Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Sunday, April 29, 2012

Pesta Buku 2012 Di PWTC Kuala Lumpur

Pesta Buku Antarabangsa 2012 akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur bermula pada 27 April hingg 6 Mei 2012. Pesta buku ni merupakan pesta buku yang terbesar di Malaysia yang pernah diadakan. Mari ramai-ramai datang ke pesta buku ni. Kemasukan juga adalah percuma.



Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA

Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA. Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar bumiputera dari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTT). Pembayaran Pendahuluan ini diberi selewat-lewatnya 2 minggu selepas borang perjanjian yang lengkap dihantar.



Cara Permohonan Pendahuluan MARA
1. Untuk membuat permohonan secara online, sila layari pautan e-Pendahuluan MARA.
2. Sebelum membuat permohonan, anda mestilah membaca panduan permohonan di Panduan Permohonan e-pendahuluan MARA
3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan sertakan semua salinan dokumen penting ke pejabat daerah MARA negeri masing-masing.

Keputusan Permohonan
Keputusan semakan boleh dibuat dilaman sesawang e-pendahuluan MARA selewat-lewat 2 minggu permohonan.


Gambar Diana Daniella Manis Gila Bertudung

Mari lihat gambar Diana Daniella bertudung. Memang nampak manis sangat-sangat dan ayu. Sebenarnya, Diana bertudung ni hanya sempena dengan lakonan telemovie terbarunya yang bertajuk Sentuhan Isabellai yang disiarkan tak lama lagi di RTM 1. Diana memegang watak cikgu dalam telemovie ni.



Saturday, April 28, 2012

Ketahui 8 Pembunuh Utama Ereksi Lelaki


1. Tekanan Perasaan
Minda selalu menjadi zon erogenous yang dilepas pandang. Keseronokan seksual bermula dari minda barulah ke bawah. Tekanan perasaan boleh menekan keinginan anda dan boleh membawa kepada disfungsi erektil. Secara ironiknya, banyak juga ubat-ubat digunakan untuk merawat tekanan perasaan mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan keinginan seks anda berkurangan dan sukar untuk mendapat ereksi.

2. Minuman Alkohol
Minuman alkohol secara berterusan mampu mengganggu proses ereksi anda walaupun kesannya hanya sementara.

3. Ubat-ubatan
Beberapa ubat yang biasa digunakan boleh menyebabkan disfungsi erektil. Antaranya adalah ubat darah tinggi, ubat tahan sakit, dan juga anti-depresan. Ubat jalanan seperti amphetamins, kokain dan marijuana juga memberikan masalah seksual.

4. Stres
Ia bukanlah mudah untuk mencapai mood seksual sekiranya anda dibebankan dengan pelbagai kerja dan masalah. Stres boleh melibatkan pelbagai sistem badan termasuklah penis anda. Lakukan perubahan dalam hidup anda dengan sentiasa bersenam, mengamalkan teknik relaksasi, cukup tidur dan berjumpa dengan pakar jika perlu.

5. Marah
Kemarahan menyebabkan aliran darah berkumpul di muka anda tetapi tidak ditempat yang anda perlukan untuk seks. Tambahan, bukannya mudah untuk romantik dalam keadaan anda marah. Walaupun anda memendam kemarahan anda ia juga tidak membantu di dalam aktiviti seksual rumah tangga seharian.

6. Gelisah, bimbang dan risau.
Bimbang tidak dapat melakukan aksi terbaik ketika di ranjang sahaja sudah cukup membunuh ereksi anda. Perasaan risau itu hanya membuatkan anda merasa takut dan mula mengelakkan hubungan intim dengan pasangan. Ia tidak hanya melibatkan aktiviti seksual tetapi ia juga boleh mengganggu perhubungan dengan pasangan anda.

7. Obesiti
Obes juga boleh memberi impak terhadap prestasi seksual anda. Bukan sahaja mengurangkan keyakinan diri, ia juga kurang menghasilkan hormon testosteron, hormon seks anda. Obesiti juga boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang lain di mana, arteri yang disalurkan ke penis anda mengeras menyebabkan kurangnya aliran darah ke penis untuk mencapai ereksi.

8. Penyakit
Banyak keadaan penyakit yang memberi kesan kepada otot penis, saraf, aliran darah yang diperlukan untuk mencapai ereksi.

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Ereksi
Mungkin anda segan untuk berjumpa dengan doktor menceritakan perihal kehidupan seksual anda. Tetapi ia adalah cara terbaik untuk merawat masalah tersebut untuk mencapai keintiman dengan pasangan anda. Doktor anda boleh mengenalpasti apakah punca-punca masalah ereksi dan memberikan solusi kepada anda seperti berhenti merokok, minum alkohol dan juga mengurangkan berat badan. Rawatan lain juga dapat diberikan seperti -ubat-ubatan, rawatan hormon dan juga kaunseling.

sumber : psipum

Friday, April 27, 2012

Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus


TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Wednesday, April 25, 2012

Surat PDRM tolak himpunan BERSIH 3.0.

