Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, June 27, 2013

Gambar Isteri Baru Jimmy Shanley Tersebar Sebenarnya Adalah Kakak Ipar

Gambar sebenar isteri baru Jimmy Shanley yang tersebar adalah kakak ipar. Ramai salah faham tentang status wanita dalam foto tersebut dan mendakwa itu adalah isteri Jimmy. Baru-baru ni, Jimmy ada memuat naik gambar di twitter yang memaparkan Jimmy bersama seorang wanita bertudung. Menurut maklumat yang diterima, wanita tersebut adalah kakak ipar kepada Jimmy Shanley.

isteri baru jimmy-shanley
jimmy-1
kakak-iparnya

Wednesday, June 26, 2013

Gambar Dan 4 Video Fenomena Hujan batu Di Singapura Setelah Jerebu 25 Jun 2013

Fenomena Hujan Batu Di Singapura Setelah Jerebu pada 25 Jun 2013. Ketika semenanjung Malaysia dilanda hujan untuk mengurangkan jerebu, namun di Singapura lain pula jadinya apabila hujan batu menghujani negara tersebut. Air hujan yang berdiameter sebesar dalam lingkungan 5mm-10mm menghujani sempat dirakamkam pengguna jalan raya dan penduduk.
hujan-batu

Punca Kejadian  Hujan Batu
hujan-batu

Kejadian itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Perubahan fenomena alam ini bukanlah disebabkan oleh faktor pertukaran cuaca yang mendadak akibat perubahan suhu dunia.

Kombinasi seperti angin, hujan dan faktor ketinggian awan diperlukan dalam proses  pembentukan air batu ketika hujan lebat. Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.
Video Hujan batu Di Singapura Setelah Jerebu 25 Jun 2013

Tuesday, June 25, 2013

Lokasi Tiket Percuma Kelantan Vs Johor Final Piala FA 2013

Tiket Percuma atau free Kelantan Vs Johor Final Piala FA 2013.  Sebanyak 4,000 tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim akan diberi percuma bermula pada 25 Jun 2013. Pemberian tiket berkenaan dilakukan melalui kerjasama Persatuan Anak-Anak Tanah Merah Di Perantauan (PERTAMA) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA).

finalpialafa2013

Lokasi Tiket Percuma- Perodua Noble Twin (M) Sdn Bhd di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur
Tiket bagi menyaksikan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu ini boleh diperolehi di Perodua Noble Twin (M) Sdn Bhd di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur (bersebelahan LRT Jalan Jelatek) mulai pukul 10 pagi hingga 9 malam berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

Pemberian tiket itu sebagai penghargaan kepada anak-anak Tanah Merah khususnya penyokong Barisan Nasional (BN) yang memastikan parti itu memenangi kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Senarai Terkini Sekolah Dibuka Semula Esok 25 Jun 2013

Senarai terkini sekolah dibuka semula esok pada 25 Jun 2013. Sekolah yang berada dikawasan jerebu yang tidak berbahaya boleh beroperasi seperti biasa. Apapun, berikut adalah makluman penting untuk anda.

terkini

Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak ke sekolah Jika Jerebu
Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.

Senarai Terkini Sekolah Dibuka Semula Esok 25 Jun 2013 (Kemaskini)

Sekolah Di Melaka: Semua sekolah di Melaka yang ditutup hari ini akibat jerebu diarah buka semula seperti biasa esok – Ketua Menteri Melaka

Sekolah Di Kuantan: sekolah di Kuantan yang ditutup hari ini akibat jerebu akan dibuka semula seperti biasa mulai esok, kata Pemangku Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail.

Sekolah Di Port Dickson: Semua sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan dibuka semula esok – Pengarah Pendidikan Negeri

Lain-lain Sekolah: Sekolah berada dikawasan Jerebu tahap sihat dan dibawah IPU 250 akan dibuka seperti biasa.

Selangor Dan Kuala Lumpur (update): Semua sekolah di KL dan Selangor kecuali di Pelabuhan Klang akan dibuka semula esok – TKP Pendidikan

Senarai Sekolah Ditutup Esok 25 Jun 2013
Sekolah di Kawasan Perlabuhan Klang sahaja ditutup esok kerana mencatat IPU 319 setakat 5 Petang tadi.
Nota: Pengumuman terkini dari Pengarah Pendidikan. Semua sekolah yang terletak di kawasan IPU kurang daripada 250 perlu dibuka semula.

