Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, April 30, 2013

Semakan Kursus Universiti Diiktiraf MQA IPTA/ IPTS Malaysia


Semakan online kursus bidang di Universiti yang diiktiraf MQA di seluruh IPTA/IPTS di Malaysia. Bidang yang mempunyai pengiktirafan MQA adalah sangat penting bagi setiap pelajar kerana ianya menjamin masa depan seterusnya menjamin peluang pekerjaan. Jika sebuah bidang yang diambil tanpa MQA, sijil, diploma atau ijazah adalah tidak laku untuk peluang pekerjaan. Berikut adalah cara semakan kursus yang diiktiraf MQA di seluruh universiti.

mqa


Cara Semakan Kursus/Bidang Diiktiraf MQA


Sejarah & Kelebihan amalan Ayat Kursi


Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. 

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. 

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: 
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi; 
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. 
Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Monday, April 29, 2013

Azan Flower - Mekar Semasa Azan Berkumandang


Bunga Azan

Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Stesen televisyen CNN, pernah menayangkan sebuah dokumentari yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

Bunga-bunga yang pada awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Azerbaijan ini (juga terdapat di Turki) telah  mendapat perhatian dari media Barat. Lihat keajaiban bunga azan di dalam video di bawah ini.

Semakan Keputusan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2013


Semakan keputusan biasiswa kerajaan sabah BKNS bagi sesi 2013 boleh disemak melalui sistem applikasi biasiswa Sabah. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan anda pada bulan april lalu, anda kini boleh membuat semakan untuk mengetahui anda berjaya mendapat tawaran biasiswa tersebut.

biasiswa kerajaan negeri Sabah 2013

Semakan Keputusan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2013
Semakan tersebut adalah untuk mengetahui status terkini permohonan dan juga status berjaya mendapat tawaran


Untuk permohonan sila layari http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

Tarikh tutup Permohonan
15 Mei 2013

Lydiawati Menangis Angkara Zain Saidin Kurang Ajar & Biadap!


Zain Saidin kurang ajar dalam Masterchef selebriti Malaysia musim 2. Ini adalah sesuatu yang sangat mengejutkan apabila Zain berkelakuan tidak hormat terhadap juri setelah tersingkir pada malam tadi 28 April 2013. Dalam rancangan masterchef pada malam ni, antara calon peserta yang tersingkir adalah Lydiawati dan Zain. Namun, juri sepakat mengumumkan bahawa Zain telah tersingkirkan pada malam ini.Ini adalah tindakan yang bijak kerana sikap Zain semakin melampau dalam program realiti tersebut.

Gambar Zain Saidin Diumumkan Peserta Tersingkir
zain saidin

Zain Saidin Mengamuk Dalam Masterchef
Zain: “Ini semua tak adil”
Zain ungkit kembali keistimewaan yang diperolehi oleh rakan-rakan lain.
Lydiawati: ” Saya menangis bukan sebab zain tersingkir, tapi zain tak hormat juri dan agak sedikit biadab”

Zain Saidin Membidas Komen Para Juri atau Chef
Zain saidin membidas semua komen juri. Zain meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Chef  dan baginya para juri bersikap tidak adil dan tidak layak menjadi pengadil. Sangat mengejutkan apabila zain berani membuat pernyataan tersebut.

Komen Rozita Che Wan
Pemergian atau penyingkiran Zain membuatkan dia berasa sunyi dan ingin keluar dari Masterchef.

Debaran Saat Penyingkiran
zain saidin

Penjelasan Chef Jo Disebalik kontroversi Masterchef
Jelas Chef Jo atau lebih mesra di panggil Papa Jo oleh peserta, memerhatikan  sikap Zain yang hanya merasakan dirinya sahaja betul dan sukar untuk menerima teguran orang lain malah khabarnya juga aktor tersebut bertindak memarahi  krew produksi apabila dia diminta untuk menyalin resepi yang dimasak. Amboi kereknya!

Sepanjang beliau terbabit dalam rancangan ini, Papa Jo juga  nampak setiap kali Zain ke pantri dia akan mengambil sebiji epal walaupun ia tidak digunakan dalam resepi,beliau akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja mengambil sekotak susu di dapur dan minum dan buka sambil digunakan untuk masak.