Ini ialah surat dari PDRM itu sendiri. Dengan surat neh membuktikan bahawa ;

1. PDRM tidak mengizinkan BERSIH berhimpun di lokasi yang kita minta iaitu = dataran merdeka.

2. Jadi ini juga bermakna tiada jaminan keselamatan akan diberikan.

3. Automatik jika berhimpun juga di lokasi yang dinyatakan akan di anggap melanggar undang2.
Lihat surat kat bawah neh ;


Hishammudin dalam satu kenyataan ada bagitau bahawa dia tahu bahawa BERSIH bukan lah berbahaya kepada masyarakat. Dan dia juga mengatakan bahawa kerajaan mematuhi akta perhimpunan aman yang telah di luluskan.

sumber :amenoworld

11 Gambar Kereta Mewah Zizan Dan Aaron Aziz

Mesti ramai yang terkejut melihat keteta mewah Aaron Aziz Dan Zizan. Zizan baru-baru ni telah pun beli Mitsubishi Evolution 10 Versi M7 manakala Aaron Aziz pula ada M7 JAPAN GTR R600, M7 Dragon Edition. Tanpa lengah lagi, mari la lihat kereta dua orang selebriti yang terkenal ni.


Kredit gambar: ohbulan

Penjelasan Shafie Apdal Isu Skandal Dengan Zahida Rafik

Penjelasan Menteri Shafie Apdal Isu Skandal Dengan Zahida Rafik. Shafie Apdal berkata penyebaran tersebut bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu. Malah turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Pada mulanya gosip ini disebarkan oleh pemandu peribadi zahida iaitu Noor Azman. Noor Azman telah membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.

Zahida Rafik sebelum ini ada membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Datuk Seri Shafie Apdal sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Kenyataan Twitter Zahida Rafik

Semakan Keputusan MUET Sesi Mac Tahun 2012

Semakan Keputusan MUET Sesi Mac Tahun 2012 akan diumumkan keluar pada Khamis ini, 26 April 2012.Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Semakan Guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Taip MUET RESULT <jarak> Nombor Kad Pengenalan Baru dan hantar ke 15888. Maklumat lanjut sila layari www.mpm.edu.my.

Bagi calon-calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Sesi Mac 2012, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2012 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online.

Incoming search terms:

  • semakan muet sesi mac tahun 2012 (1)

Tuesday, April 24, 2012

20 Tips Pancing Asmara Spontan (bacaaan suami,isteri sahaja!)

1. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.


2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.

3. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.

5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling

Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…



15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.



20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Nabi Khidir Masih Hidup…???



Nabi SAW ada bersabda : Aku adalah Nabi takkala Adam maseh lagi belum bertempa antara tanah dan air. Maka dari satu wajah ada diceritakan bahawa Nabi Khidir AS itu telah wujud sebelum diciptakan Adam Pertama itu iagi. 

Kata Syeikh Ainullah : Ada pun Nabi Khidir AS itu adalah Guru Ghaib kepada semua Nabi2 Allah yg 24 itu, kecuali Nabi Muhammad SAW, Nabi ke25 itu. Bermula anak murid Nabi Khidir AS itu dari Nabi Adam AS itu lagi hinggalah kepada Nabi Isa AS. Cumaan kisahnya itu Nabi Khidir AS hanya ada tersurat dlm itu Surah Kahfi (Ayat 60 – 82)dan tersirat dlm Surah Mariam dgn amat ajaib sekali.

Maka dizaman Rasulullah SAW itu tidak pernah disebut2 lagi namanya itu Nabi Khidir AS. Apakah maknanya Nabi Khidir AS itu telah wafat? Wallahu’alam. Cumaan sebelum Baginda SAW wafat ada berwasiat kepada Sayyidian Ali supaya mencari itu Awis orang Yaman, supaya disampaikan hadiah Serban dan Jubah Nabi SAW kepadanya. Ada pun itu Awis tidak pernah bersua muka dgn Nabi SAW, namun beliau mengenali Rasulullah SAW melebehi dari Para Sahabat.

Diringkaskan ceritanya akhirnya Awis diberikan kuasa dan tugas menjaga Bani Ghaus. Lalu Allah nobatkan beliau pangkat Kewalian dgn gelaran “Qutubul Ghaus Awis Al-Qirani”.
Nggak ada siapa yang bisa mengenali siapakah itu Nabi Khidir AS, melaenkan kepada mereka yg Allah Azzawajalla izinkan. Nabi Musa AS yang berdarjat seorang Nabi lagi Rasul, lagi bergelar Kalamullah ada kitab Taurat, lagi ada Mukjizat Tongkat Sakti pembelah lautan, itu pun tidak kenal siapa itu Nabi Khidir AS.

Nabi Musa AS tidak boleh sabar berguru menuruti perjalanan Nabi Khidir AS yg penuh hikmah lagi banyak mencarik adat itu. Nabi Musa AS koq banyak bertanya menggunakan akal syariatnya sebab itu terputus pengenalannya dan perguruannya dgn itu Nabi Khidir AS sebelum cukup edahnya.

Kata Sang Raja Wali pula : Begitu juga kisahnya seorang yg mengaku Nasab Ahlul Bait, pada sangkaannya dia sudah cukup syarat2nya sebagai Imam Mahdi, maka dia mengakui dirinya itulah Imam Mahdi Al-Muntazar. Lalu beliau diuji oleh Nabi Khidir AS, namun Imam Mahdi Al-Muntazar itu pun tidak kenal siapa itu Nabi Khidir AS. Wallahu’alam….

