Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, February 29, 2012

Laman Sosial Facebook Akan Ditutup Pada 15 Mac 2012

Timbul lagi satu khabar bahawa laman Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2012 ni. Berita mengenai laman facebook akan ditutup telah menggemparkan pengguna kerana mereka yakin agak sukar untuk hidup tanpa Facebook.


Punca Facebook ditutup hanya kerana Mark hendak bersara dan pelbagai lagi alasan. Sebenarnya, isu Facebook ditutup ini sudah lama dan disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Pada tahun 2010 dan tahun 2011, pengguna telah dikejutkan dengan khabar angin Facebook akan ditutup pada 15 mac untuk selamanya. Namun, tiada apa yang berlaku. Mark Zuckerberg selaku pencipta facebook menyatakan dakwaan itu tidak berasas sekali kerana facebook adalah aset kekayaannya sehinggakan digelar jutawan paling muda.

Oleh itu, pengguna tidak perlu risau kerana tiada sebab untuk Facebook ditutup pada 15 Mac 2012 ni.

Drama Apa Celop Di Anggap Hina Agama Islam

Drama Apa Celop Di Dakwa Hina Islam
Drama bersiri Apa Celop yang mula bersiaran pada setiap hari isnin di tv3 arahan Ahmad Idham dikatakan hina Islam,Dalam pada itu Idham berkata, dia berasa kesal dan sedih apabila niat baiknya untuk memartabatkan kalimah Allah S.W.T. seperti ungkapan Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim, Subanallah dan sebagainya di dalam drama bersiri itu telah dikatakan menghina agamanya sendiri.


“Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop.

“Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih,” ujarnya

Ahmad Idham mengulas pendapat sesetengah pihak menerusi beberapa laman sosial yang menuduhnya mempersendakan agama Islam apabila kalimah Allah diungkapkan oleh pelakon yang membawa watak mat rempit dalam drama bersiri tersebut.

Apa Itu Sujud Tilawah & Cara Lakukannya


Ramai yang tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk membuat sujud tilawah. Sujud tilawah terdiri daripada beberapa perkara yang mesti diketahui, termasuklah istilah, syarat, rukun, dan perkara sunat. Mari kita ulas satu persatu tentang perkara-perkara tersebut.

Istilah:
Sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan di luar sembahyang apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca oleh diri sendiri atau didengar daripada orang lain.

Namun begitu sebarang bentuk rakaman seperti CD, kaset, TV, video, dan sebagainya, harus hukumnya melakukan sujud tilawah mahupun bertasbih. Harus di sini bermaksud pahala tiada, dosa pun tiada.
Ayat sajdah ialah ayat yang mempunyai perkataan sujud di dalamnya yang membawa maksud tertentu. Bagi kita orang Melayu yang tidak faham bahasa Al-Quran, terdapat cara yang tertentu untuk kita mengenali ayat-ayat sajdah ini.

Jika dalam Mashaf Uthmani (Quran Al-Karim), terdapat tanda seakan-akan kubah masjid di tempat yang perlu dilakukan sujud tersebut. Manakala bagi Quran Al-Majid (Quran lama) pula, ditulis perkataan ‘sajdah‘ di bahagian tepi ayat tersebut dalam tulisan jawi.

Syarat:
Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah:
  1. Ayat itu hendaklah dibaca sehingga habis. Untuk memudahkan kita, pihak pencetak Quran telah membuat tanda kubah masjid (bagi mashaf uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi quran al-majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda tersebut.
  2. Suci dari hadas, iaitu tutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x (SuhanaLlah walhamduliLlah walailahaillaLlah waLlahuakbar). Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.
  3. Tidak lama masa di antaranya, iaitu antara bacaan ayat sajdah tersebut dengan sujud tilawah yang hendak kita lakukan itu.
  4. Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca dengan tidak mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.
Rukun:
Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tinggal salah satu bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi jatuh kepada berdosa pula.
  1. Niat beserta takbiratul ihram
  2. Berdiri atau duduk
  3. Sujud sekali
  4. Salam pertama
Antara Perkara Sunat:
  1. Angkat kedua-dua belah tangan ketika takbiratul ihram
  2. Bertakbir (Allahu Akbar) ketika turun untuk sujud
  3. Membaca ayat sujud sajdah: ‘Sajada wajhialillazi…
  4. Bertakbir ketika bangkit dari sujud
  5. Salam yang kedua
Fadhilat:
  1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka” (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
  2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
  3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.
Wallahu a’lam

Awas! Hadis Palsu!



HADIS PALSU/LEMAH.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Ibnu Mas'ud berkata bahawa; Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa.

Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. 

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Jawapan:

"Hadith ini dikeluarkan oleh Nu’aim bin Hammad di dalam kitab al-Fitan daripada Ibn Mas’ud R.A. Di dalam sanadnya ada Ibn Lahi’ah , dan ia adalah seorang yang lemah/dhaif, di dalam sanadnya juga ada ‘Abd al-Wahhab bin Husain , dan ia seorang majhul seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dan Ibn Hajar. 
Ada juga di dalam sanadnya rawi bernama Muhammad bin Thabit al-Banani , beliau tergolong dalam individu yang ditajrihkan dan dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn Ibn ‘Adiy , di dalamnya juga ada al-Harith al-A’war al-Hamdaniy dia termasuk pendusta hadith seperti yang dijelaskan oleh al-Sya’biy, Abu Hatim dan Ibn al-Madiniy. Abu Zur’ah pula berkata: “Tidak dijadikan hujjah dengan hadithnya.”