Tambahnya lagi, Zain juga ada berkelakuan seperti ingin mencabar tahap kesabaran juri-juri dan contohnya apabila Chef Zubir sedang memberikan penerangan beliau akan memotong  dan memberi seribu satu alasan.

Pada pandangan Chef Jo, Zain Saidin cuba untuk menunjukkan satu karakter. Sikap yang ditunjukkan Zain dalam rancangan itu dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada dirinya sendiri kerana ramai remaja di luar sana memandang tinggi  keperibadiannya sebagai seorang guru di dalam rancangan pendidikan Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti ini.

Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri,namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.

Sunday, April 28, 2013

Tarikh Akhir Hantar Borang E-Filling Cukai Pendapatan 2013


Tarikh akhir hantar borang E-Filling penyata cukai pendapatan pada 15 mei 2013. Ini adalah bayaran cukai bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE). Bayaran boleh dibuat secara online melalui sistem E-Filling. Hanya pengguna yang menggunakan sistem e-filling sahaja dilanjutkan kepada 15 mei 2013.

lhdn

Cara Isi e-Filling Online
Untuk mengisi e-filling secara online, sila layari https://e.hasil.gov.my/

Tarikh tutup: 15 Mei 2013

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Masrun Maslim berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat.  LHDN sentiasa menggalakkan pembayar cukai mengisi borang melalui e-Filing kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah memastikan keselamatan data sampai terus ke LHDN serta dapat memelihara alam sekitar dengan kurangnya penggunaan kertas.

Harga & Spesifikasi Rasmi Samsung Galaxy S4 Di Malaysia


Harga rasmi dan terkini Samsung Galaxy S4 di Malaysia. Pada 27 April 2013 adalah tarikh pelancaran Samsung S4 di Malaysia terutamanya di pasaran Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda, harga samsung S4 dijual pada harga RM2199. Berikut adalah spesifikasi samsung S4 yang digemari ramai pada ketika ini. Apa yang pasti, rekaan kali ni lebih elegen berbanding versi yang sebelumnya dan dilengkapi teknologi yang lebih canggih.

samsung
Harga: RM2199

Lagi Gambar Insiden Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak Mati


Gambar insiden timbalan ketua pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati. Kejadian ini menggemparkan satu Malaysia kerana penjenayah semakin berani menembak mati orang atasan. Lebih mengejutkan, kejadian ini berlaku di Putrajaya dimana terdapat merata-rata CCTV dipasang di bandar tersebut 

Kes kini disiasat polis untuk menjejaki suspek bermotorsikal dengan menggunakan rakaman cctv. Pada pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, suspek bermotorsikal melepaskan tiga das tembakan mengenai kepala dan leher mangsa.

kp kastam

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Gambar Kejadian Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak
rakaman blogger-image--1178962310

Semakan Keputusan Kolej MARA 2013 KPM / KKTM / UMK / GMI


Semakan keputusan kolej MARA 2013 KPM/ KKT/ UMK dan GMI.Tawaran kemasukan untuk sesi julai 2013 bagi lepasan SPM sudah boleh disemak mulai sekarang. Bagi calon yang telah membuat permohonan kolej MARA sebelum ni, berikut adalah cara semakan secara atas talian seperti yang tertera dibawah.

mara

Semakan Online Kolej MARA 2013


Sila masukkan nombor kad pengenalan untuk tujuan semakan. Semoga berjaya kami ucapkan kepada semua calon.

Tiket Percuma Balik Mengundi Sarawak Pilihanraya 2013


Tiket free percuma balik mengundi di Sarawak sempena Pilihanraya 2013. Pihak kami sebentar tadi sempat menghubungi Puan Aryanne untuk mendapatkan tiket percuma ke Sarawak. Khusus kepada warga sarawak yang tinggal di Semenanjung Malaysia, anda boleh menghubungi nombor tertera dibawah untuk dapatkan tiket. Syaratnya adalah anda mestilah sudah mendaftar sebagai pengundi.

balik mengundi

Tempoh Tempahan Ditutup
Sila hubungi 0182728842 untuk tempahan tiket. Tempahan tiket ditutup pada Ahad 28 April 2013. Cepat sebelum terlambat kerana PRU 13 semakin hampir.



