Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 27, 2012

Gambar Julia Ziegler Tunaikan Umrah Di Mekah

Gambar Julia Ziegler Tunaikan Umrah Di Mekah. Julia Ziegler melalui laman Twitternya telah berkongsikan foto pertama beliau sepanjang menunaikan umrah mulai 16 Jun yang lalu. Ibadah selama 11 hari itu turut menyaksikan Julia Ziegler & ibunya menunaikan fardhu solat Maghrib dan Isyak ketika mengunjungi masjid Nabawi di Madinah.


Sumber: BulanPurnama

Tuesday, June 26, 2012

JAAFAR ABU TALIB DIBERI SAYAP SURGA



JAAFAR bin Abi Talib atau dikenali dengan gelaran Jaafar at- Taiyar merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW. Beliau bukan sahaja mempunyai bentuk badan dan raut wajah yang menyerupai Rasulullah, malah perangainya juga seakan-akan sama dengan baginda.

Beliau adalah seorang pemuda yang jujur, amanah, bijak, dan termasuk salah seorang pelopor ternama Islam.

Jaafar memeluk Islam bersama-sama dengan isterinya Amma binti Umais pada hari yang sama. Mereka berdua bersama-sama menanggung segala pahit perit dengan ketabahan tanpa memikirkan bilakah penderitaan itu akan berakhir.

Mereka juga telah menyertai rombongan awal kaum Muslimin untuk berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) dan tinggal di sana selama beberapa tahun. Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad, Abdullah dan Auf.

Selama berada di Habsyah, Jaafar menjadi jurubicara yang lancar dan sopan sesuai dengan panji Islam yang dipegangnya. Itulah nikmat Allah yang tidak ternilai dikurniakan kepadanya. Ini berlaku semasa penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.

Penghijrahan itu membuatkan puak Quraisy berasa tidak senang hati. Maka mereka pun menghantar utusan untuk mempengaruhi dan memperdayakan pemerintah Ethiopia. Pemerintah Habsyah ketika itu bernama Najashi (Negus) yang menganut agama Nasrani.

Utusan puak Quraisy telah membawa banyak hadiah untuk memujuk pemerintah Habsyah agar tidak membenarkan kaum Muslimin tinggal di sana.

Najashi sebagai pemerintah telah mengadakan satu pertemuan. Pertemuan itu dihadiri oleh kaum Muslimin, puak Quraisy dan pemimpin-pemimpin agama Najashi.

Pada kesempatan itulah, puak Quraisy telah berkata: “Wahai Raja yang mulia, telah menyusur ke negeri paduka orang yang bodoh dan tolol. Mereka tinggalkan agama nenek moyang dan tidak pula menganut agama paduka, tetapi mereka membawa agama baru yang tidak pernah kami kenali.”

Najashi pun bertanya kepada kaum Muslimin: “Agama apakah yang kamu bawa yang bukan agama kami?”

Jaafar pun bangkit berdiri dan menjawab dengan sopan serta lancar sekali.

Katanya: “Wahai paduka yang mulia. Dahulu kami memang orang-orang bodoh dan jahil, kami menyembah berhala dan melakukan bermacam-macam perkara lagi.

“Tetapi kini Allah SWT mengirimkan seorang rasul untuk membimbing kami ke jalan yang benar. Kami menerimanya dan oleh sebab itulah kaum kami memusuhi kami. Lantaran itulah kami berpindah ke negeri paduka.”

Najashi pun bertanya lagi: “Apa pandangan kalian tentang Isa?”

Jaafar pun bangkit lagi: “Baginda ialah seorang hamba Allah dan Rasul-Nya serta kalimah-Nya yang ditiupkan kepada Maryam dan roh daripada-Nya.”

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Najashi berpuas hati dan membenarkan mereka terus tinggal di Habsyah.

Jaafar telah syahid ketika menyertai peperangan Muktah. Beliau berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Walaupun beliau cedera, namun panji Islam masih tetap dipeluk kukuh di celah-celah pangkal dada dan lengannya. Pada waktu itu, kedua-dua belah tangannya telah pun putus dipotong oleh pihak musuh.

Ketika beliau syahid, terdapat lebih 90 kesan tikaman pada seluruh badannya.

Rasulullah menyifatkan kedudukan Jaafar sebagai burung bersayap dua di syurga.

Monday, June 25, 2012

Jom Sertai Peraduan Mister Potato 'Cash Splash' 2012


Participate in the Mister Potato 'Cash Splash' Contest and stand a chance to win cash prizes worth a total of RM30,000. Contest From 1 June - 31 July 2012
How to participate in this contest:

1) Purchase any contest edition Mister Potato Rice Crisps 130g canister.
2) Obtain the contest's SMS code from the product's foil lid.
3) Answer the question on the product packaging and send in your entry via SMS according to the instructions provided.
5 winners will be selected daily based on the most number of entries sent in.

Daily Prize: 5 x RM100 cash
More Info about the contest contest website.

Terbaru! Gambar Comel Anak Erra Fazira, Engku Aleesya

Gambar terbaru Engku Aleesya, anak Erra Fazira dan Engku Emran yang makin aktif dan ceria. Gambar ini dimuatkan naik ke laman sosial Erra dan Emran sebagai tanda mereka masih bahagia bersama.





Sumber: Myartis

Gambar Yana Samsudin Comel Pakai Tudung

Gambar Yana Samsudin Comel Pakai Tudung. Yana Samsudin bertudung sebenarnya hanya dalam filem 2 kalimah. Yana kini sedang menjalani penggambaran filem 2 Kalimah di sekitar Terengganu. Selain Yana, filem 2 Kalimah turut menampilkan bintang besar seperti Nora Danish dan Shaheizy Sam.



Gambar Irma Hasmie Dalam Majalah Pengantin


Gambar Irma Hasmie Dalam Majalah Pengantin. Memang sangat lawa dan manis apabila Irma berpakaian pengantin dalam maalah ni. Untuk pengetahuan anda, Irma Hasmie akan bernikah pada 29 Jun ni sudah pastinya berdebar menantikan saat itu.

Wednesday, June 20, 2012

Merancang Untuk Hamil Anak Lelaki Atau Perempuan


Larangan

* Tidak melakukan pada bulan ramadhan, masa isteri datang bulan atau berjimak melalui dubur
* Elak melakukan aksi atau posisi yang boleh memudaratkan
* Pasangan berada dalam kesihatan lahir dan batin yang baik
* Jaga kebersihan diri sebelum dan selepas berjimak
* Berehat selepas melakukan jimak
* Kemudian bersiap untuk membersihkan diri dan solat subuh apabila masuk waktu.

Proses Kejadian Manusia menurut Al-Quran (Surah Al-Mukminun:12-14) :
“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari nutfah (benih) Kami proses menjadi ‘alaqah (segumpal darah), dari ‘alaqah menjadi mudghah (segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu 

Kami balut pula dengan daging. Setelah itu kami ciptakan makhluk baru berbentuk lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.”

Bagaimana merancang jantina?
Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama
bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Bermasalah Untuk Hamil:
Biasanya terdapat beberapa faktor kenapa anda mempuyai masalah untuk hamil. Ada sesetangah wanita yang boleh hamil tetapi sering gugur, manakala langsung sukar tidak hamil walaupun sudah berumah tangga sehingga berpuluh-puluh tahun.

Berita Remy Ishak Meninggal Dunia Hanya Palsu

Berita Remy Ishak Meninggal Dunia Hanya Palsu. Memang kecoh di twitter mengenai Remy Ishak dikatakan meninggal akibat penyakit pneumonia ataua jangkitan paru-paru. Namun, beberapa pihak telah menafikan kenyataan tersebut dan menyatakan yang Remy masih lagi hidup. Antaranya adalah Hafiz Hamidun, penyanyi dan juga komposer.


Ketika dihubungi Hafiz Hamidun bagi mendapatkan penjelasan dari kenyataan balasnya terhadap khabar angin itu. Hafiz yang sedang melakukan tugasan pasca-p roduksi bersama Khabir Bahtiar dan krew bagi filem lakonan Remy, ‘Azazil’, terkejut dengan khabar angin itu.
“Remy masih lagi hidup. Dia masih dirawat di hospital,” kata Hafiz Hamidun

Video Lagu Tema OST Dejavu Di Kinabalu Butterfly

Mari layan lagu tema OST Drama Devaju Di Kinabalu yang bertajuk Butterfly oleh Melly Goeslow ft Andika Pratama.

