Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, August 30, 2012

Ipad Mini Akan Dilancarkan Pada Oktober 2012

pad Mini keluaran baru Apple akan mula dilancarkan pada oktober 2012 ini.Ini merupakan saat yang ditunggu oleh setiap oleh semua pengguna Apple. Yang menariknya, saiz skrin hanya 8 Inci adalah lebih kecil daripada Ipad manakala lebih besar dari Iphone. Mungkin juga Ipad Mini ni akan mengalahkan pasaran Android di seluruh dunia. Masih lagi mengekalkan teknologi Ipad genenarasi baru, pengguna mungkin akan lebih gembira dengan saiz mudah alih yang lebih kecil dan selesa dibawa kemana sahaja.

ipad mini
Apapun, masih belum ada berita mengenai spesifikasi Ipad mini ni dan akan diumumkan oleh Apple tak lama lagi. Diharap Ipad Mini ni dapat atasi masalah kepanasan pada hardware seperti berlaku kat Ipad 3.

Incoming search terms:

  • gambar ipad mini
  • notebook dilancarkan pada 2012

Gambar Ustaz Don Dan Husna Tunaikan Solat Bersama

Mari lihat gambar Ustaz Don dan Husna Isterinya tunaikan solat sunnah bersama. Selesai sahaja pernikahannya, Ustaz Don mengerjakan solat Sunnah pada minggu lalu. Perbuatan ni mendapat perhatian orang ramai dimana seorang suami dilihat mampu mendidik isteri ke jalan yang benar. Dan ini adalah satu-satunya yang jarang berlaku ketika selepas suami isteri diijabkabulkan. Jika anda mahu berkahwin dan ikut cara sunnah dan hikmah bukan mengikut adat dan resam, amalkan lah untuk melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri ini.

Incoming search terms:

  • umur isteri ustaz don
  • ayah husna isteri ustaz don
  • ustaz don solat bersama husna
  • ustaz don dan isteri solat sunat
  • solat sunat nikah ustaz don
  • sembahyang sunat kahwin ustaz don don kahwin
  • pernikahan ustaz don solat sunat
  • gambar uztaz don solat
  • gambar ustaz don solat sunat kahwin
  • gambar ustaz don solat

Nizar Menang Saman Utusan Malaysia Isu Fitnah Sultan

Terkini Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah menang saman akhbar Utusan Malaysia mengenai isu fitnah sultan Johor. Jumlah saman masih lagi dalam perbincangan dan akan membawa kerugian yang besar kepada Utusan. Beliau akan berbuat benda yang sama terhadap TV3 pada 19 September ini. Sebelum ni, Nizar telah didakwa berhubung fitnah mengenai isu bidaan plat kereta WWW1 yang berharga RM520 ribu oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut. Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan beliau untuk memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan.


Samsung Bayar Saman Guna Duit Syiling Kepada Apple

Memang sangat lawak apabila Syarikat Samsung bayar saman guna duit Syiling. Sebelum ni, samsung telah kalah saman akibat meniru paten produk apple dan kena bayar USD 1 Billion. Akibat dari perbuatan itu, samsung memilih cara terbaik dan paling menyusahkan didunia untuk membayar saman dengan menghantar wang syiling 5 Sen kepada Apple. Ini pasti sangat menyakitkan hati syarikat Apple. Apapun caranya, pembayaran tetap dibuat seperti yang diarahkan.


Petikan Akhbar
Lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini. Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.

Samsung Bayar Saman Guna Duit Syiling

Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung. Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang. Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.

Ini mungkin cara paling kreatif yang pernah dibuat oleh syarikat gergasi samsung untuk membayar saman.

Incoming search terms:

  • samsung bayar saman iphone

Monday, August 27, 2012

Neil Armstrong Meninggal Dunia Sakit Jantung

Neil Armsrong angkasawan pertama pergi ke bulan meninggal Dunia akibat Sakit jantung. Perkara ini disahkan oleh media Amerika Syarikat pada hari ini.


Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. beliau Beliau terkenal dengan selepas jadi orang pertama  yang jejakkan kaki di permukaan bulan.

