Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, January 31, 2012

Terbelahnya Laut Merah (Penemuan Kajian Saintis)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selalu kita membaca puak kuffar sibuk membuat kajian berkenaan kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran. Tetapi, jarang kita dengar, adanya kumpulan dari Saintis dan penyelidek Islam membuat kajian untuk membuktikan kebenaran kisah-kisah dalam Al-Quran .

Kenapa? Adakah kerana sifat kita "kami dengar dan kamu taat" seperti sifat sahabat Rasullulah SAW iaitu, Syaidina Abu Bakar?

Apa saja yang terdapat dalam Al-Quran itu kita terus percaya tanpa sebarang keraguan? Apakah salah jika kita percaya dan kita kaji juga dari sudut sains dan teknologi. Terdapat satu lagi kajian penyelidek bukan Islam terhadap kisah dalam Al-Quran iaitu kebenaran laut terbelah pada zaman Nabi Musa A.S. Sebelum ini telah selalu kita baca, kisah dua laut yang bertemu tetapi terpisah. Dan, hal ini sudah dijelaskan dalam Al-Qur’an.

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (Q.S. Ar-Rahman:19-20)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S. Al-Furqaan:53).


Kita ikuti kisah berkaitan terbelahnya Laut Merah.


Saintis buktikan Nabi Musa belah laut

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan 
sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi


Catatan : Subhanallah! Kita orang mukmin tidak pernah meragui firman Allah dalam al-Quran. kajian ini membuktikan kesahihan isi kandungan al-Quran dan mukjizat RasulNya...

Ujian Dari Allah (Kita Bertanya - Allah Jawab)


KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’(‘I am full of faith to allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang berdusta
(Surah AL-ANKABUT ayat 2-3)
KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatau tu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
(Surah AL-BAQARAH ayat 216)
KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Surah AL-BAQARAH ayat 286)
KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yang beriman”
(Surah AL-IMRAN ayat 139)
KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah(be fearfull of ALLAH The Almighty)kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah AL-BAQARAH ayat 45)
KITA BERTANYA: APA YANG KITA DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari org2 mu’min diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……..?
(Surah AL-TAUBAH ayat 111)
KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah ALLAH bagiku ,tidak ada Tuhan selain dari NYA….Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”
(Surah AL-TAUBAH ayat 129)
KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!
QURAN MENJAWAB
“………………….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
(Surah YUSUF ayat 12)
JANGANLAH KITA MENGELUH RAKAN-RAKAN…KERANA ADA ORANG YANG LEBIH BESAR DUGAAN BERBANDING KITA…..HANYA PADA NYA KITA BERSERAH…..
Image Hosted by ImageShack.us

Dan kita pun diuji...
Jalan kebenaran itu tak pernah sunyi daripada ujian. Satu demi satu ujian akan terpaksa didepani, dalam usaha merebut reda dan syurga Allah.

Ujian datang bertahap :-
Tahap 1: Bermula apabila kita mula mendapat hidayah.
Tahap 2: Pula ialah dengan kita perlu buktikan iman kita dengan tunduk sepenuhnya kepada Islam secara total, bukan mengambilnya separuh-separuh.
Tahap 3: Pula mengkehendaki kita meneruskan keimanan kita dengan hijrah dan jihad.
Tahap 4: Pula ialah tahap ujian kesabaran berpanjangan yang akan melayakkan kita untuk salah satu daripada 2 kebaikan: Hidup mulia atau mati sebagai syuhada.

Image Hosted by ImageShack.us

Berikut ialah penjelasan ringkas setiap tahap:
1: Awalnya ujian ialah ujian untuk memilih jalan yang hak ataupun jalan yang batil. Jalan kebenaran hujungnya memang indah kerana di situlah syurga. Namun untuk berjalan di atas jalan kebenaran tidaklah mudah kerana ia tidak pernah sunyi daripada ujian dan tentangan yang pahit dan menyakitkan.
Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. (Surah Ali Imran, surah ke 3 ayat 186)
 
(Dalam ayat ini, Allah memberitahu tentang 2 ujian terawal yang perlu kita hadapi dalam mencari kebenaran (Islam). Ujian pertama adalah daripada dalam diri berupa ujian berbentuk harta dan dunia kita sendiri. Ramai yang apabila terkena dengan ujian ini terus mengambil langkah menjauhkan diri daripada Islam dan Jihad untuk menegakkan Islam. Lalu, kerana takut, mereka menjauhkan diri daripada golongan-golongan Mujahidin yang ingin mengajarkan dien dengan cara mengobarkan semangat jihad dalam diri mereka.

Kalaupun mereka lepas ujian awal ini, biasanya mereka akan gagal melepasi ujian kedua yang datangnya daripada luar berupa kutukan dan cercaan serta sindiran yang memperlekehkan malah menakut-nakutkan seseorang itu daripada terus mendengar nasihat dan ilmu daripada Mujahidin. Justeru, sekiranya kita gagal dalam ujian awal ini, adakah kita yakin akan dapat melepasi ujian berikutnya?)

2: Ujian kedua mengkehendaki kita memilih Islam sebagai syariat hidup kita. Dengan kata lain, kita mengikuti Islam sepenuhnya dan bukannya hanya sekadar sebahagian sahaja.

Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (Surah Al-Maidah, surah ke 5 ayat 48)

(Ayat ini, Allah menerangkan bahawa Allah menurunkan Islam sebagai satu ujian kepada manusia. Justeru tidak hairanlah mengapa ada di antara manusia yang beriman, ada yang munafiq dan ada pula yang kufur kepada Allah. Mereka-mereka yang beriman membuktikan bahawa mereka sanggup berhadapan dengan segala rintangan yang terpaksa dihadapi sebagai Muslim. Mereka nampak Islam itu sebagai suatu kebenaran lalu mereka tempuhi juga walaupun sukar.

Dikalangan Munafiq dan Kafirin pula, mereka terbahagi dua. Pertama ialah mereka yang nampak Islam itu sebagai kebenaran, namun kerana ujian yang datang daripada dalam diri mahupun luaran mereka sendiri, maka mereka gagal memilih Islam sebagai Dien (cara hidup). Golongan kedua pula ialah mereka yang telah dibutakan mata hati mereka oleh Allah sedari awal. Lalu mereka langsung tidak pernah nampak Islam sebagai kebaikan seumur hidup mereka. Justeru, kita harus sanggup berdepan dengan ujian untuk menjadikan kehidupan kita sepenuhnya mengikuti Islam.)

