Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 28, 2013

Kenali Sunat-sunat Fitrah Dalam Kehidupan Seharian Kita


Berkhatan

Berkhatan adalah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan. Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dari Abu Hurairah ra berkata Rasulullah SAW bersabda :
“Nabi Ibrahim yang dijuluki Khalil Ar-Rahman (Kekasih Allah yang maha penyayang) berkhatan setelah berusia lapan puluh tahun dan beliau berkhatan dengan menggunakan kapak.” (Riwayat Al-Bukhari)
Mencabut Bulu Ketiak


Perbuatan mencabut bulu ketiak adalah sunat. Jika sakit maka bolehlah digunakan pisau cukur atau alat-alat yang lain. Boleh juga isteri mencabut bulu ketiak suami dan suami mencabut bulu ketiak isteri. Amalan sebegini boleh menambahkan lagi kemesraan suami isteri. Rasulullah SAW bersabda :
“Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)
Mencukur Bulu Kemaluan


Mencukur bulu-bulu yang tumbuh di sekitar qubul dan dubur. Ibnu Hajar dalan fathul bari menjelaskan bahawa sunat mencukur bulu-bulu yang tumbuh di sekitar kemaluan depan dan belakang. Dari Anas ra berkata :
“Nabi SAW membenarkan kami untuk tidak menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan selama empat puluh malam dan tidak boleh lebih dari tempoh itu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud)
Memotong Kuku


Memotong kuku termasuk sunat fitrah. Para ulamak Fikah sepakat, memotong kuku hukumnya sunat dan tidak dimestikan pada waktu tertentu, tetapi sunat memotong pada hari Jumaat. Dari Abi Hurairah ra berkata :
“Nabi SAW menggunting kumis dan memotong kuku setiap hari Jumaat, pagi-pagi sebelum beliau pergi solat Jumaat.” (Riwayat At-Thabrani dan Al-Bazar)

Imam An-Nawawi mengatakan bahawa sunat memulai dengan memotong kuku kedua tangan dahulu sebelum memotong kuku kaki. Mulai dengan telunjuk kanan, kemudian jari tengah, kemudian jari manis, kemudian kelingking, kemudian ibu jari. Sesudah itu jari kelingking, jari manis, jari tengah, telunjuk dan diakhiri dengan ibu jari. Sesudah itu ditukar ke kaki kanan, mulai dengan kelingking kanan dan disudahi dengan kelingking kiri.
Menipiskan Misai


Hukum menipiskan misai adalah sunat. Tidak harus dibiarkan panjang kerana ianya menyerupai orang majusi. Dari Ibnu Umar berkata :
“Nabi SAW bersabda : Bezakan identity kamu dengan kaum musyrikin, iaitu dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Memelihara Janggut


Bagaimanapun, ia tidak boleh dipotong terlampau pendek hingga seakan-akan dicukur dan tidak boleh pula dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan hingga terlihat tidak kemas. Yang terbaik adalah mengambil jalan tengah. Sebab, sikap sedemikian itu adalah simbol kesempurnaan. Di samping itu, janggut yang lebat menunjukkan kejantanan dan kematangan. Dari Ibnu Umar ra berkata Nabi SAW bersabda :
“Berbezalah dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.” (Riwayat Al-Bukhari)
Merapikan Rambut


Abu Qatadah membubuh minyak ke atas rambutnya sebanyak dua kali sehari dan ini merupakan perintah Nabi SAW yang berbunyi : Malah hendaklah kamu sentiasa menghormatinya dengan cara merapikannya. Mencukur rambut kepala dibolehkan dan begitu juga memanjangkannya dengan syarat dirawat dengan baik. Dari Abu Hurairah ra berkata :
“Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang mempunyai rambut, hendaklah orang itu memuliakannya dengan cara merapikannya.” (Riwayat Abu Daud)

Mencukur atau gunting sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain hukumnya ialah makruh tanzih. Dari Ibnu Umar ra berkata :
“Rasulullah SAW melarang daripada Al-Qaza. Lalu ada seseorang yang bertanya kepada Nafi : Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Qaza itu? Nafi menjawab : Mencukur sebahagian rambut kepala seseorang kanak-kanak menakala sebahagiannya lagi dibiarkan.”
(Riwayat Al-Bukhari)

Zaman sekarang ini telah menjadi budaya anak-anak muda mengikuti gaya rambut yang berbagai, ada yang berbentuk ala trojen, ada bentuk ala Korea dan Jepun dan banyak lagi jenis rambut yang digayakan oleh orang muda zaman sekarang ini. Berdasarkan hadis di atas mengatakan orang yang memotong rambut sebahagian dan ditinggalkan sebahagian itu adalah makruh. Tetapi kita kena ingat perkara yang makruh ini sangat hampir dengan perkara yang haram. Takut-takut perbuatan mengayakan rambut itu menjadi haram dengan sebab-sebab yang tertentu. Sebagai sikap berjaga-jaga lebih baiklah elakkan dari memotong dan mengayakan rambut seperti itu.
Membiarkan Uban


Lelaki dan perempuan disunatkan memelihara atau membiarkan uban tanpa dicabut, kerana uban ini melambangkan seseorang itu telah berusia atau telah tua dan masa dia hidup di dunia ini sudah tidak lama lagi. Hal ini juga akan membuatkan seseorang itu sentiasa mengingati mati. Orang yang menyimpan uban juga akan dihapuskan oleh Allah satu kesalahan yang telah dilakukannya. Rasulullah SAW bersabda :
“Janganlah kamu mencabut uban, kerana ia merupakan cahaya bagi seorang muslim. Allah akan mencatat satu kebaikan, mengangkat satu darjat dan menghapus satu kesalahan dari setiap muslim yang beruban selama masih memeluk agama Islam.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Sudah Mengukur Kesihatan Batin Anda Hari Ini?



