Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, May 29, 2012

Lampus - Lampu Modular LED Boleh Ubah Canggih


Lampus adalah nama kepada lampu meja reka bentuk inovatif, sinaran lampunya terang dijana oleh tiga batang lampu modular LED diletak sebaris tapi hidup secara berasingan, menghasilkan ciri elegan pada pandangan pertama.

Setiap satu dari ketiga-tiga lampu boleh diputar-putar bebas secara berasingan 60 darjah. Setiap satu batang lampu hanya menggunakan kuasa elektrik 9 watt dijana oleh kabel AC biasa. Kerangka badannya diperbuat daripada aluminium – ringan dan selamat digunakan terutama jika Anda memilki anak-anak kecil di dalam rumah.

Dari diazin yang dipaparkan dalam gambar, kami merasa Lampus ni (er, bukan mampus) perlu dilekatkan di permukaan meja menggunakan gam atau benaman skru kerana bahagian tapak untuk lampu ini berdiri amatlah kecil, seakan tidak mampu menyokong Lampus.

Oleh kerana sendi Lampus membuat lampu ini bebas untuk diletak pada apa jua kedudukan dan apa jua ketinggian, ia mempunyai kelebihan berbanding lampu meja biasa – dari dizainnya kami merasakan Lampus sesuai untuk digunakan oleh pelajar, untuk peminat buku, untuk dizainer, blogger, atau sesiapa jua yang mahu pencahayaan terfokus untuk kegunaan peribadi tatkala melakukan sesuatu di atas meja misalnya menaip atau menulis.

Harga dan tarikh pelancaran tidak diberitahu, pada pendapat kami Lampus masih lagi dalam peringkat prototaip dan hanya menunggu masa untuk dikomersilkan. Imej tambahan ada di bahagian bawah artikel ini, klik untk besarkan.
[ dari Yanko Design ]

Lampus, Lampu Modular LED Bebas UbahLampus, Lampu Modular LED Bebas Ubah


Dua Lagi Pegawai Senior RIM BlackBerry Letak Jawatan

Karima Bawa dan Patrick Spence
Dua lagi pegawai senior di Research In Motion (RIM) pembuat BlackBerry telah meletak jawatan lebih awal dari jangka masa sepatutnya, atas alasan mahu bersara awal.

Kedua-dua mereka adalah Karima Bawa, peguam paling ‘top’ merangkap Ketua Pegawai Undang-undang di Research In Motion dan seorang lagi adalah Patrick Spence, Ketua Bahagian Jualan Global. Karima Bawa telah berkerja di RIM BlackBerry selama 12 tahun manakala Patrick Spence telah bekerja di situ selama 14 tahun.

Kehilangan mereka adalah tamparan hebat kepada Research In Motion, petanda jelas prestasi syarikat itu jatuh merundum beberapa tahun ini hingga mengakibatkan beberapa pegawai kanan keluar.
[ dari Reuters ]

Pembuat Angry Birds Palsu Didenda 50 Ribu Pound Sterling

Syarikat pembuat aplikasi Angry Birds palsu berasal dari negara Latvia yang tidak dinyatakan namanya telah diarah oleh Mahkamah Brtain untuk membayar wang denda sebanyak 50,000 Pound Sterling.

Ianya adalah disebabkan bersalah mengeluarkan Angry Birds palsu dan  aplikasi permainan Cut The Rope palsu kemudian memaparkannya di Google Play sepanjang November tahun 2011. Sebagai tambahan, si pembangun di arah membayar pampasan sebanyak 28,000 Pound Sterling kepada pengguna Android yang telah ditipu.

Tindakan sebegini adalah sebagai amaran kepada pembangun lain untuk tidak meniru aplikasi popular sesuka hati. Masalah aplikasi tiruan adalah satu masalah besar yang melanda Google Play hari ini, kebanyakan aplikasi tiruan itu hanya memuatkan dua perkara – virus dan penipuan.