3: Ujian ketiga pula lebih getir. Dalam ujian ini, Allah ingin pula mengetahui tentang manusia-manusia yang setelah berjaya melepasi ujian kedua, sanggup pula berdepan dengan cabaran yang lebih mencengkam di medan perjuangan.

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat (untuk berperang) dan berbagai manfaat bagi manusia (kegunaan untuk selain perang) , (supaya mereka mempergunakan besi itu) agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama) Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Surah Al-Hadid, surah ke 57 ayat 25)

(Dalam ayat ini, Allah ingin mengetahui siapakah diantara hamba-hambanya yang sanggup menggunakan Al-Quran, As-Sunnah dan kekuatan besi (senjata) untuk berperang menegakkan Islam. Walaupun mereka tidak pernah melihat Allah, namun mereka yakin penuh pada-Nya dan sanggup pula mengorbankan dunia dan diri mereka semata-mata untuk Allah. Adakah kita sanggup menggalas bebanan/ujian ini? Sekiranya sanggup, maka kita akan digelar sebagai Mujahidin.)

4: Ujian keempat pula adalah ujian untuk mereka yang telahpun menjadi Mujahidin. Ujian kali ini menjadikan nyawa sebagai galang ganti syurga nan abadi.

Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (dalam jihad) maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti. Demikianlah, apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang gugur pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam surga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka. (Surah Muhammad, surah ke 47 ayat 4-6)

Firman-Nya lagi:
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar (menanggung ujian dalam jihad). (Surah Ali-Imran, surah ke 3 ayat 139-142)


Image Hosted by ImageShack.us

(Dalam ayat ini, setelah mengetahui siapakah yang mahu menjadi Mujahidin untuk membela dan menegakkan Islam, Allah melanjutkan ujian untuk memilih manusia-manusia terbaik yang sanggup berperang mati-matian untuk meraih gelaran syuhada. Syuhada merupakan pilihan daripada Allah.

Setelah melepasi ujian peperangan yang dipenuhi dengan pelbagai dugaan, rintangan dan pengorbanan, mereka tetap tabah dan bertahan. Justeru tidak hairanlah mereka mendapat kehormatan seperti itu, sekalipun mereka mati diatas katil dan bukannya medan perang -asalkan mereka sebelumnya sungguh-sungguh 'mencari kematian' dalam medan jihad-)

Image Hosted by ImageShack.us



Tips : Penjagaan Kerongsang / Brooch


Muslimah yang sopan menawan bertudung, dilengkapkan pula dengan brooch yang sedondon agar lebih kemas dan rapi. Bila dah memiliki brooch yang cantik menawan dan bersinar-sinar, tentulah berasa gusar dan kecewa apabila batu pada brooch tercabut atau hilang. Kali ni saya berikan tips penjagaan kerongsang atau brooch untuk anda:

1) Sapukan pengilat kuku (cutex) berwarna jernih pada batu-batu di brooch. Biarkan seketika hingga betul-betul kering sebelum anda memakai atau menyimpannya. Tujuannya untuk mengukuhkan kedudukan batu pada plate brooch. Jadi, risiko batu tercabut dan hilang akan berkurangan.

2) Simpan brooch di dalam bekas yang 'selesa' dan berasingan (jika brooch bersaiz besar). Pertindihan antara brooch yang banyak boleh menyebabkan batu tercabut dan brooch menjadi kusam/sebam.

3) Elakkan daripada menjatuhkan brooch kerana ini akan menyebabkan batu-batu tersebut tercabut dari soketnya.

4) Elakkan meletakkan brooch pada tempat yang panas seperti di dalam kereta kerana gam yang melekatkan brooch menjadi cair dan melepaskan pegangan pada batu tersebut.

Monday, January 30, 2012

Fenomena Ribut Geomagnetik Solar Di Bumi Petanda Awal Kiamat

Fenomena kejadian ribut geomagnetik solar telah berlaku dibumi dan ada sesetengah pihak meramalkan ianya satu lagi petanda kiamat selepas bunyi aneh yang berlaku di langit. Kejadian ini berpunca dari kejadian ribut solar yang berlaku di matahari.


Ribut geomagnetik berlaku pada 23 januari 2012 itu tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara pada skala tertinggi iaitu G5.

Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio  dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan bumi.

Kesimpulannya, adakah ianya pentanda kiamat pada tahun 2012? Dalam kalender kaum maya, tahun 2012 adalah penghujung segala tahun dan mereka juga meramalkan bencana alam akan berlaku pada tahun 2012.
Pada pembukaan tirai 2012, kita disajikan dengan suara aneh dan mengerunkan dari langit yang berlaku di sarawak dan turut berlaku dinegara barat yang lain. 

Pada penghujung Januari sahaja, kejadian ribut matahari telah berlaku dan menyebabkan ribut geomagnetik pada bumi. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Mungkinkah bencana yang besar akan berlaku tidak lama lagi?

Incoming search terms:

  • kejadian aneh 2012 (2)
  • kejadian aneh akan terjadi 2012 (2)
  • apa yang menyebabkan bunyi dari langit ? (1)
  • ribut geomagnetik (1)
  • ribut akan berlaku (1)
  • petanda suara aneh dari langit (1)
  • kiamat tahun 2012 (1)
  • kejadian ribut solar (1)
  • kejadian alam pada 2012 (1)
  • gangguan bumi (1)

Kisah Sufi : Shaykh Ahmad Ibn `Ujayl



Kisah Shaykh Ahmad ibn `Ujayl
“Pada satu hari, sedang al-Shaykh Ahmad ibn Musa ibn `Ujayl رحمه الله تعالى duduk mengajar bersama Murid-muridnya, masuk seorang mengadu akan hal jirannya yang dirasuk jin. Beliau meminta kepada Shaykh Ahmad untuk mengubati jirannya itu.

Shaykh Ahmad sanggup dan pergilah mereka kepada orang yang terkena jin itu. Beliau pun membacakan ke atasnya hanya sepotong ayat al-Qur`an (Surah Yunus ayat 59 [10:59]) iaitu : “Adakah ALLAH Mengizinkan yang demikian bagimu atau kamu berdusta terhadap ALLAH.” Dengan Kuasa ALLAH, orang itu terus baik dan pulih seperti sedia-kala. Setelah beberapa lama, penyakitnya berulang lagi. Dicari Shaykh Ahmad ibn Musa ibn `Ujayl sekali lagi tetapi didapatinya dia telah meninggal dunia.