Cara Download Pekeliling Kenaikan Gaji Julai 2013 Penjawat Awam

Download Pekeliling Kenaikan Gaji Julai 2013 Bilangan 5 Penjawat Awam. Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 akan berkuatkuasa mulai awal bulan julai ini. Individu yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.

pekeliling

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

Download Pekeliling Kenaikan Gaji Julai 2013 Penjawat Awam

Semakan Kadar Harga Pos Laju Dan Biasa Secara Online

Semakan Kadar Harga Bayaran Pos Laju Dan Biasa Secara Online Dan Mudah. Pihak Pos Malaysia telah memperkenalkan applikasi terbaru dimana pengguna boleh mengetahui jumlah perlu dibayar untuk menghantar barang dengan cepat. Kemudahan ini sangat berguna bagi para peniaga online yang sentiasa menggunakan pos laju sebagai medium penghantaran.

kadar-pos

Semakan Kadar Harga Pos Laju Dan Biasa Secara Online


20 Keping Gambar Kahwin Dan Hantaran Pierre Andre Dan Nurhidayah 23 Jun 2013

Gambar Kahwin Pierre Andre Dan Nurhidayah 23 Jun 2013. Perkahwinan antara Pierre Andre dan Siti Nur Hidayah telah selamat berlansung dengan hanya sekali lafaz di Masji Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang. Majlis pernikahan dihadiri lebih kurang 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, sahabat handai dan beberapa rakan artis.

Pierre Andre kahwin

Untuk hantaran perkahwinan, pihak perempuan menerima 7 dulang berbalas 9 dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, sebentuk cincin, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi. Mas Kahwin yang diterima berjumla RM 300 manakala wang hantaran yang diterima pihak perempuan adalah sebanyak RM 20,000.

pierre andre
pierre andre nikah
perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 1 perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 2 perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 3 perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 4 perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 5 perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 6
pierre-andre-kahwin-foto-2 pierre-andre-kahwin-foto-3 pierre-andre-kahwin-foto-5
pierre
gambar kahwin pierre andre
gambar kahwin pierre andre
gambar kahwin pierre andre gambar kahwin pierre andre gambar kahwin pierre andre gambar kahwin pierre andre gambar kahwin pierre andre

Gambar Dalam Kenangan Sumaiyah Romli Pelajar Malaysia Maut Di Jordan

Sumaiyah Romli

Senarai Nama Pelajar Lain Cedera Parah
  • Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin (Cedera)- London School Of Economy, Asal : Perak.
  • Mohamad ShukriAlia (Cedera)- Pemandu- Universiti Yarmouk , Asal : Kelantan.
  • Nur Ili Dayana Mazlan @ Masgelan (Cedera)- London School Of Economy,  Asal : Perak.
  • Humairak Ibrahim.( Cedera)
sumaiyah 1 

Gambar Sumaiyah Romli Pelajar Malaysia Maut Di Jordan. Sumaiyah bt Romli telah terlibat dalam kemalangan maut jalan raya di antara Petra dan Aqabah iaitu kira-kira 320 kilometer dari Amman, Jordan. Allahyarhamah yang sedang dalam percutian bersama lima orang pelajar Malaysia yang lain terlibat dalam kemalangan berkenaan yang berlaku antara jam 5.00 petang hingga 6.00 petang (waktu Jordan). Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung. Allahyarhamah telah mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkuk.

Sumaiyah 2 Sumaiyah 3

Gambar Pelajar Malaysia Kemalangan Maut Di Jordan 2013

Gambar Pelajar Malaysia Kemalangan maut di Jordan 2013. Seorang pelajar meninggal iaitu Sumaiyah Romli manakala empat lagi sahabat cedera parah. Punca kejadian apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 kilometer dari Aman, Jordan pada Jumaat (21 Jun 2013 waktu tempatan Jordan).