Maka keberadaannya itu Nabi Khidir AS ada kalanya pada Hadrat2 tertentu ianya bersifat Kedirian (Subjektif), gambarannya seperti kisahnya dgn Nabi Musa AS itu. Begitu juga mereka yg mengalami pelbagai2 wajah pengalaman peribadi secara berguru dgn itu Nabi Khidir AS dalam menyelami Alam Keruhanian lagi penuh mistik itu.

Kerana ada kalanya ianya dikatakan ada dimana2 tempat dlm satu masa. Untuk mentafsirkan siapakah itu Nabi Khidir AS tersangat rumit. Agaknya seperti itu Ruh yg tidak tertakluk pada masa tempat dan ruang, kan…??? Wallahu’alam…

Ada kalanya juga keberadaannya itu Nabi Khidir AS pada sesuatu Hadrat ianya bersifat Khusus dalam Kesemestaan. Seperti Alam Kewalian sebagai Wali Wakil Allah mentadbir Alam Semesta Raya ini. Maka kehadiran dan wataknya bersesuaian dgn tugas2 Semesta Imam Mahdi Sejati yg paling berat sebagai Wali Qutubul Alam di Akhir Zaman ini.

Dimana beban2 dunia semesta sejak dari zaman silam hingga keAkhir Zaman ini tertanggung diatas bahunya. Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun makna Mahdi itu yg diberi petunjuk, dibimbing dan sentiasa terpelihara. Maka Imam Mahdi “Is The Guided Man”. Maka pada Hadrat2 tertentu itu “Imam Mahdi Is Guided By Khidir….”

Persoalannya : Apakah Nabi Khidir AS itu maseh hidup ato telah wafat? Jawapannya terpulanglah pada keimanan, kefahaman dan aliran masing2. Kalau dihamparan lautan BahrulWujud itu Nabi Musa As mencari itu “Hamba Allah Yg Beriman” itu dipertemuan dua lautan. Maka diAlam Kedirian bagi kita pula dimana pula, ya…??? Mungkin dibuat cubaan manalah tahu kot2 boleh ketemu itu Khidir dipertemuan “Kiri” dan “Kanan”…
Wallahu’alam…..

Ilmu Pernafasan Dan Tenaga Diri

Para ulama memperbolehkan mempersilakan latihan senam pernapasan tapi dengan batasan yang sangat ketat. pengistilahan inner power atau tenaga dalam yang diperbolehkan adalah “dimana inner power itu adalah kekuatan fisik manusia (dan bukan kekuatan ghoib atau metafisik) dimana orang tersebut latihan keras (disertai pernapasan juga tentunya) hingga dapat memukul atau menendang dengan baik

Ia juga mendapatkan ketahanan tubuh yang luar biasa yang berbeda dengan orang biasa yang tidak melakukan latihan fisik disertai pernapasan yang baik (ex:sebagaimana orang yang banyak latihan bela diri maka pukulan dan tendangannya tentu berbeda dengan orang yang tidak pernah ikut bela diri). Jika pengistilahan senam pernapasan ”tenaga dalam” dalam batasan tersebut maka tidak menjadi masalah.
 


Setelah masuk dan berlatih senam pernapasan banyak yang mengatakan bahwa dengan pernapasan tenaga dalam tubuh menjadi sehat, secara psikis menjadi lebih tenang dan lebih dekat pada Tuhan. Bisa saya jelaskan bahwa sesungguhnya penyakit merupakan dampak dari adanya ketidakseimbangan tiga unsur dalam tubuh yaitu fisik, pikiran, dan jiwa. 


Faktor penyebabnya bisa berasal dari dalam diri sendiri atau unsur luar yang masuk kedalam tubuh. Virus dan bakteri sebagai salah satu faktor dari luar dapat mengganggu keseimbangan unsur tubuh.

Dengan berlatih senam yang menggunakan olah pernapasan tubuh kita memang menjadi sehat karena mematikan unsur negatif seperti virus dan bakteri, menetralkan zat kimia dalam tumbuh, serta membantu memperlancar suplai oksigen ke sel saraf sehingga sel dapat berfungsi semestinya.

Sel syaraf yang sehat berperan penting dalam mengaktifkan organ dan sel tubuh lainnya,dengan tubuh yang sehat maka kita akan bisa berfikir dengan jernih,dengan berkumpulnya dengan anggota masyarakat lain tentunya secara psikis juga kita lebih sehat karena bisa bersosialisasi dengan baik dengan anggota masyarakat yang sama-sama ikut senam pernapasan.

Tetapi kami garis bawahi bahwa semua senam pernapasan itu sangat luas pengertiannya seperti kita joging atau lari pagi , senam kesegaran jasmani, senam jantung sehat, jalan santai dengan menggerak-gerakkan tubuh lalu menarik nafas dalam-dalam lalu mengeluarkannya pelan-pelan tentu menyehatkan.