Incoming search terms:

  • neil armsrong


Kenapa Video Gangnam Style Popular Di Malaysia

Mesti ramai nak tahu, kenapa video youtube Gangnam Style oleh Psy Semakin Popular di Malaysia.  Video yang dimuat naik pada julai lalu telah tersebar secara viral dilaman sosial dan jadi bualan penonton. Yang menariknya, admin tidak tahu kenapa setelah menonton Gangnam Style, memang dah ketagih sampai tonton dua kali setiap hari. Dengan jumlah tontonan melebihi 50 Juta dalam masa yang singkat,video tersebut telah menjadi trend di Youtube pada bulan ogos.

gangnam Style

Lirik lagu dan irama lagu memang menarik disamping tarian yang sangat unik dan agak kreatif. Tarian ni dinamakan “Horse Riding” atau tunggang kuda telah menjadi tarian paling hangat di era ini. Kelainan sebegini lah punca kepada kehebatan lagu ni.

Malaysia turut demam dengan Gangnam Style dan wujudnya video versi Gangnam Raya. Mari layan kat bawah ni.



Perkahwinan Ustaz Don Dan Husna - Gambar Resepsi

Gambar Resepsi Perkahwinan Ustaz Don Dan Husna. Majlis resepsi pasangan ini dihadiri seramai 3,000 tetamu dan telah berlangsung di Pulau Pinang. Semua koleksi foto ni dikongsikan khas daripada Atmosphere Photography selaku jurugambar rasmi perkahwinan Ustaz Don. Walaupun majlis ini diadakan dengan kesederhanaan, resepsi memang sangat meriah disamping dihadiri oleh kenalan rapat.

gambar resepsi perkahwinan ustaz don
gambar resepsi perkahwinan ustaz don
gambar resepsi perkahwinan ustaz don

Monday, August 13, 2012

Iklan Raya Pilihan - Permintaan Terakhir

Assalamulaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Selain dendangan lagu-lagu raya dicorong radio, iklan raya juga dapat mengimbau nostalgia sambutan aidilfitri. Ingat lagi tak iklan raya 7 adik beradik sedang membuat persiapa raya pergi membeli daging pesanan ibu mereka.  Semua gerai menjual daging kehabisan stok sehingga mereka kebuntuan.  Akhirnya mereka membawa pulang seekor lembu (sapi) menaiki rakit sehinggakan ibu mereka pengsan di jeti.

Iklan burung murai pun menarik, dimana ia cuba menggambarkan pengorbanan seorang ayah yang membesarkan anak.  Sabar dengan kerenah soalan anak, "burung apa tu ayah?" "burung murai..." jawab si ayah berkali-kali bila ditanya soalan yang sama.

Iklan raya TNB agak lucu dimana gelagat seorang yang sedang memarut kelapa mengguna mesin sambil memakai helmet seolah-olah sedang menunggang motosikal. Unik.

Dan.. banyak lagi..

Semua iklan yang dihasilkan mempunyai makna tersirat yang sangat dalam untuk difikirkan.  Ia juga mengimbau kenangan nostalgia masa lalu yang tidak akan kembali.  Syahdu terasa bila menonton semula iklan-iklan ini. Masing-masing punya cerita raya yang penuh dengan pelbagai perasaan suka dan duka.

Entry ini saya ingin berkongsi iklan raya D.I.Y yang dihasilkan sempena sambutan raya tahun 2011.  Bagi saya mereka berjaya menghasilkan video yang menarik namun ada sedikit kelemahan dari sudut pelakon.  Kalau pelakon yang berpengalaman pasti lebih memberi kesan hingga ke lubuk hati.

"mengisahkan seorg isteri yg mahu menunaikan permintaan terakhir suaminya setelah ia mengetahui dirnya tidak dapat hidup lama kerana didapati menghidapi barah otak.  "

Jom layan.... Anda nilai sendiri iklan ini.  Jangan lupa komen di bawah ye.............

Video Yang Membuatkan Air Mata Lelaki Mengalir Menjelang Raya

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Selamat berpuasa semua.

Hilang ego seorang lelaki bila menonton video ini.  Tak perasan air mata mengalir begitu laju.  Perasaan sebak terus menguasai diri. Hati ini menjadi sayu tambah-tambah bila menonton disaat sahur sunyi sepi yang hening. 

Solat sunat taubat menambahkan lagi esakan.

Semoga iklan raya BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial Director's Cut (Bahasa Malaysia) mendapat manfaat semua.  Iklan terbaik yang betul-betul menyentuh hati ini.

Saksikan juga koleksi Iklan Raya dari PETRONAS disini

Sunday, August 12, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433H bagi Seluruh Negeri di Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433H bagi Seluruh Negeri di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Rujuk Penerangan Terperinci Zakat fitra di sini.

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433H bagi Seluruh Negeri di Malaysia.
 