Kita selalu bertanya tentang keadaan kesihatan zahir tapi kita tetapi sering mengabaikan keadaan hati nurani kita. Kita sanggup menghabiskan duit ratusan ribu untuk mengubati penyakit zahir tetapi tidak mempedulikan kesihatan hati kita sedangkan tuhan hanya menerima hati kita . Firman Allah swt:
“Pada hari tidak bergunanya harta dan anak pinak kecuali yang berjumpa dengan tuhan dengan hati yang sejahtera.”


Hati yang sihat adalah hati yang mempunyai perasaan semasa melakukan ibadat. Orang yang memiliki hati yang sihat akan merasai kemanisan dalam ibadahnya.

Ibnul Qayyim berkata :
“Periksalah hatimu pada tiga keadaan : ketika kamu membaca Al-Quran, ketika dalam majlis zikir dan ketika kamu bersendirian dengan tuhan. Sekiranya kamu dapati hati kamu kosong maka hendaklah kamu meminta pada Allah menganugerahkan hati pada mu. Sesungguhnya kamu tidak ada hati.”

Hati yang sihat adalah hati yang gementar apabila disebut nama tuhan . Hati yang terkesan dengan bacaan Al-Quran. Hati yang teruja bila mendengar azan. Hati yang takut apabila disebut api neraka tuhan. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah iman mereka apabila dibacakan ayat-ayat Allah swt dan berserah hati mereka pada tuhan.” (Al-Anfal : 2)

Hati yang sihat adalah hati yang sentiasa mengambil ibrah (pengajaran) pada setiap kejadian tuhan. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya kejadian langit dan bumi serta silih ganti siang dan malam adalah tanda-tanda kepada orang-orang yang berakal.”
(Ali Imran : 190)

Sesungguhnya otak yang berfikir tentang kejadian tuhan dan sentiasa mengambil pengajaran adalah dari hati yang sihat. Firman Allah swt :
“Mengapakah mereka tidak berjalan di atas muka bumi supaya mereka memiliki hati yang berakal untuk memahami atau mempunyai telinga yang mendengar untuk menerima. Sesungguhnya bukan mata yang buta tetapi hati yang ada di dada itu yang buta.”
(Al-Hajj : 22)

Sebenarnya apa yang berlaku setiap hari pada diri kita dan sekeliling kita ada mempunyai banyak pengajaran. Sebanyak mana pengajaran yang boleh diambil setinggi itulah tahap kesihatan hati kita.

Contohnya :

Suatu hari Hasan Al-Basri diberi air untuk dia berbuka puasa. Bila air itu hampir dengan mulutnya beliau menangis. Beliau berkata “ Aku teringat akan keinginan ahli neraka seperti yang disebut dalam Al-Quran :
“Berilah hai ahli syurga , air minum untuk kami …”
(Al-A’raf : 50)

Namun jawapannya :
“Sesungguhnya Allah mengharamkan air dan rezki untuk orang kafir.”
(Al-A’raf : 50)

Hati yang sihat akan menyebabkan mulut yang baik. Mulut yang baik adalah mulut yang sentiasa menyebut nama tuhan dan tidak mengumpat, memaki, menyebar keaiban orang, mengeluh dan sebagainya.

Nabi saw bersabda :
“Tidak lurus iman seseorang sehingga lurus hatinya dan tidak lurus hatinya sehinggalah lurus lidahnya.”
(Riwayat Hakim)

Hati yang sihat adalah hati yang khusyuk dalam ibadatnya dan hati yang sentiasa menerima kebenaran walaupun ia pahit. Firman Allah swt :
“Bilakah masanya untuk orang-orang beriman untuk khusyuk hati mereka bagi mengingati Allah dan menerima kebenaran yang Allah turunkan…”
(Al-Fatir : 16)

Hati ini sentiasa terdetik nama Allah. Sebanyak mana kamu mengingat sesuatu setinggi itulah kasihmu padanya. Sekiranya hatimu banyak menyebut nama tuhan itu tanda kasihmu padanya adalah benar-benar wujud. Kalau hati lebih banyak menyebut tentang wanita, takhta, kerja, periksa, harta, kereta atau dunia maka dakwaan cintamu pada tuhan adalah bohong.

Hati yang sihat adalah hati yang banyak runsing tentang hal akhirat dan masalah umat Islam.

Kita lihat Nabi bersabda :
“Surah Hud dan saudara2nya telah menyebabkan kepalaku beruban.”


Ini kerana surah-surah ini (Al-Hud, An-Nazia’t dan Al-Mursalat) mengandungi tentang kisah Nabi-nabi yang terdahulu, kisah tentang neraka dan kisah umat-umat yang derhaka.

Allah menempelak manusia yang banyak pengetahuan dunia tetapi jahil dan lalai tentang akhiratnya.
“Mereka mengetahui tentang hal ehwal dunia tetapi lalai dengan akhirat mereka.” (Ar-Rum : 7)

Kita tahu tentang nama benda yang kecil dan mikro dalam tubuh manusia, dalam komputer, dalam kereta tetapi tidak tahu berapa lama api neraka dipanaskan, berapa kali ganda api neraka dari api dunia, apakah nama-nama makanan dan minuman ahli neraka dan lain-lain.

Kita tahu nama-nama artis , nama pemain bola dan nama selebriti tetapi kita tidak tahu apakah nama binatang yang menyeksa manusia di akhirat.
YA ALLAH HATIKU TERLALU BANYAK MEMIKIRKAN TENTANG DUNIA SEHINGGA MELUPAKAN MU

YA ALLAH HATIKU SENTIASA RUNSING KEHILANGAN DUNIA TETAPI BANYAK MANA AKHIRAT YANG HILANG DAN AKU BUAT TAK TAHU

YA ALLAH HATI YANG KERAS DAN BERPENYAKIT CINTA DUNIA INI HANYA LAYAK UNTUK DIBAKAR BERSERTA DENGAN SARUNGNYA SEKALI (JASAD) TETAPI AKU TAK DAYA MENAHAN API NERAKAMU

YA ALLAH BERSIHKANLAH HATI INI DARI PENYAKIT DAN CAMPAKKANLAH PADANYA CINTA PADAMU

SESUNGGUHYA SEMUA CINTA ADALAH SEMENTARA DAN MENYAKITKAN MELAINKAN CINTA PADAMU DAN CINTA APA YANG KAU SURUH MENYINTANYA.