Akan tetapi senam pernapasan ”tenaga dalam” yang umumnya dipahami oleh sebagian besar manusia, tenaga dalam itu sebuah kekuatan ghoib (bisa mementalkan orang dari jarak jauh, bisa melihat tembus, melihat alam ghoib, melihat masa lalu dan masa depan, bisa menyakiti mempengaruhi jiwa orang lain dari jarak jauh dll) yang muncul pada manusia apabila seseorang itu melakukan laku-laku tertentu (melatih jurus tenaga dalam dengan niat mendapatkan kekuatan ghoib) juga mantra-mantra tertentu yang bid’ah tidak ada tuntunannya dari Rasulullah saw.

Maka kekuatan ghoib yang muncul ini adalah yang berasal dari syetan. Seandainya bentuk kekuatan ghoib tersebut bisa dipelajari, dilatih dan sebagainya tentu amat berguna untuk membela kebenaran tentunya sudah dilakukan dan dicontohkan oleh Rasulullah dan diajarkan kepada para shahabat. Namun sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu hajar sesuatu kemampuan ghoib bila bisa dipelajari maka ini adalah perbuatan sihir dan setan masuk sebagai sumber kekuatannya.

Adapun jika seseorang tersebut mempunyai kekuatan luar biasa pada dirinya tanpa dia sadari tanpa dia pelajari datang dari Allah Ta’ala tidak menuruti kehendaknya, tetapi karena kehandak Allah sebab karena keshalehan dia, karena banyaknya dia beribadah maka kekuatan itu disebut karomah/maunah.

Intinya apabila kekuatan tenaga dalam yang bersifat metafisik (seperti bisa mementalkan orang dari jarak jauh, bisa mempengaruhi alam pikiran orang lain dengan gerak jurus tertentu, bisa menyakiti seseorang secara ghoib, menerbangkan benda-benda dll) maka itu adalah perbuatan atas bantuan syetan. Sebab kekuatan ghaib dan sebagainya yang dipelajari maka itu dinamakan sihir sebagaimana yang dijelaskan Ibnu Hajar didalam Fathul Bari.

Ilmu putih sebenarnya sama dengan ilmu hitam yang ada namun dibumbui dengan ayat-ayat suci Al-Qur’an atau dengan kewajiban-kewajiban tertentu, bisa dicontohkan ilmu putih untuk kebal menggunakan shalawat nabi, katanya jika kita shalawat sekian kali maka akan kebal. Pernah juga ditanyakan pada guru orang tsb bagaimana jika orang tersebut tidak shalat, jawab guru tsb tidak apa-apa tidak shalat yang penting jangan lupa shalawatnya.

Ini adalah sangat aneh, bagaimana sesorang itu memiliki ilmu kebal yang dianggap sebagai ilmu putih tetapi dia boleh tidak shalat yang penting shalawatnya tidak lupa. Maka istilah ilmu putih itu menipu dan hendaklah kita jangan tertipu.

Ada beberapa perguruan kungfu yang “ga aneh2″ memakai tekhnik pernapasan murni untuk kekuatan pukulan atau ketahanan tubuh. Jika kita memukul dalam ilmu beladiri tentu menggunakan hembusan nafas ketika memukul atau menendang dengan keras dan hembusan nafas ini memakai tekhnik tertentu yang khusus juga agar nafasnya selaras dengan pukulan dan tendangan agar hasilnya baik.

Untuk ketahanan tubuh menerima pukulan dan tendangan tentu kita mengeraskan bagian tubuh tertentu disertai isarah tekhnik nafas tertentu agar perut atau bagian tubuh lainnya tidak cedera.
Dalam tekhnik meringankan tubuh (dalam hal ini bukannya untuk terbang ya melainkan untuk keseimbangan tubuh) tentu memerlukan tekhnik pernapasan agar menyelaraskan tubuh hingga bisa seimbang ketika melakukan atraksi keseimbangan tubuh (berjalan diatas tali, melompati
rintangan, tekhnik melentingkan tubuh dll)

Bahkan tentunya Rasulullah memerlukan latihan pernapasan untuk bisa menghujamkan pedang, atau memanah atau juga bergulat sebab jika tidak punya tekhnik pernapasan khusus maka tidak akan sempurna hasilnya.

Nafas tidak bisa dipisahkan dari makhluk hidup dengan bisa memanfaatkan/mengolah nafas dengan baik maka akan tercipta kesehatan dan kekuatan. namun sekali lagi bersifat fisik, adapun jika sudah wilayah Ghoib (melihat jin, melihat alam ghoib dll) maka akan masuk
dalam rambu-rambu syari’ah.

Kriteria perguruan senam pernapasan yang boleh diikuti:
1. Ketika kita baru masuk suatu perguruan pernapasan tidak ada yang namanya prosesi “pembukaan”, “pengaktifan”, “bai’at”, attunement”, “inisiasi”.
2. Tidak mengharuskan anggotanya berpuasa bid’ah (puasa pati geni,mutih dll)
3. Tidak mengharuskan anggotanya berdzikir yang bid’ah (harus rutin membaca amalan tertentu untuk kekuatan ghaib)
4. Dalam latihan tidak ada klaim khasiat jurus untuk mementalkan orang dari jarak jauh, mempengaruhi orang dari jarak jauh baik secara fisik maupun psikis, menarik/menghancurkan jin.
5. Tidak ada prosesi meditasi pengosongan fikiran.
6. Tidak ada klaim meditasi untuk melihat alam ghoib, jin,dll.
7. Tidak ada klaim bisa mempunyai kemampuan melihat masa lalu dan masa depan
8.Tidak ada klaim mempunyai kemampuan melihat jauh tanpa batas
9. HARUS MURNI UNTUK KESEHATAN.
10. JIKA ILMU PERNAPASANNYA DIBERENGI DENGAN PRAKTEK BELADIRI HARUS
BENAR-BENAR MURNI MARTIAL ARTS ( ful body contack)