asal :
لسيد الحبيب الفاضل زادك الله فضلا وعلما، لدى سؤال بخصوص الحديث التالي: هل هو صحيح معتمد، فقد علمت أنه يوجد بركان هائل بأمريكا على وشك الانفجار وسيحدث كما يقول علماء الجيولوجيا الأمريكان دمارا كبيرا وصوتا عاليا جدا ما حدث منذ 75000 عام كما يقولون وهذا يطابق الحديث.. فما رأيكم،

"عن ابن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان صيحة في رمضان فإنه يكون معمعة في شوال، وتمييز القبائل في ذي القعدة، وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم -يقولها ثلاث مرات- هيهات هيهات! يقتل الناس فيه هرجا هرجا، قلنا وما الصيحة يا رسول الله؟ قال: هدة في النصف من رمضان ليلة الجمعة فتكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة في سنة كثيرة الزلازل والبرد، فإذا وافق شهر رمضان في تلك السنة ليلة الجمعة فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وأغلقوا أبوابكم وسدوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم، فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا: سبحان القدوس، سبحان القدوس، ربنا القدوس، فإنه من فعل ذلك نجا ومن لم يفعل هلك؟

الإجابــة

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما بعـد:

فإن هذا الحديث أخرجه نعيم بن حماد في كتاب الفتن عن ابن مسعود وفي سنده ابن لهيعة وهو ضعيف لأنه خلط بعد احتراق كتبه، وفيه عبد الوهاب بن حسين وهو مجهول؛ كما قال الحاكم وابن حجر، وفيه محمد بن ثابت البناني، وهو معدود في المجروجين والضعفاء عند ابن حبان وابن عدي، وفيه الحارث الأعور الهمداني وهو من الكذابين؛ كما قال الشعبي وأبو حاتم وابن المديني، وقال أبو زرعة: لا يحتج بحديثه.

ووثقه بعضهم في روايته عن علي، وهذا الحديث ليس من روايته عن علي، وإنما رواه عن ابن معسود، ومما تقدم نعلم أن الحديث غير صالح للاحتجاج به.

والله أعلم.


SUMBER 2 :

Pendapat ulama' hadith ttg hadith ni.

*Al-Hakim mengatakan hadith ini teksnya ganjil.
*al-Zahabi berkata: (Hadith ini) PALSU.
*Ibn al-Jauzi menyenaraikan hadith ini sebagai hadith palsu di dalam kitabnya al-Maudhuaat.

Fatwa dari al-Syeikh Salman Fahd al-'Audah tentang hadith ini. Beliau menyebut hadith ini samaada Terlalu Lemah ataupun Palsu.

(Ahmad Mustaqim b Nawawi,2012)

والله أعلم.

UNTUK RUJUKAN HADIS-HADIS PALSU YANG BANYAK DISEBARKAN ANTARANYA BOLEH DILIHAT DI SUMBER INI :


7 Rahsia Surah Paling Pendek (Al-Kautsar)

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.


Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan, iaitu:
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t . akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi diza limi.
Perkara yg baik kita amalkan selalu.
Wallahu a’lam

Tuesday, February 28, 2012

Video Ustaz Azhar : Ceramah Loghat Utara (Gaji Rm27000!!!)


Firman Allah...

20. ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; 

(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.


Ayat ini menyatakan nikmat dunia yang sering dikejar manusia termasuklah kekayaan dan anak keturunan. Ya, kedua-dua nikmat inilah yang akan menguji manusia di dunia ini. Andai tiada benteng pertahanan yang kukuh, maka kita akan lalai dan berasa asyik untuk mengejarnya.

Betapa banyak kita melihat kini ramai manusia yang meletakkan nilai material sebagai ukuran kejayaan hidup. Tidak dinafikan harta itu penting dalam memastikan kelangsungan hidup. Namun, apabila ia menjadi matlamat hidup dan diusahakan siang dan malam, maka tersasarlah manusia dari tujuan utama kehidupan iaitu untuk mencari redha-Nya.

Saturday, February 25, 2012

Dialog Orang Terengganu Nok Blajo Cakak "Key eL" :p

Org Trg ✘ der la sampai gini skali kut yer pun nk ckp "Ki eL" hahaha mcm² ler.... I ♥ Trg..




Berat Nannnnang Bohh....Wat malu ke Ustaz Azhar Jew...Hihihi...

Friday, February 24, 2012

Perbezaan Jantina Semasa Lunch (Pompuan Tolong Jawab!)