Jumlah download kedua-dua aplikasi palsu itu tidak pula dinyatakan, jumlah pengguna Android yang telah menjadi mangsa juga tidak dinyatakan. Namun kes ini menjadi pengajaran kepada pembangun lain.
[ dari BBC ]

Wardina Terima Panggilan Lucah Buat Laporan Polis

Wardina buat laporan polis setelah terima panggilan lucah dari seorang lelaki bernama Arif. Lelaki ini didakwa bekerja di syarikat televisyen dan ingin menemu bual Wardina.Namun, dalam perbualan tersebut semua perkataaan tidak menyenangkan hati wardina berikut perkataan yang tidak senonoh. Berikutan itu, Wardina telah melaporkan kepada PDRM mengenai hal ni.


Monday, May 28, 2012

Filem / Video Osombie permainkan kematian Osama Laden

 
Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dipermainkan sebuah syarikat penerbitan tidak bertanggungjawab di Utah selepas mereka menerbitkan filem zombi (mayat berjalan) menggunakan watak beliau.

Filem berjudul Osombie: The Axis of Evil Dead itu memaparkan pertempuran antara Unit Angkatan Khas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan kumpulan militan zombi di kawasan gurun diketuai oleh Osama yang kononnya bangkit dari kematiannya.

Pengarah eksekutif, Kynan Griffin berkata, skrip tersebut telah dihasilkan sebelum Osama dibunuh pada Mei lalu.

Osombie - The Axis of Evil Dead
Ia turut menggunakan tagline 'Bin Laden Will Die Again' (Osama akan mati sekali lagi) yang dianggap biadab dan dilihat bakal mencetuskan kemarahan orang Islam.

Sementara itu, sebuah lagi filem kontroversi arahan Kathryn Bigelow yang berkisar mengenai operasi memburu Osama juga akan diterbitkan walaupun menerima kritikan banyak pihak kerana ia secara terang mendedahkan misi rahsia Agensi Penyiasatan Pusat (CIA).

Sultan Johor Dahului Senarai Nama Pembida Pendaftaran Nombor Kereta WWW

Berikut adalah senarai nama pembida berjaya dan harga  bidaan Nombor pendaftaran siri WWW. Pada umumnya, nombor pendaftaran yang unik dan senang diingati adalah yang paling digemari dan mahal. Surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012 dan nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012.


Video Penonton Dilanggar Kereta Drag Race Hari Belia 2012

Video Penonton Dilanggar Kereta Drag Race Sempena Hari Belia 2012 di Putrajaya. Kereta terbabit telah hilang kawalan dan melanggar penonton. Mujurlah tiada kematian tetapi hanya dua penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan. Berikut adalah gambar dan video kemalangan Drag Race sempena Hari Belia 2012.






Video youtube Penonton Dilanggar Kereta

Zed Zaidi Dilantik Presiden Baru Seniman

Zed Zaidi kini presiden baru Seniman. Zed yang sebelum ni merupakan Timbalan Presiden Seniman dilihat memang layak untuk memegang jawatan Presiden selepas tampil berani memperjuangkan hak-hak artis Malaysia.


Banyak isu yang Zed Zaidi cuba perjuangkan termasuk isu Bob Kuman dan juga isu Artis luar yang telah menjuari Anugerah Bintang Popular di Malaysia baru-baru ni.

Incoming search terms:

  • zed zaidi presiden seniman (1)

Laman Rasmi Blog Najib Razak 1Malaysia Kena Godam

Laman rasmi blog Perdana Menteri Najib Razak iaitu laman 1Malaysia telah digodam. Pada jam 8.10 pagi tadi tersebar berita yang didapati laman blog rasmi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak iaitu 1malaysia.com.my diceroboh oleh kumpulan pengodam yang menggelarkan diri mereka VVIP. Berita ini tersebar di facebook melalui page kumpulan penggodam Dragon Force.


Wednesday, May 23, 2012

Gambar Ustaz Azhar Idrus Dengan Artis Wanita Bertudung

Mari lihat gambar Ustaz Azhar Idrus bersama dengan artis wanita yang telah pun bertudung. Artis wanita seperti Irma Hasimie, Yatt, Diana Amir, Helliza Helmi Dan Rakan-Rakan telah pun berjumpa dengan Uztaz Azhar Idrus baru-baru ni. Setiap artis yang hadir ada kisah tersendiri mengenai perubahan diri mereka yang kini tampil dengan imej baru.