11. Tidak ada klaim prosesi menarik kekuatan ghoib tertentu (prana, chi, ki, energi Ilahi dll) untuk suatu kemampuan ajaib/ghoib. Kalo niatnya menarik oksigen untuk kesehatan tidak masalah sbb tidak menyangkut urusan untuk klaim mendapatkan kemampuan ghaib.

Pesanan Tok Ayah : Cara Cuci Darah & Kaedah Cari Guru Yang Mursyid

Terdapat beberapa kata nasihat beliau yang saya rasa patut saya kongsi bersama2.


 
1.Cara perubatan yang tak menggunakan dadah seperti akar kayu dan homeopati ini adalah lebih baik. Perubatan yang menggunakan dadah boleh merosakkan saraf kita. Itu yang menyebabkan payah masuk zikir jika saraf sudah rosak!

2.Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik darah tidak terpakai, perlu berselawat sebanyak 100 kali. Bermakna untuk memproses setiap titik darah tersebut perlu berselawat sebanyak 5.6 juta.

3.Cara‐cara memohon guru mursyid.
a. Selalu buat sembahyang hajat.
b. Banyakkan membaca (Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin), istighfar dan selawat.
c. Berdoa ‐ “Ya Allah dengan berkat Rasulullah s.a.w. dan berkat para waliMu yang besarbesar. Pertemukan aku dengan orang yang Kau kasih untuk membimbing hambaMu yang dhaif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini semata‐mata dengan rahmatMu sahaja. Ya Allah!”.

4.Fahaman agama ini luas. Ada fahaman syariat, ada fahaman toriqat, ada fahaman hakikat dan
ada fahaman makrifat. Untuk berjalan pertama‐tama sekali kena kasih dengan syariat, kena
kasih pada Rasulullah s.a.w.

5. Perkara kerohanian tidak boleh difahami dengan akal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu,sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Syeikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

6. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal‐awal lagi syaitan tipu.

7. Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca (“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”). Oleh itu supaya kita, tidak menjadi tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”.


8. Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datang perasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan serabut.

sumber : jalan akhirat

Netanyahu Generasi Ke-7 Abrahah Ingin Mengulangi Menyerangi Kaabah?

Ada diceritakan oleh Al-Marhum Syeikh Ainullah, tetapi kami ingat-ingat lupa, yaitu fasal pada menyatakan pernikahan Abdullah dengan Aminah. Ada pun Abdul Mutalib itu diriwayatkan ianya dari gulungan Bangsawan Bani Hashim yang amat disegani, lagi sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah. 

 
Hinggakan tatakala Abrahah dengan pasukan tentera bergajahnya mahu menyerang Kaabah, mereka terpaksa berdepan dulu dengan Abdul Mutalib sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah diketika itu. Maka Abdul Mutalib telah memberi amaran keras kepada Raja Abraham, jangan sekali-kali mereka mahu mencuba menggugat Rumah Allah Kaabah itu. 

Maka amaran itu telah dilanggar oleh Raja Abrahah, maka akibatnya bala bencana yang mereka terima, itulah seperti sejarahnya apa yang termaktub dalam Surah Al-Fil (Tentera Bergajah) itu. Kesemuanya telah hancur ranap bagaikan debu diserang oleh tentera-tentera Allah berbentuk burung-burung dari langit yaitulah Malaikat Ababil. Maka sebab itu kelahiran Nabi Muhammad SAW itu ada dikaitkan dengan Tahun Gajah, kerana takwim kalender Islam maseh belum ujud.


Maka disini kami ingin menyingkap sedikit mengenai ada ura-ura peristiwa Tentera Bergajah itu bagaikan akan berulang semula sekali lagi dalam sejarah Islam. Kerana ada difahamkan ada pun Perdana Menteri Yahudi sekarang ini, yaitu Sang Benjamin Netanyahu itu adalah nasabnya dari pecahan generasi ke 7 dari bloodline Abrahah. Maka hati perutnya itu juga agaknya sama macam leluhurnya Abrahah itu juga. Ada kami serta sahabat kami terbaca dalam internet gara-gara Yahudi mahu mengesan Imam Mahdi, namun hasil mereka maseh kabur.

Telah bertahun mereka mencari samada melalui ejen-ejen skuad pembunuh Mosaad dan CIA, atau menyamar sebagai pelancong, namun sehingga kini tiada hasilnya. Maka Netanyahu telah membuat declarasi : Jalan mudah untuk mereka mencari Imam Mahdi adalah menyerang Kaabah dan Kota Mekah pada mana-mana Musim Haji, dengan peralatan senjata moden mereka – “For sure Al-Mahdi will emerge from his hiding place.