YA ALLAH AKU TIDAK BERPUTUS ASA UNTUK MENDAPATKAN HATI YANG BERSIH DAN SIHAT UNTUK AKU PERSEMBAHKAN PADA MU DI SANA… BANTULAH AKU.. TOLONGLAH AKU.. JANGAN KECEWAKAN KU YA RAMAN YA RAHIM
Sumber : Blog Cina Islam

Rahsia Fadhilat Solat Subuh Berjemaah



Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah saw lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah saw mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis :

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah saw :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :

"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Cara Memilih Isteri dengan Baik


"Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang berkahwin) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah (SWT) akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah (SWT) Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (An-Nur : 32 )

Ciri – ciri isteri solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw:
  1. Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.
  2. Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda "Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat."
  3. Wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda "Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat".

Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara yang membawa kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang buruk (jahat) adalah salah satu dari empat perkara yang mendatangkan penderitaan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud :

"Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu."

Berusaha Memperbaiki Isteri

Apabila isteri itu seorang yang solelah, maka itu merupakan kenikmatan dan anugerah Allah SWT. Tetapi, jika ia tidak solehah atau tidak baik, maka merupakan kewajipan pemimpin rumah tangga untuk berusaha memperbaikinya. Perkara ini boleh terjadi kerana beberapa sebab, di antaranya jika seorang lelaki mengahwini wanita yang pada dasarnya tidak taat agama, kerana lelaki tersebut pada mulanya tidak member keutamaan pada aspek keagamaan calon isterinya, atau ia menikahinya dengan harapan dapat memperbaikinya kemudian, atau kerana desakan dan paksaan keluarganya. Namun, ia hendaklah terlebih dahulu mengetahui bahawa yang memberi hidayah itu Allah SWT, dan Allahlah yang sebenarnya memperbaiki keadaan. Selain dari mendidik suami hendaklah sentiasa berdoa semoga isteri mereka akan berubah menjadi insan yang lebih baik dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah SWT.

Untuk memperbaiki isteri ada beberapa cara:
  1. Memberikan tumpuan untuk memperbaiki cara peribadatannya kepada Allah SWT.
  2. Berusaha memperbaiki aspek keimanannya.
  3. Menganjurkannya melakukan qiyamullail (solat malam).
  4. Menganjurkan supaya rajin membaca Quran.
  5. Menganjurnya untuk menghafal zikir-zikir dan doa-doa serta mengingatkannya agar melakukannya pada waktu-waktu dan kesempatan-kesempatan yang di anjurkan.
  6. Mendidiknya agar rajin bersedekah.
  7. Menyuruhnya agar membaca buku-buku keislaman yang bermanfaat.
  8. Menyuruhnya agar mendengar kaset-kaset keIslaman yang berfaedah, baik yang berkenaan dengan ilmu pengetahuan mahupun pembinaan keimanan, serta terus berusaha untuk menyediakan kaset-kaset tersebut.
  9. Memilih sahabat-sahabat dari kalangan wanita-wanita yang beragama, dan mengikat tali persaudaraan bersama mereka, sebagai teman berbincang dalam kebaikan dan saling kunjung-mengunjungi dengan tujuan-tujuan yang bermanfaat.
  10. Mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menutup pintu-pintunya dengan cara menjauhkannya dari bergaul dengan teman-teman yang buruk perangainya dan menjauhi tempat-tempat kejahatan.

Suasana Rumah Tangga Yang Diberkati

Rumah sebagai tempat mengingat Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Perumpamaan rumah yang dijadikan tempat mengingat Allah SWT dan rumah yang tidak dijadikan tempat mengingat Allah SWT adalah bagaikan perbezaan antara orang yang hidup dan orang yang telah meninggal."

Apabila rumah dijadikan tempat mengingat Allah SWT, maka malaikat akan masuk ke dalamnya dengan membawa rahmat dan berkat. Mengingat Allah SWT dengan banyak membaca Al- Quran, solat, zikir dan mengkaji ilmu agama dan membaca beraneka ragam ilmu. Selain itu rumah tersebut juga harus jauh dari kemaksiatan dan kemungkaran dengan dipenuhi

dengan gambar-gambar khurafat, patung-patung, lagu-lagu yang mengkhayalkan dan minuman keras. Rumah sebagai kiblat, tempat sujud dan ibadah kepada Allah SWT.

Pendidikan keimanan terhadap ahli keluarga
  1. Menyuruh isteri solat malam.
  2. Menyuruh isteri bersedekah. Jika ketua rumah tangga ingin menunjukkan teladan yang baik bagi anggota keluarganya maka hendaklah ia berpuasa pada ayyamul baidh "Hari-hari purnama" (tanggal 13, 14, 15), puasa Isnin-Khamis, puasa Hari Tasu'a (tanggal 9 Muharram), puasa Hari Asyura' (tanggal 10 muharram), puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) dan banyak berpuasa pada bulan Muharram dan bulan Syawal, sehingga keteladanan ini akan menjadi pendorong bagi ahli keluarga.



Amalan sunnah dalam rumahtangga
  1. Bacaan ketika masuk rumah, masuk ke rumah dengan menyebut nama Allah SWT.
  2. Doa ketika keluar rumah, keluar rumah dengan menyebut nama Allah SWT dan membaca doa.
  3. Bersiwak, Rasulullah SAW apabila ingin masuk ke dalam rumah baginda akan memakai siwak iaitu membersihkan gigi dengan kayu siwak.
  4. Sentiasa mengamalkan doa-doa & amalan Rasulullah saw dalam apa jua aktiviti kehidupan sehari-hari. Mengusir syaitan dari dalam rumah Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah menjadikan rumah kalian laksana kuburan. Sesungguhnya syaitan itu akan pergi dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya."
Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menerangkan, "Bacalah surah Al-Baqarah di dalam rumah kalian sebab syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya."
Mengenai keutamaan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah itu, serta pengaruhnya kerana membacanya di dalam rumah, baginda menyebutnya :
"Sesungguhnya Allah SWT telah menulis sebuah kitab dua ribu tahun sebelum Ia menciptakan langit dan bumi, dan kitab itu berada di Arasy, dan Allah (SWT) telah menurunkan darinya dua ayat yang Allah SWT jadikan sebagai penutup surah Al-Baqarah. Jika kedua ayat tersebut tidak dibaca di dalam sebuah rumah selama tiga hari maka ia akan didekati oleh syaitan."

