Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Sunday, December 2, 2012

Resipi Durian Crepe Paling Sedap Dan Terbaik

Kelazatan resipi Durian Crepe yang ingin kami kongsikan memang antara paling sedap dan terbaik. Fenomena Durian Crepe ni memang sangat memberansangkan di negara kita yang sememangnya penggemar Durian.
 
Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia gemar memakan durian dan secara jujur memang kelazatan durian hingga menjilat jari. Maklumlah sekarang ni musim Durian, jadi mesti ramai yang nak tahu bagaimana cara untuk menyajikan Durian Crepe yang paling lazat tu sebab harga pun murah.
 
Cara Membuat Durian Crepe

Bahan-Bahan

  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus
CARA MEMBUATNYA :
Dalam bekas, campurkan tepung gandum dengan tepung ubi ( di ayak kedua-duanya terlebih dahulu ) , masukkan sekali gula halus atau gula kastor

Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.
Kacau sebati dgn menggunakan whisker
Selepas itu, masukkan pula telur yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu. Telor tu just kacau-kacau gitu je tau, bukan pukul sampai kembang. Lepas masukkan telor tu sila kacau sebati.
Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi
Masukkan pula air.. kacau lagi.
Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau
Masukkan lak pewarna
Adunan yang dah sebati
Last step, sila tapiskan adunan tersebut.
Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 – 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg korang buat la.
JOM BELAJAR CARA MASAK CREPE :
Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang.
Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan. Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat
Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak.
Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan macam gambar di atas .
Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.
BAHAN INTI :
Gunakan whipping Cream
Putar whipping krim/fresh cream sampai kental.
CARA MENGGULUNG CREPE :
Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian.
Lapiskan semula dgn krim.. takyah banyak-banyak sangat.
Pastu tarik kulit kiri dan kanan dgn berhati-hati.
Pastu tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.. paham kan..?? Jangan tekan-tekan inti tu
Kemudian terbalikkan.. dan ni hasilnya.
 
Kalau anda nak belajar resipi ni, boleh juga dibuat untuk peluang perniagaan sebab permintaan terhadap Durian Crepe ni agak tinggi. Selamat mencuba kepada semua. Resipi ini dikongsikan oleh MyloveFamily Blogspot


2 comments:

Salam, terima kasih atas perkongsian resepi/ilmu dr saudara. Jelas dan mudah. Barakallah.

Terima kasih, insyaallah akan dicuba. Nnti saya link kt blog ye.

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More