” Kerana Imam Mahdi itulah satu-satunya Penyelamat bagi Kaabah Rumah Allah itu. Cuba renungkan, apakah niat mereka itu akan berlaku?
Wallahu’alam….

Apakah Dia Nikah Batin?



Salah satu tugas ketua negara adalah menjaga keselamatan akidah orang Islam dan kesucian agama daripada dicemari oleh ajaran sesat atau penyelewengan dalam agama Islam terutama ber-kaitan dengan akidah. 


Tidak dinafikan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), telah berusaha menangani persoalan ini walaupun diakui masih terdapat 34 lagi ajaran sesat yang masih aktif. Persoalannya, ajaran sesat tidak boleh diambil ringan dan perlu diberi keutamaan oleh pimpinan negara kerana ia membabitkan akidah umat Islam.
 
Akhir-akhir ini, kedengaran isu nikah secara batin yang dilakukan secara orang perseorangan atau secara berkumpulan yang berselindung di sebalik nama institusi perbomohan.Walaupun perkembangan teknologi yang serba canggih dan pembangunan manusia yang serba moden dan kompleks, perkhidmatan bomoh, pawang dan dukun masih lagi menjadi tumpuan masyarakat.

Tetapi dalam kerancakan ini, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana yang harmoni dengan mencampur-adukkan pelbagai rencah yang dicedok dari acuan yang sama sekali berlainan dengan nilai-nilai masyarakat Islam. Dari dahulu lagi isu nikah batin ini sukar untuk ditangani kerana mereka pandai menyembunyikan dan sesetengahnya berselindung disebalik ajaran tasauf.

Atas dasar kepentingan diri sendiri, institusi bomoh dan perdukunan dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Atas dasar yang sama juga, ada pihak yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan membuat penganut taksub kepada pemimpin mereka sehingga rela mengorbankan apa sahaja hatta isteri yang dicintai untuk kepuasan pemimpin mereka.

Walaupun perlakuan segolongan ini tidak dapat diterima oleh akal yang sihat, tetapi ketaksuban ini menjadikan mereka lupa diri sehingga menimbulkan masalah yang berpanjangan kepada masyarakat sekeliling.

Biasanya gejala penipuan dari bomoh palsu melibatkan jenis perbomohan seperti rawatan kebatinan, ilmu guna-guna dan azimat, sehinggalah kepada soal nikah batin yang sudah lama wujud dalam masyarakat Islam, tetapi jarang yang menyedari kewujudannya.

Nikah batin muncul dalam masyarakat penganut Islam gara-gara ajaran tarikat sesat dari guru-guru ajaran tarikat palsu. Biasanya, nikah batin dihubungkaitkan dengan makam kasyaf guru tarikat sesat itu yang kononnya mendapat ilham rabbani. Kononnya seseorang perempuan muridnya telah dikahwinkan oleh Tuhan dengannya. Nikah batin ini lebih sesat dari nikah mutaah. Jika nikah mutaah pernah dibenarkan dalam Islam yang kemudiannya dimansuhkan oleh Nabi s.a.w., sebaliknya nikah batin tiada sebarang hujah dalam Islam.

Oleh kerana pengikutnya sudah diindoktrinasi (dirasuk fikiran) menerima gurunya sebagai orang yang memperoleh ilmu kasyaf dan ilmu ladunni (iaitu ilmu terus dari Allah) maka soal nikah batin itu dianggap pencapaian taraf guru yang tidak dimiliki oleh orang lain. Lalu guru mursyid tarikat sesat itu boleh berzina dengan sesiapa sahaja dari kalangan murid perempuan yang cantik dan memberahikan, sehingga berlaku isteri murid tersebut bernikah batin dengan gurunya.

Di Malaysia sahaja setiap ajaran sesat mengumpan mangsa-mangsa mereka dengan “syurga rahsia” iaitu dengan istilah lain ialah “nikah batin”. Untuk mengenali ciri-ciri ajaran sesat di Malaysia di antaranya ialah golongan ini memansuhkan Syariat Islam dan mengadakan syariat baru, meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamal suluk, penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin, menghalalkan nikah adik-beradik, semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini, nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin, murid-murid tidak boleh mengahwini wanita-wanita yang diminati oleh gurunya dan bagi mereka Islam itu ada zahir dan batin, zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi maka kulit tidak berguna lagi.

Kebanyakan ajaran-ajaran sesat di Malaysia, guru-guru mereka mengaku diri mereka sebagai Imam Mahdi dan boleh melakukan upacara nikah batin. Jelas bahawa kebanyakan ajaran sesat di Malaysia menggunakan seks sebagai tarikan kepada ajaran mereka dan kebanyakan yang menjadi mangsa mereka adalah wanita.Di kalangan wanita Islam yang sering tertipu oleh perangkap guru tarikat dengan nikah batin ini adalah dari kalangan mereka yang jahil dan tiada pengetahuan asas agama.

Dari hakikat ini, kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi menangani masalah itu yang timbul akibat kegiatan ajaran sesat yang muncul bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jakim sebagai agensi pusat yang menyelaras semua perkara yang berkaitan dengan agama Islam haruslah meningkatkan lagi usaha membanteras gejala ajaran sesat ini di samping peranan pihak berkuasa agama negeri menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas tanpa kompromi dengan golongan ini.