 Sumber: forblogger

Jangan Beli Samsung Galaxy S3 Murah!

Dah lama saya tak buat entry gadget.  Seperti semua sedia maklum, Samsung Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan Samsung Galaxy S3.  Iaitu gadget paling terkini dan terhangat diperkatakan dipasaran.  Nak cerita pasal spec dan maklumat produk, terlalu banyak dah.  Boleh search sendiri di google.


Batery 

Samsung Galxy S3 ini sangat sesuai bagi pengguna yang memerlukan smartphone yang mempunyai jangka hayat batery yang panjang kerana Samsung telah meningkatkan kuasa batery berbanding model-model mereka sebelum ini.  Baterinya lebih tahan lama berbanding S2.

Skrin

Skrin yang terbaik dengan paparan 4.8 inci Super Amoled dan beroperasi pada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) memang terbaik.

Kelajuan

Ia menggunakan kelajuan sistem CPU Quad-Core 1.4 GHz Cortex A-9 yang sememangnya terbukti laju seperti performance Samsung Galaxy S2.

Kontra

Dua perkara yang agak kurang dengan S3 adalah RAM dan Kamera.
RAM - Walaupun S3 mempunyai RAM lebih baik daripada iPhone 4s (512MB) atau One X (1GB), terdapat laporan yang membayangkan peranti sebenarnya boleh datang dengan RAM sebanyak 2GB.
Kamera - HTC One X, iPhone 4s dan Galaxy S2 mempunyai kamera 8 megapiksel. S3 tidak membawa apa-apa yang baru berbanding telefon lama yang disebut tadi.
Saya belum sempat lagi untuk melihat lebih dekat gadget ini, tetapi dah buat beberapa pencarian.  Setakat ini pakej termurah adalah dari Digi, iaitu dengan harga RM1299. Boleh layari laman digi disini.
p/s: Balik kepada tajuk entry, Jangan beli Samsung Galaxy S3 yang murah, sebab sekarang ni banyak sangat smartphone yang prototype... terutama iphone... Saya dah tengok banyak gadget tiruan ni... tak sampai setahun guna dah ditinggalakan dalam almari...
So, bagi yang berkemampuan tu, janganlah beli yang tiruan ni.. beli yang original... sebab barangan elektronik sukar untuk dijangka... silap-silap, ia langsung tidak membantu...kehidupan seharian... menyusahkan lagi adalah...
Tapi, ini hanyalah pendapat peribadi, kalau korang ada pendapat lain...normal... kita memang hidup berbeza-beza. Tengok pakej yang ditawarkan digi.. agak terbaik...
Dengar khabar, pakej maxis lebih menarik...

Spec Samsung Galaxy SIII

Friday, August 10, 2012

Saintis China Cipta Babi Berkaki Menyala

Penyelidik dari Universiti Pertanian Yunnan di China mendakwa mereka telah mencipta sepuluh ekor babi / khinzir khas yang mempunyai kaki hijau bersinar dalam gelap.



Saintis di universiti itu berkata, babi adalah transgenik dan dicipta dengan menambah bahan genetik dari obor-obor ke embrio babi biasa.

Di atas gen obor-obor, pakar-pakar juga mencampurkan dengan gen Leptin, yang merupakan hormon protein 16 kDa yang membantu untuk mengawal selia pengambilan dan penggunaan tenaga.

Khinzir kecil kelihatan normal di dalam cahaya tetapi apabila mereka dimasukkan ke dalam gelap dan cahaya UV menyinari kaki mereka, ia mula hijau bersinar.

Untuk mencipta babi itu, bahan genetik dari obor-obor telah ditambah kepada 398 embrio babi yang telah diimplan kepada lima ekor khinzir betina dewasa.

Empat khinzir betina dewasa hamil, dan di kalangan anak yang mereka lahirkan, 10 mempunyai kuku hijau bercahaya.

Restoran Air Terjun Yang Menakjubkan


Restoran Air Terjun ini terletak di Quezon Province, Villa Escudero, Filipina. Merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan para pelancong luar kerana restoran ini memberi pelanggan peluang untuk menikmati makanan mereka betul-betul bersebelahan air terjun dan sungai. Atau boleh dikatakan memang dah betul-betul dok kat atas sungai yang cetek...

