Senarai Mangsa Kemalangan Di Jordan 22 Jun 2013

Sumaiyah Romli- Meninggal Dunia
Sumaiyah 2-vert
  • Sumaiyah Romli (Meninggal Dunia)- Universiti Kolej London.  Asal : Kedah.
  • Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin (Cedera)- London School Of Economy, Asal : Perak.
  • Mohamad ShukriAlia (Cedera)- Pemandu- Universiti Yarmouk , Asal : Kelantan.
  • Nur Ili Dayana Mazlan @ Masgelan (Cedera)- London School Of Economy,  Asal : Perak.
  • Humairak Ibrahim.( Cedera)
Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
kemalangan jordan
Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah)
pelajar malaysia

Facebook Sally Yen Hina Nabi Dan Islam Dikecam Hebat

Facebook Sally Yen hina islam dikecam hebat di internet. Mungkin akaun laman sosial Sally akan dijejak oleh SKMM dan pihak polis yang akan mengambil tindakan terhadap isu penghinaan terhadap agama. Kini, terlalu ramai pengguna yang menyalah gunakan laman sosial sehinggakan menimbulkan isu sensitif yang mengundang kemarahan umat islam di Malaysia.

sally yen-hina-islam

Punca Anggota DBKL Dipukul Di Perhimpunan Blackout 505

Punca Pegawai Anggota DBKL Dipukul Di Perhimpunan Blackout 505. Peserta yang mengikuti perhimpunan pada 22 Jun 2013 itu bertindak agresif dengan memukul anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam perhimpunan di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Peserta perhimpunan dikatakan bertindak demikian kerana cuba menghalang anggota DBKL tersebut daripada merobohkan beberapa khemah yang didirikan di tengah-tengah Padang Merbok. Apapun, pihak polis kini memburu suspek yang memukul anggota terbabit.

anggota-DBKL-Dipukul

Video Anggota DBKL Dipukul

Berita Kemalangan Pelajar Malaysia Di Jordan Jun 2013

Berita kemalangan pelajar Malaysia di Jordan pada 21 Jun 2013 waktu tempatan disana. Pihak kami telah menerima info mengenai kemalangan maut yang membabitkan seorang Pelajar Malaysia disana. Berikut adalah laporan penuh tersebut.

http://3.bp.blogspot.com/-5Ih8SixDwxc/UcUgyvLC5jI/AAAAAAAAG4E/_RyO-5DB3Sw/s1600/MAJLIS+PERWAKILAN+PELAJAR+MAHASISWA+MALAYSIA+JORDAN.jpg

Laporan Kematian Pelajar Malaysia di Jordan 21 Jun 2013
Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 – 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.

3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.
Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik.

Cara Tonton Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 11 Online

Tonton Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 11 Online. Pada 21 Jun 2013, SSID drama slot Zehra TV3 akan bersiaran mulai pukul 9 Malam. Seperti biasa, bagi yang terlepas menonton drama paling hebat ini, perkongsian turut dikongsikan dilaman ini. Nampaknya, tinggal lagi beberapa episode sebelum SSID tamat.


Sinopsos Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 10
Firash dan Syaf pergi honeymoon.Masa inilah,Firash meluahkan rasa cintanya pada Syaf.Namun, tanpa diduga Rania telah menghantar video pada Syaf malam tu. Syaf tidak tahu yang Firash telah dianiayai.Lalu ambik keputusan tinggalkan Firash dan menumpang di rumah rakannya.Firash menangis saat mengetahui dia kehilangan Syaf- kredit adamaya.blogspot

Tonton Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 11 Online
 
Selamat menonton

Sebab Laman Web Jiwang.Org Ditutup Akibat Kandungan Hakcipta

Laman web Jiwang.org sudah ditutup akibat perkongsian kandungan hakcipta terpelihara. Jiwang merupakan sebuah laman perkongsian filem dan muat turun lagu percumay dan telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman sesawang JWG.

Paparan Muka Jiwang.Org
jiwang

Pasukan penguatkuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. SKMM telah menghalang pengguna daripada akses laman sesawang JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Tan berkata industri muzik menanggung kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan laman sesawang yang menawarkan muat naik dan muat turun lagu di negara ini.