Melihat keadaan demikian, datang seorang dan berkata, “Saya tahu apa yang dibacakan oleh Shaykh Ahmad itu dan saya boleh membacakan dan mengubatinya.” Maka dia pun membacakan ayat tadi. Tetapi pesakit itu tetap tidak berubah dan tidak ada kesan apa-apa. Kenapakah demikian? Nyatalah bahawa ayat yang dibacakan itu sama sahaja tetapi lisan yang membacanya itu berlainan. Tidak sama bacaan seorang itu dengan yang lain. Ini bergantung keatas pendirian orang itu terhadap ALLAH سبحانه وتعالى.”

Murid Yang Terpilih
“Orang-orang dahulu pernah membawa satu riwayat. Dikatakan ada seorang Guru mempunyai ramai anak Muridnya tetapi dia sayang kepada seorang anak Muridnya itu lebih daripada yang lain. Pada satu masa, Gurunya itu telah memberikan seekor burung kepada tiap-tiap anak Muridnya itu dan menyuruh mereka semua menyembelihnya di tempat yang tiada dilihat oleh sesiapa.

Tiap-tiap anak Muridnya kemudian pergi mencari tempat yang tiada dilihat oleh sesiapa dan menyembelih burung itu. Seorang Muridnya itu membawa kembali burung itu tanpa disembelihnya. Apabila ditanya oleh Gurunya, dia menjawab, “Tuan Guru telah memberikan kepadaku satu syarat yang berat.”

“Apa syarat yang berat itu?”, tanya Gurunya. “Tuan Guru telah menyuruh saya menyembelihnya di tempat yang tiada dilihat oleh sesiapa. Tetapi di mana saya pergi, saya dapati ALLAH Melihat saya.” Begitulah seorang anak yang Saleh, sedar bahawa ALLAH senantiasa Berada bersamanya.”

Kisah-kisah yang teramat indah ini pernah disampaikan oleh Al-`Allamah al-`Arif BiLlah al-Quthub al-Habib `Abd al-Qadir ibn Ahmad ibn `Abd al-Rahman al-Saqqaf رحمه الله تعالى ketika beliau berkunjung Da`wah ke Singapura. Petikkan dari kitab “Cahaya Hidayah – Syarahan Dan Nasihat Habib `Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqqaf” karangan Shohibul Fadhilah al-Habib as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas حفظه الله تعالى.

Rahsia Solat Yang Anda Tidak Ketahui


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
  1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
  7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam; kubur.
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nakir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, January 29, 2012

Ye ke? Hukum Skim SARA 1Malaysia Didakwa Haram (Amal Konsep Riba)

Sesetengah pihak mendakwa bahawa Skim SARA 1Malaysia adalah haram kerana mengamalkan konsep riba. Secara kasarnya, SARA 1Malaysia merupakan satu konsep skim pelaburan yang sangat menguntungkan. Setiap pelabur juga mestilah melabur sebanyak RM8040 dan mendapat pulangan yang lumayan untuk tempoh 5 tahun.


Oleh itu, kerajaan juga dapat menjamin bahawa pendapatan intensif setiap bulan adalah RM 134 sebulan kepada setiap pelabur. Namun, terdapat banyak persoalan dan menimbulkan rasa curiga terhadap skim SARA 1Malaysia.

Pulangan yang tetap dan terjamin RM 134 pada setiap bulan telah menimbulkan rasa sangsi dan kononnya sistem riba telah diamalkan. Dalam hukum islam dinyatakan bahawa amalan perniagaan yang dijamin keuntungannya adalah haram.

Sumber kewangan pelaburan tersebut tidak dapat dipastikan dari mana datangnya sumber dan untung yang lumayan tersebut. Tiada maklumat yang lengkap mengenai Skim ni dan hanya berjanji pulangan yang lumayan.

Kesimpulannya, mungkin skim SARA 1Malaysia dapat membantu rakyat namun haram dan halal skim ini perlu dikaji dan diselidik terlebih dahulu.

Incoming search terms:

  • skim sara (2)
  • sara 1 malaysia haram (1)
  • sara 1malaysia haram (1)
  • skim sara 1malaysia (1)


Permohonan BR1M Masih Dibuka Sehingga 10 Februari 2012

Permohonan bantuan rakyat 1Malaysia atau BR1M masih lagi dibuka kerana tarikh permohonan tersebut dilanjutkan sehingga 10 Februari 2012. Kepada isi rumah yang belum lagi memohon permohonan BR1M yang berjumlah RM500, anda disarankan untuk memohon BR1M.


Keputusan melanjutkan permohonan BR1M adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada isi rumah yang masih lagi tidak tahu tentang permohonan tersebut. Pembayaran BR1M adalah secara berperingkat dan pemohon tidak perlu takut jika pembayaran tidak sampai atau lambat.

Perlu diingatkan bahawa hanya isi rumah yang berpendapatan RM3000 dan kebawah sahaja layak mendapat bantuan.

Dapat borang permohonan BR1M dengan melayari Borang BR1M

Incoming search terms:

  • permohonan br1m online (1)
 
 

Gambar Kad Jemputan Perkahwinan Yusry Dan Lisa Surihani

Mari lihat kad jemputan kahwin antara Yusry KRU dan Lisa Surihani yang akan berlangsung pada bulan februari depan. Majlis perkahwinan Lisa dan Yusry akan berlangsung di pusat konvensyen antarabangsa putrajaya pada jam 7.30 malam.

Tahniah diucapkan kepada Lisa dan pasangannya yang akan kahwin tak lama lagi. Kat atas ni adalah kad undangan perkahwinan mereka, memang lawa.

Incoming search terms:

  • gambar hari perkahwinan lisa (1)
  • gambar majlis pernikahan lisa surihani (1)
  • kad jemputan kahwin 2012 (1)
  • kad jemputan kahwin yusry dan lisa (1)
  • lisa surihani dan yusry kad jemputan (1)
  • muka depan kad kahwin lisa & yusri (1)

Keajaiban Pisang : Jangan Sesekali Pandang Rendah!



Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. 
Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Saturday, January 28, 2012

5 Stadium Terbesar Di Dunia

1) Rungrado May perhaps Day Stadium (150,000)
stadium paling besar di dunia terletak di Korea Utara. Pelbagai sukan di[ertontonkan.
stadium paling besar di dunia terletak di Korea Utara. Pelbagai sukan dipertontonkan.
2) Salt Lake Stadium (120,000)
Terletak berdekatan dengan Kolkata, India
Terletak berdekatan dengan Kolkata, India
3) Estadio Azteca (114,465)
Terletak di tengah bandar Mexico.
Terletak di tengah bandar Mexico.
4) Michigan Stadium (107,501)
Dibina sekitar 1927, terletak di Amerika
Dibina sekitar 1927, terletak di Amerika
5) Beaver Stadium (107,282)
Terletak di Universiti Pennsylvania, dahulu hanya boleh memuatkan seramai 46,284 orang sahaja dan diluaskan sehingga boleh 107,282 orang pada satu masa. 
Terletak di Universiti Pennsylvania, dahulu hanya boleh memuatkan seramai 46,284 orang sahaja dan diluaskan sehingga boleh 107,282 orang pada satu masa.

"Kesian Chot Si Lurus Bendul..."


Kisah 1:
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya. Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi
Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata,
“Kak… Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar…”

Kisah 2:
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak. Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan kebendulan Chot, cuba nak mempermainkan Chot. 
Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu… pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku. 
Teman serumahnya, Chet… keluar dan bertanya, “Apa hang buat tu?”. Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik dipintu keretanya akan kembung semula.
Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, “HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu. Baru tiup!”

Kisah 3:
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. “Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!” jerkah Chot.
“Ada apa, encik?” tanya pustakawan bertugas.
“Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan! ” kata Chot.
“Apa masalahnya?” tanya pustakawan itu lagi.
“Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!”
Pustakawan tersebut berkata,
“Ahh… jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!”
Kisah 4:
Chot: Chet, skrang dah pukui brapa?
Chet: 3:15 petang.
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?
Chet: Awat lak? Bila lak aku tipu hang?
Chot: Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama…

Friday, January 27, 2012

Ustaz Azhar : Kuliah Magrib Perdana 2012


@ Masjid Al-Ridhuan (Hulu Kelang) - 28.01.2012

@ Masjid Negeri (Shah Alam) - 29.01.2012

Sama-samalah kita meluangkan masa bagi yang berdekatan untuk menimba ilmu di taman syurga Allah...
Semoga sama-sama mendapat manfaat bersama di dunia dan akhirat..Amin...

Riwayat Hidup : Syaikh Ahmad Al Badawiy RA. (Wali Qutb Al Ghouts)

Kisah Syaikh Ahmad Al Badawiy RA. – Wali Qutb Al Ghouts

Karya Asal :  ALLAHYARHAM USTAZ WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH


Setiap hari, dari pagi hingga sore, ia menatap matahari, sehingga kornea matanya merah membara. Apa yang dilihatnya bisa terbakar, khawatir terjadinya hal itu, saat berjalan ia lebih sering menatap langit, bagaikan orang yang sombong. Sejak masa kanak kanak, ia suka berkhalwat dan riyadhoh, pernah empat puluh hari lebih perutnya tak terisi makanan dan minuman.

Ia lebih memilih diam dan berbicara dengan bahasa isyarat, bila ingin berkomunikasi dengan seseorang. Ia tak sedetikpun lepas dari kalimat toyyibah, berdzikir dan bersholawat. Dalam perjalanan riyadhohnya, ia pernah tinggal di loteng negara Thondata selama 12 tahun, dan selama 8 tahun ia berada diatas atap, riadhoh siang dan malam. Ia hidup pada tahun 596-675 H dan wafat di Mesir, makamnya di kota Tonto, setiap waktu tak pernah sepi dari peziarah.

Pada usia dini ia telah hafal Al-Qur’an, untuk memperdalam ilmu agama ia berguru kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan syeikh Ahmad Rifai. Ia adalah Waliullah Qutbol Gaust, Assayyid, Assyarif Ahmad al Badawi. Suatu hari, ketika sang Murid telah sampai ketingkatannya, Sjech Abdul Qodir Jaelani, menawarkan kepadanya ; ”Manakah yang kau inginkan ya Ahmad Badawi, kunci Masriq atau Magrib, akan kuberikan untukmu”, hal yang sama juga diucapkan oleh gurunya Sayyid Ahmad Rifai, dengan lembut, dan menjaga tatakrama murid kepada gurunya, ia menjawab; ”Aku tak mengambil kunci kecuali dari Al Fattah (Allah )”.

Suatu hari datang kepadanya, seorang janda mohon pertolongan, anak lelakinya ditahan di Perancis, dan sang ibu ingin agar anak itu kembali dalam keadaan selamat. Oleh Sayyidi Ahmad Al Badawi, janda itu disuruhnya untuk pulang, dan berkata sayidi : “Insya Allah anak ibu sudah berada dirumah”. Bergegas sang ibu menuju rumahnya, dan betapa bahagia, bercampur haru, dan penuh keheranan, ia dapati anaknya telah berada di rumah dalam keadaan terbelenggu. Sayyidi al badawi banyak menolong orang yang ditahan secara Dholim oleh penguasa Prancis saat itu, dan semua pulang ke rumahnya dalam keadaan tangannya tetap terbelenggu.

Pernah suatu ketika Syaikh Ibnul labban mengumpat Sayyidi Ahmad Badawi, seketika itu juga hafalan Al-Qur’an dan iman Syaikh Ibnul labban menjadi hilang. Ia bingung dan berusaha dengan beristighosah dan meminta bantuan do’a, orang orang terkemuka di zaman itu (agar ilmu dan imannya kembali lagi), tetapi tidak satupun dari yang dimintainya doa, berani mencampuri urusannya, karena terkait dengan Sayyidi Ahmad Badawi. Padahal diriwayatkan, saat itu Sayyidi Al Badawi telah wafat. Orang terkemuka yang dimintainya doa, hanya berani memberi saran kepada Syaikh Ibnul labban, agar dia menghadap Syeikh Yaqut al-‘Arsyiy, waliullah terkemuka pada saat itu, dan kholifah sayyidi abil hasan Assadzili. Ibnu labban segera menemui Sjech Yaqut dan minta pertolongannya, dalam urusannya dengan sayyidi Ahmad Al badawi.