Karekter Cikgu Oh My English Tercemar


Kontroversi Zain Saidin dalam rancangan masterchef selebriti Malaysia ke 2 agak begitu hangat ketika ini. Nampaknya, watak yang dibawakan oleh Zain sebagai guru dalam rancangan Oh My English akan tercemar jika dia bersikap ego dalam rancangan tersebut. Menurut Chef Johari, kelakuan beliau dalam program realiti tersebut agak membimbangkan dan bakal memberi impak yang negatif. Berikut adalah penjelasan Chef Johari mengenai isu Masterchef tersebut.

Gambar Zain Saidin Dan Rozita Che Wan
zain

Penjelasan Chef Johari Isu Zain Saidin Sombong

Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak.

Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan.

Pada saya, Zain cuba menunjukkan satu karakter. Benar seperti apa moto digunakan musim ini, bila dapur panas, watal lain jadi jelas. Sikap ditunjukkan Zain dalam MCSM2 dibimbangi akan beri impak buruk kepada dirinya kerana remaja di luar memandang tinggi keperibadiannya sebagai guru di dalam Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti masakan ini.

Kelebihan Dan Keburukan Masuk Matrikulasi KPM


Apakah kelebihan kebaikan dan keburukan masuk matrikulasi KPM. Sebenarnya program matrikulasi lebih mendatangkan kebaikan berbanding keburukan. 

Matrikulasi adalah sebuah program pra Universiti atau program Foundation (Asasi) yang bukan senang untuk masuk. Hanya calon terpilih sahaja dapat memasuki program tersebut. Terdapat dua program yang ditawarkan iaitu program satu tahun dan dua tahun.

matrik

Kebaikan Masuk Matrikulasi

Harga yuran yang rendah
Hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja untuk memasuki martrikulasi. Tiada lagi cas yang tersembunyi kerana selebihnya ditanggung oleh kementerian pelajaran Malaysia.

1. Program Satu Tahun
- Sains/Teknikal – RM 550.00
- Perakaunan – RM 480.00

2. Program Dua Tahun
- RM 550.00 (tahun pertama)

3. Program Satu Tahun di Kolej MARA
- Sains – RM 500.00
- Perakaunan – RM 500.00

Tidak perlu hutang PTPTN
Yuran pengajian ditanggung oleh pihak KPM dan hanya perlu bayar yuran pendaftaran sahaja sekali dalam semur hidup. Tidak perlu membuat pinjaman PTPTN seperti di IPTS dan IPTA.

Masa Singkat Ambil Ijazah
Bagi program setahun, boleh ambil Ijazah setelah tamat pengajian matrikulasi dan menyambung Ijazah sarjana di IPTA. Pada umur yang muda, calon sudah berpeluang untuk mengambil Ijazah.

Mudah dapat tempat di IPTA
Setelah tamat matrikulasi, pelajar akan ditempatkan dimana-mana IPTA di Malaysia. Tidak perlu risau untuk mendapatkan tempat di IPTA kerana ianya memang untuk anda.

Elaun
Elaun bulanan akan diberikan kepada pelajar sama ada setiap semester mahupun setiap bulan.

Pembelajaran sistematik
Daya saingan yang maju kerana pelajar bersaing dalam kalangan pelajar yang bijaksana.

Keburukan Masuk Matrikulasi
Mata pelajaran Susah- Kalau masuk matrik, calon perlu bersedia dari fizikal dan mental kerana mata pelajaran yang ditawarkan agak mencabar fikiran dan minda.

Tekanan- Pelajar akan dibebani dengan pelbagai kerja rumah dan semua kena proses pembelajaran dalam tempoh yang singkat. Maklumlah, program cuma setahun.

Thursday, April 25, 2013

Mengapa Perlunya Kita Terus Berjuang Untuk Palestin



Wahai kaum muslimin yang dihormati sebenarnya kita bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada umat Islam Palestin supaya mereka mempunyai satu semanggat yang kuat dalam melawan kuasa haram Yahudi. Tuan/puan sesungguhnya umat Islam di dunia ini adalah bersaudara sehingga diibaratkan sepertimana cubit paha kiri pahan kananpun turut terasa.

