pembayaran
  • Terma-terma syarat
  • Anggaran masa penghantaran atau perkhidmatan kepada pembeli.
Kriteria Laman Yang Perlu Ikut Peraturan
  • Peraturan ini diguna pakai kepada individu yang menjalankan perniagaan membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau pasar dalam talian termasuk media sosial seperti Facebook dan pengendalian pasar dalam talian.
  • Pasar dalam talian adalah tapak web di mana barang atau perkhidmatan dipasarkan oleh pihak ketiga bagi maksud perdagangan manakala pengendali pasar dalam talian bererti seseorang yang menyediakan pasar dalam talian contohnya mudah.my atau lelong.com.my.
Kesalahan atau Denda Jika Langgar Peraturan
  • Kegagalan mematuhi peraturan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.
  • Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali. Selain itu, pertubuhan perbadanan yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM200,000.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More