Biasiswa PTPTN Pointer Ijazah Kelas Pertama

PTPTN telah umumkan biasiswa bagi pelajar Ijazah Kelas Pertama yang dapat pointer 3.75 dan keatas. Pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa ini adalah bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar ijazah di IPTA atau IPTS di Malaysia. Namun, faedah ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah sahaja manakala pelajar diploma perlu membayar sepenuhnya pinjaman walaupun mendapat pointer yang tinggi.


Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi PTPTN di talian 03 2080 4455

Incoming search terms:

  • biasiswa ptptn (1)
  • pelajar yang mendapat kelas pertama (1)

Tuesday, May 22, 2012

Gambar Abby Abadi Berceramah Di Majlis PAS

Timbul dakwaan mengenai gambar Abby Abadi berceramah di Majlis PAS. Abby Abadi juga dikatakan bergiat aktif bersama parti politik PAS. Baru-baru ini, Abby di dapati telah memberi ceramah di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang.


Incoming search terms:

  • abby abadi marang (1)

Adi Putra Buat Keputusan Batal Cerai Isteri

Adi Putra telah buat keputusan batal ceraikan isterinya. Pelakon Adi Putra yang mengatakan mahu menyelesaikan kes rumah tangga dengan isterinya Aida Yusof di Mahkamah Syariah  menggambil keputusan menarik balik kes berkenaan.


Difahamkan Adi yang memfailkan penceraian pada 14 Mei lalu menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin. Wartawan yang berkumpul di mahkamah berkenaan bagaimanapun gagal bertemu dengan pelakon itu.

“Saya baru pulang daripada menguruskan kes ini. Esok (malam Selasa), saya akan menjelaskan mengenai perkembangan terbaru kes ini,” katanya.

Adi dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi. Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.
Sumber: Mstar Online

Incoming search terms:

  • Adi Putra batal cerai (1)
  • adi putra batalkan penceraian (1)

Monday, May 21, 2012

Gambar Macho Khairul Fahmi Di Majalah ENF

Gambar Khairul Fahmi di Majalah ENF. Majalah terbaru Entertainment And Fashion untuk isu ketujuh telah meletakkan Khairul Fahmi sebagai pelaris Majalah tersebut. Kali ni Khairul Fahmi dijadikan model ala bintang rock Jepun. Memang tampak kacak dan bergaya penjaga gol terkenal ni.


Semakan Keputusan Temuduga UPU Pendidikan 2012

Semakan keputusan panggilan Temu Duga ( Pendidikan) UPU boleh dibuat mulai 19 Mei 2012. Berikut adalah kaedah semakan panggilan temuduga bagi program pendidikan IPTA bagi lepasan STPM.


Cara Semak Keputusan Panggilan Temuduga UPU (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/ Setaraf
Semakan boleh dibuat di Laman Web upu.mohe.gov.my

Atau guna SMS (Short Messaging Services)
My SMS – 15888

Tarikh Temuduga
Temu Duga akan dijalankan pada 24 – 30 Mei 2012

Incoming search terms:

  • temuduga upu 2012 (3)
  • semakan temuduga lepasan stpm 2012 pendidikan (2)
  • semakan panggilan temuduga program pendidikan 2012 (2)
  • cara-cara cek keputusan temu duga medsi guna sms (1)
  • semakan temuduga kursus pendidikan lepasan stpm (1)
  • Semakan temuduga medsi (1)
  • semakan temuduga pendidikan 2012 (1)
  • semakan temuduga pendidikan stpm (1)
  • semakan temuduga pendidikan ujian medsi stpm setaraf (1)
  • semakanedsi 19 mei 2012 (1)

Kereta Yuna Dipecah Masuk Dua Lelaki Tidak Dikenali

Kereta Yuna dipecah masuk dua orang lelaki yang tidak dikenali. Kerugian dianggarkan  hampir RM5000.00 ini termasuk kehilangan gitar kesayangannya.