LIRIK LAGU Butterfly – Melly Goeslow ft Andika Pratama

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu
Repeat reff

Gambar Najwa Latif Di Bukit Bintang

Gambar Najwa Latif Di Bukit Bintang. Ini adalah beberapa keping gambar Najwa yang diambil ketika rakaman program ROOFTOP yang diadakan di Rooftop, Lantai 8, Lot 10, Bukit Bintang. Antaran lagu yang didendangkan adalah I Love You, kosong dan Cinta Muka Buku. Turut memeriahkan lagi bila Najwa membawa sekumpulan peminatnya. Jangan lupa tonton Rooftop yang akan disiarkan pada bulan September 2012.
Kredit: Budiey

Gambar Redzwani Puteri Kekasih Baru Shah Jaszle

Gambar Redzwani Puteri Kekasih Baru Shah Jaszle. Memang hangat gosip terbaru Shah Jaszle sudah ada pengganti yang baru. Setelah berakhir kisah cintanya dengan Miera Liyana dan dikaitkan pula dengan seorang gadis bukan selebriti, Shahrizal Jaszle seperti sepi daripada sebarang cerita panas. Terkini, Shah telah meletakkan sekeping gambar di mana tertulis di situ sebuah nota di dalam diari yang menunjukan bahawa Shah Jaszle bakal merisik kekasih hatinya Redzwani Puteri pada 15 Julai ini.


Tuesday, June 19, 2012

Sayid Syeikh al-Hadi

Karya Asal :  ALLAHYARHAM USTAZ WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH


Terdapat pertikaian pendapat tentang tarikh dan tempat lahir Sayid Syeikh al-Hadi. Pendapat pertama menyebut bahawa beliau lahir di Kampung Hulu, Melaka, pada hari Jumaat, 25 Rejab 1281 Hijrah/24 Disember 1864 Masihi. Dalam buku Sayid Syeikh Al-Hadi, Sasterawan Progresif Melayu karya Talib Samat, hari lahirnya ialah hari Selasa (lihat hlm. 1), buku Jadwal Tarikh, Bulan dan Tahun Hijri-Masihi, jilid 14 karya Raja Haron bin Raja Mohammad Salleh (manuskrip) tarikh 25 Rejab 1281 Hijrah bukannya hari Selasa, tetapi adalah hari Jumaat. Maklumat di Muzium Islam Melaka pula dinyatakan bahawa beliau lahir pada tahun 1278 Hijrah/1862 Masihi. Selain itu ada lagi yang menyebut bahawa Sayid Syeikh al-Hadi lahir pada tahun 1867 Masihi.

Dalam buku Pendokumentasian Naskah Kuno Melayu dan Kajian Khusus, Hasan Junus menyebut bahawa Sayid Syeikh al-Hadi ``lahir di Pulau Penyengat pada akhir tahun 1860-an atau awal tahun 1870-an.'' (hlm. 128). Beliau meninggal dunia di rumahnya No. 410, Jalan Jelutong, Mukim Jelutong, Pulau Pinang pada 6 Zulkaedah 1352 Hijrah/20 Februri 1934 Masihi.

Ayahnya Sayid Ahmad bin Sayid Hasan as-Saqaf al-Hadi.lahir pada hari Khamis, di Kampung Hulu Melaka, 1 Syawal 1253 Hijrah/29 Disember 1837 Masihi dan meninggal dunia di Penyengat, Riau pada Sabtu, 15 Zulhijjah 1312 Hijrah/9 Jun 1895 Masihi. Sayid Syeikh al-Hadi termasuk dalam golongan kerabat diraja Riau-Lingga kerana ayah saudaranya, Sayid Muhammad al-Hadi berkahwin dengan Syarifah Hasyimah binti Sayid Utsman as-Saqaf. Sebelah ibu Syarifah Hasyimah ini adalah keturunan Upu Daeng Celak, iaitu jalur ke atas golongan Diraja Riau-Lingga.

PENDIDIKAN
Jika kita ikuti perkembangan pada masa kanak-kanak dan remaja Sayid Syeikh al-Hadi, maka kita peroleh data pendidikannya dimulai di Kampung Hulu Melaka, Pulau Penyengat (Riau), Kuala Terengganu, Mekah al-Mukarramah dan Cairo (Mesir). Pendidikan terawal dan asas diperolehnya daripada orang tuanya sendiri, sekali gus memasuki sekolah agama dan Sekolah Melayu Settlements di Melaka. Pendidikan di Penyengat Riau pula adalah pendidikan khusus bersama-sama golongan elit Kerabat Diraja Riau-Lingga kerana Sayid Syeikh al-Hadi sendiri tinggal bersama Raja Ali Kelana, saudara kandung Sultan Abdur Rahman Mu'azzam Syah, iaitu Sultan Riau-Lingga yang terakhir.

Di Penyengat, Riau, selain belajar kepada Raja Ali Kelana, beliau juga belajar kepada Raja Haji Muhammad Tahir bin Marhum Mursyid, Hakim Kerajaan Riau-Lingga, juga kepada Al-'Alim Al-'Allamah Al-Ustaz Tuan Guru Haji Husein. Antara sahabat Sayid Syeikh al-Hadi dalam pengajian tersebut ialah Raja Haji Muhammad Sa'id bin Raja Haji Muhammad Thahir, Raja Ali bin Raja Muhammad/Tengku Nong, dan ramai lagi.

Sayid Syeikh al-Hadi juga dikirim ke pengajian pondok di Terengganu. Setelah menimba ilmu pengajian pondok, tetapi kurang mendalam di Terengganu, Sayid Syeikh al-Hadi berpatah balik ke Penyengat, Riau untuk lebih memantapkan dan memperdalam ilmunya terutama ilmu bahasa Melayu dan bahasa Arab untuk komunikasi kerana Raja Ali Kelana akan membawa Sayid Syeikh al-Hadi berangkat ke Mekah. Selain menunaikan ibadah haji, sekali gus Raja Ali Kelana akan menemui gurunya Syeikh Ahmad al- Fathani untuk membicarakan pelbagai persoalan termasuk politik yang begitu tertekan oleh kaum penjajah.

Dalam tahun 1312 Hijrah/1895 Masihi sewaktu Raja Ali Kelana dibawa oleh gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani ke Turki, Sayid Syeikh al-Hadi menemani Raja Ali Kelana, sama-sama berangkat dari pelabuhan Singapura ke Jeddah. Dalam perjalanan itulah Sayid Syeikh al-Hadi tinggal di Mesir dan sempat belajar kepada Syeikh Muhammad Abduh

AKTIVITI
Aktiviti Sayid Syeikh al-Hadi secara garis besarnya dapat dibahagikan kepada empat kelompok ialah: a) Aktiviti organisasi, b) Aktiviti menolong Raja Ali Kelana, c) Aktiviti pendidikan. d) Aktiviti penulisan. Organisasi yang pertama didirikan oleh orang Melayu ialah Jam'iyatul Fathaniyah oleh Syeikh Ahmad al-Fathani di Mekah (1290 Hijrah/1873 Masihi) yang diikuti oleh Jam'iyatul Rusydiyah atau Rusydiyah Klab, 1298 Hijrah/1880 Masihi, oleh murid-murid beliau di Riau-Lingga.

Sayid Syeikh al-Hadi aktif dalam Rusydiyah Klab yang di-nyatakan sebagai Timbalan di Mekah ketika beliau masih seorang pelajar. Hingga tahun 1896 Masihi, Sayid Syeikh al-Hadi masih memegang jawatan pertubuhan itu di Mekah.