Mengutamakan Pendidikan Agama & Mengajarkan Hukum-Hukum Islam
  1. Melakukan solat di rumah.
  2. Bukan orang lain menjadi imam.
  3. Meminta izin, hendaklah orang Islam meminta izin sebelum memasuki mana-mana rumah, dan janganla dia masuk kecuali dengan izin shahibu bait.
  4. Tidak perlu meminta izin masuk ke rumah penginapan (tamu).
  5. Diizinkan makan di rumah para keluarga.
  6. Meminta izin masuk ke bilik istirehat ibu-bapa.
  7. Larangan membuang masa di rumah orang lain tanpa izin mereka.
  8. Menetap di rumah semasa iddah.
  9. Memisahkan tempat tidur bagi isteri yang nusyuz (yang tidak taat padanya) untuk memberi pengajaran supaya isteri tersebut berubah.
  10. Tidak tidur malam sendirian di rumah, diriwayatkan oleh ibn Umar Rasulullah SAW melarang orang bersendirian di dalam rumah kerana bahaya bagi dirinya, larangan ini demi kemaslahatannya.
  11. Tidak tidur di atas loteng yang tidak ada dindingnya, kerana jika orang itu jatuh ke bawahlalu mati maka tidak ada orang yang dapat dipertanggungjawabkan atas kematiannya.
  12. Kucing tidak najis, dan Rasulullah SAW bersabda bahawa: "Kucing tidak najis, dan termasuk binatang yang bolak-balik di hadapan kalian".
Saling Berkomunikasi Dalam Keluarga
  1. Menyediakan masa bersama untuk ahli keluarga, Allah SWT menerangkan di dalam Al- Quran, "sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka….."
  2. Menyembunyikan perselisihan keluarga di hadapan anak-anak.
  3. Tidak menerima tetamu yang tidak disukai.
  4. Mengawasi aktiviti-aktiviti keluarga, siapa teman mereka, apa yang dibawa masuk ke dalam rumah, apa yang terdapat di dalam bilik mereka dan ke mana anak-anak pergi dan dengan siapa mereka pergi.

Memberikan Perhatian Kepada Anak-Anak
  1. Hafalan Al-Quran dan kisah-kisah dalam Islam Tidak ada yang lebih baik bagi seorang bapa selain membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada anak-anaknya dan menerangkannya secara sederhana, serta memberi hadiah apabila mereka menghafalnya. Anak-anak dapat menghafal surah yang sering dibaca oleh bapanya misalnya, apabila sering diadakan majlis ta'lim dirumah pada setiap jumaat dan pada majlis itu sering dibaca surah Al- Kahfi maka tidak mustahil anak itu dapat menghafal surah tersebut dengan cepat. Sering menceritakan pada anak-anak kisah-kisah nabi, kisah teladan dan pahlawan –pahlawan Islam. Mengajar anak-anak zikir dan doa-doa harian yang dapat diamalkan oleh anak-anak seharian dan yang paling utama sekali bapa harus menunjukkan contoh yang baik supaya dapat diikuti olah anak-anak.
  2. Memperhatikan sahabat anak-anak.
  3. Menyediakan permainan yang bermanfaat.
  4. Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.
  5. Akrab dan lemah lembut terhadap anak-anak.
  6. Displin waktu tidur dan makan.
  7. Menilai pekerjaan wanita di luar rumah, dengan memastikan bahawa isteri dan anak-anak mempunyai pekerjaan dan halal di sisi agama.
  8. Menjaga rahsia rumah-tangga.
  9. Tidak menyebarkan rahsia hubungan suami-isteri.
  10. Tidak menyebarkan perselisihan- perselisihan yang terjadi antara suami-isteri.
  11. Tidak membongkar apa saja yang bersifat peribadi, sekiranya dibongkar di hadapan orang lain akan menimbulkan mudharat bagi rumahtangga atau salah seorang ahlinya.

Keperibadian Dalam Rumahtangga
  1. Bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga.
  2. Membantu menyelesaikan pekerjaan rumah.
  3. Bermesra dengan keluarga.
  4. Mencegah akhlak tercela di dalam rumah seperti dusta, ghibah (memperkatakan keburukan orang lain), namimah dan sebagainya.
  5. Menggantungkan cabuk pada tempat yang dapat dilihat oleh anggota keluarga, sebagai amaran bahawa apabila ada diantara anggota keluarga yang melakukan kesalahan berat maka mereka akan dihukum.

Menghindari Kemungkaran Di Dalam Rumah
  1. Berhati-hati, jangan sampai kerabat yang bukan mahram masuk ke dalam rumahnya yang ada wanita di dalamnya pada waktu ketiadaan suaminya.
  2. Memisahkan para lelaki dan wanita ketika melakukan kunjungan keluarga.
  3. Bersikap waspada pada pemandu dan pembantu rumah.
  4. Berhati-hati pada bahaya TV dan video.
  5. Berhati-hati pada bahaya telefon.
  6. Wajib menghilangkan segala bentuk symbol keagamaan orang-orang kafir dan agama batil dari dalam rumah.
  7. Menghilangkan gambar-gambar yang bernyawa.
  8. Laranglah merokok di rumah anda.
  9. Hindari jangan sampai anda suka memelihara anjing di rumah.
  10. Menghindari mengukir atau menghiasi rumah sehingga menyerupai rumah orang kafir.