Perbomohan palsu yang dipelopori oleh orang perseorangan atau berkumpulan juga merupakan sebahagian daripada ajaran sesat yang boleh membawa ancaman kepada umat Islam di negara ini. Tujuan sebenar kumpulan mereka ini adalah untuk menghancur dan merosakkan ajaran Islam yang suci ini. Untuk mencapai matlamat tersebut, mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi mempengaruhi masyarakat Islam yang tidak mempunyai pegangan akidah yang kukuh.
Mereka memperkenalkan ajaran baru yang sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Dengan cara ini mereka dapat melemahkan dan merosakkan pegangan umat Islam terhadap akidah Islamiah.

Alam mistik dan kebatinan kepada orang Melayu sebenar bukan sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Semenjak permulaan kependudukan masyarakat Melayu di sini, mereka telah mula melihat alam sekeliling yang mempunyai kaitan dengan kehidupan mereka walaupun tidak ada pengkhususan ilmu ketika itu. Perkaitan ini telah menjadikan mereka sebagai manusia yang peka dan sensitif serta mengaplikasikannya dalam cara dan budaya hidup sehingga menjadi satu cara hidup yang sukar dipisahkan.

Tetapi masyarakat Melayu sendiri sebenarnya telah mengalami evolusi yang mengagumkan. Sehingga sekarang nilai-nilai Islam telah begitu sebati dan menjiwai setiap etika hidup orang Melayu.

Dalam hal ini, masih ada yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Kewujudan ajaran sesat sedikit sebanyak menjejaskan akidah dan juga perpaduan di kalangan orang Melayu. Mereka ini berselindung di sebalik agama demi kepentingan diri sendiri.

Demikian jugalah dengan bomoh palsu yang berselindung di balik takbir pengubatan tradisional untuk mengaut keuntungan, memperdayakan pesakit, dan sebagainya, sehingga ia dipandang serong oleh masyarakat. Ibarat kata, akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sesungguhnya bukankah syaitan itu telah berjanji di depan Allah akan menyesatkan manusia dengan apa cara sekali pun. Mereka akan terus mengganggu atau mencederakan jasad atau roh manusia dengan izin Allah sama ada secara halus dan tidak disedari oleh manusia itu sendiri sehingga hari kiamat.


- MOHD SHAUKI ABDUL MAJID ialah penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Hotel Khas Untuk Orang Yang Teringin Nak Jadi Hamster



Tetamu diberikan topeng hamster,tempat tidur dari serpihan kayu,bilik air,tempat duduk semua bercirikan hamster..

The world went totally crazy.

For 99 euros per night this unique French hotel allows guest the ability to live like a rodent, literally, by using their various hamster accouterments such as a hamster wheel, a metal water spigot, and a bathroom with a large container of wood chips. Guests are also given hamster masks during their stay.



















Mangsa Dera Mohd Danish Aiman Bin Abdullah Kini Stabil


Kanak-Kanak Mangsa Dera Mohd Danish Aiman Bin Abdullah Kini Stabil setelah menjadi pembedahan. Terdahulu, Mohd Danish Aiman dipercayai mangsa penderaan teman lelaki ibunya selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan pada otak mangsa petang semalam.

Mohd Danish Aiman Abdullah, tiga tahun kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pihaknya masih giat mengesan suspek berumur 31 tahun yang juga teman lelaki ibunya yang berasal dari Kampung Tualang, Manir, di sini.

Pihaknya percaya suspek yang tidak bekerja itu telah menghilangkan diri dan bersembunyi setelah mengetahui pihak polis sedang memburunya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat berkaitan suspek yang bernama Azhar Jusoh, dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Incoming search terms:

  • kes dera mohd danish (1)

Terkini Pelajar UPSI Maut Kerana Gangguan Makhluk Halus

Berita terkini pelajar UPSI maut terjun bangunan kerana gangguan makhluk halus. Menurut siasat terbaru, rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan itu turut mendapati arwah memasuki bangunan itu dalam keadaan seperti separuh sedar sebelum dilihat menaiki tangga ke tingkat atas. 

Difahamkan, arwah mempunyai sejarah diganggu makhluk halus sebelum ditawarkan memasuki UPSI dan beliau dikatakan sedang mengikuti beberapa rawatan perubatan tradisional serta Islam bagi mengatasi masalah itu.

 

 

Mangsa mati ditempat kejadian apabila luka parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah di rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan. Mayat pelajar Tahun Dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu ditemui lengkap berpakaian dan bertudung oleh beberapa pelajar yang kebetulan melalui kawasan itu.


Monday, April 23, 2012

Proview (Taiwan) Saman Apple $400 Juta Sebab Guna Nama iPad



Apple baru saja memperkenalkan iPad Terbaru di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia pada 20 April 2012, namun Apple tidak jual iPad Terbaru di China kerana Apple menghadapi masalah undang-undang pada nama iPad.

Proview, syarikat pengeluar komputer desktop telah menyaman Apple kerana menggunakan nama iPad. Proview (syarikat elektronik Taiwan) mengatakan nama iPad itu adalah nama hak milik intelek syarikat mereka, dari segi undang-undang Apple tidak ada hak untuk menggunakan nama itu untuk menjual tablet terbaru Apple di China.