Sayid Syeikh al-Hadi adalah orang kepercayaan Raja Ali Kelana mengurus Syarikat Batam Bricks Works Limited yang bergerak dalam pemprosesan batu-bata di Pulau Batam, Riau. Syarikat itu mempunyai cawangan dan beribu pejabat di Singapura. Apabila kita bercerita tentang Raja Ali Kelana dalam bidang usahawan, ia melibatkan sekurang-kurangnya dua tokoh usahawan Riau-Lingga, iaitu Raja Haji Ahmad bin Raja Haji `Umar dan Raja Ali bin Raja Muhammad/Tengku Nong. Bererti kedua-dua tokoh ini juga bersahabat karib dengan Sayid Syeikh al-Hadi. Sayid Syeikh al-Hadi telah berkhidmat kepada Raja Ali Kelana dalam perusahaan batu-bata mulai tahun 1325 Hijrah/1907 Masihi hingga berakhirnya syarikat itu pada tahun 1329 Hijrah/1911 Masihi.

Raja Ali Kelana pindah ke Johor, lalu dilantik sebagai Syaikhul Islam Kerajaan Johor. Disebabkan Raja Ali Kelana sangat besar pengaruhnya di dalam Kerajaan Johor, ia memberi kesempatan kepada Sayid Syeikh al-Hadi mendapat kedudukan dalam Kerajaan Johor pada tahun 1909 - 1915 Masihi. Sayid Syeikh al-Hadi menjadi peguam di Mahkamah Syariah Johor Bahru.

Dalam bidang pendidikan, pada tahun 1907 Masihi, Sayid Syeikh al-Hadi mengasaskan Madrasah Al-Iqbal di Seligie Road, Singapura. Oleh kerana madrasah itu tidak mendapat sambutan, maka ia dipindahkan ke Penyengat, Riau. Sayid Syeikh al-Hadi mendirikan Madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba, Melaka pada tahun 1917 Masihi tetapi hanya bertahan setahun saja. ia ditutup pada tahun 1918 Masihi. Kemudian ia diteruskan di Pulau Pinang pada tahun 1919 Masihi dengan nama Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Tek Soon Street, Pulau Pinang. Hanya madrasah yang didirikan terakhir inilah perjuangan Sayid Syeikh al-Hadi dalam dunia pendidikan meninggalkan kesan yang tidak dapat dinafikan.

Pada tanggal 22 Julai 1906, Sayid Syeikh al-Hadi bersama Syeikh Muhammad bin Salim al-Kalali, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Abbas Taha menerbitkan majalah Islam yang dinamakan Al-Imam. Dalam terbitan-terbitannya dinyatakan pada halaman depan dalam bahasa Melayu, ``Al-Imam Majalah Perlajaran Pengetahuan Perkhabaran''. Pada bahagian bawahnya tertulis, ``Dikeluarkan di Singapura pada tiap-tiap sehari bulan Arabi oleh mudirnya Asy-Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, nombor 19 Wailid Road''. Daripada kalimat ini jelas bahawa mudir Al-Imam adalah Syeikh Muhammad bin Salim al-Kalali bukan Sayid Syeikh al-Hadi.

Menghairankan, kerana beberapa jilid Al-Imam yang ada pada penulis tidak terdapat nama Sayid Syeikh al-Hadi dalam Bibliografi, sedangkan nama Syeikh Muhammad bin Salim al-Kalali hampir semua terbitan terpampang namanya pada halaman kulit.

Beberapa orang pengkaji menyebut bahawa Al-Imam adalah majalah Melayu-Islam yang pertama dalam bahasa Melayu. Mengenai ini juga tercatat dalam salah satu terbitan Al-Imam.Tetapi dalam buku yang diterbitkan tahun 2002, berjudul Sultan Abd Al-Hamid II Dan Kejatuhan Khilafah Islamiah karangan Dr. Eeman Mohamed Abbas dinyatakan bahawa dalam tahun 1318 Hijrah/1900 Masihi telah wujud majalah-majalah Jajahan Melayu, Lengkongan Bulan dan Cahaya Pulau Pinang. Maklumat ini memberikan pengetahuan baru bagi kita, bahawa majalah-majalah tersebut telah mendahului Al-Imam sekitar enam tahun.

Al-Imam yang mulai terbit tahun 1906 itu tidak bertahan lama, setakat hingga tahun 1908 Masihi. Selanjutnya Sayid Syeikh al-Hadi menerbitkan majalah Al-Ikhwan di Pulau Pinang. Terbitan pertama pada 16 September 1926 Masihi dan berakhir dengan terbitan September 1931 Masihi. Terbit pula Akhbar Saudara mulai 29 September 1928 Masihi. Sayid Syeikh al-Hadi menulis dalam akhbar tersebut hingga Februari 1934 Masihi.

Selain majalah, pengkaryaan Sayid Syeikh al-Hadi dikategorikan kepada tiga kelompok iaitu, a). Mengenai Agama Islam, b). Novel/Sastera, dan c). Penulisan Kewartawanan. Penulisan keislaman ialah

1.At-Tarikhul Islami, cetakan pertama Al-Imam Printing Press, Singapura, 1922.

2. Tafsir Juz Amma, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1927.

3. Tafsir Al-Fatihah, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1928.

4. Alam Perempuan, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1930.

5. Kitab Agama Islam dan Akal, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1931.

6. Kitab Agama Islam, I'tiqad dan Ibadat, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1931.

7. Hadiah Kebangsaan, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1933.

Penulisan yang bercorak novel/sastera ialah Hikayat Faridah Hanum, cetakan pertama, 1925. Di Penyengat, Riau penulis menemui karangan-karangan Sayid Syeikh al-Hadi yang beliau kirim sebagai hadiah kepada sahabatnya bernama Raja `Abbas bin Raja `Abdul Muthallib. Pada halaman pertama terdapat tanda tangan Raja `Abbas bertarikh 1 Mac 1929.

Data hadiah pengarang Sayid Syeikh al-Hadi di antaranya ialah: Angan-Angan Kehidupan/The Moral Trainer. Bilangan Yang Pertama, Bagi Bulan Disember 1927, Tahun Yang Pertama. Penggal Yang Kedua. Tempat Penulisan: 555 Jelutong Road, Penang. Kandungan: Menceritakan kisah percintaan Mahir Afandi dan Iqbal Hanim. Tulisan huruf Melayu/Jawi. Cetakan pertama The Jelutong Press, Penang, 1927.

Angan-Angan Kehidupan/The Moral Trainer. Bilangan Yang Kelima, 25 Februari 1928, Tahun Yang Pertama. Penggal Yang Kedua. Kandungan: Menceritakan kisah anak dara Ghassan atau Hammad dan Hindun.Tulisan huruf Melayu/Jawi. Cetakan pertama The Jelutong Press, Penang, 1928. Dan yang lain-lain penulis tinggalkan sahaja.

Demikianlah tentang Sayid Syeikh al-Hadi pada konteks penyebaran ilmu, ketokohannya yang mengundang kontroversi yang pernah hangat dibicarakan tentang Kaum Tua dan Kaum Muda penulis tinggalkan sahaja. Ini kerana perkara khilafiyah jika dibicarakan tidak akan ada penghujungnya. Oleh itu sebaik-baiknya tidak dibicarakan kecuali jika tidak dapat dielakkan.

Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Azhari

Biografi Syeikh Tahir Jalaluddin agak banyak ditulis orang. Walau bagaimanapun artikel ini merujuk sumber-sumber asli berupa catatan Syeikh Tahir Jalaluddin sendiri, surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani tahun 1323-1325 Hijrah dan lain-lain. Nama lengkapnya ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Muhammad bin Jalaluddin Ahmad bin Abdullah al- Minankabawi al-Azhari. Ayahnya meninggal dunia di Cangking, Minangkabau pada hari Ahad 27 Jamadilawal 1288 Hijrah/14 0gos 1871 Masihi. Ibunya juga meninggal dunia di Cangking pada 1295 Hijrah/1878 Masihi.

Syeikh Tahir lahir di Cangking, Minangkabau pukul 4.45 pada hari Selasa, 4 Ramadan 1286 Hijrah/8 Disember 1869 Masihi. Meninggal dunia di Kuala Kangsar, Perak, sesudah sembahyang Subuh pada hari Jumaat, 22 Rabiulawal 1376 Hijrah/26 Oktober 1956 Masihi.