Menurut sumber, kereta tersebut telah digunakan oleh gitaris kumpulan muzik Yuna, Farhan Fadzlishah untuk pulang kerumah. Namun pada jam 5.30 pagi, bapa gitaris berkenaan telah mendengar bunyi bising digaraj sebelum melihat kelibat 2 orang lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna.

Semakan Keputusan Maktab Perguruan KPLSPM 2012

Semakan Keputusan Permohonan Maktab Perguruan KLPSM 2012 boleh disemak mulai 5 Jun 2012. Kepada calon SPM yang telah pun berjaya menghadiri temuduga, anda digalakkan untuk membuat semakan pada tarikh yang ditetapkan. Berikut adalah cara semakan keputusan KPSLPM 2012.


Cara Semak Keputusan Temuduga KPLSPM 2012
Pendaftaran pelajar baru pada 18 Jun 2012

Incoming search terms:

  • keputusan maktab perguruan (kplspm) 2012 (1)

Thursday, May 17, 2012

Restoran Burger Paling Besar Di Pulau Pinang Malaysia

Lokasi restoran burger paling besar terletak di Pulau Pinang Malaysia. Restoran ini dinamakan Zul’s Burger dan semestinya burger ini diminati ramai kerana saiznya yang cukup besar. Kalau anda nak tahu, saiz burger ni amat mengagumkan kerana ia lebih besar dari saiz mulut dan kepala manusia. Dengan harga serendah RM30, anda boleh kongsikan burger ini bersama rakan anda yang lain.

Alamat Zul’s Burger
Zul’s Burger Penang 30Y, Kompleks MPPP Lebuh Nipah Sg Nibong 11900 Penang.
Gambar: Barriboi

Penyakit Kelamin Gonorrhoea



Gonorrhoea merupakan salah satu daripada penyakit kelamin (Sexually Transmitted Diseases - STDs) yang kerap berlaku. Gonorrhoea boleh menjadi teruk sekiranya tidak dirawat dan akan menyebabkan pelbagai komplikasi yang lain. Malangnya ramai di antara mangsa Gonorrhoea sehingga 80%, tidak menyedari mereka telah dijangkiti Gonorrhoea. Ini adalah disebabkan dalam kebanyakan kes, jangkitan Gonorrhoea tidak menunjukkan tanda-tanda yang nyata.

Apa itu Gonorrhoea

Gonorrhoea disebabkan oleh jangkitan bakteria Neisseria gonorrhoeae yang merebak melalui hubungan kelamin, yang menjangkiti saluran pembiakan dalaman seperti uterus, salur fallopian, dan ovari. Kadang-kala tanda-tanda Gonorrhoea dapat dikesan, tetapi dalam kebanyakan kes penghidap Gonorrhoea tidak menunjukkan sebarang tanda yang ketara. Kuman Gonorrhea
boleh didapati pada bahagian berlendir badan seperti saluran pembiakan, zakar, dubur, kerongkong, faraj, dan serviks. Sekiranya penyakit Gonorrhoea tidak dirawat, Gonorrhea juga boleh merebak kepada bahagian rahim dan salur fallopian, menyebabkan penyakit radang pelvik (Pelvic Inflammatory Disease - PID). Sekiranya ini berlaku, komplikasi bagi wanita seperti percantuman pada salur fallopian boleh menyebabkan kemandulan dalam 10% kes, dan juga masalah kehamilan di luar rahim. Sekiranya Gonorrhoea menjangkiti wanita yang mengandung, bayi yang dilahirkan secara normal menghadapi risiko dijangkiti Gonorrhoea dan menjadi buta.

Untuk mengelakkan keadaan ini, kebiasaanya, bayi akan dilahirkan melalui pembedahan Caesarean. Sekiranya bayi dilahirkan secara normal, rawatan menggunakan lapsis (silver nitrate) yang diletakkan pada mata bayi sekiranya terdapat tanda jangkitan. Sebelum 1985 rawatan ini digunakan secara meluas, tetapi kini ia hanya digunakan apabila terdapat tanda jangkitan.