Lelaki:
  1. Waktu rehat, jalan ke tempat makan;
  2. Sampai kedai makan, masuk;
  3. Ambik Pinggan;
  4. Letak nasi;
  5. Letak lauk;
  6. Ke kaunter untuk bayar nasi dan minuman sekali;
  7. Makan;
  8. Habis;
  9. Balik pejabat; atau
  10. Terus ke surau
Perempuan:
  1. Waktu rehat, jalan ke kedai makan;
  2. Perhatikan orang waktu jalan;
  3. Sempat mengumpat dulu;
  4. Sambil jalan betulkan tudung, tengok baju sendiri, tengok kaki;
  5. Tengok baju orang lain, terutama yang cantik dari baju sendiri;
  6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dahulu;
  7. Ramai orang, cari kedai lain;
  8. Jalan lagi;
  9. Dah puas hati.. masuk;
  10. Survey lauk dulu, 2 3 minit;
  11. Cari-cari pinggan, ambik pinggan;
  12. Belek-belek pinggan, bersih atau tak bersih? ..eeeeiiii;
  13. Dah puas hati, ambik nasi;
  14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit;
  15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali;
  16. Buang balik nasi, banyak..;
  17. Tak puas hati, banyak lagi.. buang lagi.. (tinggal sejemput);
  18. Godek-godek sikit nasi dalam pinggan 2 minit;
  19. Carik lauk, survey dulu keliling meja, tengok sana, tengok sini;
  20. Jenguk dalam bekas lauk, ambik kuah sikit;
  21. Jenguk bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi;
  22. Jenguk lagi? Sambil tu tengok-tengok orang, jeling-jeling;
  23. Ambil lauk;
  24. Pusing lagi;
  25. Carik sayur pulak!;
  26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit;
  27. Ke kaunter bayaran;
  28. Tengok-tengok nasi dalam pinggan;
  29. Berbisik dengan kawan “alamak banyak la aku ambik”;
  30. Sampai depan kaunter, “berapa?”;
  31. Bukak dompet.. belek-belek celah kad-kad bank, celah kad-kad nama, celah gambar-gambar..;
  32. Keluarkan duit;
  33. Buat isyarat mata ngan member (sebab nasi mahal);
  34. Tutup dompet, ambik nasi;
  35. Tinjau-tinjau tempat duduk;
  36. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!;
  37. Cari tempat duduk lain;
  38. Jumpa, duduk..;
  39. Alamak, air tak order lagi;
  40. Tinjau-tinjau, cari orang order air.. sambil tangan betulkan tudung;
  41. Order air;
  42. Bangun;
  43. Ambik sudu;
  44. Duduk;
  45. Bangun;
  46. Ambik Tisu;
  47. Duduk;
  48. Air sampai;
  49. Belek dompet (Step tadi);
  50. Bayar;
  51. Tutup;
  52. Minum air;
  53. Start makan;
  54. Tengok-tengok orang sambil makan;
  55. Makan separuh.. kenyang;
  56. Sebab dah minum air;
  57. Letak sudu, letak garpu;
  58. Pinggan tolak tepi;
  59. Borak-borak kata makanan tak sedap;
  60. Ngumpat-ngumpat.. tengok orang;
  61. Pukul 2, naik pejabat;
  62. Ambik beg make-up, pergi surau!!!
Patutlah perempuan lebih kompleks dari lelaki dari segi emosi…
Betul ke pompuan? Jangan mara yer...huhu..

P/s:- Baca juga artikel2 best kat bawah nie yer....
        ~Ketahui Personaliti Jenis Darah Anda
        ~Tips Melupakan Orang Yang Dicintai

Drama Vanilla Coklat Lestary TV3 Full Episode Download

Download Drama Vanilla Coklat tv3 Full Episode Download.Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.



Download Vanilla Coklat Full Episode

Akan diupdate dari masa kesemasa

"Kalau Dah Sampai Ipoh Tolong Bagitahu Saya Yer..." (Kisah Panas)


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas, “Encik, tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, bagi tahu anak saya.”

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya. “Sudah sampai Ipoh belom?”

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab, “Tidur sahaja lah. Belum sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!”
Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik, sudah sampai Ipoh ke belom?”

Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata, “Belom! Tidur sahaja lah! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pasti dikejutkan!”
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa pada si anak.

Sehinggalah ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar, si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak.

Lalu dia bertanya kepada para penumpang, “Encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana, perlukah kita hantar semula anak ini?”
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh.

Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.
Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan. “Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu.
Si anak bangun dan berkata.. “Oh sudah sampai ya!”

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan. “Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.

“Tidaklah.. mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!”

*Kisah panas hati nie...uhhhhhh...

p/s : Baca juga kisah chot si lurus bendul kat sini...

Adik Faris Nur Daniel Pesakit Barah Darah Meninggal Dunia

Faris Nur Daniel kanak-kanak yang menghidapi penyakit barah darah Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, (HLH ) telah meninggal dunia. Mazidul merupakan seorang wartawan yang sering menulis tentang kanak-kanak ini di blognya untuk memohon sumbangan orang ramai bagi mengurangkan kos perubatan Faris di Hospital Sime Darby Subang Jaya.


Menurut maklumat, ibu-bapa Faris terpaksa menanggung kos RM 96,957.68 untuk membiayai kos rawatan di Hospital selama 21 hari. Dengan bantuan orang ramai yang menderma, ibu bapa Faris telah berjaya menjelaskan kos rawatan tersebut secara ansuran.

 

Faris meninggal dunia pada usia 6 Tahun

Thursday, February 23, 2012

Lirik Lagu Tema Vanilla Coklat Tapi Bagaimana Oleh Spider

Lagu tema Vanilla Coklat memang best dan sesuai dengan drama Vanilla Coklat. Semestinya Drama Vanilla Coklat sekarang tengah meletup dengan plot cerita dan pelakon yang menambat hati penonton.



Lirik tapi bagaimana – spider
Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembnyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta
Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu
Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Sinopsis Filem Adnan Sempit 2 Dan Video Trailer

Berikut adalah sinopsis filem Adnan Sempit 2 dan video trailer yang tidak lama lagi akan ditayangkan di pawagam pada 23 Februari 2012 ni.


Sinopsis Filem Adnan Sempit 2
Adnan Sempit 2 mengisahkan mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. 

Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia.

Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. 

Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris? Semuanya akan terjawab dalam Filem Adnan Sempit 2.