Setelah dimintai pertolongan oleh Syaikh Ibnul labban, Syeikh Yaqut Arsyiy berangkat menuju ke makam Sayyidi al-Badawi dan berkata : “ Wahai guru, hendaklah tuan memberi ma’af kepada orang ini!”. Dari dalam makamnya, terdengar jawaban “Apakah kamu berkehendak untuk mengembalikan tandanya orang miskin itu ? ya…sudah, tapi dengan syarat ia mau bertaubat”. Syeikh Ibbnul Labbanpun akhirnya bertaubat, dan tidak lama kemudian kembalilah ilmu dan imannya seperti sedia kala dan ia juga mengakui kewalian Syeikh Yaqut, karena peristiwa tersebut. Ia kemudian dinikahkan dengan putrinya Syeikh Yaqut. (Di ambil dari kitab al-Jaami’).

Syeikh Muhammad asy-Syanawi menceritakan, bahwa pada waktu itu ada orang yang tidak mau menghadiri dan bahkan mengingkari peringatan maulidnya Syeikh Ahmad Badawi, maka seketika hilanglah iman orang itu dan menjadi merasa tidak senang terhadap agama Islam. Orang itu kemudian berziarah ke makamnya Sayyid Badawi untuk minta tolong dan memohon maaf atas kesalahannya. Kemudian terdengarlah suara sayyidi Badawi dari dalam kubur : “iya, saya ma’afkan, tapi jangan berbuat lagi. Na’am (iya) jawab orang itu, spontan imannya kembali lagi. Beliau lalu meneruskan ucapannya : “Apa sebabnya kamu mengingkari kami semua”.

Dijawabnya : “Karena di dalam acara itu banyak orang laki-laki dan perempuan bercampur baur menjadi satu” (tanpa ada garis pembatas). Sayyidi Badawi lalu mengatakan : “Di tempat thowaf sana, dimana banyak orang yang menunaikan ibadah haji disekitar Ka’bah, mereka juga bercampur laki-laki dan perempuan, kenapa tidak ada yang melarang”. Demi mulianya Tuhanku, orang-orang yang ada untuk menghadiri acara maulidku ini tidaklah ada yang menjalankan dosa kecuali pasti mau bertaubat dan akan bagus taubatnya.

Hewan-hewan di hutan dan ikan-ikan di laut, semua itu dapat aku pelihara dan kulindungi diantara satu dengan lainnya sehingga menjadi aman dengan idzin Allah. Lalu, apakah kiranya Allah Ta’ala, tidak akan memberi aku kekuatan untuk mampu menjaga dan memelihara keamanannya orang-orang yang menghadiri acara maulidku itu ?”

Suatu ketika Syeikh Ibnu Daqiqil berkumpul dengan Sayyidi Badawi, dan ia bertanya kepada beliau : “Mengapa engkau tidak pernah sholat, yang demikian itu bukanlah perjalanannya para shalihin“. Lalu beliau menjawab : “Diam kamu! Kalau tidak mau diam aku hamburkan daqiqmu (tepung)”. Dan di tendanglah Syeikh Daqiqil oleh beliau hingga berada disuatu pulau yang luas dalam kondisi tidak sadarkan diri. Setelah sadar, iapun termangu karena merasa asing dengan pulau tersebut.

Dalam kebingungannya, datanglah seorang lelaki menghampirinya dan memberi nasehat agar jangan mengganggu orang type al-Badawi, dan sekarang kamu berjalanlah menuju qubah yang terlihat itu, nanti jika sudah tiba di sana kau berhentilah di depan pintu hingga menunggu waktu ‘ashar dan ikutlah shalat berjamaah dibelakangnya imam tersebut, sebab nanti Ahmad Badawi akan ikut di dalamnya.

Setelah bertemu dia ucapkanlah salam, peganglah lengan bajunya dan mohonlah ampun atas ucapanmu tadi. Ia menuruti kata-kata orang itu yang tidak lain adalah Nabiyullah Khidir a.s. Setelah semua nasehatnya dilaksanakan, betapa terkejutnya ia karena yang menjadi imam sholat waktu itu adalah Sayyidi Badawi. Setelah selesai sholat ia langsung menghampiri dan menciumi tangan dan menarik lengan Sayyidi al-Badawi, sambil berkata seperti yang diamanatkan orang tadi.

Dan berkatalah Sayyidi Badawi sambil menendang Syeikh Daqiqil,” Pergilah sana murid-muridmu sudah menantimu dan jangan kau ulangi lagi!. Seketika itu juga ia sudah sampai di rumahnya dan murid-muridnya telah menunggu kedatangan Syeikh Daqiqil. Dijelaskan bahwa yang menjadi makmum sholat berjamaah dengan Sayyidi Badawi pada kejadian itu adalah para wali.

Syekh Imam al Munawi berkata : “Ada seorang Syeikh yang setiap akan bepergian selalu berziarah di makamnya Syeikh Ahmad al Badawi untuk minta ijin, lalu terdengar suara dari dalam kubur dengan jelas :”Ya pergilah dengan tawakkal, Insya Allah niatmu berhasil, kejadian tersebut didengar juga oleh Syeikh abdul wahab Assya’roni, padahal saat itu Syeikh Ahmad al Badawi sudah meninggal 200 tahun silam, jadi para aulia’ itu walaupun sudah meninggal ratusan tahun, namun masih bisa emberi petunjuk.

Berkata Syeikh Muhammad al-Adawi : Setengah dari keindahan keramat beliau ialah, pada saat banyaknya orang yang ingin berusaha membatalkan peringatan maulidnya beliau, dimana orang-orang tersebut menghadap dan meminta kepada Syeikh Imam Yahya al-Munawiy agar beliau mau menyetujuinya. Sebagai orang yang berpengaruh dan berpendirian kuat pada masa itu, Syeikh Yahya tidak menyetujuinya, akhirnya orang-orang tersebut melapor kepada sang raja azh-Zhohir Jaqmaq. Sang rajapun berusaha membujuk agar Syeikh Yahya bersedia memberi fatwa untuk membatalkan maulidnya Sayyidi Badawi. Akan tetapi Syeikh Yahya tetap tidak mau dan hanya bersedia memberikan fatwa melarang keharaman-haraman yang terjadi di acara itu.