Sungguh pun Syeikh Tahir dalam catatannya menyebut tarikh lahirnya 4 Ramadan 1286 Hijrah/8 Disember 1869 Masihi tetapi dalam buku Ulama Silam Dalam Kenangan, halaman 20, dinyatakan bahawa beliau lahir pada 7 November 1869 Masihi. Tarikh yang diberikan ini adalah bertentangan dengan catatan Syeikh Tahir sendiri. Tarikh 7 November 1869 Masihi adalah bersamaan 2 Syaaban 1286 Hijrah, hari Sabtu, bukannya bersamaan 4 Ramadan 1286, hari Selasa.

PENDIDIKAN

Pada tahun 1296 Hijrah/1879 Masihi, dalam usia 10 tahun beliau ke Mekah bersama Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif. Sampai di Mekah beliau dipelihara oleh Syeikh Muhammad Saleh al-Kurdi. Beliau mengaji al-Quran kepada Syeikh Abdul Haq di Madrasah Asy-Syaikh Rahmatullah serta belajar kitab kepada Syeikh Umar Syatha, Syeikh Muhammad al-Khaiyath dan Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi.

Syeikh Ahmad al-Fathani juga termasuk salah seorang guru kepada Syeikh Tahir Jalaluddin. Setelah Syeikh Ahmad al-Fathani pulang dari Mesir dan ke Mekah pada akhir tahun 1299 Hijrah/1881 Masihi atau awal 1300 Hijrah/ 1882 Masihi, beliau mempengaruhi pemuda-pemuda Melayu dan murid-murid beliau di Mekah mengenai kelebihan pendidikan di Masjid Al-Azhar, Mesir. Maka pemuda Melayu peringkat pertama yang dikirim oleh Syeikh Ahmad al-Fathani belajar di Mesir ada beberapa orang, antaranya termasuklah Syeikh Tahir Jalaluddin.

Sewaktu Syeikh Tahir berada di Mesir, terdapat banyak surat timbal-balik antara kedua-duanya. Syeikh Ahmad al-Fathani memberikan kepercayaan kepadanya dalam kepengurusan putera-putera DiRaja Riau yang beliau kirim ke Mesir, termasuk juga anak Syeikh Ahmad al-Fathani yang bernama Haji Ismail, Muhammad Zain bin Ahmad Kelantan dan lain-lain. Dalam suratnya Syeikh Ahmad al-Fathani menyebut Syeikh Tahir Jalaluddin dengan panggilan ``waladuna'' ertinya ``anak kami'' atau maksudnya ``anaknda''. Sebaliknya Syeikh Tahir Jalaluddin menyebut Syeikh Ahmad al-Fathani dengan panggilan ``waliduna'' ertinya ``ayah kami'' atau maksudnya ``ayahnda''.

CATATAN PERKAHWINAN

Syeikh Tahir Jalaluddin berkahwin beberapa kali. Catatan beliau sendiri dinyatakan bahawa: kahwin di Mekah pada hari Sabtu, 26 Zulkaedah 1305 Hijrah/4 Ogos 1888 Masihi dengan Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh Ismail al-Khalidi. Diakadkan oleh Sayid Bakri Syatha yang menerima wakil daripada Syeikh Ismail bin Syeikh Muhammad di hadapan Sayid Umar Syatha, Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Ismail, Syeikh Muhammad Saleh al-Kurdi, Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dan Syeikh Ismail bin Syeikh Muhammad, saudara Aisyah. Perkahwinan yang pertama ini adalah dengan cucu Syeikh Ismail al-Khalidi al-Minankabawi, ulama besar yang terkenal dan penyebar Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah.

Kemudian Syeikh Tahir Jalaluddin berkahwin lagi dengan Kaltsum binti Haji Ibrahim, pada malam Jumaat, 9 Rejab 1310 Hijrah/27 Januari 1893 Masihi. Selanjutnya pada malam Jumaat 13 Ramadan 1310 Hijrah/31 Mac 1893 Masihi, berkahwin pula dengan Jamilah binti Haji Abdul Karim. Pada malam Khamis, 20 Jamadilawal 1317 Hijrah/23 September 1899 Masihi berkahwin dengan Aisyah binti Haji Mustafa bin Datuk Menteri Sati yang dihadiri oleh Syeikh Muhammad al-Khaiyath, Haji Hasyim Kelantan dan lain-lain. Selain yang tersebut masih ada lagi.

PENGEMBARAAN

Syeikh Tahir juga mencatat siri pengembaraan dan pengalamannya di beberapa kerajaan Nusantara, iaitu beliau pertama kali menginjakkan kakinya di Singapura pada 9 Ramadan 1305 Hijrah/20 Mei 1888 Masihi. Pada 15 Safar 1310 Hijrah/8 September 1892 Masihi pergi ke Riau, Pulau Penyengat. Di sana beliau berjumpa dengan Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Ismail al-Khalidi al-Minankabawi. Raja Muhammad Tahir Hakim bin al-Marhum Mursyid, Hakim Riau, menyarankan supaya Syeikh Tahir tidak meneruskan perjalanan kerana cerdik pandai Riau bermaksud bermuzakarah kitab falak berjudul ``At-Thal'us Said'', maka beliau tinggal di Pulau Penyengat itu hingga bulan Rabiulakhir.

Dari Penyengat, Syeikh Tahir kembali ke Singapura. Kemudian dengan menumpang sebuah kapal layar beliau menuju ke Siantan, Kepulauan Anambas bersama Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Ismail al-Khalidi al-Minankabawi. Oleh sebab ketika itu kepulauan tersebut diserang wabak sakit biri-biri (sakit kebas), mereka terpaksa pulang ke Singapura pada bulan Syaaban 1316 Hijrah/Januari 1899 Masihi, dengan menumpang sebuah tongkang yang membawa kelapa kering (kopra).

Pada 5 Ramadan 1321 Hijrah/24 November 1903 Masihi, Syeikh Tahir ke Surabaya dan singgah di Bali, Boleleng dan Ampenan. Pada 9 Ramadan 1321 Hijrah/28 November 1903 Masihi, beliau sampai di Pulau Sumbawa. Pada 13 Ramadan 1321 Hijrah/2 Disember 1903 Masihi hari Rabu, Syeikh Tahir Jalaluddin berhenti di rumah Tuan Qadhi Haji Muhammad Saleh. Sultan Muhammad Jalaluddin ibni Sultan Muhammad Daimuddin, Sumbawa, mempelawa supaya beliau tinggal di Sumbawa. Pada 7 Zulhijjah 1321 Hijrah/23 Februari 1904 Masihi, Syeikh Tahir dari Sumbawa menuju ke Bima. Tiba di Bima pada 25 Februari beliau berhenti di rumah Imam Haji Thalib dan mengadap Sultan Ibrahim bin Sultan Abdullah bin Sultan Ismail bin Sultan Abdul Hamid.

Pada 16 Zulhijjah 1321 Hijrah/3 Mac 1904 Masihi, Syeikh Tahir Jalaluddin dari Bima menuju ke Makasar. Sampai di Makasar pada 16 Mac 1904 beliau berhenti di rumah Haji Ahmad Rifa'ie dan berkenalan dengan Haji Muhammad Saleh Palembang dan Raden Haji Abdul Ghani Palembang. Pada 17 Mac beliau ke Goa menemui Haji Daud Daeng Manabi' bin Yusuf. Kemudian menghadap Sultan Husein bin Sultan Idris bin Sultan Abdul Qadir bin Al-Amir Mahmud Goa.

PENULISAN

1. Irsyadul Khaidhi li `Ilmil Faraidhi, penggal yang pertama, diselesaikan pada hari Khamis, 12 Jamadilakhir 1348 Hijrah. Cetakan pertama, Mathba'ah Al-Ahmadiah 82 Jalan Sultan, Singapura, 10 Rejab 1348 Hijrah/11 Disember 1929 Masihi. Kandungannya membicarakan masalah membahagi pusaka. Penggal yang kedua, diselesaikan pada hari Jumaat, 9 Safar 1371 Hijrah. Cetakan pertama, oleh percetakan yang sama, 1371 Hijrah/1952 Masihi.

2. Huraian Yang Membakar, Taman Persuraian Haji, diselesaikan pada tahun 1349 Hijrah. Kandungannya merupakan polemik, membantah karangan Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, Qadhi Muar yang berjudul Taman Persuraian. Pokok perbicaraan ialah sembahyang sunat sebelum sembahyang Jumaat. Kitab di atas dibantah lagi oleh Haji Abu Bakar Muar dengan karangannya Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minkabawi, ditulis pada 10 Rabiulawal 1351 Hijrah/1932 Masihi.