Sehubungan dengan ini, kita tidak boleh mengharapkan bantuan daripada kuasa-kuasa bukan Islam membebaskan umat Islam Palestin dari peperangan, kerana kewajipan untuk membantu umat Islam Palestin adalah di atas bahu-bahu umat Islam sedunia. 
 
Ingatlah sesungguhnya selama ini kita banyak mengabaikan tanggungjawab kita untuk mencari jalan membebaskan umat Islam Palestin dengan apa cara sekalipun untuk mengembalikan maruah umat Islam yang selama ini dipandang hina oleh bukan Islam. 
 
Bantuan yang dimaksudkan adalah seperti wang, doa, memulau barang-barang keluaran Israel, Amerika dan sekutunya. Saya yakin kalau kita hendak berjihat untuk membantu pejuang mujahiden Palestin, memang jauh sekali kerana kita masih memcintai dunia. Pengorbanan yang kita mampu sekarang ini adalah menghulurkan sedikit duit kita kepada mereka dan mari kita sentiasa mendoakan mudah-mudahan Allah memberikan kemenangan kepada mereka kelak.

Bumi Palestin adalah bumi para nabi-nabi, peristiwa Isra' dan Mikraj pun berlaku disana, kiblat pertama orang Islam juga disana, maka jangan jatuhkan maruah kita sebagai seorang muslim. Mari kita hulurkan segala apa yang kita mampu untuk membersihkan maruah agama Islam kita untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi. Takbir....Allah Akbar

Tanda-Tanda Berlaku Hari Kiamat




Tanda-tanda Awal Atau Kecil
  1. Pemerintah-pemerintah terdiri daripada orang yang tidak lagi mementingkan agama dan penyebarannya. Mereka hanya pentingkan harta kekayaan.
  2. Orang jahil bercakap mengenai agama sedangkan orang alim diam membisu.
  3. Manusia tidak segan silu melakukan zina secara terangan.
  4. Kejahatan dilakukan sewenang-wenangnya sedangkan kebaikan dijauhi sekali.
  5. Orang keturunan miskin dan hina akan menjadi kaya raya dengan mendirikan bangunan bangunan yang tinggi.
  6. Banyak berlakunya pergaduhan, perkelahian dan peperangan di antara umat manusia di alam ini.
  7. Banyak berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar dan sebagainya.
  8. Perempuan lebih ramai daripada lelaki
  9. Negeri yang kecil dikenali seluruh dunia.
  10. Wujudnya bangunan-bangunan pencakar langit.
Tanda-Tanda Akhir Atau Besar
  1. Lahirnya Dajjal yang merosakkan agama.
  2. Hapusnya al-Quran daripada mashaf.
  3. Turunnya Imam Mahdi.
  4. Turunnya Nabi Isa a.s. membela kebenaran.
  5. Keluarnya binatang yang dapat bercakap seperti manusia.
  6. Keluarnya asap tebal dan menyelubungi bumi ini selama 40 hari.
  7. Runtuhnya kaabah.
  8. Matahari terbit di sebelah barat.
  9. Bulan dan matahari berlanggaran di antara satu sama lain
Renungan
Kawan-kawan yang dihormati sepertimana yang telah kita ketahui bahwa banyak petanda-petanda kiamat yang Allah tunjukkan kepada kita sekarang. Ini semua mengambarkan dunia sekarang berada dihujung kemusnahan (kiamat) yang akan meleraikan dunia ini seperti kabus-kabus berterbangan di awang-awangan sehingga kita tidak menghiraukan harta benda, anak-anak, isteri-isteri kita dan sebagainya, kerana waktu itu manusia berlari untuk menyelamatkan diri dari kemusnahan yang berlaku. 
 
Kawan-kawan sekalian marilah kita bertaubat dengan semua kesalahan yang telah kita lakukan di dunia ini, kerana pintu taubat Allah masih terbuka dengan luasnya untuk kita bertaubat dengan taubat nasuha (taubat dengan azam tidak akan melakukan lagi kejahatan).