Wednesday, August 8, 2012

Iklan Filem Pendek Raya 2012 Dari Petronas Terbaik

Ini adalah iklan hari raya 2012 paling terbaik dihasilkan oleh Petronas pada tahun ini. Berjudul ‘Stranger’, ia merupakan hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett. Pelakon utama Redza Minhat memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun. Pada mulanya, mereka bertemu dan berkenalan sebagai orang asing hingga akhirnya mereka menjadi begitu rapat. Filem pendek tersebut pastinya akan menyentuh hati setiap penonton.





Adun Pembangkang Manoharan Hina Lee Chong Wei

Lagi kes menghina Lee Chon Wei akibat kekalahan beliau gagal merangkul pingat emas baminton olimpik 2012. ADUN Alam Shah dari parti DAP, M. Manohara telah mengutuk Chong Wei dilaman twitter. Menurut sumber, Manoharan adalah individu yang pernah menghina Jalur Gemilang dan berkata, bendera itu akan diubah apabila DAP dan Pakatan Rakyat berkuasa suatu hari nanti. Kali ini, Manoharan menyindir Chong Wei dan meluahkan rasa bangga melimpah ruah kepada Lin Dan.


Tuesday, August 7, 2012

Beribu wanita Iran dilatih jadi Ninja

Seni mempertahankan diri telah mendapat populariti di Iran sejak 20 tahun yang lalu. Dalam bahagian pertama video ini, Gisoo Misha Ahmadi akan mengadakan pertemuan dengan sekumpulan wanita muda Iran yang telah menguasai teknik ninjutsu, dan biasanya dirujuk sebagai "Ninja".

Sekolah Ninjutsu di Iran telah dimulakan pada tahun 1989 oleh sensei Akbar Faraji. Ini adalah kali pertama seni mempertahankan diri telah diperkenalkan di negara ini. Manakala kelab itu kini mempunyai lebih 24,000 ahli, dan bilangan peserta wanita perlahan-lahan semakin meningkat. Menurut Faraji, dalam Ninjutsu, lelaki dipanggil 'Ninja', manakala wanita dipanggil 'kunoichi'.


PC game pertama di dunia Bill Gates telah jadi aplikasi iPhone

PC game pertama di dunia yang dicipta oleh Bill Gates
Permainan Donkey adalah kurang terkenal daripada beberapa ciptaan Bill Gates yang lain, tetapi ia sebenarnya adalah PC game (permainan PC) yang pertama dibuat.

Permainan memandu mudah itu ditulis pada pukul 4 pagi oleh Gates dan rakan pada prototaip PC dalam tahun 1981, tentang mengelak keldai dalam kereta super.

Ia diberikan secara percuma dengan versi awal sistem operasi DOS untuk IBM PC.

Versi baru pula dijual untuk peranti Apple iOS, berharga USD$0.99.
 
 

Subhanallah! Bunga-bunga Mekar Ketika Azan Berkumandang


Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Stesen television CNN, pernah menayangkan sebuah fenomena yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

Bunga-bunga yang awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Ajerbaijan itu pun mendapat perhatian dari media Barat, semak keajaiban azan dalam video berikut ini:

Monday, August 6, 2012

Akhbar Kosmo Perli Lee Chong Wei Kalah Badminton Olimpik

Akhbar Kosmo Perli Lee Chong Wei Kalah Final Badminton Olimpik 2012. Kosmo dengan tajuk Chong Wei Terlepas Habuan 4 Juta telah mengguris hatinya. Perjuangan beliau bertungkus lumus sepenuh hati semalam dilihat oleh akhbar tersebut sebagai “mengejar wang” dan bukan semangat kesukanan untuk membawa negara ke mata dunia.

Ramai dari kalangan pembaca dan pengguna laman sosial mengutuk keras tindakan editor akhbar berkenaan berkaitan artikel muka hadapan akhbar tersebut hari ini yang dilihat seakan akan memerli Datuk LCW yang tidak mendapat habuan besar apabila kembali ke tanah air. Mungkin selepas ini, ramai yang akan memboikot akhbar ini. Kita tunggu dan lihat.

Dipetik dari HazrilHafiz

Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo Berkahwin

Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei yang akan kahwin dengan Wong Mew Choo pada tahun 2013 depan. Kalau anda semua nak tahu, pasangan atau bakal isteri Chong Wei juga adalah ahli sukan negara. Dalam diam-diam, beliau dah merancang untuk mendirikan rumah tangga tak lama lagi.


Menurutnya, beliau akan membuat sidang akhbar mengenai perkahwinan itu selepas pulang daripada Sukan Olimpik di London nanti.