3. Perisai Orang Beriman Pengisai Mazhab Orang Qadyan, diselesaikan pada 4 Rabiulawal 1349 Hijrah/30 Julai 1930 Masihi, di Singapura. Dicatatkan umur pengarang 62 tahun Qamariyah, 6 bulan genap. Atau 60 tahun Syamsiyah, 7 bulan, 23 hari. Kandungannya membantah ajaran Qadyani. Cetakan pertama oleh Setia Press, 32 Lorong 21 Geylang Singapura.

4. Ithaful Murid fi Ahkamit Tajwid, tanpa disebut tarikh selesai penulisan. Kandungan pelajaran tajwid al-Quran. Cetakan yang ketiga, Jelutong Press, Pulau Pinang, 1349 Hijrah/1931 Masihi. Cetakan yang keempat, Mathba'ah Persama, Pulau Pinang, 1352 Hijrah/1933 Masihi.

5. Ta'yidu Tazkirah Mutba'is Sunnah fir Raddi `alal Qa-ili bi Saniyati Raka'ataini Qablal Jum'ah, dalam bahasa Arab. Diselesaikan di Pulau Pinang pada 12 Syawal 1349 H. Kandungannya membahas perkara khilafiyah sembahyang sunat dua rakaat sebelum sembahyang Jumaat. Dicetak oleh The United Press, 55 Achen Street, Penang, 1372 Hijrah/1953 Masihi.

6. Natijatul `Umur, diselesaikan: 1355 Hijrah/1936 Masihi. Kandungannya mendapatkan perkiraan/perhitungan pada taqwim tarikh hijri dan miladi, arah Kiblat dan waktu-waktu sembahyang yang boleh digunakan selama hidup. Dicetak oleh Penang Printer Press, Pulau Pinang, 1355 Hijrah/ 1936 Masihi.

7. Jadawil Pati Kiraan Pada Menyatakan Waktu Yang Lima Dan Hala Qiblat Dengan Logharitma, diselesaikan 15 Syaaban 1356 Hijrah. Kandungan perhitungan falakiyah. Pada halaman 13 ada dicatat bahawa gurunya al-'Allamah Syeikh Muhammad bin Yusuf al-Khaiyath, ulama al-Haramul Makki yang mengajar berbagai-bagai ilmu di Masjidil Haram khusus `ilmul hisab dan `ilmul falak. Kemudian ulama tersebut dilantik menjadi Syeikh al-Islam Kedah yang meninggal dunia di Batuban, Pulau Pinang, pada malam Rabu, 17 Rejab 1333 Hijrah. Cetakan yang pertama oleh Al-Ahmadiah Press Singapura, 1357 Hijrah/1938 Masihi. Dicetak dalam bentuk kombinasi Melayu/Jawi dan Latin/Rumi.

8. Nukhbatut Taqrirat fi Hisabil Auqat wa Sammatil Qiblat bil Lugharitmat, tanpa dinyatakan tahun selesai penulisan. Kandungannya membicarakan kaedah ilmu falak. Huraiannya ditulis dalam bahasa Arab sedang jadual yang menggunakan angka ditulis dalam angka Rumi/Latin. Cetakan yang pertama, Royal Press, 745 North Bird Road, Singapura, 1356 Hijrah/1937 Masihi.

9. Al-Qiblah fi Nushushi `Ulamais Syafi'iyah fi ma Yata'allaqu bi Istiqbalil Qiblatis Syar'iyah Manqulah min Ummuhat Kutubil Mazhab, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Kandungannya membicarakan falak. Dicetak oleh Mathba'ah Az-Zainiyah, Taiping 1951, atas kebenaran Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak, No. (18) dlm. Pk. Red. Dept 110/50, bertarikh 21 September 1950.

Terdapat lapan nama ulama yang mengesahkan, ialah Haji Abdullah Pak Him, Mufti Pulau Pinang, Haji Ahmad bin Tuan Husein Kedah, Guru Besar Sekolah Arab Pokok Sena Seberang Perai, Haji Syihabuddin bin Abdus Shamad Sungai Dua, Haji Hamzah bin Haji Muhammad Ali Pak Jak Sung, Seberang Perai, Haji Muhammad Saleh al-Masri, Sekolah Arab Bukit Martajam, Haji Muhammad Sa'ad al-Masri, Sekolah Arab Bukit Martajam, Abdul Halim Utsman Mudir Al-Ma'had al-Mahmud Alor Setar dan Muhammad Nawawi bin Muhammad Tahir, Guru Agama Perak.

Abdul Rahman Al-Kalantani



Ulama-ulama yang dikisahkan dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia sebelum ini, sebahagian besarnya adalah ulama-ulama pendatang ke Malaysia, terutama yang berasal dari Patani. Berlainan dengan ulama yang diceritakan ini, beliau adalah ulama yang berasal dari Kelantan, Malaysia yang menyebarkan Islam di Kalimantan Barat, Indonesia. Beliau ialah Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani. Tahun kelahirannya tidak diketahui. Beliau meninggal dunia pada tahun 1391 Hijrah/1971 Masihi dalam usia melebihi 80 tahun. Kuburnya terletak di Kampung Pulau Pedalaman, Mempawah.

Terdapat beberapa ulama yang berasal dari Malaysia dan datang ke Kalimantan Barat sebelum Abdur Rahman, antara mereka ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yasin yang berasal dari Kedah. Makamnya terletak di Kuala Secapah, Mempawah. Haji Ismail bin Abdul Majid berasal dari Kelantan dan pernah menjadi Mufti di Kerajaan Pontianak. Beliau meninggal di Kelantan.

Pendidikan

Abdur Rahman adalah murid peringkat awal Tok Kenali. Menurut keterangannya sendiri bahawa beliau sempat menadah kitab sewaktu Tok Kenali mengajar di bawah pohon getah, kerana pada waktu itu beliau belum memiliki bangunan surau atau madrasah. Perkara yang sangat ditekankan dalam pendidikan tersebut ialah ilmu nahu dan sharaf. Abdur Rahman sempat mempelajari kedua-dua ilmu itu daripada Tok Kenali mulai peringkat yang paling asas hingga peringkat tertinggi. Sampai hari tuanya, beliau masih tetap menghafal Matan Alfiah Ibnu Malik yang terdiri daripada 1000 bait dan sangat terkenal. Selain Matan Alfiah, beliau juga menghafal matan-matan lainnya.

Antara murid Tok Kenali yang menjadi ulama besar terkenal dan sama-sama belajar dengan Abdur Rahman, bahkan tinggal sepondok, ialah Syeikh Idris al-Marbawi, penyusun Kamus al-Marbawi, tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan Malaysia pertama.

Selanjutnya setelah memperoleh ilmu yang sangat banyak di pondok pengajian Tok Kenali, Abdur Rahman melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Beliau tinggal di Mekah selama belasan tahun.

Perantauan

Begitu lama Abdur Rahman belajar sambil merantau di Mekah dan sekitarnya, sehingga ketika pulang ke Kelantan beliau tidak begitu mesra tinggal di Kelantan, negerinya sendiri. Menurutnya, pada mulanya beliau akan merantau ke Banjar, kerana di sana sangat terdapat ramai ulama. Perancangan awalnya, dari Banjar beliau akan ke pulau Jawa kerana sewaktu berada di Mekah beliau sempat belajar kepada beberapa orang ulama yang berasal dari Jawa, antaranya, Syeikh Mukhtar bin `Atharid Bogor.

Dari Kelantan Abdur Rahman menuju ke Singapura dan selanjutnya belayar menuju Sambas. Pada zaman itu Sambas juga terkenal dengan ulamanya yang ramai. Di Sambas beliau tinggal di rumah Syeikh Muhammad Basiyuni Imran, Maharaja Imam Sambas yang sangat terkenal.

Syeikh Muhammad Basiyuni Imran menyarankan supaya Abdur Rahman tinggal di Kerajaan Sambas dan tidak perlu merantau ke Banjar atau ke Jawa kerana Kerajaan Sambas masih memerlukan para ulama. Atas kehendak Syeikh Muhammad Basiyuni, beliau diberikan seorang isteri di Kampung Semperiuk, Sambas. Sekali gus diberi tugas mengajar di daerah tersebut dan beberapa daerah yang berdekatan dengannya.