Bagi kedua-dua golongan lelaki dan wanita masalah jangka panjang bagi Gonorrhea yang tidak dirawat adalah bengkak sendi arthritis kategori gonococcal arthritis boleh menyebabkan sendi jadi bengkak dan kaku. Jangkitan darah "Fatal septicemia" yang boleh membawa maut, juga merupakan salah satu komplikasi yang boleh berlaku.


Golongan berisiko
Sesiapa yang aktif secara seksual boleh dijangkiti Gonorrhea, dan penyakit Gonorrhea lebih kerap merebak di kalangan golongan yang lebih muda, antara umur 15 - 30 tahun. Ini disebabkan tabiat golongan muda yang menjalinkan hubungan rambang dengan dari satu pasangan seksual.

Gonorrhea juga lebih luas merebak dikawasan bandar berbanding kawasan luar bandar. Selain itu peratusan kes Gonorrhea dikalangan kumpulan homoseksual juga meningkat. Di Amerika
Syarikat sahaja, di anggarkan terdapat 800,000 kes dilapurkan setiap tahun.


Apakah Tanda Gonorrhoea
Mereka yang dijangkiti Gonorrhoea menunjukkan tanda-tanda
seperti :-

Lelaki
  • Keluar cecair bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada
    alat kelamin.
  • Sakit seperti terbakar apabila kencing.
  • Gatal-gatal pada bahagian dubur.
  • Radang (gatal-gatal) pada bahagian kerandut zakar
  • Radang pada bahagian kelanjar prostate (boleh ditentukan
    dengan pemeriksaan doktor.)
Tanda-tanda ini kelihatan pada hari ke 2-7 selepas
jangkitan pada lelaki. 10% - 15% lelaki tidak menunjukkan sebarang tanda
jangkitan Gonorrhea.


Wanita
  • Peningkatan keluaran lendir bewarna kekuningan (creamy) atau
    hijau daripada alat kelamin.
  • Peningkatan jumlah cecair yang keluar dari alat kelamin.
  • Pendarahan antara tempoh haid.
  • Sakit apabila kencing.
  • Gatal-gatal pada bahagian alat kelamin.
  • Sakit / memulas bahagian bawah perut.
  • Sakit apabila bersetubuh.
  • Jangkitan kerongkong.
  • Demam.
  • Jangkitan dalaman
    • Sembelit
    • Keluar lendir bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada
      dubur.
    • Gatal bahagian dalam dubur/alat sulit.
    • Sakit ketika membuang air besar dan ada darah bersama najis.
    • Dubur berdarah.
Tanda-tanda ini biasanya kelihatan pada hari ke 2-30 selepas jangkitan dikalangan 20% kes bagi wanita. Bagaimanapun, dalam 80% kes tiada sebarang tanda jangkitan Gonorrhea kelihatan di kalangan wanita.

Mereka yang tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi risiko lebih tinggi menghadapi komplikasi daripada jangkitan Gonorrhea teruk, dan tanpa disedari akan menyebarkan jangkitan Gonorrhea. Dari tempoh jangkitan Gonorrhea akan terus merebak sehingga dirawat dengan betul. Jangkitan yang terdahulu tidak menjadikan seseorang immune kepada Gonorrhea, malah komplikasi boleh berlaku dengan lebih pantas berbanding dengan mereka yang
mengalami Gonorrhea kali pertama. Jangkitan kali kedua juga menambah risiko mendapat jangkitan HIV.


Masalah jangka panjang

Dianggarkan 2% daripada pesakit Gonorrhea yang tidak dirawat akan mengidap Jangkitan Gonococcal Meluas (Disseminated Gonococcal Infection (DGI)). Tanda-tanda Jangkitan Gonococcal Meluas adalah :-

  • Sakit sendi tulang (Gonococcal Arthritis)
  • Demam
  • Kudis pada kulit

Gonorrhea yang tidak dirawat juga boleh tersebar melalui salur darah dan boleh menjangkiti :-
Selain itu, masalah jangka panjang bagi lelaki
adalah :-
  • Epididymitis (Radang pada keradut zakar (testicles) yang boleh menyebabkan kemandulan).
  • Sakit sendi tulang (Gonococcal Arthritis)
  • Jangkitan organ lain.
  • Bengkak pada kerandut zakar dan zakar.