Cara Semak Saman Trafik Secara Online Dan SMS


Berikut adalah cara untuk semak atau check saman trafik PDRM Malaysia dan JPJ secara online dan sms. Saman kesalahan kereta dan motor pun boleh disemak melalui sistem yang telah disediakan.
Semak Saman Trafik PDRM melalui SMS:

Taip POLIS SAMAN [Nombor Kad Pengenalan] hantar kepada32728
contohnya; POLIS SAMAN 891025122948 hantar kepada 32728

Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu saman dan ingin mendapatkan maklumat lebih detail, sila taip sms berikut; kepada 32728

POLIS SAMAN [Nombor Pendaftaran Kenderaan] SEMUA, hantar

Kalau inginkan maklumat itu dihantar ke email anda:
POLIS SAMAN [Nombor Pendaftaran Kenderaan] [Email] hantar kepada 32728
contoh; POLIS SAMAN 860702045372 melvister@gmail.com dan hantar kepada 32728

Permohonan Pinjaman Pelajaran Anak Negeri Selangor 2012


Permohonan pinjaman pelajaran bagi anak negeri selangor tahun 2012 telah pun dibuka. Permohonan ini bagi calon yang akan menyambung pelajaran di Institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) dan juga swasta (IPTS).

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman setahun bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan adalah seperti berikut;
  • Ijazah (Perubatan) – RM 7,000
  • Ijazah (Lain-lain) – RM 6.500
  • Diploma – RM 4.900
  • Sijil – RM 4,000

Syarat Kelayakan Memohon

  • Pemohon seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, ATAU
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Selangor.
  • Borang permohonan yang telah disi dengan lengkap perlu dicetak untuk mendapatkan pengesahan yang diperlukan.
  • Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti yang diperlukan.
  • Borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah di hantar kepada :-
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
    Tingkat 3,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor ini ialah 29 Februari 2012.
  • Keputusan permohonan dijangka boleh disemak di laman web Kerajaan Negeri Selangor atau Pinjaman Pelajaran Selangor selepas 14 hari dari tarikh tutup permohonan.

Pinjaman Pelajaran Yayasan Negeri Sembilan 2012

Kerajaan Negeri Sembilan membuka permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Politeknik atau Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS).


Peringkat Pengajian
Peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik tempatan serta Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS).

Syarat Kelayakan Memohon
  1. Pemohon seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon lahir di Negeri Sembilan ATAU Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Sembilan, ATAU Ibu atau Bapa pemohon telah bermastautin secara berterusan lebih dari lapan tahun di Negeri Sembilan dengan pengesahan daripada Ketua Jabatan, Ketua Kampung, Penghulu, JKKK atau Wakil Rakyat kawasan berkenaan.
  3. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 6,000.
  4. Sedang menuntut atau sudah mendapat surat tawaran dari pusat pengajian tinggi.
Cara Memohon
  • Permohonan Sesi 1 dibuka pada 1 Januari 2012 dan Sesi 2 pada 1 Ogos 2012.
  • Permohonan pinjaman ini hendaklah dibuat mengisi borang permohonan yang disediakan.
  • Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dengan datang sendiri atau melalui pos dengan menghantar sampul surat berukuran 23cm x 10cm, bersetem 50 sen dan beralamat sendiri atau dengan muat turun borang permohonan di Borang Permohonan Pinjaman.
  • Borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah di hantar kepada :
    Pengarah,
    Yayasan Negeri Sembilan,
    Tingkat 11,
    Bangunan Yayasan Negeri Sembilan,
    Jalan Yam Tuan,
    70000 Seremban,
    Negeri Sembilan
Tarikh tutup permohonan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan ini bagi Sesi 1 pada 28 Februari 2012 dan Sesi 2 pada 30 September 2012.

Wanita Dari Tulang Rusuk (dari Nabi SAW)



Dari abu Hurairah r.a katanya:  

Nabi s.a.w bersabda: ”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat,
maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. 


Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah.
Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu
bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”

(。◕‿◕。)(Riwayat Muslim)

Pakar Kajian Laut Dalam Perancis Peluk Islam ( Kaji Air Masin & Tawar)



MENGENALI KEBENARAN ISLAM MELALUI SAINS

Penyelidikan parapsikologi dan perlakuan spiritual dibawah cahaya al-Quran telah mempengaruhi Dr. Arthur J Alison menyedari hakikat kebenaran agama Islam, sebagaimana yang dilaporkan didalam akhbar harian Jeddah, Okaz. 


Dr Alison yang memeluk agama Islam ketika menghadiri persidangan saintifik di Kaherah mengatakan bahawa orang Islam sendiri telah gagal menunjukkan hakikat saintifik yang ada pada agama Islam kepada yang bukan beragama Islam.

Beliau yang kini bernama Abdullah Alison, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan Elecktrikal di sebuah Universiti di Britain (University of London), menyeru saintis barat mengenali Islam yang beliau sifatkan sebagai “agama yang menjawab kedua-dua bidang intelek dan sentimen sekali gus”.

Berapa sainstis barat yang kebetulan mengkaji al-Quran dimana penyelidikan akademiknya memerlukan mereka melakukan hal sedemikian, telah memeluk agama Islam apabila melihat Islam sebagai agama saintifik yang tidak menafikan penyelidikan saintifik moden , tidak seperti agama-agama lain.

Dr Alison mengatakan bahawa beliau telah bertugas selama enam (6) tahun sebagai pengerusi Pertubuhan Parapsikologi dan Spritual British. Kedudukan ini telah mendorong beliau mempelajari pelbagai agama dan falsafah, termasuk agama Islam.

Dr Alison telah menghantar kertas penyelidikannya ke sebuah Persidangan di Kaherah yang membicarakan mengenai perhubungan diantara TIDOR dan MATI, dimana menurut beliau ia merupakan kajian substansi menggunakan peralatan elektrikal dan elektronik, yang merupakan bidang kepakaran beliau.