Mufti dan guru penembahan Mempawah

Setelah beberapa tahun Abdur Rahman menetap di Sambas, beliau diminta pula oleh Pangeran Muhammad Taufiq Aqamuddin, Penembahan Mempawah untuk berpindah ke Mempawah bagi mengajar di Istana Mempawah dan sekali gus mengajar di masjid-masjid dan surau-surau dalam pemerintahan Mempawah.

Sebelum tawaran itu diterima, terlebih dulu Abdur Rahman mengadakan perundingan dan persetujuan daripada Syeikh Muhammad Basiyuni Imran.

Semua yang dijanjikan oleh Pangeran Muhammad Taufiq Aqamuddin kepada Abdur Rahman dipenuhi. Pangeran Muhammad Taufiq membahagikan dua jalur penyebaran Islam dalam Kerajaan Mempawah, iaitu sebelah utara ditugaskan kepada Abdur Rahman Kelantan dan sebelah selatan kepada Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Ahmad yang berasal dari Banjar. Kedua-dua ulama tersebutlah yang paling terkenal dalam Kerajaan Mempawah sebelum perang dunia kedua.

Selain sebagai Mufti, mengajar kerabat istana, mengajar di masjid-masjid dan surau-surau, Abdur Rahman juga mendirikan pondok pengajian menurut sistem pondok Patani dan Kelantan yang diberi nama Darul `Ulum.

Catatan peribadi

Pertama kali sampai di Mempawah pada tahun 1969, penulis tinggal di rumah Tuan Guru Haji Abdur Rahman Kelantan. Di sini penulis sempat bergaul dan belajar kepada beliau, maka dirasakan perlu merakamkan beberapa catatan penting mengenai beliau.Sewaktu perang dunia kedua, ramai pemimpin dan ulama di Kalimantan Barat dibunuh oleh Jepun tetapi Abdur Rahman terlepas daripada tangkapan Jepun.

Menurut ceritanya bahawa pada suatu hari sesudah sembahyang Subuh, tiba-tiba ada seorang yang tidak dikenali datang ke rumahnya. Orang itu menyuruh beliau segera meninggalkan rumah. Abdur Rahman segera mengikut arahan tersebut. Beliau kemudiannya pergi ke Sungai Bundung, kira-kira 30 km dari Mempawah, iaitu sebuah kampung yang ramai muridnya. Tidak lama kemudian tentera Jepun sampai ke rumahnya tetapi Abdur Rahman tidak berada di rumah. Oleh kerana itu, tentera Jepun langsung menuju Istana Mempawah dan menangkap Penembahan Pangeran Muhammad Taufiq Aqamuddin dan pembesar-pembesar lainnya.

Sekiranya beliau berada di rumah, sesudah Maghrib biasanya beliau mengamalkan wirid hingga masuk waktu Isyak. Sesudah makan malam beliau akan berjalan mundar-mandir sekurang-kurangnya seratus langkah. Menurutnya amalan sedemikian untuk penghadaman makanan yang tujuannya menjadikan badan sentiasa segar dan sihat. Sambil melakukan riadah tersebut, kedengaran beliau membaca surah-surah al-Waqi`ah, al-Mulk dan lain-lainnya secara hafalan.

Beliau akan berhenti mengajar kira-kira pukul 11.00 malam. Pukul 3.00 pagi akan terdengar suaranya mengucapkan zikir dan surah al-Ikhlas sehingga kedengaran azan Subuh.

Peristiwa ini diketahui penulis kerana penulis tidur di bilik yang disediakannya, iaitu bersebelahan dengan bilik tempat beliau tidur dan beramal.

Jika beliau berada di kediaman muridnya, mengajar di kampung yang berjauhan dari rumahnya, beberapa amalan di atas tetap dikerjakan, ditambah lagi mengajar hingga pikul 12.00 malam. Sesudah mengajar beliau terus mengerjakan beberapa jenis sembahyang sunat dan berwirid kira-kira satu jam lamanya. Sekitar

pukul 1.00 pagi barulah beliau merebahkan badannya di atas tempat tidur. Kira-kira pukul 3.00 pagi, beliau bangun lagi untuk berwirid selama satu jam.

Lebih kurang satu jam sebelum Subuh beliau mandi. Biasanya, air mandinya disediakan oleh murid-muridnya. Cara mandinya juga mempunyai cara tersendiri, Setiap gayung air yang disiramnya, diiringi dengan bacaan doa. Siraman air sekurang-kurangnya 40 gayung.

Selain hal-hal yang tersebut, biasanya murid-muridnya menyediakan kopi yang asli, telur ayam kampung dan madu asli. Semuanya beliau adun dalam air panas. Menurut beliau, amalan tersebut diamalkannya sejak muda lagi dan khasiatnya supaya badan tidak lemah.

Menurut keterangan anaknya Drs. Haji Abdul Malik, sepanjang pergaulannya dengan beberapa orang ulama di Banjar, Kalimantan Selatan, beliau tidak berjumpa cara-cara melakukan amalan-amalan dengan rutin atau istiqamah seperti yang dikerjakan oleh orang tuanya itu, bahkan tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa bidang penguasaan ilmu Islamnya juga sangat sukar untuk dicari gantinya.

Segala yang penulis sebutkan di atas mungkin ada benarnya, kerana umur beliau ketika itu telah mencecah lebih 70 tahun. Penulis pernah mengikutnya berjalan kaki sejauh 8 km ke tempatnya mengajar. Beliau berjalan dengan laju tanpa berhenti walaupun sekejap.

Karya dan keturunan

Karya yang sempat dihasilkannya hanya sebuah, iaitu Qawaninul Mubtadi fil Fiqh yang diselesaikan pada 22 Zulhijjah 1353 Hijrah/27 April 1935 Masihi. Kandungannya membicarakan tentang fikah dalam bentuk soal jawab. Ia dicetak oleh Mathba'ah al-Masawi, 14 Ulu Palembang.

Abdur Rahman Kelantan berkahwin dua kali. Perkahwinan pertamanya di Kampung Semperiuk, Sambas, memperoleh seorang anak bernama Haji Aziqqi. Beliau memperoleh pendidikan Universiti Al-Azhar, Mesir dan selanjutnya menjadi pensyarah di sebuah universiti di Banjar. Haji Aziqqi meninggal dunia di Banjar. Semua anaknya berada di Banjar, Kalimantan Selatan. Perkahwinan kedua di Mempawah, memperoleh dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Antara anak-anaknya dengan isteri di Mempawah ialah Drs. Abdul Malik yang telah meninggal dunia. Jawatan yang pernah disandangnya ketika hidupnya ialah Kepala Kantor Urusan Wilayah Propinsi Kalimantan Barat di Pontianak. Anak perempuan Abdur Rahman yang bernama Mahfuzah berkahwin dengan Ustaz Hasan Basri, yang aktif memimpin Thariqat Naqsyabandiyah Muzhhariyah.

Antara murid-murid Abdur Rahman yang masih aktif hingga sekarang ialah Ustaz Haji Zainal Arifin bin Ahmad, Ketua Majelis Ulama Daerah Tingkat II Kabupaten Pontianak di Mempawah. Murid beliau pula ialah Drs. Haji Bujang Rasni, Kepala Pondok Pesantren Usuluddin di Singkawang. 

Perihal 4 Wali Qutub Allah Dibumi

Kitab mengenal diri dan wali Allah

Syaikh Abdul Qadir al-Jilani
Beliau pernah berkata “Kakiku ada diatas kepala seluruh wali.” Menurut Abdul Rahman Jami dalam kitabnya yang berjudul Nafahat Al-Uns, bahwa beberapa wali terkemuka diberbagai abad sungguh-sungguh meletakkan kepala mereka dibawah kaki SyaikhAbdul Qadir al-Jilani.

Syaikh Ahmad al-Rifa’i
Sewaktu beliau pergi Haji, ketika berziarah ke Maqam Nabi Muhammad Saw, maka nampak tangan dari dalam kubur Nabi bersalaman dengan beliau dan beliau pun terus mencium tangan Nabi SAW yang mulia
itu. Kejadian itu dapat disaksikan oleh orang ramai yang juga berziarah ke Maqam Nabi Saw tersebut.