Maka acara maulid tetap dilaksanakan seperti biasa. Dan Syeikh Yahya bekata kepada sang raja: “Aku tetap tak berani sama sekali berfatwa yang demikian, karena Sayyidi Badawi adalah wali yang agung dan seorang fanatik (malati = bahasa jawanya). Hai raja, tunggu saja, kamu akan tahu akibat bahayanya orang-orang yang berusaha menghilangkan peringatan maulid Sayyidi Badawi. Memang benar, tak lama kemudian mereka yang bertujuan menghilangkan peringatan maulid Sayyidi Badawi tertimpa bencana. Orang-orang tersebut ada yang dicopot jabatannya dan diasingkan oleh rajanya.

Ada yang melarikan diri ke Dimyath akan tetapi kemudian ditarik kembali dan diberi pengajaran, dirantai dan dipenjara selama setengah bulan. Bahkan diantara mereka yang mempunyai jabatan tinggi dikerajaan itu lalu banyak yang ditangkap, disidang dengan kelihatan terhina, disiksa dan diborgol besi di depan majlis hakim syara’ lalu dihadapkan raja yang kemudian dibuang di negara Maghrib. Sayyidi Ahmad Badawi pernah berkata kepada seseorang : “Bahwa pada tahun ini hendaknya kamu menyimpan gandum yang banyak yang tujuanmu nanti akan kau berikan kepada para fakir miskin, sebab nanti akan terjadi musim paceklik pangan. Kemudian orang tadi menjalankan apa yang diperintahkan beliau, dan akhirnya memang terbukti kebenaran ucapan Sayyidi Badawi.

Berkata al-Imam Sya’roni : “Pada tahun 948 H aku ketinggalan tidak dapat menghadiri acara maulidnya Sayyidi Badawi. Lalu ada salah satu aulia’ memberi tahu kepadaku bahwa Sayyidi Badawi pada waktu peringatan itu memperlihatkan diri di makamnya dan bertanya : “Mana Abdul Wahhab Sya’roni, kenapa tidak datang ?” Pada suatu tahun, al-Imam Sya’roni juga pernah berkeinginan tidak akan mendatangi maulid beliau. Lalu aku melihat beliau memegang pelepah kurma hijau sambil mengajak orang-orang dari berbagai negara. Jadi orang-orang yang berada dibelakangnya, dikanan dan kirinya banyak sekali tak terhingga jumlahnya.

Terus beliau melewati aku di Mesir, sayyidi Badawi berkata : “Kenapa kamu tidak berangkat ?”. Aku sedang sakit tuan, jawabku. Sakit tidak menghalang-halangi orang cinta. Terus aku diperlihatkan orang banyak dari para aulia’dan para masayikh, baik yang masih hidup maupun yang sudah wafat, dan orang-orang yang lumpuh semua berjalan dengan merangkak dan memakai kain kafannya, mereka mengikuti dibelakang sayyidi Badawi menghadiri maulid beliau. Terus aku juga diperlihatkan jama’ah dan sekelompok tawanan yang masih dalam keadaan terbalut dan terbelenggu juga ikut datang menghadiri maulidnya. Lalu beliau berkata: lihatlah ! itu semua tidak ada yang mau ketinggalan, akhirnya aku berkehendak untuk mau menghadiri, dan aku berkata : Insya Allah aku hadir tuan guru ?. Kalau begitu kamu harus dengan pendamping, jawab sayyidi Badawi.

Kemudian beliau memberi aku dua harimau hitam besar dan gajah, yang dijanji tidak akan berpisah denganku sebelum sampai di tempat. Peristiwa ini kemudian aku ceritakan kepada guruku Syeikh Muhammad asy-Syanawi, beliau lalu menjelaskan: memang pada umumnya para aulia’ mengajak orang-orang itu dengan perantaraan, akan tetapi sayyidi Ahmad Badawi langsung dengan sendirinya menyuruh orang-orang mengajak datang. Sungguh banyak keramat beliau, hingga al-Imam Sya’roni mengatakan,”Seandainya keajaiban atau keramat-keramat beliau kalau ditulis di dalam buku tidaklah akan muat karena terlalu banyaknya.

Tetapi ada peninggalan Syeikh ahmad Badawi yang sangat utama, yaitu bacaan sholawat badawiyah sughro dan sholawat badawiyah kubro. Demikianlah sekelumit manakib Sayyidi Ahmad Al Badawi disajikan kehadapan pembaca, untuk dapat diambil hikmahnya,

Riwayat Hidup : Habib Nuh Singapura (Antara Wali Nusantara)

Habib Nuh


As-Sayyid Habib Nuh Al-Habsyi Rahimahullah 1788M – 1866M


Makam Habib Nuh, Singapura

Nasab dan keturunan
Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866 M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.

Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.

Makam Habib Nuh, Singapura

Dari banyak sumber yang diperolehi, Habib Nuh tiba ke Singapura tidak lama setelah Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada ketika itu mencecah tiga puluhan tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan saki-baki usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, beliau banyak berjalan, terutamanya ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia untuk berdakwah. Beliau adalah seorang yang amat warak. Waktu malamnya beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau kerap berkunjung ke makam-makam (tanah perkuburan), selalu mendoakan roh-roh yang telah meninggalkan jasad. Beliau sentiasa berjalan bersama-sama kawan-kawan rapat melainkan bila dia secara spesifik meminta untuk bersaorangan diri.

Karamah
Di sini, saya ingin bekongsi bersama pembaca mengenai kemuliaan yang Allah kurniakan kepada beliau. Banyak Karamah yang dibuktikan oleh mereka yang hidup sezaman dengan beliau. Tetapi, tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang sentiasa dirinya hampir dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai Rijalullah atau Rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugas mereka juga besar. Antara kurniaan Karamah yang diberikan Allah swt adalah seperti berikut;

1. Menghadiri Sidang Wali-wali. 
Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pakcik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:

Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pakcik Muhammad menunggu di luar bilik kalau2 beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu2 hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib bersama anak2 muridnya.

Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pakcik Muhammad secara empat mata.
“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Said.
“Saya tidak tahu,” jawab Pakcik Muhammad dengan beradab.
“Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”
Pakcik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu di temui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Pakcik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduknya di luar daripada alam Syahadah. Wallahua’lam.

“Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,” tambah Pakcik Muhammad. “Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.”
Syeikh Said jua memberitahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali2 yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi menurut Pakcik Muhammad, “tempiasnya” masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang2 kafir. [Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya].

“Saya tiga hari pengsan dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. itupun Syeikh Said yang mengubatnya,” kata Pakcik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya.
Cerita ini menggambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai “pencatur dunia” yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal menilai sesuatu kebenaran.

