Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, January 18, 2012

Haji Abdul Rahman Limbong ( Tok Limbong )

كيساه هيدوڤ حاج عبدالرحمن ليمبوڠ اتاو توق ليمبوڠ
KISAH HIDUP HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG / TOK LIMBONG
Makam Pahlawan di Perkarangan Masjid Kuala Telemong
 

Nama lengkap beliau ialah Haji Abdul Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Kadir. Dilahirkan di Kampung Jenguk Tong, Beladau Kolam, Kuala Terengganu pada tahun 1285H atau 1868M dan meninggal dunia di Mekah, pada tahun 1347H atau 1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu.

Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah. Sungguhpun beliau merupakan seorang sufi, namun beliau tahu selok-belok hal keduniaan. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman pihak British.

Di mahkamah, lisannya fasih berkata-kata membela kebenaran yang bersandarkan kepada perintah Allah SWT dan Rasul-Nya, bukannya membela undang-undang ciptaan manusia. Di gelanggang medan laga, beliau pandai bermain senjata. Hidup ini tiada sesuatupun yang ditakutinya melainkan kemurkaan Allah SWT kerana melanggar peruntah Allah dan Rasul-Nya.

Haji Abdul Rahman mendapat pendidikan asas di Mekah semasa kecil. Ketika pulang ke Terengganu, beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga. Oleh itu, Haji Abdul Rahman Limbong menjadi tokoh perjuangan Terengganu beserta tokoh ulama Terengganu.

Beliau sering berulang-alik antara Kuala Telemong, Beladau Kolam, Pulau Bahagia, Chukai dan Limbong di Terengganu dengan Balok dan Chenor di Pahang. Beliau juga sering mengembara di Alam Melayu. Antaranya, Kelantan, Patani, Kedah, Sambas, Jambi, Riau dan Brunei. Di negeri-negeri seberang laut ini terdapat murid-murid Haji Abdul Rahman Limbong.

Pengembaraan beliau amat panjang tetapi dapatlah disimpulkan tentang pelayaran beliau ke Sambas dan Kepulauan Riau sahaja. Dalam perlayaran di laut, beliau menggunakan kapal buatan Terengganu yang lebih dikenali sebagai Perahu Besar. Perahu-perahu tersebut boleh menampung kapasiti antara 100 hingga 350 tan.

Di antara tempat-tempat yang ramai dihuni oleh orang-orang dari Terengganu di Kepulauan Riau yang dikenalpasti adalah Kuala Maras dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai. Di Sambas pula ialah di Kampung Dungun di Kecamatan Sentebang. Nama Dungun itu diberi oleh orang Terengganu dan kekal hingga sekarang. 
Dicatatkan bahawa pembinaan sebuah masjid di Sabang Barat, Pulau Midai yang bahan utamanya adalah kayu cengal yang dibawa dari Terengganu. Bahan-bahan siap dibina dan hanya dipasang sahaja di Pulau Midai. Namun, pada tahun 1969, masjid tersebut diruntuhkan diganti dengan binaan baru. Yang tinggal, hanyalah mimbar yang juga berasal dari Terengganu.

Haji Abdul Rahman Limbong pernah singgah di semua pulau yang disebutkan termasuklah Pulau Tujuh di Pulau Midai. Sepanjang tahun 1920 hingga 1928 terjadi gerakan Haji Abdul Rahman Limbong dan rakyat tani di Hulu Terengganu menentang British. British dengan liciknya mendakwa Haji Abdul Rahman Limbong menderhaka. Akhirnya, Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang negeri ke Singapura dan seterusnya dibuang ke Mekah. Setahun kemudian (1929M) beliau meninggal dunia.

Semasa Pemberontakan Tani, Haji Abdul Rahman Limbong dan penduduk setempat di Hulu Terengganu berasa marah akibat campur tangan British dalam hal ehwal negeri terutamanya peraturan cukai kerana membuka tanah yang dianggap beban dan bertentangan dengan falsafah penduduk bahawa tanah adalah hak milik Allah SWT dan bukannya milik pemerintah British.

Semasa peristiwa Padang Kachong, 12 orang kampung gugur dalam memperjuangkan hak bangsa dan agama. Tok Limbong disabitkan bersubahat menderhaka dan dibuang negeri.

Padang Kachung, Kuala Telemong. Tempat Pertempuran Tentera British dan Penduduk Kampung
P/s :- Jom baca juga riwayat hidup anaknya iaitu Che Leh Keramat (Anak Tok Limbong) 
dan juga riwayat hidup cicitnya iaitu Ba'yor

1 comments:

Salam ^^ , Izinkan Saya Bertanye , Apakah Penghargaan Yg Pernah Diterima Oleh Tok Limbong ? Terime Kasih :)

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More