Cara Dan Lafaz Doa Minta Hujan Turun Akibat Jerebu Dan Kemarau

Lafaz doa untuk minta hujan turun akibat jerebu dan kemarau. Jerebu berpunca daripada pembakaran hutan terbuka yang tidak dapat dikawal akibat musim panas yang berpanjangan. Dengan berdoa agar hujan turun, dapat mengawal jerebu dan juga memadamkan kebakaran. Berikut adalah doa yang boleh dikongsikan kepada anda semua.

doa minta hujan

Cara Dan Langkah Mencegah Dan Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan

Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan. Jerebu akan memberi impak yang negatif terhadap kesihatan dan boleh memudaratkan kesihatan seseorang. Berikut adalah tindakan yang perlu diambil ketika negeri atau kawasan anda dilanda jerebu.

kesan jerebu

Golongan Terdedah Kepada Kesan Jerebu
  •    Kanak-kanak.
  •     Orang tua.
  •     Perokok.
  •     Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.
  •     Asma.
  •     Bronkitis.
  •     Radang paru-paru.
  •     Penyakit paru-paru yang kronik.
  •     Penyakit jantung.
  •     Alahan.
Kesan dan Simtom Akibat Jerebu:
  •     Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
  •     Sukar bernafas atau sesak nafas.
  •     Mata pedih dan berair.
  •     Hidung berair dan kerap bersin.
  •     Kulit badan terasa gatal-gatal.
  •     Sakit-sakit dada.
Langkah Mencegah Jerebu
  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Pakai mask atau topeng penutup hidung dan mulut
  • Gunakan penghawa dingin ketika memandu
  • Banyakkan minum air kosong
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar
  • Mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simtom akibat jerebu

Berita Palsu KL Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Bahaya Didunia

Berita palsu Kuala Lumpur KL, Malaysia antara 10 bandar paling bahaya didunia. Terkini tersebarnya sebuah artikel mendakwa KL adalah tersenarai dalam kedudukan ke enam negara paling tinggi kes jenayah. PDRM menafikan dakwaan itu tidak berasas. Perkara ini pada mulanya disebarkan oleh laman www.10awesome.com dan boleh menjatuhkan imej negara kerana ianya tidak benar sama sekali.

berita-palsu

Penyebar Utama Laporan Palsu KL 10 Bandar Bahaya Didunia

Penjelasan PDRM
Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman sesawang tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada pihak polis. Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi.

Sepanjang tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan jenayah indeks di Kuala Lumpur sebanyak 31.8%, hasil usaha berterusan pihak polis dalam menangani isu jenayah di bandaraya tersebut.

Semakan Keputusan Rayuan Politeknik Konvensional/ Metro 2013

Semakan keputusan rayuan Politeknik Konvensional/ Metro 2013 Sesi Jun. Kepada pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke politeknik konvensional atau Metro, sukacita dimaklumkan bahawa calon kini boleh membuat semakan mulai 20 Jun 2013 pada pukul 2 Petang. Berikut adalah cara untuk membuat semakan keputusan rayuan secara online.

keputusan rayuan politeknik konvensional

Semakan Keputusan Rayuan Politeknik Konvensional/ Metro 2013


Semoga berjaya kami ucapkan kepada calon semua.

Thursday, June 20, 2013

Gambar Cute Anak Lelaki Zahiril Adzim Dan Shera Ayub Baru Lahir

Gambar Anak Lelaki Zahiril Adzim Dan Shera Ayub Baru Lahir. Tahniah kepada Shera yang telah selamat bersalin dan dikurniakan seorang bayi lelaki pada 19 Jun 2013. Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi laman instagram Zahiril Adzim dimana dia bersyukur dengan kehadiran bayinya itu. Apapun, tahniah kepada pasangan ini dan semoga kehadiran cahaya mata mereka menyerikan lagi rumah tangga.

Gambar Anak Lelaki Zahiril Adzim Dan Shera Ayub
gambar anak zahiril adzim

zasaad

Wednesday, June 19, 2013

Benarkah Tuduhan Zikir Karut Minta Tolak Syurga?