“Pasangan saya adalah ahli sukan dan wartawan mungkin tahu orang itu,” katanya selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).

Cuti Umum Nuzul Quran Pada 6 Ogos 2012

Cuti Umum bagi Nuzul Quran 2012 hanya bagi negeri kelantan, pahang, perak, perlis, pulau pinang, selangor dan terengganu sahaja. Manakala negeri lain yang tidak terlibat, rutin perkerjaan dan pembelajaran di sekolah adalah seperti biasa. Pastinya ini memberi manfaat kepada negeri yang terlibat dengan cuti Nuzul Quran membuat persiapan untuk hari raya kelak.


Peristiwa Nurul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Petikan Wikipedia

Incoming search terms:

  • cuti peristiwa nuzul quran
  • cuti sekolah nuzul quran 2012
  • negeri yang cuti pada nuzul al quran
  • nuzul al-quran cuti umum negeri 2012


Sunday, August 5, 2012

Live Lee Chong Wei Vs Lin Dan Badminton Olimpik 2012 Final

Saksikan perlawanan secara live Lee Chong Wei vs Lin Dan  pada 5 Ogos 2012. Pastinya perlawanan badminton Olimpik badminton akhir dinantikan oleh jutaan rakyat Malaysia dengan harapan agar dapat membawa pulang pingat emas dalam acara ini.

Setelah berjaya menewaskan Chen Long dari China, Chong Wei telah melayakkan diri kepusingan akhir dan berentap dengan Lin Dan. Dari corak permainan, Lin Dan merupakan pemain badminton yang handal dan tidak boleh dipandang remeh. Apapun, semoga berjaya diucapkan kepada Lee Chong Wei. Ingat, Baskin Robbin berjanji akan beri aiskrim percuma kepada seluruh rakyat Malaysia jika berjaya membawa pulang pingat emas.


Perlawanan Akhir Badminton Olimpik London 2012
Lee Chong Wei vs Lin Dan
5 Ogos 2012 (Ahad)
8.00 pm waktu Malaysia (*Tertakluk pada perubahan)
Siaran Langsung : Astro 829

Incoming search terms:

  • final badminton olimpik 2012
  • baskin robbins lim chong wei
  • bila final match lee chong wei vs lin dan dalam olimpik
  • hatiputera lee chong wei final olimpik 2012
  • live lee chong wei lin dan olimpik
  • terkini badminton olympik lee vs lin dan
  • waktu final badminton olimpik

Fenomena Hujan Air Batu Di Jertih Terengganu

Ini adalah kejadian yang luar biasa dimana hujan air batu telah melanda Jertih Terengganu. Turut disertakan bukti gambar kejadian yang menimpa di Jertih. Yang peliknya, hujan tersebut berbentuk ketulan batu yang agak besar dan agak merbahaya kepada penduduk jika terkena hujan tersebut.

Dalam kejadian hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 6.55 petang itu, ia menggemparkan penduduk kampung antaranya di Seberang Jertih, Balik Bukit, Padang Luas, Bandar Jertih dan beberapa kampung lain dengan fenomena luar biasa itu.


Saksi, Wan Azha Wan Ahmad, 50, berkata, kejadian hujan air batu berserta ribut itu berlaku dalam tempoh 15 minit dan menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan mengambil air batu tersebut untuk melihatnya.
Menurutnya, kejadian itu amat jarang berlaku menyebabkan ia menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.

“Air batu tersebut tidak bertahan lama dan cair selepas beberapa minit,” katanya.
Bagaimanapun tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu tetapi penduduk menyifatkan bencana itu adalah paling teruk dalam tahun ini.

Manakala bagi seoramg lelaki yang juga merupakan peniaga kedai barangan elektrik di bandar Jertih, Foo Fay Jong, 50, turut mendakwa seketul air batu sebesar bata jatuh di atas jalan raya di bandar itu berhampiran kedainya pada masa kejadian. Bagaimanapun katanya mujur ia tidak menimpa orang ramai.


Mesej Yusry Ucap Selamat Buka Puasa Kat Lisa Surihani

Mari lihat mesej Yusry ucap selamat berbuka puasa kepada Lisa Surihani. Kalau peminat Lisa nampak, mesti cemburu. Nampaknya pasangan ini semakin bahagia dari hari ke hari. Apaun, selamat menyambut bulan ramadahan diucapkan kepada pasangan ni.