Menurut beliau, semasa menulis kertas kerja untuk Persidangan di Kaherah, matlamat utama beliau adalah untuk mengkaji perubatan parapsikologi dan spiritual didalam kacamata al-Quran.

Keputusannya adalah sangat memeranjatkan dan sangat menyakinkan terutamanya keadaan semulajadi, kondisi tidor dan kematian dan lain-lain phenomena yang berkaitan. Tambah beliau “Kegembiraanku tidak terhingga dimana kajian ini sangat menyakinkan, seterusnya saya menemui Islam”. 



Beliau meluahkan rasa kekesalan bahawa Barat sebenarnya jahil tentang pendekatan saintifik terhadap Islam. “Didalam diskusi kami di Persidangan tersebut, kita telah mencapai konklusi bahawa Islam tidak bercanggah dengan sains, dan merancang untuk melakukan penyelidikan yang lebih lanjut didalam penyelidikan parapsikologi dibawah naungan al-Quran” kata penyelidik Ingerris ini.

Semasa menyediakan kertas kerja untuk Persidangan Kaherah, Dr Alison telah berhenti pada ayat al-Quran :

“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [surah al-Zummar : 42]

Bagi mendalami bab saintifik al-Quran ini, Dr. Alison telah bekerjasama dengan Dr al-Musherif dan berjaya membuktikan bahawa tidor dan kematian hanyalah satu proses (one single process) sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat al-Quran diatas dan berkata bahawa orang Islam telah lalai menyerlahkan fakta-fakta saintifik al-Quran kepada bukan Islam.

Menurut beliau, eksperimen beliau telah menunjukkan bahawa ada sesuatu benda telah keluar dari badan manusia apabila seseorang lelaki atau wanita tidor, dan akan kembali masuk menyebabkan mereka bangun tidor. Akan tetapi kematian pula menujukkan sesuatu benda itu tidak kembali. “Dan al-Quran telah menyebut sejelas-jelasnya”, Tambah Dr Alison “saya yakin dengan apa yang diperkatakan oleh al-Quran”.

Dr Al-Mushrefi, seorang saintis arab dari Utara Yaman dan merupakan rakan penyelidik Dr Alison berkata bahawa Dr Alison memang tidak pernah makan babi atau minum arak seumur hidupnya dan kini setelah beliau memeluk agama Islam dia telah membantu menyebarkan mesej Islam.

* * *


Pakar Kajian Laut Dalam Perancis, Mr Jacues Yves Cousteau, seorang yang telah menghabiskan sepanjang hidupnya mengkaji penghidupan dibawah Laut, dan beliau merupakan seorang yang berotoriti didalam bidang eksplorasi Laut Dalam telah memeluk agama Islam setelah menemui satu penemuan yang menakjubkan dan disahkan oleh al-Quran, Kitab yang telah diturunkan kepada Manusia dan Jin.

Suatu hari didalam melakukan kajian Laut Dalam, Mr Jacues Yves Cousteau telah mendapati bahawa bahawa terdapat kesan-kesan Air tawar dari mata air berada didalam Air Laut masin. Apa yang menakjubkan beliau adalah air tawar dari mata air tersebut tidak bercampur dengan air Laut masin itu. Agak lama juga beliau mencari sebab kenapa fenomena ini berlaku, dan beliau tidak menemui sebarang jawapan.

Pada suatu hari, beliau telah menemui seorang Professor yang memberitahu beliau bahawa fenomena yang berlaku itu adalah merupakan satu perintah dari Allah swt sebagaimana firmannya :

“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya “ [Surah Al-Furqan : 53].

“Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui” [Surah An-Naml : 61].)

“Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya” [Surah al-Rahman : 9:20]

Mendengar keterangan ini, Mr Jacques Yves Cousteau menjadi yakin akan kebenaran al-Quran, lantas memeluk agama Islam.

* * *


Semasa lawatan ke Arab Saudi, Prof. Tejatat Tejasen, bekas Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi Universiti Chiang Mai, telah ditujukkan ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi berkenaan dengan proses embriologi. Respon Prof Tajasen adalah bahawa didalam catatan-catatan Budha juga mengandungi penerangan berkenaan dengan proses embrio ini. Walau bagaimanapun setelah mengkaji kembali catatan-catatan Bhudha tersebut, beliau tidak menjumpa perkara tersebut.

Professor telah ditanya, samada kajian beliau ada kaitan dengan kaji-selidik Professor Keith Moore, seorang sainstis Kanada. Jawapan beliau. Memang dia mengenali Professor Keith Moore dan dia merupakan seorang yang sangat-sangat dikenali didalam bidang Embriologi.

Professor Tejasen kemudiannya telah membaca artikel penulisan Professor Moore dimana Prof. Moore telah memberikan pendapatnya bahawa wujud banyak perkara yang terdapat didalam al-Quran yang sangat sinonim dengan kajian Sains Moden. Prof. Tajasen sangat tertarik dengan pandangan artikel tersebut dan berhajat untuk mengetahui lebih mendalam. Ayat yang berikut telah diperlihatkan oleh beliau :-

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” [Surah Al-Nisa : 56)

Prof. Tejasen bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada fenomena dermatologi (kajian kulit) dimana Sains Moden baru sahaja menemui perkara ini, dimana kulit mengandungi semua penghujung saraf, dan jika kulit terbakar dengan mendalamnya dan kulit tersebut hangus sepenuhnya, seseorang itu akan hilang deria sakitnya dan seseorang yang terlibat tidak akan merasa sakit lagi. Allah swt tahu akan kajadiannya itu, dan akan menjadikan kulit baru kepada mereka yang kufur agar merasai kesakitan api neraka apabila kulit tersebut hangus.