Terdapat individu yang mengumpulkan koleksi kuliah agama yang disampaikan oleh asatizah tertentu yang dilihat banyak menimbulkan kekeliruan kepada orang yang mendengarnya. Ia menggunakan username sebagai Abu Aqif. Dan setiap kuliah yang dimuatnaik pasti ada 'trademark' nama tersebut.


Antara kuliah agama yang dimuatnaik iaitu yang disampaikan oleh seorang 'ustaz' digelar Ustaz Mat Malaya atau Ustaz Mohd Rizal Azizan sila lihat dan dengar kuliahnya yang menyatakan Zikir/Doa minta 'tolak syurga' adalah mengarut. Dan kuliahnya ini juga disokong oleh Ustaz Fathul Bari.

Apakah penjelasan dari tuduhan dua orang 'ustaz' di atas yang nampaknya menidakkan rasa rendah diri seorang hamba kepada Allah ? Tidak pernahkah mereka belajar tentang adab-adab seorang hamba sebagaimana yang ditunjukkan oleh salafussoleh. Bahkan jika kita belajar Bahasa Melayu kaya dengan kiasan, metafora menunjukkan orang Melayu itu kaya dengan adab sopan yang tinggi.

Jawapan dijelaskan oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

Ungkapan Adab: Saya Tidak Layak Masuk Syurga

Ada satu qasidah yang sangat masyhur dalam kalangan masyarakat awam yang berbunyi:
إلهي لست للفردوس أهلاً *** ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لي توبةً واغفر ذنوبي *** فإنك غافر الذنب العظيم

    Maksudnya:
    Wahai Tuhanku, aku tidak layak untuk syurga Firdaus
    Bahkan, aku juga tidak sanggup untuk ke neraka Jahim.
    Maka kurniakanlah taubat (keampunan) kepadaku dan ampunilah segala dosaku,
    Sesungguhnya Engkau Maha Mengampuni segala dosa yang besar.

Ada juga sebahagian pihak yang menjadikan qasidah ini suatu isu lalu menyalahkan ungkapan ini dengan memahami bahagian atas sahaja daripada lafaz tersebut. Lalu, menurut mereka, orang yang mengucapkan lafaz ini bererti tidak mahu masuk syurga. Orang ini sudahlah tidak memahami bahasa yang asas sehingga tidak dapat membezakan antara “layak” dengan “mahu”, apatah lagi tidak memahami unsur kesenian dalam berbahasa.

Bagi setiap insan yang mempunyai jiwa yang lembut dan hati yang tawadhuk kepada Allah s.w.t., pastilah dapat memahami dengan mudah apakah maksud di sebalik ungkapan di atas dan betapa tingginya adab orang yang mengungkapkan ungkapan tersebut kepada Allah s.w.t.

Budaya rendah diri dan tawadhuk memang merupakan adab yang tinggi dalam hati para nabi dan wali. Bahkan, kita lihat contoh terdekat, bagaimana sebahagian para sahabat r.a. yang dijamin sebagai ahli syurga sendiri, diriwayatkan mempunyai kemuncak tawadhuk dalam bab syurga dan neraka, walaupun sudah diberi jaminan bahawa mereka adalah ahli syurga.

Imam Abu Nu’aim meriwayatkan:

    لما قدم أهل اليمن زمان أبي بكر وسمعوا القرآن جعلوا يبكون ، قال : فقال أبو بكر : هكذا كنا ، ثم قست القلوب

 Maksudnya: Ketika Ahli Yaman sampai ke Madinah pada zaman Abu Bakar r.a., maka mereka mendengar bacaan Al-Qur’an sehinggalah mereka menangis. Lalu Saidina Abu Bakar r.a. berkata: “Beginilah kami dahulu. Sehinggalah kesat hati kami.”  (Rujuk kitab Hilyah Al-Auliya’.)

Tidak mungkin Saidina Abu Bakar r.a. mempunyai hati yang kesat dan keras sedangkan jika iman beliau ditimbang dengan iman ahli Madinah, nescaya imannya akan mengalahkan iman ahli Madinah. Ini adalah ungkapan tawadhuk.

