Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, January 16, 2012

Pelajar Ugut Letup Heli PM DiBenar Duduki Peperiksaan


Mahasiswa yang ditahan polis semalam kerana didakwa membuat kenyataan berunsur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi laman Facebook telah dibebaskan dengan ikat jamin polis untuk membolehkan dirinya menduduki peperiksaan.

NONEKetua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaacob berkata beliau mahu memberi peluang kepada pelajar kejuruteraan awam Univeriti Sains Malaysia di Nibong Tebal untuk menduduki peperiksaan kerana beliau masih muda.

Pelajar berkenaan yang berusia 24 tahun itu dibebaskan malam semalam dengan jaminan polis tetapi dikehendaki untuk melaporkan diri semula dalam tempoh sebulan.
Polis juga boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

"Saya bercakap dengannyasecara peribadi  dari jam 9.00 hingga 11.30 malam tadi. Beliau sedar dan mengakui kesilapannya. Beliau berkata beliau tidak bermaksud dengan apa yang ditulis dalam Facebook itu.

"Dia adalah seorang pelajar tahun keempat dalam bidang kejuruteraan, bukan pelajar darjah enam atau tingkatan satu. (Oleh sebab itu) sudah tentu, kita mengambil perhatian serius," kata Ayub pada sidang media di Georgetown hari ini.

Pelajar itu dalam Facebook semalam menulis: "Najib akan datang ke kampus kami ... mari kita bom helikopternya itu ..."

Berikutan itu, polis menahannya pada kira-kira jam 1:30 tengahari semalam untuk disoal siasat berhubung ugutannya itu.
Ayub berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

"Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.
"Perkara seperti ini satu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia membabitkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga," katanya.

Ayub berkata, polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan anasir subversif.

Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat -pihak yang membantah tindakan pelajar itu.

Mahasiswa itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah Patani Road dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
sumber : malaysiakini

2 comments:

tak berfikir sebelum posting kat FB.. nasib baik la still boleh ambek exam.

kesian juga bdk ni.kena pedajal dgn mmber sndiri.padahal bdk2 biasa lh suke gurau.

bca sy punyer juga

http://suzierahman.blogspot.com/2012/01/dhanyaraam-penyebab-mahasisiwa-usm.html

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More