Masalah jangka panjang bagi wanita adalah :-
  • Kudis (Abscesses)
  • Mengandung luar rahim yang boleh menyebabkan kematian pada ibu. (Ectopic pregnancy)
  • Pelvic Inflammatory Disease (PID). Jangkitan yang merebak dari faraj dan serviks kepada uterus dan salur fallopian dan menyebabkan kemandulan.
  • Jangkitan pada hati (Perihepatitis).
  • Mandul pada wanita.
  • Salur fallopian tersumbat yang menghalang telur yang subur memasuki rahim dan menyebabkan kemandulan.
  • Jangkitan sekeliling hati (Perihepatitis).
  • Tisu tebal (scar) terbentuk pada saluran fallopian.

Jangkitan

Walaupun Gonorrhoea tersebar melalui hubungan seks, Gonorrhoea juga boleh merebak melalui kaedah yang lain. Cara Gonorrhoea merebak adalah melalui :-
  • Hubungan kelamin termasuk :-

    • Hubungan kelamin biasa. (30-50% lelaki, 60%-90% wanita.)
    • Alat kelamin ke mulut (Gonococcal pharyngitis)
    • Alat kelamin ke dubur

  • Dari ibu kepada bayi ketika proses kelahiran semasa bayi
    melalui saluran peranakan yang menyebabkan jangkitan dan kerosakan pada
    mata.
  • Melalui sentuhan pada bahagian yang sakit.
  • Melalui najis pesakit.
  • Vulvovaginitis pada kanak-kanak melalui pakaian yang bercampur
  • dengan pakaian pesakit Gonorrhoea ketika dibasuh. Ini boleh menyebabkan satu keluarga dijangkiti Gonorrhoea sekiranya bapa terkena Gonorrhoea. Vulvovaginitis juga terdapat dalam kes penderaan seksual.

Pengesanan dan Pengesahan
  • Cara terbaik mengelakkan Gonorrhoea adalah dengan mengelak dari melakukan hubungan kelamin (bagi yang belum berkahwin) atau melakukan hubungan dengan pasangan yang dikahwini sahaja.

  • Bagi mereka yang mengamalkan cara hidup berisiko dan aktif secara seksual, mereka perlu mengamalkan cara yang selamat ketika melakukan hubungan kelamin seperti penggunaan kondom dengan betul, yang menutupi bahagian yang terkena jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan kondom dengan betul boleh mengelakkan penyebaran penyakit kelamin disamping mencegah kehamilan yang tidak dirancang.

  • Melakukan pemeriksaan lebih kerap dan secara berkala seperti setiap enam bulan sekali. Mereka juga perlu membersihkan tangan dengan teliti disebabkan bakteria Gonorrhoea boleh merebak kepada mata.

  • Hubungan seksual perlu dilakukan dengan mereka yang diketahui selamat atau dengan satu pasangan sahaja dan dengan menggunakan kondom. Elakkan daripada melakukan hubungan rambang.

  • Mendapatkan penerangan terperinci dengan melawat klinik penyakit kelamin (sexually transmitted disease (STD) clinic), hospital, doktor, atau pengamal perubatan.

  • Selain itu adalah penting bagi wanita untuk menjalani pemeriksaan pap smear bertujuan mengesan sebarang kelainan kepada alat kelamin. Pengesanan awal perubahan yang diperoleh daripada ujian ini adalah langkah pencegahan terbaik bagi mengelakkan kanser
    rahim
    .

Ramai doktor gemar menggunakan lebih dari satu ujian bagi mengenalpasti Gonorrhoea agar lebih tepat. Terdapat tiga jenis ujian makmal yang boleh dilakukan untuk memastikan Gonorrhoea iaitu :-

  • Mewarnakan Contoh Biologi (Staining Biological Samples)

    • Ujian mewarnakan contoh biologi dilakukan dengan meletakkan contoh lendir yang keluar dari zakar atau serviks dan mewarnakannya dengan pewarna (dye). Ujian ini adalah lebih tepat bagi lelaki berbanding wanita disebabkan hanya 1/2 wanita yang dijangkiti dapat dikesan dengan menggunakan ujian ini.