Lihatlah perkataan insan paling mulia dalam umat Muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam selepas Baginda shollallahu ‘alaihi wasallam dan Saidina Abu Bakar r.a.. Beliau ialah Saidina Umar r.a.. Beliau adalah seorang insan telah diberi jaminan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam sebagai ahli syurga. Bahkan, Baginda shollallahu ‘alaihi wasallam pernah menyebut bahawa, jika ada nabi selepas Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, sudah tentu nabi tersebut ialah Saidina Umar r.a..

Pun begitu, apa kata Saidina Umar r.a. tentang syurga dan neraka, dengan segala kelayakan yang dimiliki dan jaminan daripada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam? Beliau berkata:
    لو نادى مناد من السماء : أيها الناس إنكم داخلون الجنة كلكم أجمعون إلا رجلا واحدا ، لخفت أن أكون هو ، ولو نادى مناد أيها الناس إنكم داخلون النار إلا رجلا واحدا لرجوت أن أكون هو .

 Maksudnya: “Kalaulah ada suatu panggilan yang memanggil dari langit: “Wahai manusia. Sesungguhnya kamu akan masuk syurga melainkan seorang sahaja (yang tidak akan masuk syurga). Maka, nescaya aku takut aku adalah dia (seorang yang tidak masuk syurga tersebut). Jika ada panggilan memanggil: “Wahai manusia, semua kamu akan masuk neraka kecuali seorang sahaja (yang tidak masuk neraka). Maka sudah pasti aku harap aku adalah dia (seorang sahaja yang tidak masuk neraka tersebut).” [Ibid]

Lihat betapa tingginya adab Saidina Umar r.a.. Dengan banyak kemungkinan lain, di mana ramai lagi orang-orang kafir dan mati kafir pada zaman beliau seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan sebagainya, namun di sisi beliau, jika ada seorang sahaja yang tidak masuk syurga, dia takut seorang itu adalah beliau, sedangkan Abu Jahal dan Abu Lahab lebih layak untuk tidak masuk syurga berbanding beliau kerana kekufuran mereka. Begitu jugalah dalam masalah masuk neraka. Betapa tinggi adab para sahabat r.a. terutamanya mereka yang telah dijamin sebagai ahli syurga, namun masih menyatakan ketakutan terhadap neraka dan ketidak-layakan mereka untuk memasuki syurga.

Tidak cukup lagi. Kita boleh lihat pula bagaimana adab Saidina Uthman r.a. di hadapan Allah s.w.t. terutamanya dalam masalah syurga dan neraka. Beliau juga merupakan salah seorang daripada para sahabat r.a. yang dijamin sebagai ahli syurga. Bahkan, beliau termasuk dalam empat khulafa’ rasyidin yang agung.

Saidina Uthman r.a. pernah berkata:
    لو أني بين الجنة والنار ولا أدري إلى أيتهما يؤمر بي لاخترت أن أكون رمادا قبل أن أعلم إلى أيتهما أصير

Maksudnya: “Kalaulah aku berada di antara syurga dengan neraka, sedang aku masih tidak tahu aku akan disuruh untuk memasuki yang mana satu, nescaya aku akan memilih untuk menjadi tanah sebelum mengetahui ke mana satu hala tuju aku. [Hilyah Al-Auliya’ dalam manaqib Saidina Uthman r.a.]

Ini adalah Saidina Uthman r.a., sebagaimana kedua-dua sahabat agung yang telah disebutkan sebelum ini. Adakah mereka tidak yakin dengan janji Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam kepada mereka sehingga tidak merasa layak untuk masuk syurga? Demi Allah, ia adalah keadaan adab mereka yang tinggi di hadapan Allah s.w.t., yang gagal difahami oleh mereka yang tidak dikurniakan kemanisan hubungan dengan Allah s.w.t..

Para sahabat r.a. yang agung semuanya fokus kepada hubungan mereka kepada Allah s.w.t., bukan kepada syurga mahupun neraka tersebut. Oleh sebab itulah, walaupun mereka diberi jaminan sebagai ahli syurga dan telah terjamin selamat daripada neraka, namun mereka tetap melahirkan adab yang sangat tinggi di hadapan Allah s.w.t. dengan tidak melihat kelebihan itu sebagai kelayakan untuk diri mereka. Ini kerana, mereka mengutamakan hubungan mereka dengan Allah s.w.t. berbanding syurga dan neraka itu sendiri.