Sebab-Sebab Zain Saidin Dikatakan Ego Di Dalam Masterchef Selebriti 2

Kontroversi Zain Saidin dalam rancangan masterchef selebriti Malaysia ke 2 agak begitu hangat ketika ini. Nampaknya, watak yang dibawakan oleh Zain sebagai guru dalam rancangan Oh My English akan tercemar jika dia bersikap ego dalam rancangan tersebut. Menurut Chef Johari, kelakuan beliau dalam program realiti tersebut agak membimbangkan dan bakal memberi impak yang negatif. Berikut adalah penjelasan Chef Johari mengenai isu Masterchef tersebut.

Gambar Zain Saidin Dan Rozita Che Wan
zain

Penjelasan Chef Johari Isu Zain Saidin Sombong

Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak.

Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan.

Pada saya, Zain cuba menunjukkan satu karakter. Benar seperti apa moto digunakan musim ini, bila dapur panas, watal lain jadi jelas. Sikap ditunjukkan Zain dalam MCSM2 dibimbangi akan beri impak buruk kepada dirinya kerana remaja di luar memandang tinggi keperibadiannya sebagai guru di dalam Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti masakan ini.

Wednesday, April 24, 2013

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW



KHUTBAH

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu. maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. 
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Gambar Letupan Bom Ketika Ceramah BN Di Nibong Tebal

Berita dan gambar letupan bom ketika ceramah BN di Nibong Tebal. Tiada insiden kematian dilaporkan namun hanya seorang tercedera. Letupan pada kira-kira pukul 10.15 malam 23 April 2013  berlaku di longgokan sampah, terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama. 

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 hadirin. Antara yang hadir ialah calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow. Menerusi siatan polis, ada unsur sabotaj dalam insiden tersebut.

Gambar Letupan Bom Ketika Ceramah BN
bom
letupan bom
nibong

Penjelasan Maksud Undi Awal Dan Undi Pos Pilihanraya

Maksud sebenar undi Awal dan Undi Pos. Terlalu banyak kekeliruan dimedia sosial sehinggakan ramai yang tertanya apa perbezaan undi awal dan undi pos. Berikut adalah perbezaan di antara Undi Pos dan Undi Awal:

spr

UNDI POS – Hanya untuk petugas media, polis, dan warganegara malaysia yang berada di Luar Negara. Undi pos akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi dicetak dan pengundi pos perlu mengembalikan kertas undi yang telah ditanda kepada Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.

Bagi PRU 13, undi pos telah bermula PADA 23 April 2013 iaitu setelah pihak PDRM menerima kertas undi dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

UNDI AWAL – akan diadakan lebih awal sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar. Bagi PRU 13, pengundian awal telah ditetapkan pada 30 April 2013.

Tarikh Pesta Buku Antarabangsa PWTC Kuala Lumpur 2013

Tarikh pesta buku antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur 2013 akan bermula pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Marilah beramai-ramai memeriahkan lagi suasana pesta buku tersebut kerana terdapat pelbagai diskaun menarik menanti anda. Kemasukan adalah percuma dan dibuka pada 10 pagi sehingga 7 malam setiap isnin dan khamis. Kat bawah ni adalah poster mengenai pesta buku di PWTC nanti.


Jurukamera RTM Muhammas Yaakob Mati Dipukul Di Gua Musang

Jurukamera RTM Muhammas Yaakob mati dipukul di Gua Musang malam tadi oleh penyokong parti politik. Berdasarkan maklumat yang terkini, kejadian berlaku akibat dipukul beberapa penyokong PAS di hadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

rtm-logo
Petikan Dari Kematian Jurukamera RTM
Insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis’, katanya. Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut hari ini.

Punca Zain Saidin Tinggalkan Keluar Masterchef Selebriti 2

Punca sebenar Zain Saidin tinggalkan keluar dari masterchef selebriti musim 2. Pada awal rancangan setelah beberapa episode masterchef selebriti bersiaran, telah timbul satu kontroversi yang menyebaban Zain keluar dari rancangan tersebut. Ramai yang tertanya kenapa kekasih Che Ta telah keluar dari masterchef. 

Zain dikatakan masak dengan ego bak kata salah seorang juri rancangan tersebut. Apa yang pasti, perselisihan faham antara salah seorang Juri adalah punca Zain berbuat demikian.

