Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, January 13, 2012

"Saya Benarkan Abang Kahwin Sorang Lagi..." (Anda Sanggup Ke?)



Pengakuan Amin (bukan nama sebenar):
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life start at 40. ‘Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan’. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih sengih aje lah I at that time.

‘Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri saya tu main reverse psikologi dengan saya.


Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau I kahwin dengan anak dara. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah.Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah.

Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain, anak anak lebih tertekan.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Diorang tentu dah tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabut! nya dia menguruskan anak-anak)sedangkan di rumah isteri tua, anak anak sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.

Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya).

Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan.
Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.

Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.

Sebelum nak kahwin banyak-banyak tu kannn...meh tengok 50 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Lagi Mengenenai Lelaki / Perempuan!

Semoga tips diatas dapat membantu sedikit sebanyak dalam anda nak buat keputusan untuk bernikah lagi huhuhu...Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More