Memilih Lokasi Dan Suasana Kediaman

Lokasi rumah

Sebaiknya, lokasinya dekat dengan masjid. Dalam hal ini, terdapat berbagai faedah yang amat besar nilainya, dengan mendengar azan, maka akan memudahkan bagi kaum lelaki pergi solat berjemaah, bagi wanita mudah ke majlis ilmu dan bagi kanak-kanak pergi ke kelas Al-Quran. Hendaklah rumah itu tidak berada pada bangunan yang ada kefasikan, atau berada pada kompleks perumahan yang ada padanya orang-orang kafir dan didalamnya terdapat kolam renang yang akan berkumpul lelaki dan perempuan. Kemudian rumah tidak terbuka, kalau pun terjadi demikian maka hendaklah dibuat tabir atau dengan meninggikan tembok.

Suasana di dalam rumah

Suasana di dalam rumah, hendaklah diperhatikan kemungkinan memisahkan antara lelaki dan perempuan dengan memasuki pintu yang berlainan. Jika hal ini tidak ada memadai dengan memasang pemisah dengan kain.

Memilih tetangga dahulu

Memilih tetangga dahulu sebelum memilih rumah Rasulullah Saw telah memberitahu mengenai empat perkara yang dapat mendatangkan kebahagian, lalu baginda menyebut hal itu, dan di antaranya ialah al-jar ash-shalih tetangga yang soleh. Juga baginda memberitahukan empat perkara yang dapat mendatangkan keburukan di antaranya ialah al-jar as-su' tetangga yang jahat.

Menyediakan kemudahan

Menyediakan kemudahan untuk ahli keluarga, kemudahan perabot di rumah dan keselesaan di rumah.

Mengutamakan kesihatan ahli keluarga

Rasulullah SAW apabila salah seorang dari keluarganya mengalami sakit, baginda menghembuskan berbagai bacaan ta'awwudz (meminta perlindungan) kepadanya.

Sumber :
Laman Rasmi Bait Muslim PMRAM

Permohonan Biasiswa Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012

Permohonan Tawaran Biasiswa Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012. Makluman dari Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar kini boleh mendaftar untuk dapatkan tawaran pelajar cemerlang SPM tahun lalu. Calon akan menerima bantuan kewangan dan tajaan yuran pengajian jika menyambung pelajaran di Institusi pendidikan yang terpilih.
 
Biasiswa pelajar cemerlang SPM 2013
 
Makluman Dari KPM
Pada tahun 2013, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM Tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan) secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang. Bursary (bantuan kewangan) meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan serta tempat/kursus bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM mengikuti program-program persediaan di dalam negara yang disediakan oleh KPM.
 
Syarat-Syarat Umum
  • Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2012;
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012.
Syarat-Syarat Khusus
Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012
A) Mengikuti salah satu program persediaan berikut:
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
    • Matrikulasi
    • Asasi
    • International Baccalaureate (IB)
    • A-LeveL
B) Mengikuti pengajian peringkat persediaan di kolej-kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan.
 
Cara Buat Permohonan Biasiswa Pelajar Cemerlang SPM
Pelajar cemerlang SPM boleh melayari http://apps.moe.gov.my/bursaryspm/ untuk mendaftar, membuat semakan dan mengemaskini maklumat pada 25 Mac 2013 (Isnin).


Wednesday, March 27, 2013

Update Jelly Bean 4.1.2 Untuk Samsung Galaxy Tab 7.7 Ditangguhkan

tab77

Samsung Galaxy Tab 7.7 adalah tablet pertama Samsung yang menawarkan skrin Super AMOLED yang dikenali dengan kecantikan paparannya. Biasanya skrin jenis itu digunakan pada barisan telefon Samsung. Tapi sebenarnya kali ini kami bukan mahu bercerita pasal skrin tablet berkenaan, tetapi sebaliknya mengenai kemaskini Jelly Bean 4.1.2 untuk tablet berkenaan yang ditangguhkan.

Menurut info dari Sammobile, tablet berkenaan akan lambat menerima kemaskini Jelly Bean 4.1.2 kerana Samsung mengalami masalah dengan pemproses tablet berkenaan iaitu Exynos yang menyebabkan ianya tertunda sehingga bulan Mei atau Jun tahun ini, terkeluar dari perancangan jadual yang sepatutnya.

Namun ada berita baiknya pula. Dikatakan Galaxy Tab 7.7 akan turut menerima kemaskini yang mengandungi ciri-ciri yang sama dengan Galaxy Note 10.1 apabila menerima kemaskini premium itu nanti. Mungkinkah akan ada ciri-ciri seperti multiwindow, pop up play dan sebagainya untuk Galaxy Tab 7.7 nanti?. Kami akan laporkan kepada anda jika mendapat maklumat terbaru.

sumber : malayandroid

Gambar : Berita Terkini Lahad Datu 27 Mac 2013 Op Daulat

Berita terkini Lahad Datu pada 27 Mac 2013 rabu. Beberapa dalang yang telah menyalurkan sumber kewangan kepada pengganas sulu sudah dikenal pasti. Polis mengesan lebih 10 individu sekitar Semporna dan Sandakan terbabit dengan kegiatan pengiriman wang ke Jolo, selatan Filipina dipercayai bertujuan membiayai kumpulan pengganas. Mereka berperanan sebagai orang tengah yang membawa sejumlah wang tunai kepada kumpulan pengganas itu melalui jalan laut.

 lahad datu 26 mac 2013
 
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan. 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.
 
Gambar Keadaan Terkini Lahad Datu Terkawal
Sementera operasi mencari saki baki pengganas Sulu masih lagi beroperasi di Tanjung Batu, Felda Sahabat. Keadaan di bandar Lahad Datu terkawal dan aktiviti harian penduduk pulih seperti biasa.


Permohonan Biasiswa MARA Tidak AKAN Disediakan Lagi

Permohonan biasiswa MARA tidak disediakan lagi kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi. Ramai yang tertanya cara untuk membuat permohonan biasiswa MARA, sedangkan kemudahan itu sudah ditutup sejak tahun 2000 lalu.
 