Keratan Akhbar Tentang isu Zain Saidin Keluar dari Masterchef Selebriti 2


Tuesday, April 23, 2013

Video Gwiyomi Versi Bobo Paling Meletup Di Malaysia

Video Gwiyomi versi Bobo adalah paling meletup dan hangat di Malaysia. Nampaknya Bobo yang semakin terkenal dengan parody Sayang kini muncul pula dengan lagu berjudul Gwiyomi. Pasti ramai teruja untuk menyaksikan gelagat spontan Bobo untuk lagu comel tersebut. Setakat ni, Bobo dah ada kemajuan kerana mampu hasilkan video berkualiti tinggi dengan bantuan Kaio Studio. Kat bawah ni adalah teaser dan video versi penuh akan muncul tidak lama lagi.


Video Teaser Lagu Gwiyomi Bobo
Walaupun hanya teaser, namun sudah mampu dapat tontonan beratus ribu dalam beberapa hari. Sangat hebat penangan Bobo.

61 Senarai Nama Terkini Ahli UMNO Dipecat PRU 13 Pilihanraya 2013

Senarai penuh dan terkini ahli UMNO dipecat PRU 13 pada pilihanraya 2013. Kesemua mereka dipecat kerana tanding tiket bebas di kerusi Parlimen dan DUN dan telah belot kepada UMNO. Dibawah adalah senarai dimana 61 orang ahli UMNO setakat ini telah dipecat dan tidak layak mendapat undi.

pru 13

Senarai Ahli Umno Dipecat PRU 13
1. Parlimen Kuala Kangsar – Datuk Kamilia Ibrahim (Naib Ketua Wanita Umno Malaysia)
2. Parlimen Tasek Gelugor & Dun Sungai Dua – Datuk Seri Haji Mohd Shariff Bin Haji Omar
(Ahli Jawatankuasa Bhg)
3. Parlimen Sepang – Dato’ Haji Suhaimi Bin Mohd Ghazali (Ketua Pemuda Bahagian)
4. Hanapiah Bin Mohamad
5. Dun Bukit Naning (Bakri) – Ghazali Bin Salamon (Ahli Jawatankuasa Bhg)
6. Parlimen Bandar Tun Razak – Sukeri Bin Abd Samat (Setiausaha Kerja Bahagian)
7. Mokhtar Bin Salehudin (Ketua Penerangan Caw.)
8. Dun Titi Tinggi (Padang Besar) – Yaacob Bin Man (Ahli Jawatankuasa Bahagian)
9. Dun Pantai Merdeka (Sungai Petani) – Mohd. Yusof Bin Lazim (Ahli Jawatankuasa Bahagian)
10. Dun Nenggiri (Gua Musang) – Abdul Aziz Bin Mohamed (Ahli Jawatankuasa Bahagian)
11. Parlimen Lembah Pantai – Rusli Bin Haji Baba
12. Parlimen Bera- Mohd. Wali Alang Ahamad
13. Parlimen Permatang Pauh – Dr Abdullah Zawawi Shamsuddin
14. Dun Lenggeng (Seremban) – Zulkifli Bin Abdullah (Ketua Penerangan Caw.)
15. Dun Pengkalan Bharu (Beruas) – Mohd Nizam Bin Ibrahim
16. Dun Kajang (Hulu Langat) – Mohd Khalid Bin Kassim (Ketua Cawangan)
17. Dun Alor Mengkudu (Alor Setar) – Fadzil Bin Hanafi
18. Dun Sungai Limau (Jerai) – Sobri Bin Ahmad
19. Parlimen Arau & Dun Sanglang- Zainudin Bin Yom
20. Dun Seberang Jaya (Permatang Pauh) – Shamsut Tabrej Bin G.M Ismail Maricar
21. Dun Batu Uban (Bukit Bendera) – Mohd Noor Sirajajudeen Bin Mohd Abdul Kader
22. Parlimen Tanjong Karang – Masrun Bin Tamsir
23. Dun Kuala Perlis (Kangar) – Shaari Bin Ludin
24. Dun Indera Kayangan (Arau)- Ameir Bin Hassan
25. Dun Sungai Tiang (Pendang) – Haji Rosli Bin Omar
27. Parlimen Bagan Serai – Abdul Latif Bin Masud
29. Dun Gunong Semanggol (Bagan Serai) – Halidi Bin Wahab
30. Dun Changkat Jering (Bukit Gantang) – Zulkefli Bin Ibrahim
31. Dun Pengkalan Baharu (Beruas) – Ahmad Nizam Bin Ibrahim
32. Parlimen Kota Belud – Lamsil Bin Hamidsor
33. Parlimen Libaran – Sahar Bin Saka
34. Parlimen Kalabakan – Mohd Bin Manuke
35. Dun Sulaman (Tuaran) – Ali Akbar Bin Kawi
36. Dun Lumadan (Sipitang) – Rapahi Bin Edris
37. Dun Sugut (Beluran) – Abdul Rahman Bin Atang
38. Dun Lahad Datu (Silam) – Aliandu Bin Enjil
39. Dun Sulabayan (Semporna) – Ghazalie Bin Pg. Hindi @ Abdul Ghani
40. Hussein Bin Mumakil
41. Julkalani Bin Abd Rahman
42. Mamat Bin Balhana
43. Dun Senallang (Semporna) – Ab Karim Bin Talip
44. Abdul Manang Bin Hatib Lawari @ Os
45. Atal Muhammad Bin K.K Abd Menang
46. Dun Merotai (Kalabakan) – Rita Rudiansah Bin Abu Bakar
47. Dun Sebatik (Kalabakan) – Mohamad Yusup Bin Lewah
48. Dun Sulaman (Tuaran) – Ariffin Bin Harith
49. Ak. Aliuddin Bin Pg. Mohd. Tahir
50. Dun Lumadan (Sipitang) – Saudi Bin Suhaili
51. Dun Karanaan (Ranau) – Mat Jaili Bin Samat
52. Dun Liawan (Keningau) – Nusleh Bin Madarak
53. Parlimen Pensiangan & Dun Nabawan – Fatimah Binti Agitor @ Mohd Daud
54. Parlimen Beluran & Dun Sugut – Datu Kamaruddin Bin Mustapha
55. Dun Sungai Sibuga (Libaran) Mohd Arshad Bin Abdul
56. Dun Kunak (Silam) – Hussein Bin Ibnu Hassan
57. Sharif Shamsuddin Bin Sharif Sagaf
58. Parlimen Semporna & Dun Senallang – Datu Badruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha
59. Parlimen Ranau & Dun Paginatan – Yazid Bin Sahjinan
60. Parlimen Tawau – Ahmad Bin Awang @ Madon
61. Parlimen Kalabakan – Yahya Bin Zainal