  • Penkulturan (Cultures)

    • Membiakkan bakteria dalam makmal dengan menggunakan lendiran yang keluar untuk dikulturkan dalam petri kultur (culture plate) dan mengeramkannya sehingga 2 hari untuk membenarkan bakteria membiak. Penkulturan contoh serviks mengesan 90% daripada mereka yang dijangkiti. Penkulturan juga boleh dilakukan dengan menggunakan sapuan kerongkong (throat swabs).
  • Mengesan gen Bakteria atau ujian Nucleic Acid (DNA)

    • Mengesan gen Bakteria atau ujian Nucleic Acid (DNA) digunakan dengan menggunakan air kencing atau sapuan serviks (cervical swabs) untuk mengesan gen bakteria. Ujian ini adalah lebih tepat berbanding penkulturan.
Diagnosis

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, atau mempunyai hubungan kelamin dengan mereka yang diketahui mempunyai penyakit kelamin atau mereka yang tidak dikenali, atau dirogol, anda perlu berjumpa dengan doktor serta merta. Anda perlu memberitahu doktor untuk pemeriksaan penyakit kelamin.


Pemeriksaan

sapuan pap (pap smears) hanya menumpu kepada pemeriksaan kelainan pada sel serviks (cervical cell), dan bukannya untuk penyakit kelamin. Dengan permintaan khusus, pihak makmal akan menguji penyakit Gonorrhoea secara khusus.

Jika anda ada melakukan hubungan seks rambang tanpa menggunakan kondom, anda perlu menguji diri anda untuk penyakit kelamin. Ini adalah untuk memastikan anda bebas daripada sebarang penyakit kelamin dan juga agar anda boleh mendapatkan rawatan untuk penyakit kelamin sekiranya anda dijangkiti. Sekiranya anda didapati positif mempunyai sebarang penyakit kelamin, anda perlu memberitahu pasangan anda, kerana penyakit kelamin boleh berjangkit.

Selain daripada menghalang penyakit kelamin daripada terus merebak, pasangan anda mungkin tidak sedar tentang tanda-tanda penyakit. Dengan memberitahu pasangan anda, ini membantu pasangan anda untuk mendapat rawatan yang sempurna. Walaupun anda mungkin merasa malu atau rendah diri untuk memberitahu pasangan anda bahawa mereka mempunyai masalah ini, amat penting mereka diberitahu untuk mengelakkan mereka menghadapi masalah jangka panjang.


Rawatan

Penyakit Gonorrhoea mudah dirawat dengan pengambilan antibiotik dalam bentuk pil, atau suntikan tempoh tertentu. Bagaimanapun Gonorrhoea semakin tahan kepada ubat-ubatan biasa. Antibiotik yang digunakan sekarang adalah :-
  • Cefixime
  • Ceftriaxone
  • Ciprofloxacin *(Tidak sesuai bagai mereka yang
    mengandung)
  • Ofloxacin
    *(Tidak sesuai bagai mereka yang mengandung)
  • Tetracycline


* Antibiotik Ciprofloxacin dan Ofloxacin perlu dielakkan sekiranya anda mengandung atau bawah 18 tahun.

Pengidap Gonorrhea biasanya juga mengidap jangkitan Chlamydial, sejenis penyakit kelamin yang lain. Gabungan antibiotik yang mampu merawat kedua-dua penyakit adalah
:-


  • Azithromycin
  • Ceftriaxone
  • Doxycycline

Untuk memastikan rawatan yang diberikan berkesan, anda perlu mendapatkan rawatan seberapa segera sebelum kemandulan berlaku. Jangan berlengah kerana kemandulan hanya diketahui apabila anda cuba untuk mengandung.

Menghindar adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan Gonorrhoea atau sebarang penyakit kelamin. Gunakan kondom kerana kondom berkesan sehingga 99% mengelakkan jangkitan penyakit kelamin. Atau elakkan daripada hubungan rambang, dan sebaiknya berkahwin. hubungan rambang, dan sebaiknya berkahwin.