2. Menunduk Gabenor Yang Angkuh. 
As Sayid Habib Nuh dikurniai Allah berbagai2 karamah sebagai tanda kemuliaan pada dirinya. Pelbagai cerita mengenai kewalian dan karamah beliau dibawa dari mulut ke mulut sehinggalah kepada Sayid Hassan Al Khattib, penjaga makam Habib Nuh r.h. Di antaranya adalah seperti berikut :
As Sayid Habib Nuh bersikap tidak menghormati orang2 yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Begitulah, walaupun orang menghormatinya atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu tetapi Habib Nuh tidak takut kepada wakil penjajah itu.

Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Tiba2 sahaja kereta kuda yang dinaiki gabenor itu terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan gabenornya, “Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”
Gabenor menjawab, “Itu orang gila.”

“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.
Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk2 kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh mempunyai kelebihan luar biasa.

Bagaimanapun, pada satu ketika gabenor terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurung di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama Kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh di luar penjara. tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.

3. Kapal Pelayaran, Terbakar Dan Karam. 
Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Nuh di perlabuhan. Habib Nuh menahan barang-barang yang berharga daripada dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang-orang yang terlibat tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;
“Tidak boleh barang-barang yang berharga itu dibawa.”

Setelah lama berbalah, akhirnya orang ramai terpaksa akur dengan kemahuan Habib Nuh itu dan pemilik barang-barang tersebut tidak jadi mengirim barangnya dengan kapal itu.
Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahawa kapal yang berlayar itu terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah tuan punya barang-barang tersebut sedar hikmah divsebalik larangan Habib Nuh itu. Beliau bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.

4. Habib Nuh Meminta Untuk Melaksanakan Nazar dan Niat.
Dalam satu peristiwa lain, ada seorang saudagar ingin meneruskan pelayarannya ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Setelah sepuluh tahun berlalu, dia pun pulang dari pelayaran itu. Habib Nuh pergi menemuinya dan menuntut kain seperti yang diniatkannya itu. Orang itu terperanjat kerana dia tidak pernah menyatakan niatnya itu kepada sesiapa dan dia sendiri sudah lupa dengan niatnya itu kerana terlalu lama, tetapi Habib Nuh datang mengingatkannya akan niat baiknya itu.

Habib Nuh juga dikenali mempunyai kelebihan untuk tahu masa depan. Beliau seolah-olah tahu jika seseorang itu sakit, memerlukan beliau atau memaksudkan beliau. Pada satu masa, seorang India Muslim balik ke India mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya. Dia telah berniat bahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan menghadiahkan kepada Habib Nuh satu hadiah. Bila dia pulang, dia terkejut bila melihat Habib Nuh sudah sedia menunggunya di tepi laut.

Habib Nuh kata kepadanya “Saya percaya bahawa awak sudah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”

Habib Nuh menjawab, “Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untuk disedekahkan kepada orang miskin, yang memerlukannya dan kanak-kanak.” Sambil memeluk Habib Nuh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.” Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan.

5. Bertemu Di Kota Mekah. 
Beliau dikurniakan oleh Allah swt kebolehan untuk ghaib, dan dilihat kembali di tempat-tempat yang jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliau telah dilihat sedang solat di Masjid Besar Makkah tanpa secara fizikalnya pergi ke sana. Pada satu masa, beliau pernah berkata kepada bakal haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Bila jemaah itu sampai di sana, dia telah disambut oleh Habib Nuh sendiri. Menurut orang-orang yang hidup sezaman dengan Habib Nuh, mereka pernah bertemu atau berada dengannya di beberapa tempat dalam satu masa yang sama. Kejadian seperti ini tidak pelik bagi wali-wali Allah.

6. Tabib Yang Berkat Dan Hebat. 
Habib Nuh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, terutamanya ke atas kanak-kanak yang memang disukainya. Pernah beliau menyembuhkan seorang kanak-kanak yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkan tangan-tangan beliau di atas luka itu dan membaca doa. Dalam masa yang singkat, kanak-kanak itu sudah boleh berlari semula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Bapa kepada kanak-kanak itu amat gembira, dia telah memberikan wang kepada Habib Nuh, tapi Habib Nuh memberikan wang itu kepada yang memerlukan. Habib Nuh sanggup mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak-kanak yang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya Lebar dari rumah beliau di Telok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak-kanak. Bila beliau sampai di rumah kanak-kanak itu, ibubapa kanak-kanak itu terkejut melihat pakaian Habib Nuh langsung tidak basah.

7. Air Bertukar Menjadi Susu. 
Dalam satu insiden lain, Habib Nuh telah dikejutkan oleh tangisan berterusan anak jirannya. Bila beliau pergi ke sana, beliau dapati bahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli makanan untuk anak yang kelaparan itu. Beliau mengalirkan airmata bila mendengar cerita itu, lantas mengambil satu tempurung kelapa,menuangkan air ke dalamnya dan membaca doa. Dengan kehendak Allah, air itu bertukar menjadi susu untuk diminum oleh kanak-kanak tersebut.

8. Mimpi Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah As-Suhaimi BaSyaiban.
Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid junjungan nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan di dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan junjungan nabi Muhammad s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun kembali ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi baginda nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada baginda nabi s.a.w.: “Ya RasulAllah, marilah kita ziarahi rumah kawan saya Muhammad Suhaimi.” Tetapi junjungan nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: “Saya tidak mahu menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada baginda nabi s.a.w.: “Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni.” Setelah itu baharulah junjungan nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, sehingga dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.

9. Keberkatan Menyayangi Kanak-kanak
Antara sifat yang menonjol pada diri As Sayid Habib Nuh ialah beliau sangat menyayangi kanak-kanak . Sering orang bertemu Habib Nuh bersama dikelilingi oleh kanak-kanak. Ini sesuatu yang ganjil. Kadang-kadang beliau singgah di kedai-kedai bersama kumpulan kanak-kanak dan kanak-kanak itu mengambil seberapa banyak makanan yang ada tanpa apa-apa bayaran. Anehnya, ke semua tuan kedai tidak melarang perbuatan itu. Kerana mereka yakin kedai mereka akan beroleh keberkatan jika dikunjungi oleh Habib Nuh bersama kumpulan kanak-kanak tersebut. Ini terbukti, mana-mana kedai orang Islam yang didatangi oleh Habib Nuh bersama kanak-kanak, kemudiannya menjadi maju dan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan. Sayid Habib Nuh sayang kepada kanak-kanak kerana mereka adalah Ahlul Jannah (ahli Syurga). Kelakuan Sayid Habib Nuh itu agak ganjil bagi seorang yang sudah tua. Memang itu di antara keganjilan Habib Nuh, seorang yang mempunyai keistimewaan yang terlindung.