Prof. Tajasen juga bersetuju bahawa adalah tidak mungkin sumber ini datang dari manusia, dan dilihat dari al-Quran yang berusia 1400 teksnya, ilmu seperti ini tidak diketahui pada zaman tersebut. Dari mana pula timbul ilmu tersebut, Tanya Prof. Tajasen. Tidak lain dari Allah swt yang menjadi pencipta, maka dari dialah datang ilmu pengetahuan tersebut.

Prof. Tejasen kembali ke Thailand dan menyampaikan beberapa siri ceramah mengenai apa yang telah beliau pelajari di Arab Saudi. Hasil dari ceramah beliau, lima pelajar beliau telah memeluk Agama Islam.

Prof. Tejasen kemudiannya telah kembali ke Arab Saudi untuk menghadiri sebut Persidangan di Riyad. Disana, beliau telah menyampai ucapannya. Didalam ucapannya, kajian tersebut telah membawanya mempercayai bahawa semua yang ada didalam al-Quran itu adalah BENAR. 


Beberapa tanda-tanda dari wahyu yang telah diturunkan pada 1400 tahun yang lalu, baru kini Sains Moden dapat membuktikannya. Semua tahu bahawa Nabi Muhammad :saw tidak boleh menulis dan membaca, maka ini membuktikan bahawa kebenaran itu telah disampaikan dari penciptanya, iaitu ALLAH. Professor meneruskan upcapannya sambil berkata, telah tiba masanya saya mengumumkan : LA ILLA HA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH!

Deklarasi yang dramatik itu telah disambut dengan laungan Takbir, Allahu Akbar dari para peserta Persidangan tersebut. Professor menyimpulkan ucapannya dengan berkata bahawa beliau banyak mempelajari penemuan sains di Persidangan tersebut dan banyak berjumpa dengan kawan-kawan baru, akan tetapi perkara yang tidak ternilai yang dilakukan adalah beliau menjadi seorang Islam.

(Terjemahan dari artikel asal yang ditulis oleh Nasir Aziz, dari video “The Truth”).

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Wednesday, February 22, 2012

Gambar Kereta Ferrari Baru Datuk Lee Chong Wei (RM 1.6 Juta)

Datuk Lee Chong Wei sudah pun memiliki kereta mewah Ferrari yang baru yang bernilai RM1.6 Juta. Kereta mewah yang dibeli sendiri oleh pemain badminton itu mempunyai kuasa enjin V84.3L dan mampu dipacu sejauh 100 kilometer hanya dalam masa empat saat serta mempunyai kelajuan tertinggi iaitu 315 kilometer per jam.

Datuk Lee Chong Wei ‘Angkuh’ Bawa Ferrari?


P/s :- Jom tengok juga Kereta Kerabat Diraja & VVIP Malaysia!

Incoming search terms:

  • ferrari lee chong wei (1)
  • gambar kereta lee chong wei (1)

Kisah Pendidik Dunia & Akhirat ( untuk semua warga pendidik )



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Dia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur dan di tangan kanannya pula ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', dan jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'.

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', dan jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. 



Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat-laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah dan hukum Islam dari semasa ke semasa.

"Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik. Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang mengasyikkan sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya guru kepada anak muridnya.

"Baik, untuk permainan kedua," Gurunya meneruskannya.

"Cikgu ada Al-Quran, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimanakah caranya mengambil Al-Quran yang berada di tengah-tengah karpet tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan dia mengambil Al-Quran. "Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ."

"Murid-murid, begitulah umat Islam dengan musuhnya. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan."

"Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasa pun tidak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tetapi mereka akan monolak kita secara beransur-ansur, sehingga kita tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dahulu, tentu sahaja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dahulu satu per satu, baru rumah boleh dihancurkan."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Mereka tidak akan menghentam terang-terangan, tapi merekaa akan perlahan-lahan merosakkan kita. Dimulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua ialah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita."

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tetapi sekarang tidak lagi."

"Seorang Raja kepada musuh Islam pernah berkata, jika kalian ingin mengalahkan umat Islam jangan memerangi mereka hanya dengan senjata saja, karena kalian telah kalah dihadapan mereka waktu kalian menggunakan senjata. Namun perangilah AKIDAH mereka, Hancurkan pikiran-pikiran mereka, 


Keluarkan dari dada-dada mereka semangat Islam, jadikan mereka bodoh terhadap akidah Islam, karena dalam akidahlah terletak kekuatan Islam, apabila akidah mereka telah keluar dari dada mereka maka mudah bagi kalian mengalahkan mereka, dengan senjata kita akan merugi banyak namun dengan menyerang pemikiran mereka kita tidak akan merugi bahkan kaum muslimin akan merugi"

"Begitulah Islam, kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang."

"Anda Kecewa Dengan Manusia?"

~✿>> Jangan BERKECIL HATI jika orang lain salah faham pada kita..kerana Allah faham akan isi hati kita. 
Jangan gusar jika ada yang MENGHAKIMI kita kerena tiada hakim sebaik Allah..ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, 
Ingatlah Allah BERSAMA kita..dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya AMAL yang setia bersama kita..tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini TERIKAT pada cinta kepada Allah dan Rasulnya..

Maka, TINGGALKAN KEPAYAHAN..BUANG segala penderitaan, SENYUMAN sahaja kekal untuk masa hadapan..ternyata, diri masih lagi manusia DINGIN yang punyai perasaan..

p/s : Meminta KETENANGAN yang lepas..sekecil zarah sanggup DITERIMA, asalkan ianya ketenangan yang lepas..♥♥

# Be strong..InsyaAllah..

Tanpa Sedar Islam Menguntungkan Yahudi


Khilafah adalah Sistem Islam yg Menyeluruh akan menjadi Pengancam Utama New World Order.