Cuti Berganti Sekolah 5 Mei 2013 Kedah, Kelantan, Terengganu

Cuti berganti sekolah pada 5 Mei 2013 PRU 13 bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Hal ini telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada hari ahad adalah waktu persekolahan bagi tiga buah negeri tersebut. Oleh itu, wajar diberikan cuti memandangkan tempat mengundi diadakan di setiap sekolah berkenaan. Namun, cuti itu akan diganti kepada mana-mana hari sabtu seperti yang akan ditetapkan oleh pengarah pelajaran negeri kelak.


Permohonan Biasiswa BKP Dan BKPU 2013 KPM Online

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi Tahun 2013 akan dibuka kepada sekolah mulai 29 April 2013 ini. Permohonan ini boleh dibuat kepada murid  tingkatan 1 hingga tingkatan 5 bagi program BKP. Manakala Tingkatan 6 bagi biasiswa BKPU.

moe

1. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 – BKP

2. Tingkatan 6 Atas – BKPU

Semua sekolah perlu mengakses Aplikasi Pengurusan Bantuan ( ABP ) melalui alamat ini http://biasiswa.sekolahmalaysia.com/ bagi tujuan mengemaskini maklumat akademik dan ko-kurikulum murid yang layak memohon. Pembahagian zon untuk sekolah-sekolah mengakses APB adalah seperti berikut :-

1. Zon A : 29 April – 05 Mei ( Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu )

2. Zon B : 06 Mei – 12 Mei ( Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur dan Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) )

3. Zon C : 13 Mei – 19 Mei ( Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan )
Sehubungan itu, sila pastikan maklumat murid di dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid ( APDM ) telah dikemaskini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi JPN yang menyelia sekolah masing-masing ( kecuali SBP terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan).