Salah seorang muridnya berkata : “Ya Sayyidi! Tuan Guru adalah Quthub”. Jawabnya; “Sucikan olehmu syak mu daripada Quthubiyah”. Kata murid: “Tuan Guru adalah Ghaus!”. Jawabnya: “Sucikan syakmu daripada Ghausiyah”. Al-Imam Sya’roni mengatakan bahwa yang demikian itu adalah dalil bahwa Syaikh
Ahmad al-Rifa’i telah melampaui “Maqamat” dan “Athwar” karena Qutub dan Ghauts itu adalah Maqam yang maklum (diketahui umum).

Sebelum wafat beliau telah menceritakan bilakah waktunya akan meninggal dan sifat-sifat hal ihwalnya beliau. Beliau akan menjalani sakit yang sangat parah untuk menangung bilahinya para makhluk. Sabdanya, “Aku telah di janji oleh Allah, agar nyawaku tidak melewati semua dagingku (daging harus musnah terlebih dahulu). Ketika Sayyidi Ahmad Al-Rifa’i sakit yang mengakibatkan kewafatannya, beliau berkata, “Sisa umurku akan kugunakan untuk menanggung bilahi agungnya para makhluk.

Kemudian beliau menggosok-ngosokkan wajah dan uban rambut beliau dengan debu sambil menangis dan beristighfar . Yang dideritai oleh Sayyidi Ahmad Al-Rifa’i ialah sakit “Muntah Berak”. Setiap hari tak terhitung banyaknya kotoran yang keluar dari dalam perutnya. Sakit itu dialaminya selama sebulan. Hingga ada yang tanya, “Takkan boleh sampai begitu banyaknya yang keluar, dari mana ya kanjeng syaikh.

Padahal sudah dua puluh hari tuan tidak makan dan minum. Beliau menjawab, “Karena ini semua dagingku telah habis, tinggal otakku, dan pada hari ini nanti juga akan keluar dan besok aku akan menghadap Sang Maha Kuasa. Setelah itu ketika wafatnya, keluarlah benda yang putih kira-kira dua tiga kali terus berhenti dan tidak ada lagi yang keluar dari perutnya.

Demikian mulia dan besarnya pengorbanan Aulia Allah ini sehingga sanggup menderita sakit menanggung bala yang sepatutnya tersebar ke atas manusia lain. Wafatlah Wali Allah yang berbudi pekerti yang halus lagi mulia ini pada hari Kamis waktu duhur 12 Jumadil Awal tahun 570 Hijrah. Riwayat yang lain mengatakan tahun 578 Hijrah.

Syaikh Ahmad Badawi
Setiap hari, dari pagi hingga petang, beliau menatap matahari, sehingga kornea matanya merah membara. Apa yang dilihatnya boleh terbakar, khawatir terjadinya hal itu, saat berjalan ia lebih sering menatap
langit, bagaikan orang yang sombong.

Sejak masa kanak kanak, ia suka berkhalwat dan riyadhoh, pernah empat puluh hari lebih perutnya tak terisi makanan dan minuman. Ia lebih memilih diam dan berbicara dengan bahasa isyarat, bila ingin berkomunikasi dengan seseorang. Ia tak sedetikpun lepas dari kalimat toyyibah, berdzikir dan bersholawat.

Pada usia tua beliau telah hafal al-Qur’an, untuk memperdalam ilmu agama ia berguru kepada syaikh Abdul Qadir al-Jailani dan syaikh Ahmad Rifai. Suatu hari, ketika beliau telah sampai ketingkatannya, Syaikh Abdul Qadir al-Jailani, menawarkan kepadanya: ”Manakah yang kau inginkan ya Ahmad Badawi, kunci Masyriq atau Maghrib, akan kuberikan untukmu”, hal yang sama juga diucapkan oleh gurunya Syaikh Ahmad Rifai, dengan lembut, dan karna menjaga tatakrama murid kepada gurunya, ia menjawab;

”Aku tak mengambil kunci kecuali dari al-Fattah (Allah )”. Peninggalan syaikh Ahmad Badawi yang sangat utama, yaitu bacaan shalawat badawiyah sughro dan
shalawat badawiyah kubro.

Syaikh Abu Hasan asy-Syazili 
Keramat itu tidak diberikan kepada orang yang mencarinya dan menuruti keinginan nafsunya dan tidak pula
diberikan kepada orang yang badannya digunakan untuk mencari keramat. Yang diberi keramat hanya orang yang tidak merasa diri dan amalnya, akan tetapi dia selalu tersibukkan dengan pekerjaan-pekerjaan yang disenangi Allah dan merasa mendapat anugerah (fadhal) dari Allah semata, tidak menaruh harapan dari kebiasaan diri dan amalnya.

Di antara keramatnya para Shiddiqin ialah :
1. Selalu taat dan ingat pada Allah swt. secara istiqamah
2. Zuhud (meninggalkan hal-hal yang bersifat duniawi).
3. Boleh menjalankan perkara yang luar bisa, seperti melipat bumi, berjalan di atas air dan sebagainya.

Diantara keramatnya Wali Qutub ialah :
1. Mampu memberi bantuan berupa rahmat dan pemeliharaan yang khusus dari Allah swt.
2. Mampu menggantikan Wali Qutub yang lain.
3. Mampu membantu malaikat memikul Arsy.
4. Hatinya terbuka dari haqiqat dzatnya Allah swt. dengan disertai sifat-sifat-Nya.

Beliau pernah dimintai penjelasan tentang siapa saja yang menjadi gurunya. Kemudian beliau menjawab,
“Guruku adalah Syaikh Abdus Salam ibnu Masyisy, akan tetapi sekarang aku sudah menyelami dan minum sepuluh lautan ilmu. Lima dari bumi yaitu dari Rasululah saw, Abu Bakar r.a, Umar bin Khattab r.a, Usman bin ‘Affan r.a dan Ali bin Abi Thalib r.a, dan lima dari langit yaitu dari malaikat Jibril, Mika’il, Isrofil, Izro’il dan ruh yang agung.

Beliau pernah berkata, “Aku diberi tahu catatan muridku dan muridnya muridku, semua sampai hari kiamat, yang lebarnya sejauh mata memandang, semua itu mereka bebas dari neraka. Jikalau lisanku tak terkendalikan oleh syariat, aku pasti bisa memberi tahu tentang kejadian apa saja yang akan terjadi besok sampai hari kiamat”. Syekh Abu Abdillah Asy-Syathibi berkata, “Aku setiap malam banyak membaca Radiyallahu ‘an Asy-Syekh Abul Hasan dan dengan ini aku berwasilah meminta kepada Allah swt apa yang menjadi hajatku, maka terkabulkanlah apa saja permintaanku”.

Lalu aku bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw. dan aku bertanya, “Ya Rasulallah, kalau seusai shalat lalu berwasilah membaca Radiya Allahu ‘An Asy-Syaikh Abu Hasan dan aku meminta apa saja kepada Allah swt, apa yang menjadi kebutuhanku lalu dikabulkan, seperti hal tersebut apakah diperbolehkan atau tidak?”. Lalu Nabi saw menjawab, “Abu Hasan itu anakku lahir batin, anak itu bagian yang tak terpisahkan dari orang tuanya, maka barang siapa bertawassul kepada Abu Hasan, maka berarti dia sama saja bertawassul kepadaku”.

Peninggalan syaikh Abu Hasan asy-Syazili yang sangat utama, yaitu Hizib Nashr dan Hizib Bahar. Orang yang mengamalkan Hizib Bahar dengan istiqomah, akan mendapat perlindungan dari segala bala. Bahkan, bila ada orang yang bermaksud jahat mau menyatroni rumahnya, ia akan melihat lautan air yang sangat luas. Si penyatron akan melakukan gerak renang layaknya orang yang akan menyelamatkan diri dari daya telan samudera.