Ini adalah satu Kenyataan. Sehingga kini Pelbagai cara telah pun dilaksanakan di seluruh Dunia oleh golongan2 Barat dalam mencampuri urusan Pemerintahan dan Demokrasi. Ini dilakukan untuk menyekat dan kemunculan Khilafah Baru atau pun ditakrifkan sebagai - the emergence of the new Caliphate (CIA ,2004).

BARAT MEMANDANG SERIUS KEBANGKITAN KHILAFAH.

Dengan perpecahan Negara-Negara Islam ini selepas Perang Dunia ke 2, yang dipecahkan atas nama - Kemerdekaan .Hakikatnya - Semua Pemerintah-pemerintah di Negara-Negara baru ini telah pon dicaturkan dan diasimilisasikan dengan Agenda Jahat Zionis dan Illuminati dari sayap-sayap mereka.

Muncullah Negara kecil Palestine yang tidak dapat membela Nasibnya sendiri dari ditindas dan atas semangat Nasionalis dan Ke-Bonekaan ,Negara-negara Arab yang dahulunya bersatu di bawah Nama Islam (Khilafah Uthmaniyah) rela membiarkan.

Afghanistan di jatuhkan kerana ketakutan terhadap Kebangkitan seperti mana yang dijanjikan oleh Rasul dan kebimbangan pada kemunculan Khilafah Mahdi.

Satu demi Satu Negara-Negara Islam di serang dengan Perancangan yang Rapi dan juga "Agenda" yang tersembunyi.

Yang tinggal adalah Negara-Negara Arab Shiah yang berbeza Akidah Islam dan juga Negara-Negara Boneka mereka dan juga Negara-Negara yang sedang bergelut dengan Masalah Dalam Negara.

Tidak hairanlah , Ulama' 4 Mazhab mewajibkan Khilafah kerana dengan nya Islam tidak akan ditindas dan Syiar Islam terus Berkuasa. Jangan diikuti kelemahan Khilafah Uthmaniyah silam, tatkala Kesenjataan tiada siapa yang mampu menewaskan walaupun dari Gabungan Sepanyol,Portugal dan Britain - ia tersungkur oleh tangan rakyat-rakyatnya sendiri yang diserang AL-Ghazwu AL-Fikri ,Semangat Nasionalisma dan Semangat Idealisma Barat.

AKhirnya Sejarah Kekhalifahan yang Agung digantikan dengan Sekularisma Demokrasi yang Busuk.

Sangat mudah mereka memecah kan Islam sekarang - hanya letakkan - Demokrasi.

والله اعلم

Tuesday, February 21, 2012

Feqah Tidak Cover Soal Hati

BILA RINDU, BAGAIMANA MENGURUSKANNYA??



“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?”

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.”

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

“Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah. Padahal, baginda ma’sum dan saya tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,”

BY: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Kes Pertama Di Dunia : Bercerai Melalui Status Facebook


Foto: Neil Brady dan Emma (dailymail.co.uk

Seorang pria berumur 39 tahun di Inggris mengakhiri rumah tangganya hanya dengan mengumumkan di Facebook. Neil Brady dan Emma Brady sebelumnya telah menjalani rumah tangga selama enam tahun. 

Emma Brady 35 tahun, tahu dia diceraikan dari status Facebook suaminya, Neil. Di laman web itu tertera, "Neil Brady telah mengakhiri pernikahannya dengan Emma Brady", dan hal ini menjadi pertanyaaan teman-teman Emma di Denmark mengapa mereka sampai bercerai. 

Ibu satu anak yang bekerja sebagai pengurus persidangan ini shok dengan keputusan suaminya. Walaupun ia mengakui pernikahannya menghadapi banyak masalah. 

Pengacara Neil Brady, Gareth Price berdalih kepada mahkamah, Emma Brady tidak diceraikan melalui Facebook. Tapi perkahwinan Neil dan Emma sudah lama tidak dapat dipertahankan. 

Detail perceraian Neil Brady diungkapkan ke mahkamah, di mana dia pernah menganiaya isterinya di rumah mereka di berhampiran Accrington. 

Pada Krismas tahun lalu, setelah pulang dari menghadiri acara berbeza, kedua-duanya terlibat pertengkaran dimana Neil Brady yang bekerja sebagai perunding IT menuntut ingin memeriksa telefon isterinya. 

Tapi isterinya menolak dan terjadi perebutan sehingga lengan isterinya terluka. Neil Brady juga membaling isterinya keluar dari rumah

Neil Brady, yang kini hidup bersama ibunya mengaku bersalah. Dia didenda US $ 850 dan perlu membayar pampasan dan kos mahkamah. 

APAKAH ITU QARIN ?

APAKAH ITU QARIN ?


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." 


Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.


Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم

Monday, February 20, 2012

Awas! Air Mineral Holy Water?

Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan “Holy Water” di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini.


Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:
  1. Al-Mansur
  2. Al-Mubarakah
  3. Al-Barakah
  4. Bestari
  5. Waterco
Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam.

Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di hati.

Untuk pengetahuan, buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.

Jom Jawab Teka-Teki Mengenai Al-Quran


TEKA TEKI DALAM AL-QURAN


Dapatkah anda menjawab Teka Teki ini ?