Kita lihat, bagaimana Saidina Ali r.a. sendiri menyebut tentang keutamaan di sisi beliau (sebagaimana para sahabat r.a. yang lain) adalah dalam hubungan mengenal dan berinteraksi dengan Allah s.w.t. berbanding syurga itu sendiri. Beliau menyebut:

    ما يسرني لو مت طفلا وأدخلت الجنة ولم أكبر فأعرف ربي عز وجل

 Maksudnya: “Tiadalah menggembirakan aku jika mati sebagai anak kecil lalu masuk syurga sedang aku tidak dewasa lalu mengenal Allah s.w.t..” [Hilyah Al-Auliya’]

Ini menunjukkan betapa jiwa para sahabat r.a. tidak tertakluk baik kepada syurga mahupun kepada neraka. Maka, mereka akan beradab di hadapan Allah s.w.t. lalu menafikan kelayakan diri mereka untuk mendapatkan syurga kerana mereka tahu, kemuliaan hamba adalah pada kehinaan diri dalam kehambaan di hadapan-Nya.

Jadi, dua asas dalam pendirian para ulama’ sufi secara umum dan dalam qasidah ini secara khusus iaitu tidak melihat kelayakan diri terhadap syurga dan mengutamakan Allah s.w.t. berbanding selain Allah s.w.t., kedua-duanya adalah daripada asas ajaran murni kerohanian Islam sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat r.a.. 
 
Sangat malang bagi mereka yang tidak membaca sirah dan riwayat hidup para as-salaf as-sholeh dengan baik lalu membuat tohmahan sewenang-wenangnya terhadap ajaran tasawwuf Islam yang murni. Qasidah ini, walaupun tidak jelas dinisbahkan kepada siapa, namun mempunyai makna yang sangat baik dan tidak wajar dianggap sesat sebagaimana dilakukan oleh segelintir manusia.

Kita lihat pula doa seorang sahabat agung yang diredhai oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, iaitulah Saidina Muaz bin Jabal r.a. yang hampir sama makna rohaninya seperti qasidah ini. Antara doa Saidina Muaz r.a. ketika tahajjud adalah:

اللهم طلبي للجنة بطيء وهربي من النار ضعيف

Maksudnya: “Wahai Tuhanku. Usahaku untuk mendapatkan syurga sangat perlahan sedangkan lariku dari neraka juga sangat lemah.” [Hilyah Al-Auliya pada Mu’az bin Jabal r.a.]

Saidina Abu Musa Al-Asy’ari r.a. menyebut tentang pentingnya menzahirkan rasa takut dan gerun di hadapan Allah s.w.t. terutamanya terhadap neraka yang dijanjikan oleh-Nya bagi para penderhaka. Beliau menyebut

    يا أيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا ، فإن أهل النار يبكون الدموع حتى تنقطع ، ثم يبكون الدماء حتى لو أرسلت فيها السفن لجرت
Maksudnya: “Wahai manusia. Menangislah kamu. Jika kamu tidak dapat menangis, maka berusahalah untuk menangis. Sesungguhnya, ahli neraka itu akan menangis dengan air mata sehinggalah terputus air mata (kering air mata). Kemudian mereka akan menangis dengan mengalir darah sehinggalah jika dilepaskan kapal pada himpunan tangisan mereka, nescaya kapal pun boleh berlayar padanya.”  [Hilyah Al-Auliya’]

Seseorang minta syurga dan minta berlindung daripada neraka adalah ibadah, tetapi niat seseorang beribadah adalah kerana Allah s.w.t.. Minta syurga adalah ibadah, yang mana juga dilakukan kerana ingin berinteraksi dan berhubungan dengan Allah s.w.t. dalam hubungan kehambaan. 
 
Takut kepada neraka juga adalah sebahagian daripada takut kepada Allah s.w.t. tetapi jika tujuan ibadah lebih daripada sekadar takut neraka, iaitulah takut kepada tidak diterima oleh Allah s.w.t., atau melakukan sesuatu kerana mengharapkan penerimaan dan redha Allah s.w.t., maka sudah tentulah niat itu lebih tinggi berbanding sekadar melakukan sesuatu kerana takutkan neraka atau inginkan syurga.