Proview menuntut bayaran sebanyak $400 juta Dolar Amerika dari Apple sebagai bayaran pampasan kerana pengguna nama iPad. Andai kata Apple kalah dalam kes perbalahan dengan Proview, iPad tidak akan dapat dijual di China melainkan keajaiban berlaku atau melainkan Proview menarik balik saman terhadap Apple.

Prosiding kes antara Apple dan Proview masih berlangsung di Higher People’s Court of Guangdong. China terkenal dengan produk klon, mungkin selepas ini, banyak klon iPad akan berjaya dijual sebagai pengganti iPad original.

Samsung Dedah Laman Rasmi The Next Galaxy


Samsung dedahkan laman khas kempen The Next Galaxy serta memaparkan countdown digital ke acara pelancaran rasmi ‘The Next Galaxy‘, entah apa yang diperkenalkan oleh Samsung nanti.

Dari tekaan rambang, ramai pengguna Samsung meneka The Next Galaxy sebagai pengenalan model smartphone Galaxy yang seterusnya – Samsung Galaxy S3. Kami di Scaniaz mempunyai pendapat berbeza sebab dari sumber berita yang kami ada kemungkinan pada acara pelancaran The Next Galaxy tu nanti Samsung akan turut melancarkan beberapa produk terbaru selain Galaxy S3.

Kenapa? Sebab Samsung mendaftarkan nama baru untuk tiga nama Galaxy yang baru, nama-nama itu adalah Galaxy Velvet, Galaxy Metrix, Galaxy Legend. Namun, pendapat majoriti kuat mengatakan, The Next Galaxy yang dimaksudkan itu adalah Samsung Galaxy S3.

Konpiden..confirm! Nama domain kepada laman web rasmi The Next Galaxy di namakan sebagai Tgeltaayehxnx’ yang dibina dari Anagram, bermaksud perbuatan menterbalik-terbalikkan huruf dalam perkataan untuk merubahnya jadi perkataan baru dengan bunyi …er, ganjil.

[ dari The Next Galaxy ]

Samsung Galaxy S3 – Spesifikasi Jangkaan / Harapan Kami

Dengan pelancaran Samsung Galaxy S3 yang semakin mendekat, jutaan peminat Samsung termasuk kami di Scaniaz terus-menerus bergosip mengenai spesifikasi komponen terbaru yang akan dibawakan olehnya apabila muncul nanti.

Kami ternanti-nanti kemunculkan Samsung Galaxy S3 sebab kami ingin tahu apa pembaharuan yang dibawakan berbanding model sebelum ini – Samsung Galaxy S2. Galaxy S2 saja dah cukup hebat, pasti Galaxy S3 bertambah-tambah hebat. Kami menjangka harga Samsung Galaxy S3 di Malaysia adalah antara RM1999-RM2,200. Kini kami paparkan antara specs terbaru yang kami jangka akan dipasang pada Galaxy S3, spesifikasi terbaru jangkaan kami itu adalah seperti berikut.
  • Saiz skrin: 4.6 inci, HD Super AMOLED Plus, kini dipanggil sebagai YOUM.
  • Kamera belakang: 12 MP dengan Flash LED.
  • Kamera depan: 5MP, dioptimasi untuk video call.
  • Versi Android: Android 4 Ice Cream Sandwich.
  • Nipis: 7mm dan tidak lebih dari 8mm (nipis Galaxy S2 adalah 8.49mm)
  • Cip pemproses: Cip dari jenis Quad core, berprestasi tinggi, kepantasan 1.6Ghz.
  • Capaian: WiFi, USB2.0, Bluetooth 4.0, HSPA hingga 21Mbps, keserasian dengan 4G LTE.
  • Video: Paparan fungsi HD pada resolusi skrin 1080 atau 30 frame sesaat.
  • Memori dalaman: 16GB, turut diperkenalkan versi 32GB.

(Video) Samsung Galaxy Nexus Android 4 Ice Cream Sandwich Review

Vincent Nguyen dari Slashgear membuat review komprehensif selama 16 minit mengenai Samsung Galaxy Nexus disertai huraian jelas mengenai kelebihan-kelebihan Android 4 Ice Cream Sandwich berbanding versi Android lain sebelum ini.


Quick info – berikut kami gariskan kelebihan Android 4 Ice Cream Sandwich untuk menambah kefahaman Anda.
  • Resolusi Android 4 ICS menyamai teknologi Retina Display pada iPhone
  • Face Tracking – mengesan wajah Anda secara automatik apabila kamera aktif
  • Hanya ada 3 butang – Back, Home, Active Apps
  • Google Search Bar – fungsi all in one di dalamnya di gunakan untuk mencari apa saja bahan di dalam telefon (apps, imej, video,teks, dokuen) juga untuk mencari maklumat dari internet ketika Anda online.
  • Keyboard pada Ice Cream Sandwich lebih tepat apabila disentuh berdanding versi Android lain.
  • Voice To Text – menukar perkataan yang keluar dari mulut kepada teks bertaip di skrin.
  • Pinch Zoom – Tekan skrin dengan dua jari, kemudian jarakkan dua jari Anda untuk besarkan paparan di skrin.
  • Image Slide Preview – lihat kesemua gambar sekaligus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More