1. Ada berapa ayat dalam Al-Quran?
Jawapan: 6236 ayat

2. Ada berapa surah dalam Al-Quran?
Jawapan: 114 surah..

3. Surah apa tiada Bismillah?
Jawapan: Surah Taubah

4. Ayat pertama dalam Al-Quran?
Jawapan: Bismillahirrohmanirrahim

5. Wahyu terakhir diturunkan?
Jawapan: Optional:byk khilaf mengenai wahyu terakhir diturunkan. yg hebah = al-Maidah; 5:3, dikatakan tidak berapa tepat sbg ayat terakhir.. dikatakan juga ayat2 mengenai riba' (al-Baqarah; 2:278-280) diturunkan 9 hari sblum kewafatan baginda SAW berbanding al-Maidah; 5:3 yg dikatakan turun sewaktu haji wida', penghujung tahun ke10 hijrah, 81 hari sebelum kewafatan baginda SAW.

6. Ada 6 perkara..jika 6 ditolak 6 bersamaan 0, tetapi jika 6 ditolak dengan (5 @ 4 @ 3 @ 2 @ 1) jawapannya jugak adalah 0 ... Apakah ia?
Jawapan: Rukun Iman

7. What is more powerfull than Allah
More evil than The Devil
The Poor has it
The Rich doesn't need it
If you eat it, you'll die

the answer is :.............................?

Jawapan :
NOTHING (!)
NOTHING is more powerfull than Allah
NOTHING is More evil than The Devil
The Poor has NOTHING
The Rich doesn't need NOTHING
If you eat NOTHING, you'll die

8. Dalam Al-Quran ada 114 Surah.
memandangkan Surah Taubah tiada "bismillahirrahmanirrahim "maka sepatutnya ada 113 "bismillahirrahmanirrahim"
tetapi bila dikira balik ada 114 "bismillahirrahmanirrahim"
dalam surah manakah letaknya "bismillahirrahmanirrahim" yang satu lagi?
Jawapan: dalam surah an-naml ayat 30. Ayat dlm Surah An-Naml tersebut merupakan perutusan utk nabi sulaiman daripada Ratu Balqis.


9. Air merupakan pelarut yang bagus..maknanya air dengan air boleh bercampur. tp Allah maha berkuasa Dia menjadikan Dua Air laut iaitu tawar dan masin x boleh bercampur bahkan dihalangi oleh satu dinding yang ahli saintis pun kehairanan, mcam manalah dua air laut ni x boleh bercampur.

Soalannya - manakah ayat di dalam Al-Quran yang membuktikannya?
Jawapan:
surah ar-rahman ayat 19-20
"ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya."

10. Dalam al-quran, ade surah yg panjang dan surah yg pendek. Terdapat satu surah yang panjang ini, Allah turunkan sekaligus semua ayat dalam surah tu dari awal hingga akhir lengkap sampai abis, dalam satu masa. Apakah Surah ini?
Jawapan: Surah Al-An'am.

11. Surah ape yang tiada huruf Mim...?
Jawapan: surah Al-Kauthar

12. Siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?
Jawapan: Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumi
sebab bunuh Habil..pada zaman tersebut cuma ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda.Dan Qabil adalah 1/6 dari manusia pada ketika itu.



P/s- Jom baca banyak lagi artikel mengenai Al-Quran disini.

والله اعلم

Pemuda Penyakit Misteri Meninggal Dunia (Zulhafiz Abdul Ghani)

Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani pemuda yang menghidapi penyakit misteri ketumbuhan seberat kira-kira 20 kilogram di bahagian bahu kirinya telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam.


Kata bapa Allahyarham, Abdul Ghani Mohamed, 64, seminggu lalu, ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri anaknya tiba-tiba sahaja pecah dengan mengeluarkan darah dan cecair.

“Kira-kira segayung cecair yang keluar dari ketumbuhan tersebut dengan meninggalkan lubang sebesar bola ping pong.

“Selepas kejadian itu, saya lihat penderitaan arwah semakin berkurangan, malah pergerakannya lebih mudah kerana ketumbuhan tersebut semakin mengecil.

“Namun siapa sangka arwah akhirnya pergi meninggalkan kami semua,” katanya ketika ditemui selepas pengkebumian Mohd. Zulhafiz di tanah perkuburan Perkampungan Felda Bukit Goh di sini hari ini.

Incoming search terms:

  • zulhafiz abdul ghani (1)
  • zulhafiz meninggal (1)

Sunday, February 19, 2012

Terbaru : Kuliah Ustaz Azhar Di Lembah Kelang


Tempat : Perkarangan Stadium MPS, Bandar Baru Selayang.
Tarikh : 25 Februari 2012
Masa : 5 Petang
Acara : Dikir Barat, Persembahan Artis (Aizat), Pidato, Santai 'Geng Kite' (Ust. Azhar)
Jom kite pakat2 mengimarahkan lagi majlis ilmu..InsyaAllah ade manfaat bersama..Amin...

Kelab Murtad Malaysia Dan Singapura Ditubuhkan Di Facebook

Mengejutkan apabila sebuah kelab Murtad Malaysia dan Singapura telah ditubuhkan di Facebook oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Malahan, page ini dibuka khas untuk golongan islam yang murtad.


Mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

Pemerhatian wartawan Harian Metro sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.

Incoming search terms:

  • kelab murtad malaysia (7)
  • facebook murtad (2)
  • kelab melayu murtad (2)
  • kelab murtad (2)
  • murtad in malaysia facebook (1)
  • murtad malaysia (1)

Petua Mudah Mengandung (Dari Tanyalah Ustaz)


~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~








Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.



P/s :- Jom baca juga artikel saya yang bertajuk "Fakta-Fakta Penting Kehamilan".
Wallahualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More