Gempar! Lelaki Cuba Terjun Pesawat Air Asia Di Miri Sarawak

Seorang penumpang lelaki cuba terjun dari pesawat Air Asia ketika pesawat tersebut cuba memecut laju untuk memulakan penerbangan dari Miri Sarawak. Lebih mengejutkan lagi lelaki itu adalah pramugara pesawat berkenaan. Menurut sumber, pramugara ini ternampak lembaga aneh sebelum membuka pintu kecemasan.


Petikan Akhbar

Kira-kira 200 penumpang sebuah pesawat AirAsia berdepan saat menakutkan apabila pintu kecemasannya tiba-tiba dibuka oleh seorang lelaki sewaktu pesawat itu memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri malam tadi. Lebih mengerikan, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki berketurunan Cina yang dikenali sebagai Chong dipercayai berusia 24 tahun bertindak nekad terjun ke landasan sebelum pesawat dihentikan serta merta oleh juruterbang yang dimaklumkan tentang kejadian berkenaan.

Chong bersama teman wanitanya menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuala Lumpur. Berikutan kejadian itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri dihentikan seketika bermula 9 malam. Berdasarkan laporan tidak rasmi, Chong dilaporkan dalam keadaan kritikal. Walau bagaimanapun punca beliau bertindak demikian belum diketahui dan masih dalam siasatan polis

Incoming search terms:

  • airasia miri penumpang
  • terjun pesawat airasia di miri

Saturday, August 4, 2012

Cuti Umum 17 Ogos 2012 Sempena Hari Raya

Cuti umum pada 17 Ogos 2012 Sempena Hari Raya. Kementerian Pelajaran menetapkan Jumaat 17 Ogos depan sebagai cuti berganti sempena Aidilfitri untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad. Pihak sekolah dicadangkan menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu 22 September 2012.





Surat siaran mengenainya yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin, sudah dihantar kepada semua Jabatan Pelajaran negeri kelmarin untuk tindakan lanjut. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos 2012.

Incoming search terms:

  • cuti pada 17 ogos 2012
  • cuti sekolah hari raya 2012
  • cuti hari jumaat sempena raya
  • cuti hari raya 2012 jumaat
  • cuti raya 2012
  • cuti sekolah 2012 & cuti raya
  • cuti sekolah hari raya 2012 17 ogos?
  • cuti sekolah hari raya puasa 2012
  • cuti sekolah sempena hari raya 2012

Rumah Aznil Kena Rompak Di Taman Yarl

Semalam memang nasib malang Aznil atau Pak Nil apabila rumahnya dirompak. Kejadian rompakan tersebut berlaku di kediaman Aznil Hj. Nawani di Taman Yarl. Pada masa kejadian tersebut berlaku, hanya ibunya bersama dua orang amah yang berada di rumah. Manakala Aznil tidak berada di rumah.



Menurut sumber, selebriti terkenal tersebut mengalami kerugian hampir RM40,000. Kejadian yang tidak disedari itu telah mengakibatkan kehilangan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut hilang ialah sebuah komputer riba dan sehelai pakaian. Menurut pemerhatian polis, perompak telah mengumpil besi jeriji tingkap untuk memasuki rumah selebriti tersebut

Incoming search terms:

  • taman yarl
  • rumah aznil kena rompak
  • aznil di samun
  • aznil hj nawawi kena rompak
  • aznil rumah rompak
  • perumahan taman yarl
  • rumah aznil haji nawawi kena pecah
  • rumah aznil kena pecah

Mercun Bola Paling Bahaya Di Musim Perayaan

Tahukah anda bahawa mercun bola adalah paling merbahaya dimainkan dimusim perayaan. Kebanyakan kes putus jari dan mata buta yang dilaporkan berpunca daripada mercun jenis ini.Namun, sesetengah individu tidak mengendahkan langsung akan bahayanya mercun.



Fakta Kenapa Mercun Bola Bahaya
1. Mercun ini sangat berbahaya berbanding mercun yang dibaluti kertas. Impak yang dihasilkan oleh pembalut plastik in akan membuat impak letupan lebih kuat hingga boleh menyebabkan jari terputus.
2. Sumbu pada mercun bola tersebut terbakar agak perlahan dan tidak kelihatan. Ini menyebabkan mercun boleh meletup bila-bila sahaja. Kadang kala sumbu mercun juga boleh terbakar dengan agak pantas.
3. Jumlah bahan letupan yang terdapat didalam mercun ini adalah lebih banyak daripada mercun biasa.

Kesan Akibat Main Mercun Bola


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More