Wallahu a’lam..

Sumber : https://www.facebook.com/notes/raja-ahmad-mukhlis/ungkapan-adab-saya-tidak-layak-masuk-syurga/287803991246786?ref=notif&notif_t=like

Super GT Malaysia Catat Kejayaan Cemerlang!

GT 300 Class_ARTA CR-Z GT Team_1

Perlumbaan Super GT Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu lalu telah berjaya mencatat kejayaan cemerlang dengan lebih daripada 100,000 peminat telah hadir untuk menyaksikan acara tersebut. Pelbagai acara menarik yang lain juga turut dilangsungkan sempena perlumbaan tersebut.

Antaranya ialah himpunan besar-besaran lebih 1,300 buah motosikal berkuasa tinggi di laluan lurus utama Litar Antarabangsa Sepang, konsert Dash Berlin World Tour pada malam Sabtu (15 Jun) yang menyaksikan lebih 11,000 peminat telah berparti , pameran motor yang memaparkan pelbagai koleksi kereta klasik, kereta custom dan supercar berprestasi tinggi dan acara Japan Town yang telah berjaya menarik minat pengunjung untuk berpusu-pusu ke litar merasai keseronokan hujung minggu.

Beberapa pengedar kereta tempatan juga telah mengambil kesempatan sempena Malaysian Super GT untuk memperkenalkan model dan varian baru di Affin Bank Motor Show. Antaraya adalah Subaru yang melancarkan Subaru BRZ serba baru untuk pasaran Malaysia. 

Sementara itu Nissan turut mempamerkan Nissan Almera dengan Pakej Prestasi Nismo yang membuat kemunculan global pertama, manakala pengeluar kereta tempatan dan bahagian sukan permotoran PROTON R3 (Race.Rally.Research) mempamerkan kereta lumba Proton Preve R3 dan Satria Neo R3 sambil menawarkan diskaun kepada peminat untuk alat prestasi dan aksesori R3.

Buat julung kalinya, sejumlah 155 buah kereta hibrid Honda CRZ berkumpul di Litar Antarabangsa Sepang dan kemudiannya diberikan masa untuk mengelilingi trek sejauh 5.543km itu. Terdapat juga kira-kira 50 buah Porsche 911 yang berhimpun di trek itu pada hari Sabtu (15 Jun) untuk meraikan ulang tahun ke-50 Porsche 911.

Perlumbaan Super GT Malaysia adalah kemuncak ccara yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat. Pelumba pasukan Calsonic IMPUL GT-R, Tsugio Matsuda dan Joao Paulo Lima De Oliveira berjaya muncul pemenang dalam saingan kelas GT 500 pusingan ke-3 siri Autobacs Super GT di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini. Mereka yang bermula dari petak hadapan berjaya menewaskan saingan terdekat dari pasukan Denso Kobelco SC430 dan Raybrig HSV-010 yang menyaksikan tiga tempat teratas milik pengeluar Jepun, Nissan, Toyota dan Honda.

Dalam kelas GT 300 pula, pelumba pasukan ARTA CR-Z GT, Shinichi Takagi dan Takashi Kobayashi yang turut bermula dari petak hadapan berjaya memenangi perlumbaan menewaskan Hideki Mutoh dan Yuhki Nakayama dari pasukan Mugen CR-Z GT diikuti dengan Katsuyuki Hiranaka dan Bjorn WirdheimGainer yang mewakili pasukan Gainer Dixel SLS di tempat ketiga.

Pada tahun ini juga berlangsung acara sokongan, iaitu perlumbaan satu tempat duduk Piala Asia yang pertama dianjurkan oleh Meritus dan perlumbaan enam pusingan Toyota T86 Celebrity Race yang dimenangi oleh Raja Drift Malaysia Tengku Djan Ley. Selain itu, peminat kereta juga turut berpeluang untuk bersaing dalam acara gymkhana yang dianjurkan oleh Racing Ultra.

sumber : funtasticko.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More