Biasiswa MARA
 
MARA kini hanya memberi Bantuan Pinjaman Pelajaran
Pelajar tajaan MARA hanya akan diberikan pinjaman pelajaran pemboleh ubah. Ini bermaksud, calon yang mendapat keputusan yang cemerlang akan dapat diskaun sehingga 90 peratus dan itu bergantung kepada keputusan akademik. Selain itu, elaun bulanan turut disediakan.
 
Kadar Pengurangan MARA
MARA kini menawarkan pengurangan bayaran balik keseluruhan pinjaman sehingga 90% dan bergantung kepada keputusan selepas tamat pengajian.
 
 
Soalan Lazim MARA
 
1. Adakah MARA menawarkan biasiswa kepada para pelajar?
- Tidak. MARA hanya menawarkan pinjaman pelajaran MARA kepada pemohon
berjaya.
 
2. Perlukah saya membayar semula pinjaman saya?
- Ya, anda perlu membayar semula PINJAMAN yang telah diberikan oleh MARA.
 
3. Adakah MARA akan menukar pinjaman saya kepada biasiswa sekiranya saya
cemerlang di dalam pengajian, contoh saya tamat pengajian dengan CGPA 4.00?
- Tidak, anda perlu membayar semula pinjaman yang telah diberikan MARA.
 
4. Bukankah MARA ada menyediakan biasiswa kepada para pelajar cemerlang?
- Tiada. MARA telah menamatkan sebarang bentuk biasiswa kepada para pelajar semenjak tahun 2000 lagi.
 
5. Adakah sebarang pengurangan pinjaman akan diberikan kepada pelajar yang
menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila tamat pengajian kelak?
- Ya. MARA menawarkan pengurangan bayaran balik keseluruhan pinjaman sehingga 90% bergantung kepada keputusan selepas tamat pengajian.


Berita Terkini Lahad Datu Op Daulat

Berita Terkini Lahad Datu Pada 26 Mac 2013. Seorang pengganas telah menyerah diri apabila berada dalam keadaan tertekan dikepung tanpa sebarang bekalan makanan. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang pengganas ditahan selepas menyerah diri di Tanjung Batu, di sini, petang semalam.
 
lahad datu 26 mac 2013
 
Penduduk Kampung Tanduo Dibawa Masuk Semula
Lebih 20 individu termasuk ketua kampung, ketua keluarga dan pasukan keselamatan dibawa pasukan ke Kampung Tanduo, di sini, pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan membawa mereka ke kampung terbabit bertujuan untuk melihat kerosakan di sekitar lokasi itu.

Permohonan Kemasukan IKBN 2013 Sesi Julai

Permohonan kemasukan ke IKBN 2013 untuk sesi pengambilan Julai. Pemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan anda untuk mengikuti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bagi Latihan Kemahiran peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.
 
ikbn 2013
 
Senarai Program Ditawarkan di IKBN 2013
  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan
Syarat Permohonan
Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang ditetapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon.
 
Cara Permohonan IKBN Sesi 2013
Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi pengambilan sesi Julai 2013 boleh dibuat di https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/index.php
 
Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan ke IKBN / IKTBN sesi Julai 2013 akan ditutup pada 15 April 2013.


Monday, March 25, 2013

Berita Terkini Ops Daulat 25 Mac 2013 - Anak Mat Bom Pengkhianat Negara

Berita terkini Lahad Datu pada 25 Mac 2013. Pihak polis percaya bahawa pergerakan militan semakin lumpuh. Pada awal pagi semalam, dua pengganas dan dua kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi itu, seorang lagi kanak-kanak dan seorang anggota pasukan
keselamatan turut cedera
 
.lahad datu 25 mac 2013
 
Anggota tentera dari Grup Gerak Khas (GGK) dipercayai terkena tembakan di paha kanan ketika menjalankan operasi menggeledah, namun keadaannya dilaporkan stabil. Pengganas dan kanak-kanak yang terbunuh serta yang cedera itu dipercayai warga asing, namun tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka.
 
“Ketika pertempuran berlaku, pengganas berundur dan berlari masuk ke dalam sebuah rumah menyebabkan pasukan keselamatan mengejar mereka.
 
“Sebaik menghampiri rumah itu, berlaku kejadian berbalas tembakan antara kedua-dua pihak. Ketika itu, seorang musuh cuba melarikan diri ke sebuah rumah lain selepas membakar rumah pertama, dipercayai taktik untuk meloloskan diri.
 
“Pasukan keselamatan kemudian melepaskan tembakan ke arah rumah pertama untuk tujuan keselamatan sebelum membuat penggeledahan
 
Talibarut Anak Mat Bom Turut Ditangkap
Anak ketua kampung Tanduo yang menjadi talibarut kepada pengganas Sulu turut ditahan. Beliau dipercayai memberi makanan dan menyediakan pelindungan kepada semua pengganas Sulu. Lebih menyedihkan apabila beliau adalah warga tempatan dan mempunyai kad pengenalan.
 
Fokus Operasi Saki Baki Pengganas Sulu
Kini, operasi Daulat masih giat dijalankan dan hanya fokus untuk menghapuskan saki baki pengganas sulu


Cara atau Kaedah Solat Jenazah

Solat Jenazah

Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.

Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.

Persediaan Solat Jenazah
  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.

Rukun Solat Jenazah
  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.

Takbiratul ihram

اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

Membaca Surah Al-Fatihah

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)

Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.



“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ



“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Doa yang sesuai.