10. Tebuan Menghormati Jenazah Beliau
Diceritakan ketika keranda jenazah beliau diusung untuk ke makam pusaranya, mereka yang mengusungnya terpaksa membawa keranda tersebut melalui ke satu lorong kecil. Di mana kiri dan kanan sepanjang perjalanan di lorong kecil tersebut kedapatan penuh dengan pokok buluh Cina serta dedaunnya yang panjang. Semasa melalui lorong itu, keranda tersebut merempuh sarang tebuan sehingga sarang itu pecah. Tetapi tebuan-tebuan itu tidak sedikit pun menganggu orang ramai yang mengiringi jenazah itu.

11. Pusara Terselamat Dari Letupan Bom dan Pemugaran.
Karamah beliau tidak habis di situ saja. Semasa Perang dunia kedua, bila Telok Blangah dibom dengan hebatnya oleh Jepun, tidak ada satu bom pun singgah di pusara Habib Nuh. Dan bila kerajaan Singapura mahu membina satu jalanraya di Tanjung Pagar, jambatan telah direka bentuk untuk membengkok melengkarinya, tingginya hampir sama dengan kedudukan
Makam Habib Nuh.

Dikatakan, menurut rancangan pemerintah, makam Habib Nuh dan Masjid Haji Mohd Salleh perlu dipindahkan demi membolehkan pembinaan Highway dibina lurus. Dengan membelakangkan rayuan daripada jawatankuasa makam dan masjid, kontraktor pembangunan telah menempatkan beberapa jentolak untuk memulakan pemugaran. Dengan kuasa Allah swt, semua jentolak tidak dapat dihidupkan. Akhirnya, lebuh raya terpaksa dibina membelok di antara sekitar makam dan masjid.
Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah (perkara di luar adat) yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang wali Allah yang soleh taat kepada ajaran Islam. Lihat, bukan sahaja jelas karamahnya sewaktu hayat beliau masih hidup, bahkan setelah kewafatan beliau juga masih terpelihara kemuliaanya.

Apa yang diharapkan adalah agar kita dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan usaha junjungan nabi Muhammad s.a.w. Mahabbah kepada para solihin adalah dituntut dan seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya di akhirat kelak. Nasihat dan Wasiat Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memberikan banyak nasihat kepada kawan-kawan setianya. Antara mutiara kata beliau ialah “Jangan jadi tamak terhadap harta dunia dan jangan punya perasaan hasad-dengki (dan sebarang perasaan negatif) terhadap sesiapa sepanjang hidup anda.”

Sebelum meninggal, Habib Nuh telah berpesan kepada kawan-kawannya agar jenazah beliau dikebumikan di Mount Palmer sebuah (bukit kecil di jalan Palmer), yang merupakan tanah perkuburan kecil pada masa itu. Walau bagaimana pun pada hari beliau meninggal, setiap orang telah lupa mengenai pesanan itu dan mereka semua bersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim. Bila sampai masanya untuk mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah. Tidak ada seorang pun terdaya mengangkatnya. Persekitaran menjadi kelam kabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu tidak berganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki-lelaki yang gagah.

Nasib baik, seorang daripada yang hadir akhirnya teringat akan pesan Habib Nuh tersebut dan lantas tampil menceritakan hal yang sebenarnya kepada setiap orang yang hadir. Setiap orang menyedari bahawa mereka telah lupa tentang pesanan tersebut, lalu bersepakat memutuskan untuk bergerak menuju ke Mount Palmer. Dengan kehendak Allah, keranda itu boleh diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar bergema mengiringi perjalanan mereka. Dengan izin Allah swt, jenazah Habib Nuh telah selamat dikebumikan di Mount Palmer.


 Kewafatan
Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Nuh telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan 14 Rabiul Awal 1283. Habib Nuh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, di kediaman Temenggong Abu Bakar, Johor. Apabila berita itu tersebar, ramai orang daripada pelbagai peringkat, termasuk orang-orang Inggeris yang telah memeluk Islam melalui beliau, dan mereka yang berada di kepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi pusaranya. Pada hari yang sama, semua kereta kuda yang ada di Singapura memberhentikan aktiviti harian mereka kerana ingin membawa pengunjung ke makamnya dengan tanpa bayaran.

Di belakang makam Habib Nuh, terdapat sebuah makam yang dipercayai adalah makam Qadhi pertama di Singapura pada era pemerintahan British. Beliau dikatakan anak saudara kepada Habib Nuh dari kaum kerabat Alhabsyi, namanya Said Abdul Rahman Bin Salim Al-Habsyi r.a yang wafat pada tahun 1867.

Beberapa tahun selepas jenazah Habib Nuh dikebumikan pada tahun 1890, seorang hartawan bernama Sayid Muhammad bin Ahmad Al Sagof telah membuat binaan di atas makam Habib Nuh tersebut. Beberapa tahun lalu makam itu dibaik pulih kerana binaan lama sudah hampir roboh.
Pada tahun 1962, kerajaan Singapura menambak laut di sekitar makam itu sehingga menjadi dataran. Dan di situ juga didirikan bangunan-bangunan. Keadaan tempat itu sekarang jauh berbeza dengan apa yang digambarkan akan berlaku sebelum adanya makam Habib Nuh di situ. Dengan itu makam Sayid Habib Nuh terus selamat dan terjaga.

Makam Habib Nuh yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer bersebelahan dengan Masjid Haji Mohd Salleh, kini ianya telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura untuk segala urusan yang berkaitan dengan makam.

Makam beliau tetap terpelihara sehingga ke hari ini dan menjadi kebiasaan, makam Habib Nuh sering diziarahi oleh orang ramai termasuk orang-orang Arab dari Hadralmaut dan negara-negara Arab lain serta umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya. Juga sebagai memenuhi seruan Rasulullah s.a.w. supaya menziarahi kubur agar dapat mengingati mati (zikrul maut).

Makam Habib Nuh, Singapura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More