Semakan Keputusan Temuduga UPSI 2013 Diploma Muzik

Semakan panggilan keputusan temuduga UPSI 2013 Program Diploma Muzik lepasan SPM boleh disemak mulai 23 April 2013. Ini adalah makluman terkini melalui portal rasmi Universiti Pendidikan Sultan Indris. (UPSI). Menerusi portal rasmi UPSI, semakan panggilan Ujian Khas Muzik bagi program Diploma Muzik boleh mula disemak pada 23 April 2013 (Selasa) mulai jam 12.00 tengah hari.

upsi-2013

Cara Semakan UPSI 2013 Program Diploma Muzik Lepasan SPM
Semakan boleh dibuat dengan klik pada Applikasi Semakan Temuduga Khas Muzik UPSI Sesi 2013/2014. Tarikh semakan adalah pada 23 April 2013. Harap Maklum.
Semoga berjaya kepada semua calon.

Senarai Nama Identiti Mangsa Terkorban Federal Highway

Senarai nama identiti mangsa yang terkorban atau terbunuh di Federal Highway 21 April 2013. Insiden yang tragis pada awal pagi ahad itu telah meninggalkan kesan trauma terhadap pengguna jalan raya. 

Ini menggambarkan bahawa berhenti di bahu jalan terutamanya di lebuhraya adalah tidak selamat dan berbahaya. Kejadian berlaku akibat sebuah honda City merempuh penunggang motosikal yang mengalami kerosakan di bahu jalan. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dalam tragedi ini.

se4

Lima orang mangsa yang meninggal dunia dipercayai berasal dari klang dan Shah alam. Mayat lima mangsa korban berumur dalam lingkungan 21 hingga 50 tahun.

Senarai 5 Nama Mangsa Terkorban Federal Highway 21 April 2013
1. Mohd. Faridzuan Mohd. Aziz (21)
2. Amirul Afiq Zainuddin (22)
3. Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah (21)
4. M. Kalaychelven (50)
5. Wilson Lee (22)

Monday, April 22, 2013

Video Punca Sebenar Kemalangan Di Federal Highway 21 April 2013

Punca sebenar kemalangan maut di Federal Highway 21 April 2012. Lebuhraya perseketuan telah bermandikan darah pada pukul 3.20 awal pagi tadi. Pada mulanya, sekumpulan penunggang motosikal telah berhenti di bahu jalan, namun sebuah kereta yang dipandu laju dalam keadaan mabuk merempuh kesemua penunggang tersebut. 

Lima orang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 10.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala Shah Alam awal pagi tadi. Keadaan mayat sangat tragis dengan kaki dan badan yang terputus dan kemalangan ini diklasifikasikan sebagai kemalangan ngeri.

Punca Kemalangan Maut Federal Highway/ Lebuhraya Persekutuan 21 April 2013
punca kemalangan maut

Keratan Akhbar Kemalangan Di Federal Highway 21 April 2013
Lima lelaki maut dalam kejadian tersebut. Tiga daripada mangsa yang menunggang, berhenti di lorong kecemasan selepas motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan. Bagaimanapun tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Honda City yang hilang kawalan terus merempuh mereka. 

Rempuhan itu menyebabkan tiga penunggang motosikal dan pemandu kereta itu maut di lokasi kejadian. Tidak lama selepas kejadian berlaku, terdapat seorang pemandu kereta lain berhenti di situ untuk menghulurkan bantuan, namun kenderaannya dirempuh pula oleh seorang penunggang motosikal lain. Penunggang  motosikal itu disahkan mati akibat rempuhan kuat.

Video Kemalangan Ngeri Federal Highway 21 April 2013

 
Gambar Kemalangan Maut Federal Highway 21 April 2013
https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/399803_498420373541095_1678162212_n.jpg


Senarai 5 Mangsa Terkorban Federal Highway 21 April 2013
1. Mohd. Faridzuan Mohd. Aziz (21)
2. Amirul Afiq Zainuddin (22)
3. Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah (21)
4. M. Kalaychelven (50)
5. Wilson Lee (22)

kemalangan-federal
kemalangan-federal-highway-
kemalangan ngeri
kemalangan ngeri dahsyat federal highway


kemalangan federal highway kemalangan federal highway maut

Kemalangan ngeri di Federal Highway
se2
kemalangan-federal-highway-1-500x375 se4 se5 se6 se7

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More