Permohonan Biasiswa Tajaan JPA 2013 Lepasan SPM

Permohonan biasiswa tajaan JPA 2013 bagi lepasan SPM. Untuk makluman kepada semula pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, pihak JPA menawarkan biasiswa dibawah program khas Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea. Menerusi laman rasmi JPA, tarikh permohonan akan diumumkan tidak lama lagi.
 
biasiswa jpa 2013
 
Syarat Permohonan Biasiswa JPA 2013 Lepasan SPM
  • Pelajar lepasan SPM tahun 2012
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur kurang 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan)
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Program Yang Ditawarkan
  • Program Khas Jerman
  • Program Khas Perancis
  • Program Khas Jepun
  • Program Khas Korea
Cara Permohonan Biasiswa JPA 2013
Permohonan boleh dibuat di laman http://esilav2.jpa.gov.my/
 
Tarikh Permohonan Dibuka (Pengumuman Dari Laman JPA)
Tarikh rasmi permohonan dibuka bagi Biasiswa sesi 2013 akan diumumkan kelak dan akan diumumkan pada masa yang terdekat.
biasiswa 2013


Sunday, March 24, 2013

Gambar Datuk Bahang Menteri Pertahanan Sulu Ditahan

Gambar Datuk Bahang atau Datuk Amir Baha menteri pertahanan Sulu telah ditahan. Beliau ditahan di satu kawasan paya bersama isterinya pukul 1.30 pagi, Sabtu. Turut ditahan ketika itu ialah seorang talibarut yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.


Talibarut berkenaan dipercayai anak kepada bekas Ketua Kampung Tanduo. Polis percaya dengan penangkapan Datuk Bahang akan menyebabkan pergerakan militan sulu kini semakin lumpuh.

Permohonan Kolej MARA 2013 IKM, UNIKL Dan KPM

Permohonan kemasukan kolej MARA 2013 seperti IKM, UNIKL dan KPM secara online. Permohonan ini sudah pun dibuka mulai 1 Mac 2013 dan semua calon lepasan SPM dipelawa untuk mengemukakan permohonan. Untuk pengetahuan, ini adalah untuk kemasukan pada sesi julai 2013.
 
kolej mara 2013
 
Permohonan Kolej MARA 2013 bagi institusi
  • Kolej Profesional MARA ( KPM )
  • Institut Kemahiran MARA ( IKM )
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA ( KKTM )
  • Universiti Kuala Lumpur
  • Kolej Poly-Tech Mara
  • German Malaysia Institute
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan secara online, sila layari apponline.mara.gov.my/upimonline/
 
arikh Tutup Permohonan
1 April 2013


Gempar! Wanita Pengganas Sulu Pengamal Ilmu Hitam Ditahan

Gambar wanita yang merupakan pengganas Sulu ditahan di Tanjung Batu, Lahad Datu. Wanita ini telah diberkas dalam operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada 21 Mac 2013 yang lalu. Ketika ditemui, dia dalam keadaan tidak bermaya, tidak bersenjata dan terlalu kurus. Difahamkan, pengganas wanita yang berusia dalam 40-an diberkas juga dipercayai kuat mengamalkan ilmu hitam seperti mana rakan-rakannya yang lain.
pengganas sulu wanita

Thursday, March 21, 2013

Berita Terkini Lahad Datu 21 Mac 2013 Op Daulat

Berita terkini Lahad Datu pada 21 Mac 2013. Lapan tahanan pengganas yang didakwa di Mahkamah Lahad Datu semalam telah dipindahkan ke Tawau untuk perbicaraan. Mahkamah Tawau yang menempatkan Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi dikawal anggota pasukan keselamatan bersenjata sejak awal pagi Khamis.
 
 
Prosiding pendakwaan terhadap lapan lelaki Filipina akan dijalankan di Mahkamah Tawau pagi ini setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini. Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
 
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan pertuduhan kedua di bawah Seksyen 130KA kanun yang sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan. Semalam kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.


Keputusan Mahkamah Lahad Datu Kes Pengganas Sulu

Keputusan Mahkamah Majistret Lahad Datu isu kes tahanan pengganas Sulu. Pada rabu 20 Mac 2013, lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
 
 
Kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
 
Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) Datuk Nordin Ahmad, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
 
Mohd Dusuki memberitahu pemberita, kes itu diperintahkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau. Katanya kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.- Petikan Bernama


Wednesday, March 20, 2013

Iklan Petronas Gempak- Limited Edition

Baru-baru ni aku dengar iklan baru dari Petronas, sempena tahun baru cina. Iklan dia mirip iklan raya baru-baru ni. Cuma ending dia jer lain sket.



Begini kisahnya. Seorang anak cina bertanya kepada ayahnya yang sedang sibuk di dapur.

Anak: Ayah, ni daging apa?
Ayah: Daging Babi
Anak: Daging apa?
Ayah: Daging Babi, nak..
Anak: Daging apa?
Ayah: Daging Babi, sayang…
Anak: Daging ape?









Ayah: Daging la… BABI!!!

Kuang kuang kuang sabo jer lah…

Wallahu a’lam.

Soalan Licik Cikgu, Jawapan Cerdik Budak Darjah 4

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”
Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.


Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.
P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.
Wallahu a’lam.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2013

Permohonan biasiswa kerajaan negeri Sabah tahun 2013. Calon yang berstatus anak negeri atau bumiputera Sabah adalah layak untuk membuat permohonan biasiswa kerajaan negeri Sabah. Permohonan ini hanya dibuka setahun sekali pada setiap tahun. Calon yang berjaya akan ditawarkan biasiswa di IPT yang terpilih.
 
biasiswa kerajaan negeri Sabah 2013
 
Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan akan dibuka pada bulan April 2013 ( Tarikh spesifik akan diumumkan di laman ini)
 
Cara Membuat Permohonan Online
1. Permohonan dibuat melalui On-line dengan melayari
Web: www.biasiswa.sabah.gov.my mulai bulan April 2013. Setiap pemohon mestilah menpunyai E-Mail peribadi masing-masing.
2. Bagi Daerah-daerah berikut yang kemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada online ada disediakan borang permohonan:-
2.1 Pejabat Daerah : Kinabatangan, Tongod dan Pitas.
2.2 Pejabat Daerah Kecil : Matunggong, Pagalungan, Sook, Tungku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.
2.3 Perpustakaan : Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau.
3. Borang permohonan yang lengkap diisi dan berserta salinan-salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:

Bahagian Biasiswa dan Latihan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Tingkat 3, Wisma Perindustrian
Jalan Istiadat, Likas
Beg Berkunci No. 2076
88999 KOTA KINABALU, SABAH.