Bila di waktu malam, ia akan terus melakukan gerak renang sampai pagi tiba dan pemilik rumah
menegurnya. Hizib Bahar ditulis syaikh Abu Hasan asy-Syazili di Laut Merah (Laut Qulzum). Di laut yang membelah Asia dan Afrika itu syaikh Abu Hasan asy-Syazili pernah berlayar menumpang perahu. Di tengah
laut tidak angin bertiup, sehingga perahu tidak bisa berlayar selama beberapa hari. Dan, beberapa saat kemudian Syaikh al-Syadzili melihat Rasulullah.

Beliau datang membawa kabar gembira. Lalu, menuntun syaikh Abu Hasan asy-Syazili melafazkan doa-doa. Selesai sahaja syaikh Abu Hasan asy- Syazili membaca doa, angin bertiup dan kapal kembali berlayar.

Jadual Pemakanan Sihat Untuk Turunkan Berat Badan

Jika anda mempunyai masalah berlebihan berat badan atau obesiti, panduan ini boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Pemakanan sihat untuk menurunkan berat badan:
  1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kalori seperti makanan bergoreng dan makanan segera.
  2. Kurangkan pengambilan semua jenis minyak dan lemak (tepu, monotaktepu, politaktepu). Contoh: Minyak kelapa sawit, soya, jagung, bijan, zaitun, minyak kacang.
  3. Kurangkan pengambilan makanan mengandungi gula ringkas. Contoh: Gula-gula, sirap, minuman ringan, biskut manis, kuih-muih, kek, coklat, agar-agar, aiskrim, susu pekat manis, kaya dan jem.
  4. Hadkan pengambilan kabohidrat kompleks sesuai dengan keperluan tenaga. Contoh: Nasi, mee, meehon, kuey-teow, roti, ubi-ubi dan semua hasil tepung.
  5. Kurangkan minuman berakohol.
  6. Elakkan makanan tinggi kolesterol. Contoh: Otak, usus, hati, hempedal, buah pinggang, kuning telur (2/3 kali seminggu), telur ikan, ikan bilis dengan kepala dan perut.
  7. Hadkan makanan laut (ketam, udang, sotong, kerang, siput dll)
  8. Kurangkan pengambilan hasil tenusu tinggi lemak (keju, susu penuh krim, susu segar). Elakkan makanan tinggi lemak tepu. Contoh: Minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging, lemak dan kulit ayam, lemak susu.
HIDANGANDIELAKKAN DIGALAKKAN
NASI Nasi Beriyani/Nasi Lemak/Nasi Goreng/Nasi Ayam Nasi Putih/Bubur Nasi
MEE/MEEHON Mee Kari/Mee/Meehon/KueyTeow Goreng Asam Laksa/Mee/Meehon/KueyTeow Sup/Hailam/Rebus/Tomyam
ROTI Roti Canai/Telur/Murtabak Capati/Tosai/Roti Nan
LAUK Rendang/Goreng/Lemak/Kari Bersantan/Ikan Masin Masakan Tomyam/Ikan/Ayam Bakar/Masak Kukus/Asam Pedas/Tomato
KUIH Kuih Bergoreng/Bersantan Sandwich/Apam Tanpa Kelapa/Popia Basah (Tanpa Udang/Telur)/Kuih Kukus Tanpa Santan/Buah-buahan

MENU CADANGAN

1200kcal 1500kcal
Sarapan Pagi 2 keping roti + 1 sudu teh majerin
1 biji telur/1 sudu makan -sama-
kacang panggang
kopi/teh + 2 sudu teh susu skim
tambahan 1 sudu teh gula dalam minuman
Minum Pagi 1 hidangan buah/2 sudu teh susu skim -sama-
tambahan 1 susu teh gula dalam minuman
Makan Tengahari 1 cawan nasi
1½ saiz kotak daging/
1 peha ayam (kecil)/
½ cawan kekacang (stew/sup/rebus/kukus/bak ar)
sayur (rebus/kukus) 1 hidangan buah
1½ cawan nasi
2 saiz kotak mancis daging
1 peha ayam (sederhana)
2/3 cawan kekacang
(stew/sup/rebus/kukus/bak ar)
sayur (rebus/kukus)
1 hidangan buah
Minum Petang 1 hidangan buahteh/kopi + 2 sudu teh susu skim -sama-
tambah 1 sudu teh gula dalam minuman
Makan Malam 1 cawan nasi
1½ saiz kotak mancis daging/
1 peha ayam (kecil)/
1 ekor ikan selar
½ cawan kekacang (stew/sup//rebus/kukus/ba kar)
sayur (rebus/kukus)
1½ cawan nasi
2 saiz kotak mancis daging/
1 peha ayam (sederhana)
1 ekor ikan selar (sederhana)/
2/3 cawan kekacang (stew/sup//rebus/kukus/ba kar)
sayur (rebus/kukus)
Minum Malam 2 sudu makan susu skim -sama-

Gempar Penemuan Buaya Tembaga Di Miri Sarawak

Gempar Penemuan Buaya Tembaga Di Miri Sarawak. Penduduk Kampung Pujut Corner hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan dua ekor buaya tembaga sepanjang dua meter di Sungai Adong.

Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.


Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Voong, 56, berkata, dua ekor buaya tersebut sering berjemur di tepi pasir landai di tepi sungai berkenaan.

“Kita bimbang dengan keselamatan penduduk kampung khususnya kanak-kanak yang sering bermain dan mandi-manda di sungai tersebut.

“Jika buaya-buaya itu tidak ditangkap, selagi itulah penduduk hidup dalam ketakutan dan dan saya bimbang ada yang menjadi mangsa serangan reptilia itu,” katanya di sini kelmarin.

Jelasnya, kemunculan buaya di sungai itu bukanlah kali pertama berlaku kerana ia pernah dilihat tahun lalu.


Monday, June 18, 2012

Eyes of The World






Video Nazmi Faiz Tumbuk Pemain Qatar

Video Youtube Nazmi Faiz tumbuk ketua pasukan pemain Qatar. Pergaduhan ini telah tercetus ketika perlawanan persahabatan malaysia vs qatar di stadium shah alam. Apapun Malaysia menang 2-0 terhadap Qatar. Insiden tersebut menyebabkan Nazmi dilayangkan kad merah.


“Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya,” jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.

Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.

Gambar Ribut Taufan Di Kota Kinabalu Sabah 12 Jun 2012

Gambar Ribut Taufan Melanda Kota Kinabalu Sabah 12 Jun 2012. Ribut luar biasa ini yang telah berlaku hari ini di KK menggerunkan ramai penduduk. Ini merupakan kejadian yang jarang berlaku di Kota kinabalu. Fenomena ini biasanya berlaku di luar negara dan agak sukar kelihatan di negara kita Malaysia. Mari lihat beberapa keping gambar yang sempat dirakam.


Gambar Isteri Fazley Yaakob Sudah Bertudung

 

Gambar Isteri Dr Fazley Yaakob Sudah Bertudung. Isteri Dr Fazley atau lebih dikenali sebagai Azrene telah pun bertudung sejak pasangan ini dikurniakan cahaya mata. Nampaknya tanggungjawab Fazley untuk mendidik isteri untuk menutup aurat sudah pun berjaya. Tahniah kepada Fazley dan diharap menjadi contoh kepada ramai lagi wanita diluar sana.


Video Wanita Disumpah Jadi Batu Di Paloh Johor

Video Wanita Disumpah Jadi Batu Di Paloh Johor Menjadi Isu Hangat Penduduk. Penyebaran Video berkenaan menjadi tumpuan di laman youtube. Menurut sumber, kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor. Wanita itu dikatakan telah ditukar menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.


Dalam video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.

Gambar Fazurina Kini Sudah Pakai Tudung

Gambar Fazurina Kini Sudah Pakai Tudung. Fazurina mengambil keputusan untuk bertudung selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu. Menurut Fazurina, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian. Menurutnya lagi, sebagai seorang Islam dia percaya dengan qada dan qadar dan menganggap jika perkara itu terjadi pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.

Fazurina Kini Sudah Pakai Tudung

Punca Kejadian Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah

Berikut adalah punca kejadian gambar awan pelik yang melanda di Kota Kinabalu Sabah. Pembentukan awan tersebut telah mencemaskan penduduk yang menyaksikan fenomena luar biasa itu. Menurut saksi yang merakamkan imej tersebut, Awan pelik terbentuk pada pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah

Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah

Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.

Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More