Kenali Demam Denggi Dan Kaedah Rawatan



Petua Untuk Rawatan Demam Denggi

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal - Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.

ii) Demam denggi berdarah - Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.

Tanda-Tanda atau Gejala

1. Demam denggi klasikal - Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah - Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS). Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.

Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan Demam Denggi Klasikal - Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan Demam Denggi Berdarah - Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Oleh hal yang demikian, anda perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal agar nyamuk ini tidak dapat membiak, dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan. Malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.

Wednesday, May 16, 2012

Gelagat Syaitan Di Majlis Kenduri


Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung.

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu daripada budak-budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan. Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat orang lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yang membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.
Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.

Wallahu a’lam

MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH.

semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Wallahu a’lam

Senang untuk Bersedekah, Sedekah untuk Bersenang


Saya teringat pesanan seorang rakan saya yang berjaya. Katanya: “Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.” Dia menyambung “Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki…”

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada RM2 saya sedekahkan RM1. Kalau ada RM40 saya sedekahkan RM10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar Alhamdullilah, kalau tak saya anggap sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya dilebihkan lagi pada masa akan datang.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya. ” (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang bertanya kepada Nabi saw., “Sedekah yang mana yang lebih utama itu?” Nabi bersabda, “Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish).”

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat.”

Sekadar untuk berpesan. Semoga ada manfaat.

Wallahu a’lam

Best Way to Install Your Printer to a New PC

Just now my office mate had a problem with her printer. She wanted to have a new one, as the one she uses that time was very old and having so much problem.

So I suggested her to take the one in the meeting room, as I found it a little bit heavy duty type of printer, HP LaserJet P2015. But when I tried to install it, I couldn’t find any driver for it.

I’ve tried so many ways to install the driver, but failed. I downloaded the driver from the internet, HP support center, but when I tried to install it, it says “Print processor doesn’t exist”. I didn’t understand what does it means and what was actually happened.

Later, I tried to look for a PC that uses the same type of printer. Luckily I found a mate whose using the same printer as hers. I then tried to grab the driver from that PC to her printer but I didn’t know how and where to get it.
After all that difficulties, I then got an idea. The idea was like this:
  1. First, share the printer (Right-click the printer » Sharing… – Sharing tab – click Share this printer and click Ok).
  2. Then, go to the PC you want to install the driver into.
  3. Search for the printer you shared just now. Normally, if you’re using Windows XP in your networks, it’ll automatically find any printer attached on the network and shared, and put it in your “Printers and Faxes” list.
  4. When you’ve found the printer in the list, right-click the printer, » “Properties”.
  5. On the “General” tab, name it from a ‘networked’ name to another name that make it known as yours.
  6. On the “Ports” tab, change to network port to your port you use for the printer, like Virtual USB or LPT1.
  7. Click Apply and Ok.
  8. Finally, right-click the printer » Properties, click “Print Test Page” on the “General” tab. You’ll see it came out from your printer, not the other printer on your network!
So the best way to install your printer to a new PC is to create a network from your old PC to your new PC, then grab the printer like what I showed above. All the best!

Koleksi Gambar Display Profile FB Mogok Lapar Palestin

Koleksi gambar Display Profile (DB) untuk profile picture facebook (fb) bagi kempen mogol lapar palestin. Mesti ramai tertanya, kenapa sekarang ni ramai yang telah menukar profil gambar mereka kepada warna coklat sebegini. 

Sebenarnya tahanan Palestin sekarang sedang mengadakan mogok lapar paling terbesar dalam sejarah dunia. Dicatatkan mogok lapar selama 76 hari tanpa makan dan minum bagi menentang kekejaman israel. Antara tuntutan mereka adalah hak asasi sebagai tawanan perang, pendidikan dan lain-lain seperti yang diishtiharkan oleh undang-undang antara bangsa.

Dengan hanya menukar gambar profil, ini dapat membantu tahanan palestin untuk menuntut hak mereka kepada kerajaan israel.
Kenji Kobayashi Ashraf Mohd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More