Pakej Internet Percuma 30 Minit Pertama 1Malaysia

Pakej Internet Percuma untuk 30 Minit Pertama Program 1Malaysia khas bagi rakyat dibandar dan luar bandar. Isi rumah yang berpendapatan RM 3000 dan kebawah layak menerima inisiatif tersebut. Inisiatif ini telah diumumkan oleh PM Najib pada 19 Mac 2013 dan dijadual bermula bulan depan membabitkan semua syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet. Ini dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan melayari internet percuma selama setengah jam pada setiap hari.
internet percuma 30 minit pertama
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertanggungjawab melaksanakan inisiatif berkenaan. Butiran lengkap mengenai perkara itu akan disediakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
 
Perkhidmatan internet percuma bagi setengah jam pertama itu akan ditawarkan berasaskan harian dan membabitkan semua syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet.


Permohonan PISMP 2013 Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Borang permohonan PISMP 2013 program Ijazah Sarjana Muda Perguruan secara online bagi lepasan SPM, UEC, SMA dan SMU. Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
 
PISMP 2013

Nota Ringkas:
  • SPM( Sijil Pelajaran Malaysia)
  • UEC ( Unified Examination Certificate)
  • SMA (Sijil Menengah Agama)
  • SMU (Sijil Menengah Ugama )
Permohonan Ijazah Muda Perguruan PISMP 2013 lepasan SPM – Ambilan Jun
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

Permohonan perguruan PISMP 2013 lepasan UEC SMA SMU – Ambilan Khas Jun 2013
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah
  • Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
  • Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Cara Permohonan Online PISMP 2013
Untuk mengemukakan permohonan, sila layari http://www.moe.gov.my. Permohonan dibuka mulai 22 Mac 2013.


Berita Terkini Lahad Datu 19 Mac 2013 Op Daulat

Berita Terkini Lahad Datu Pada 19 Mac 2013. Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
 
 
Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia. Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
 
Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.
 
Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
 
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
 
Pemimpin MNLF- Nur Misuari Tuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina
 
Di Manila: Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak. Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.
 
Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan pengaruhnya di Sabah. Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.
 
Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996.


Tuesday, March 19, 2013

Suspek Penceroboh Sulu Ditahan Di Sim Sim Sandakan

Suspek penceroboh atau pengganas Sulu ditahan di Kampung Sim Sim Sandakan. Lebih kurang tiga lelaki yang agak mencurigakan di Kampung tersebut ditahan Polis setelah menerima laporan daripada penduduk kampung itu. Kampung Sim Sim merupakan sebuah perkampungan atas air yang terletak di daerah Sandakan.
 
sim sim
 
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan pada 3 petang (18 Mac 2013) mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
 
Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu belum dapat disahkan. Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yang mempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan.
 
Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat, mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.


Statistik Keputusan STPM 2012 Peratus Lulus Menaik

keputusan stpm 2012


Statistik Keputusan STPM 2012. Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan STPM 2012 telah pun diumumkan pada 18 Mac 2013. Berdasarkan rekod STPM pada tahun ini, Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 berbanding 46,705 (92.19 peratus) pada tahun sebelumnya.
 
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata 18 calon mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya.
 
Pada tahun 2012, seramai 442 calon (0.86 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 300 calon (0.59) pada tahun sebelumnya. Seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.
MPM sudah melaksanakan sistem pentaksiran baru STPM yang menggantikan sistem pentaksiran sedia ada bermula sesi pengambilan 2012/2013.


 

Eksklusif : Gambar Terkini Keadaan Felda Sahabat Lahad Datu

Gambar terkini keadaan di Felda Sahabat, Lahad Datu. Pihak kami kini berada di sekitar Felda Sahabat untuk meninjau perkembangan terkini pengganas Sulu di beberapa lokasi Felda Sahabat.

Keadaan keselamatan buat masa sekarang masih lagi terjamin dan penduduk menjalankan rutin harian seperti biasa. Kawalan sekatan jalan masih diperketatkan untuk mengenal pasti pengganas yang dikhuatiri bolos dari kawasan kepungan. Setakat ini, operasi menjejaki pengganas masih lagi diteruskan.
 
Foto dibawah- Sekitar suasana bandar Cenderawasih Felda Sahabat 7. Antara bandar Felda yang paling strategik dengan kemudahan mesin ATM, restoran dan stesyen minyak untuk keperluan tentera dan polis.
 
Kolej Felda hanya terletak didepan bandar Cenderawasih dan kini dijadikan kem markas tentera.
 
 
Sekatan jalan diperketatkan di setiap kawasan Felda Sahabat.
 


Foto Dibawah- Tempat penempatan sementara penduduk kampung di dewan Embara Budi. Selain itu, penduduk kampung turut ditempatkan di Dewan Fajar Harapan dan juga di Gemala Pura.
 
Untitled-5

Suasana perjalanan di Felda Sahabat.
 

Berita Terkini Lahad Datu 18 Mac 2013 Op Daulat

Berita terkini Lahad Datu 18 Mac 2013 dalam Op Daulat. Pertempuran yang berlaku di kampung Tanjung Batu awal pagi semalam telah mengorbankan seorang lagi pengganas Sulu. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, mayat tersebut telah berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi dan kini sedang dalam proses bedah siasat untuk mengenal identiti mangsa. Operasi masih lagi diteruskan di kawasan Tanjung Batu dan kemungkinan akan diishtiharkan bersih tidak lama lagi.

lahad datu 18 mac 2013
 
Setakat ini, proses bedah siasat mayat pengganas masih dalam 80 peratus selesai menurut ahli Forensik. Sementara itu, keadaan di Felda Sahabat masih lagi terjamin dengan kawalan ketat pihak berkuasa di setiap kawasan operasi.
 
Setakat ini,bilangan keseluruhan pengganas yang terbunuh adalah 62 orang dan 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)
 
Update Terkini 5.15 Petang-
Sultan Kiram Paksa Pengikut Serang Gerila Terhadap Pihak Keselamatan
Pada hari ini, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan olehnya sebelum ni dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara serang dan lari terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More